19 January 2015

Vietnam Day 8 Ho Chi Minh City


Hah. Dah Masuk hari terakhir aku di Vietnam. Tak sabar nak balik kampung. 

Apepun, Selamat Pagi Ho Chi Minh! 




Checklist harini tak banyak. Aku cuma nak pegi pasar Ben Thant usya backpack kalau ada yang berkenan, Reunification Palace dan Saigon Post Office sahaja. Mula mula aku ingat nak ambik tour half day ke Chi Chi Tunnel lepastu pikir pikir balik erm malasla pegi masuk hutan masuk terowong bagai, aku explore the city je lah masa pun tak banyak. Malam karang flight balik dah. 




Seawal 6.30 pagi aku dah bersiap dan turun untuk breakfast. Breakfast di Phan Anh Hostel ni boleh tahan. Roti dia besar dan lembut, makan dengan cheese and butter je. Air boleh pilih nak air apa so aku pilih kopi ais. Pekat gila. Berbaloi baloi duduk sini bayar RM25 je, dorm bersih gila and breakfast pun ok. Cuma tak best sebab jauh sikit dari Pasar Ben Thant. 


Dalam pukul 7.10 pagi aku mulai keluar daripada hostel dengan beg galas kecik dan map di tangan. Aku belum check out lagi sebab aku ingat dalam pukul 1130 nak balik ke hostel untuk solat dan mandi lagi sekali. 




Lorong daripada hostel nak keluar ke jalan besar iaitu Pham Ngu Lao Street. Dah keluar lorong ni jalan lurus je dalam 15 minit, nampakla Pasar.Ben Thant. Kalau ikut map yang diberi jarak dari hostel ke Pasar Ben Thant kira kira 1km. 




Dah sampai Ben Thant. Tapi masa ni pasar belum bukak, kul 10 pagi karang baru diorang meniaga. Aku masuk berjalan dalam ni dengan hajat nak keluar pintu di sebelah sana. Lalu satu kedai jual souvenirs... penjual dia perempuan muda 2 orang. Kedai dia je yang dah bukak. Yang lain baru nak kemas kemas barang. So aku tengok, pegang pegang keychain dengan barang barang yang dijual kedai dia tu tu. Skali dia kata ape dekat aku...

Kid... Where's your mum? dad?

Hoiii ingat aku budak sekolah ke hah nak kid kid bagai??? Aku wanita dewasa okey!!! Suke suke hati dia je nak kid kan orang, agaknya dia ingat aku duk pegang pegang barang tu nak beli takde duit tapi mak ayah pulak dah tertinggal dekat kedai lain hahahahaah hamsap!

Aku cakapla aku jalan sorang je. Lepastu diorang tanya dari Malaysia ke, Haah la Malaysia. Lepastu tanya lagi tak takut ke jalan sorang... huh malas aku melayan. Aku pulak nak cepat so tinggalkan je haha. Okay. Dari Ben Thant berjalan lagi dalam 500m untuk ke Reunification Palace (gambar 1st). 



Reunification Palace 
30.000 dong ($USD1.5)


Kawasan istana ni sangat luas dan dahulunya digunakan oleh President Vietnam dari tahun 1967 hingga 1975. Masa aku sampai ni awal lagi, pukul 745 pagi macamtu kot, pengungjung pun sorang dua je so takdelah bersesak dalam tu nak ambik gambar. 


Di dalamnya terdapat bilik bilik yang digunakan oleh pemerintah dahulu seperti Bilik MeetingConference Hall, Reception Hall dan sebagainya. Fancy dol. 






Memang takde orang. Rugi aku tertinggal monopod, kalau tidak boleh selfie tanpa segan silu. Lepas aku dah keluar tu barulah nampak bas bas tour & rombongan pelancong sampai. 




Bilik presiden




Helikopter di tingkat paling atas. Bangunan ni mempunyai 4 tingkat.




Letih la jugak meneroka dalam ni sebab luas lepastu naik pakai tangga bukan lif. But it's worth it. 




Dekat pintu masuk ada kedai jual souvenirs , air minuman apebende semua so sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya beli air lemon ni dengan harga 15.000 dong dan sekeping poskad dengan harga 10.000 dong. 




Ni simpang depan palace tu, banyak gila moto ok! Cross lepastu jalan terus je, nanti jumpa lah Cathedral & Central Post Office. Setiapkali nak melintas jalan mesti rasa macam weh aku nak bunuh diri ke ape ne takmau mati dekat negara orang takmau takmau...




Dalam 500 meter daripada palace, jumpa dengan gereja lama ni yang dibina semasa pemerintahan France di Vietnam. Memang cantik seni bina dia cuma sekeping ni je aku ambik gambar. Saigon Post Office terletak betul betul di sebelah gereja ni. 


Saigon Central Post Office


Pejabat pos ni pun dibina semasa pemerintahan France, boleh nampak pengaruh dalam seni bina dia. Tapi malangnya masa aku sampai ada construction tak berapa cantik. Diorang nak cat semua warna gold kot. 


Deco dekat dalamnya pun cantik, dan bukan terhad kepada hal hal mengepos sahaja. Di bahagian sisi kiri dan kanan ada kedai kedai menjual pelbagai jenis barangan daripada souvenirs, kopi, dan sebagainya. Dekat tengah tengah pejabat pos tu pun ada orang jual souvenirs. Kalau nak beli fridge magnet beli je dekat sini sebab murah berbanding di Ben Thant. Poskad pun murah, 5.000 dong je sekeping tadi aku beli di palace 10.000 dong sekeping hamsap sungguh nasib baik tak beli banyak tadi. 




Potret Ho Chi Minh sebesar besar alam digantung

Aku beli dalam 10 keping poskad untuk pos ke member. Tapi wifi takde pulak nak tanya alamat. Dekat sebelah pos office tu ada cafe Dunkin Donut, dan ada free wifi so masuk dalam tu minum pagi sambil tulis poskad dan online. Donut sebiji dengan kopi ais cuma 29.000 dong. 


Pukul 10.30 pagi aku masuk pos office balik beli setem (harga setem untuk sekeping poskad hantar ke Malaysia = 11.000 dong), terus masukkan dalam kantung pos dan berjalan balik ke hotel. Aku sampai kira-kira jam 11.20 pagi. Mandi, solat, dan pukul 12.30 tengah hari check out. 

Jarak perjalanan:
Hostel - Ben Thanh 1km
Ben Thanh - Palace - Pos Office - Palace - Ben Thanh 1km
Ben Thanh - Hostel 1km
Total 3km pagi tu exercise jalan kaki!!!




Awal lagi baru pukul 12.30 tengah hari. Flight aku malam karang kot. Aku ada banyak lagi masa di Ho Chi Minh jadi aku tinggalkan backpack di kaunter hostel dan keluar balik ke Ben Thanh. Maksudnya aku jalan kaki balik 1km untuk pegi Ben Thanh haha gila tak? 




Ni jalan sepanjang nak ke Ben Thanh. Ade banyak je hostel yang lagi dekat sebenarnya, kalau nak datang shopping memang tak praktikal lah nak duduk di Phan Ahn Hostel yang aku duduk tu, nak mengusung barang ape semua kecuali korang ulang alik pakai teksi.




Jalan lurus je. Jalan daripada arah aku datang tadi.... Kalau jalan laju 10 minit kalau jalan slow 15-20 minit. Aku bajet pukul 3 petang balik hostel lepastu baru bergerak ke Airport. 


Aku tak ambik banyak gambar pun semasa berjalan sebab takut, kamera memang simpan dalam bag. Nak bawak keluar fon pun takut takut sebab ramai yang pesan simpan fon jangan bagi orang nampak. Aku pun takut jugak, kena ragut di tempat orang habisla nauzubillah mintak dijauhkan. Sentiasa beringat. Tapi alhamdulillah takde ape ape. Stationery knife sentiasa ada dalam poket seluar. Haa pisau tu pun ada hal nye jugak nanti aku story. 


Ben Thanh Market 


Dalam ni macam macam yang dijual. Memang syurga untuk membeli belah. Orang Malaysia pun ramai dalam ni. Tapi reception hostel kata kalau nak beli souvenir lagi murah dekat Saigon Square. Tapi aku tak pergi pun ke sana dah aku pun bukan nak membeli belah beria sangat. 


Ingat tak duit sejuta dong yang aku tukar di Hoi An kalau korang baca entri sebelum ni? Sebenarnya kan, aku tak sentuh pun duit tu meaning that, kalau aku tak tukar pun tak apa. Cukup je dengan duit yang sedia ada sampai pegi airport. Tapi... tak boleh la shopping souvenir hehe. So aku pikir aku habiskan jelah sejuta tu beli apa apa yang patut. Kalau tukar balik ke Ringgit mesti rugi dengan kadar pertukaran kan? Lagipun nilai Ringgit dah jatuh...



Ho Chi Minh ni tempat orang borong kain cotton murah kan? Tapi sepasang kain pun aku tak beli hahaha sebab malas nak mengusung jalan kaki bawak balik ke hostel, dahtu aku tak ambik extra luggage, takut bertambah berat dekat airport nanti habisla aku...




Kekacang dan manisan...




Vietnam ni terkenal dengan kopi kan? Haa macam macam jenis kopi ada. Aku beli Vietnam Coffee 500g dan Moka Coffee 500g bawak balik rumah dengan harga 100.000 dong dapat free penapis. Dia akan kisar terus dan packing dalam plastik kedap udara cantik cantik. 




Lepastu keluar daripada Ben Thanh ikut west exit kot, ada satu lorong. Dekat lorong tu banyak jual backpack... kasut... windbreaker... seronok cuci mata. Sebelum datang dulu beriye nak cari backpack Vietnam... last last dah sampai sini hmmph malaslah apebende la hahaha motif sungguh. 




Esok esok kalau nak pegi Nepal bolehla beli baju sejuk macamni.




Ni ha lorongnya. Ada satu restoran Halal dekat sini Saigon Seri Penang, nampak macam best je so aku masuk dalam. Nak makan nasikkkkk!!!




Tomyam Seafood + nasik putih 84.000 dong OKlah, boleh lah tomyam dia. Air aku tak order minum air mineral yang dalam beg je lololol cheapskate. Lepastu berjalan kaki sejauh 1km lagi balik ke hostel ambik backpack. Aku jalan steady je, tak laju. Kena simpan tenaga...




Dah sampai hostel dalam pukul 3pm, ambik backpack dan re packing masukkan barang barang yang baru beli tadi. Beg kena nampak kecik dan ringan supaya lepas masuk kabin. Dekat reception tu ada kerusi jati besar. Depan depan tu jugak aku menyelongkar beg bawak keluar baju apebende semua hahaha lantak ler. No Pain, No Gain!! *tibe tibe


Lepas shopping apebende semua tadi, aku ada extra 250.000 dong. Untuk pergi ke airport boleh naik teksi dengan harga 200.000 dong atau naik Public Bus 152 dengan harga 5.000 dong sahaja dalam 80sen kot. Komfem la aku naik bas, kate backpacker kan. Daripada hostel aku kena jalan kaki ke Stesen Bas. dan stesen bas tu letaknya betul betul depan roundabout Ben Thanh Market. Kena jalan lagi 1km ikut jalan yang sama tadi hahaha aku rasa usia wanita aku dihabiskan dengan ulang alik macamni je. 




Total jalan kaki harini 6km. Berapa kali ulang dah jalan ni haha gile sungguh. Sampai bus stop, nasib aku baik sebab bas 152 baru sampai, terus aku naik dan bayar 5.000 dong. Driver bas ni bagus takde kena scam apa dan aku diberi tiket. 

.....bersambung

2 comments:

cEro said...

Kid... Where's your mum? dad?

Hahaha...
Mesti terasa muda kan bila orang tanya camtuh...
btw, respek gila kau berani sorang2...
:)

che dai said...

tabik spring lagi

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE