09 March 2015

Trans Borneo 8 Sabah Museum & Flying Home


Sambungan dari:


Assalamualaikum....

Akhirnya. Entri terakhir untuk pengembaraan merentas tanah Borneo. Malas sungguh nak habiskan sebab cerita dah basi, ingatan aku pun bukannya bagus sangat hahaha. Tapi mengenangkan kalau tak tulis nanti lupa terus, rugi pulak. So aku tulis je lah mana yang aku ingat. 


Masih lagi hari yang ke 5, selepas balik dari Tunku Abdul Rahman Marine Park (pulau), aku naik mini bas ke Muzium Sabah. Muzium ni terletak agak jauh daripada city centre. Dekat dengan hospital. Aku dah lupa nombor bas hehe tapi tambang dia cuma RM1. Kalau teruja nak tahu google lah sendiri dekat Wikitravel tapi... ade ke orang yang teruja dengan nombor bas? hahaha.




Bangunan Muzium Sabah ni sangat besar sebenarnya. Letaknya atas bukit. Daripada bus stop memang kena berjalan kaki 200-300 meter panjat jalan yang berbukit. Berpeluh jugakla...




Aku sampai pukul 3.30 petang, Muzium ditutup jam 5 rasa rasanya sempat lah round ala kadar tengok apa yang menarik di dalam. Tiket masuk Muzium RM2.50. KOT. hahahahaha harga tiket pun dah tak berapa nak ingat. 




Masuk masuk aje boleh tengok kerangka. Besar gila. Ini pun aku dah lupa samada kerangka dinasor ke ikan paus ke apa bende hahah sorry entri yang tidak bermanfaat. Sebenarnya tak boleh ambik gambar dalam ni, ada security guard dan CCTV berlambak. Merata-rata. Tapi nak hidup pandai pandai la.... hahahaah. Alah aku tangkap sikit sikit je pun. Jangan tangkap aku ok, lagipun aku nak promosi muzium ni jugak. kan?




Muzium ni ada beberapa section, ada bahagian haiwan, bahagian peralatan, bahagian sejarah etnik peribumi Sabah dan lain-lain lagi. Komen? THE BEST MUSEUM I HAD VISITED. EVER. 


Best sampai aku buat catatan dalam notebook dan lakar balik apa-apa benda yang aku tengok dalam tu yang menarik perhatian aku. Rasa macam sejam setengah tak cukup untuk explore muzium ni, seriously! Biasa kalau gi muzium mesti rasa macam boring, rasa macam nak keluar cepat je kan.


Section yang paling best aku rasa, section binatang. Sebab dia bahagikan kepada beberapa pameran penempatan. Laut dalam, paya, hutan primer, sekunder bla bla. Ada pameran setiap penempatan tu dan di dalamnya ada model binatang-binatang. Real gila. They are all beautifully crafted, detailed, macam binatang betul yang frozen. Ada background music lagi. Kalau dekat penempatan ular, bunyi ular, bunyi burung, bunyi cengkering, bunyi laut, ikut bahagian bahagian dia. Memang sangat menarik.


Ada satu bahagian tu ada model gua tau, kita boleh masuk dalam gua tu. Lepastu dalam gua ada keranda, ada patung lelaki tengah panjat dinding gua cari sarang burung. Dengan pencahayaan kelam-kelam, lampu spotlight merah. Seram weh. Masuk sorang pun boleh rasa misteri sorang-sorang, terus aku berlari keluar hahaha gile. 




Yang ini pulak lorong yang memberi maklumat tentang kaum pemenggal kepala. Sangat best. Ambien dia pun suram je pakai lampu gantung macamtuh, dekat siling pulak ada digantung model tengkorak. Seram dol. 





Dekat belakang bangunan muzium ada pameran kereta-kereta lama. Masa ni dah dekat pukul 5, aku tak sempat nak tengok dekat.




Jalan depan sikit ada taman dengan jambatan gantung siap. Dia punya lanskap cantik weh.




Jalan lagi ada kawasan model rumah-rumah tradisional. Macam dekat Kampung Budaya Sarawak tapi lagi kecil. Takde orang dah time ni. Just 5-10 minutes before 5pm. Aku pun cuak cuak dah takut pintu pagar tutup, habisla aku terkunci sorang sorang kan. Jadi kena sentiasa awas.




Awas macam mana sekali pun gambar trademark sik boleh lupaaa!




Kalau kebetulan kahwin dengan orang Sabah boleh la buat photoshoot wedding dekat sini oppsss! Aku tumbuk muka kau bhaaa kata mak aku kepada aku.


Pukul 5, aku keluar. Oi tak puas rasanya. Memang best Muzium Sabah ni. Aku rasa macam duduk dalam New York Zoo dalam filem Night At The Museum sebab dia punya model model binatang nampak real. Kalau sampai ke KK boleh singgah muzium komfem tak menyesal punya hehe.


Bas berhenti di depan Wawasan Complex dan aku berjalan kaki ke Filipino Market. Beli brooch dan gelang mutiara untuk orang tersayang. Aku ada beli mutiara bijik bijik ingat nak gantung buat gelang emas, tapi sampai ke sudah tak buat. Mutiara entah duduk dekat mana dah ahahaha. 




Lepastu jalan dekat gerai-gerai makan yang jual seafood fresh. Area Waterfront tu. Rasa macam miskin tapi lapar haha. Pikir punya pikir last last aku order ketam sekor, mintak masak cili api dengan udang galah dua ekor mintak masak butter milk. Makan ratah je. Total RM15. 




Pemandangan bot-bot Nelayan waktu senja di Waterfront.

Esoknya, awal awal pagi aku naik bas dari stesen bas dekat area Atkinson Clock Tower. Dekat je dengan Gaya Street dalam 5 minit berjalan kaki. Dekat sini ada bas direct ke Kota Kinabalu International Airport, tambang cuma RM5 tapi masa naik kena inform driver samada nak berhenti di Terminal Airasia atau Terminal MAS/MAS Wings. Aku baik bas paling awal jam 7.30 pagi. Kalau tak silap aku, kekerapan bas dia setiap jam. 




Mas Wings ticket yang aku beli KK - Kuching dengan harga RM89.




First time naik Mas Wing. hee. Berhenti di Bintulu sekejap sebelum sampai Kuching. Dari Kuching aku naik van selama 6 jam sebelum sampai di Kabong... Selesai pengembaraan merentas Borneo. 

Bye Bye Bye



4 comments:

Anonymous said...

teruja nya baca post trans borneo ni...memandangkan sy pon duduk srwk, sy kagum ngn keberanian awk travel sorg2 kt bumi asing mcm ni.. bravoooo

caah said...

Wah Best baca..in planning sy pun nak buat camni. Total hangus semua bpa rm sepanjang Trans Borneo ni

Syahira Mansor said...

@caah
saya tak ingat hee sebab lama dah. tapi tak banyak sangat dalam 800 je kot kalau tak silap :)

GD said...

Best je perjalanan ke Borneo, saya punya tak sebest tu. Kalau x keberatan, boleh jadi rakan pengembara juga. Boleh follow blog KembaraGD.blogspot.com atau FB page facebook.com/KembaraGD atau FB personal saya facebook.com/HadiAsad atau G+ +AbdulHadiAsadalHajGDMohamad.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE