20 June 2013

Singapore Day 2 : Chinatown


Sambungan dari 


Okay dah masuk hari kedua. Banyak plan harini. Sebelum keluar, breakfast dulu. Dekat hostel ni disediakan free flow all-day breakfast dekat 5th floor. Suka hati lah nak makan bila bila masa pun, tapi kena prepare sendiri.  



Morning view from the back of my dorm. Hari Sabtu, jerebu belum start lagi. 




Aku buat Teh O panas, bawak mug pegi duduk dekat depan PC yang disediakan, nak bukak FB tengok kalau ada info penting ke ape. Tapi tak reti lah pulak nak bukak PC tu sebab diorang pakai MAC. Tiba2 datang sorang Nippon Guy ni, dia bagitau macam mana nak bukak PC, new tab semua. Malunye. Jakun laut sangattt. Borak borak dengan dia sambil sambil. Dia keje sebagai translator Japan - English. Patutla agak fasih BI. Lepastu, aku bagitahu aku suka negara Jepun, nanti suatu hari nak pergi tengok cherry blossom dekat sana tapi kena kumpul duit dululah sebab Jepun mahal. Katanye, memang mahal pun. Dorm cikai je dah $45 semalam. Nangis! Dia cerita dia pernah pegi KL naik monorel. Monorel ada 2 koc je, kena berhimpit dekat dalam sampai ada polis tiup tiup wisel semua suruh penumpang masuk ke dalam. Tapi dekat Singapore ni public transport agak efisien, memang betul pun apa yang dia cakap tu. Hmmm malu pulak aku rase. T T



Sebelum keluar aku bagitahu receptionist nak extend stay dekat situ sampai besok. Sebab dah selesa. Sayang nak tinggal katil. Hehe. Takpelah mahal sikittt. Semalam aku ada lalu dekat Bussorah Street (betul2 depan Sultan Mosque), ada 2 backpackers dorm dekat situ,  each rated $22 - $26 per night. Lagi murah. Tapi macam malas je nak pindah sana sebab persekitaran dia agak crowded. So aku extend stay dekat Shophouse jelah. Dekat hostel yang aku stay ni ada jual tiket attractions dengan harga yang lebih murah. Aku beli Tiket Bumboat Ride. Harga asal $18 tapi aku dapat harga $16 je. Hehe jimat! Tiket USS, Singapore Flyers, Singapore Zoo, pun ade dijual dengan discounted price :) 




Sebelum bergerak ke Chinatown, aku beli Tourist Pass dekat kaunter tiket Bugis MRT. Tourist Pass ni membolehkan kita naik MRT/Bas secara unlimited. Senang lah takpayah beli tiket banyak2 kali dan lagi jimat. Aku beli pass untuk 2 hari terus, harganya $16 (deposit $10 akan dipulangkan bila kita serah balik kad). So takpayah risau, boleh bergerak ke mana2 dengan mudah. Aku sampai Chinatown MRT kira kira jam 10 pagi dengan kamera yang dah ber-charge penuh. 







Benda yang paling menarik perhatian aku dekat Chinatown ni ialah bangunannye. Seronok kot jalan sambil tengok bangunan colorful colorful. Dekat Melaka dulu pun aku tertarik dengan bangunan2 lama macamni. Kalau tak silap aku, Chinatown dekat sini diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site, pemilik dia takboleh sesuka hati nak renovate ape. Tempat ni kaya sangat dengan budaya masyarakat Cina.




Sepanjang jalan ni ada kedai kedai jual barangan Cina.




Dekat sini souvenirs memang lebih murah berbanding dekat Bugis Street. You can get 30 keychains for $10 and 7 fridge magnets (FM) for $10. Heee murah kan. Tapi... aku rasa lah. Dekat sini FM tak banyak design sangat. Dekat Bugis Street walaupun mahal sikit (5 for $10) tapi sangatlah banyak pilihan dan cantik cantik pulaktu. Jadi buatlah keputusan bijak k. 







Ingatkan pensel budak budak menulis rupanya chop stick. T T













Peniaga dekat sini sporting. Diorang tak kisah pun aku ambik gambar , walaupun tak beli barang yang dijual. 




Gelang gelang batu jed. 




Aku jalan lagi sampai jumpa bangunan besar ni. Buddha Tooth Relic Temple




Kalau waktu malam lagi cantik dekat sini sebab lampu semua terpasang. 




Dah boleh bajet bajet macam dekat tanah besar China. Hihi







Aku teringin nak naik double decker bus yang takde rooftop tu. Tapi taktahu pulak nak naik kat mana. Dia akan pusing, lalu tempat tempat tempat tarikan pelancong jadi kita boleh tengok daripada atas bas tu. Panaslah sikit sebab takde bumbung kan. Kau sanggup ke? 



















Bekas ni comel. Boleh buat hiasan atas meja kopi. Tapi ambik gambar je, tak beli. $10 each. 



















Dekat area Chinatown ni pun banyak backpackers hostel.




Statue ni depan Chinatown Heritage Centre. Aku main snap je. Bila tengok balik... eh? macam orang tengah basuh kencing je? hahahaha




Punyalah multiracial , dalam kawasan Cina tiba tiba boleh ada Hindu Temple. 
Sri Mariaman Temple




Lepak round round dekat sini sampai pukul 1230 tengah hari aku pun nak beredar dah. Rasa menyesal pulak sebab tak explore banyak lagi haritu. Hasil pusing2 dekat Chinatown:

4 helai tshirt Singapore dengan harga $10
3 pokok batu jed dalam pasu kecik kecik dengan harga $1 seketul (murah gila)
Kipas tangan handmade yang ada gambar Puteri Saadong negara China $1 jugak
Fridge magnet beli 3 ketul je dengan harga $5 (sebab xbanyak pilihan)

Dari Chinatown (dengan beg penuh berisi barang barang tangkapan) aku gerak ke tempat lain pulak. Banyak sangat dah gambar aku share dalam entri ni, nanti kita sambung lagi :)



1 comment:

Umie Nadhirah said...

asal aku x puas baca entry kau ni adoidoidoi... seronok baca kisah kau.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE