31 December 2013

Java Trip Day 5: Dago Highland & Cihampelas



Hari Kelima di Bandung



Pemandangan daripada bilik di Hotel Zodiak.




Di depan Hotel Zodiak ialah Hotel Flower Asia. Hotel 4 Bintang, lagi syok. Masa aku google dekat Agoda nak book haritu, boleh dapat hotel ni dengan harga RM130/night. Agak murah la aku rasa compare dengan status 4 star dia tu kan. Tapi Hotel Zodiak ni pun dah okay dah.




Breakfast buffet, tapi pilihan tak banyak pun. Roti , bubur dan cereal. Aku ambik bubur. 




Mula mula ingat nak ke Kawah Putih lepastu cancel atas sebab sebab tertentu. Kos supir sebanyak Rp500.000 per car, macam mahal sebab 2 orang je satu kereta. Tak berbaloi. Public transport pun ada dengan kos yang jauh lebih murah tapi kena tukar banyak kali. Aku tak berani nak try sebab kitorang dah keluar lewat daripada hotel (11.00 pagi) lagipun lokasi Kawah Putih 2 jam perjalanan daripada Bandung.




Jadi ke mana kah kita? Aku decide ke Dago Pakar. Memang termasuk dalam list, Dago Pakar ni merupakan kawasan tanah tinggi dekat Bandung dan menempatkan cafe-cafe atas bukit yang membolehkan kita melihat pemandangan kota Bandung dalam cuaca yang sejuk sedikit. 


Naik angkot dari Jalan Asia Afrika. Kitorang tukar angkot 2 kali sebelum sampai dekat kawasan Dago Pakar tu. 


Pakai penutup hidung dan mulut sebagai salah satu bentuk penyamaran sebagai locals. Entah, orang sini ramai sangat pakai mask ni terutama yang bermotosikal. Aku yang tak naik motor pun nak menyibuk pakai jugak. Bebas daripada pencemaran!




Inilah kawasan Dago Atas. Aku imagine lain, tapi yang nampak lain. Agak sunyi. Moto moto orang kampung adelah sekali sekala. 




Pemandangan daripada tepi jalan. Cantik tak? Tapi kitorang tak jumpa cafe yang diidamkan. Dalam internet, gaya dia bercerita tu macam ada banyak cafe di sepanjang jalan ni. Tapi bila tengok, jarang jarang je. Lepastu ada yang tutup dan masih dalam pembinaan. Hmm mungkin aku tersalah jalan lagi...




Lepastu merayau dengan member aku naik ke atas puncak yang lebih tinggi. Ape bende entah takde motif langsung kitorang ne. Tempat dia serupa tempat orang sorokkan mayat pembunuhan je. Sunyi takde orang. 




Lepastu turun balik ke bawah. Ni ada satu cafe. Tapi taknak masuk yang ni. Jalan lagi. 




Lorong lorong perumahan penduduk tempatan.




Pemandangan lagi. Actually kan, dekat sini ada cafe yang jual kopi luwak tu. Tapi tak berani lah kawe nak try. Tahu tak kopi luwak tu mende? Bijik kopi yang ditanam akan dibagi makan kepada musang yang dibela khas. Lepastu, bila masuk dalam perut musang akan ada enzim yang proses biji kopi tu. Dannn bila musang tu berak bijik kopi, ia akan diambik, diproses untuk dijadikan kopi yang paling mahal di dunia. Kirenye kita minum kopi yang pernah masuk dalam perut & intestine musang gittew. Haha serius weh ni bukan citer tipu. Tak percaya boleh google untuk fakta yang lebih jitu YA. 




Akhirnya masuk dekat Cafe Lisung ni lah. Driver angkot tu turunkan aku dan member dekat sini tadi. Dia suggest tempat ni. 




Bahagian dalam dia cantik, ada tingkat atas ada tingkat bawah konsep open air. Tapi aku duduk dekat tingkat atas dia macam beranda mengadap pemandangan. 




Ambil meja hujung sekali . Nak privacy lah katekan. 




Cafe ni western concept. Bila waiter bawak mai menu, terkejut lah tengok harga dia 35, 32, 28, ni pakai currency US Dollar ke Ringgit Malaysia ke ape ni wei? Haha masing masing jakun sampai tanya waiter tu Rupiah ke ni? haha. memang Rupiah pon cuma dia tak letak ribu ribu dekat belakang. Last last kitorang order Nice Dream Mix Cold Chocolate. Order air sahaja okey, makan takdak. Orang miskin cenggini lah. Masuk dalam ni pun just for the sake of the beautiful scenery. 




A glass of this drink costs Rp32.000 (RM9.50) lepastu tambah tax apebende lagi dalam sepuluh ringgit lah kot. Air dia sedap berbaloi lah walaupun mahal sikit.




Keluar daripada cafe, ambik gambar dengan riangnya walaupun hujan turun rintik rintik. Sementara nak menunggu angkot datang. Angkot ni pun , bukan ada time time dia. Ikut lah suka suka hati bila dia nak lalu.


Masa makan tadi kan , adelah 2-3 family yang duk makan skali. Nampak macam style Indonesian yang mewah. Order macam macam. Pastu bila family tu keluar daripada restoran kitorang macam,  menyorok weh menyorok! Haha. Malunye tunggu angkot dekat luar tu tak sampai sampai. Masuk cafe mewah bajet bajet kaya je, tapi rupanya balik dengan angkot! Hahaha. Bengong budak budak ne. 


Asyik gambar aku jee. Maaf, 

Lepastu sementara tunggu angkot , aku main permainan apebende tah dengan member aku (malas nak ingat ZzZzZZ) sampai aku terjatuh atas rumput sebab licin kan baru lepas hujan. Kotor jugaklah seluar aku. Grrr. Pergi masuk toilet dekat cafe lain untuk cuci seluar. Dalam tu ada 2-3 kelompok hipster Indonesia yang tengah study sambil minum kopi mahal. Semua stylo. Macam pelakon pelakon sinetron petang-petang. 




Kemudian tunggu angkot tak lama, sekejap dah sampai . Perjalanan dengan angkot sehingga ke Jalan Dago, kemudian turun dekat Jalan Dago untuk tukar angkot lain pulak. Dekat situ ada satu simpang Jalan Dago ni kan, aku duk imagine simpang tu akan tembus ke Jalan Cihampelas. Sebab Jalan Dago ni dia selari dengan Jalan Cihampelas. Aku cakap dekat member aku, jom ar kita jalan je. Mall dekat sebelah sana je. Haha confident gile. Member aku oke dia follow je.



Lepastu kitorang berjalan entah ke mana-mana. Perjalanan yang agak panjang dan tak berpenghujung... Daripada jalan besar, masuk ke lorong yang lebih kecil... Lalu depan perumahan setinggan...


Lepastu melalui lorong yang macam lorong belakang penjara ni. 




Tiba tiba ada budak kecik muncul dari atas, orang ambik gambar sekeping dia panggil adik dia nak bergambar lagi sekali lol .




Lorong kecil tadi menghala ke kawasan yang kelihatan seperti loji najis. Hahahaha. Aku syak ni kawasan belakang asrama Institut Teknologi Bandung. 




Mendaki jalan berbukit... Daripada sini, kitorang masuk kawasan perumahan. Mula mula perumahan biasa hingga ke perumahan mewah Dago Asri . Banglo besar besar. Agak lama lah berjalan dalam sejam jugak , mall yang dijanjikan tak ditemui. Member aku dah sakit hati. Hahaha. 



Akhirnya.... jumpa jugak jalan besar. Bila nampak deretan penjaja ni aku teringat sesuatu... Sebenarnya kitorang tak tembus ke Jalan Cihampelas pon. Tapi pusing pusing dan keluar dekat Jalan Dago jugak. Hampehhhh! HAHAHA


Mintak maaf lah kepada member aku kerana penat berjalan, Harap enjoy lah ye dengan perjalanan tersebut. Aku ni kalau backpacking lagi prefer berjalan kaki. Nak explore tempat tu walaupun tak tahu hala tuju ke mana. Baru adventure. 




Akhirnya sampai ke Cihampelas Walk. Ada mall dan sebagainya. Tapi tak sempat nak jalan sepanjang Cihampelas ni. So sad. 




Masuk dalam mall dulu.




Ada pasaraya Yogja, best tau. Barang barang dia cantik je tersusun. Rambang mata tengok pelbagai benda berwarna warni. Air kotak dia pun pelik pelik yang takde dijual dekat Malaysia. 




Air kotak Teh Botol yang famous. 




Borong barang makanan kecik, Air Kotak, pes masakan, dan lain lain. Banyak banyak ni Rp55.000 (RM14) murah je. 




Pastu masuk KFC dekat mall untuk dinner. Cuba teka  yang berbungkus hijau tu apedia???



Nasik setongkol! Hahahahahaha. 



Drama masa nak balik...

Lepastu (dah gelap) naik angkot untuk balik ke Hotel Zodiak. Baru je angkot tu bergerak, baru aku teringat bahawa plastik barang barang makanan yang aku beli tu tertinggal dalam angkot! Haaa barang2 jajan tu mungkin boleh let go je tapi aku ade beli beg untuk adik aku dan beg tu aku letak dalam plastik tu skali! Aku cakap dekat member aku,  beg adik aku.... beg adik aku dalam tu. Blank kejap. Tiba tiba neuron dalam otak aku bersambung, aku terpikir... angkot tadi ialah angkot laluan pasar baru. Lepas dia pegi pasar baru mesti dia cross jalan dekat hujung tu. Ape lagi... berlari lah aku macam orang gila!!! Aku harap sempat kejar angkot tu bila dia lalu hujung jalan tu nanti. Masa berlari depan Hotel Zodiak aku jerit ke member aku (yang mengejar dekat belakang) wei, kau balik dulu. Takpe kaubalik dulu. Hahaha drama nak mampos.



Kemudian. Bila sampai simpang, aku nak lintas ke seberang sana. Tapi traffic ya ampun menakutkan betul. Moto sangat banyak! Tapi time tu aku lintas je jalan macam orang nak bunuh diri tak percaya tanya member aku Hahaha. Masa lintas jalan tu aku angkat tangan supaya pemandu bagi laluan, dan surprisingly diorang bagi laluan tanpa hon ke ape. Lintas je, aku dah nampak angkot tadi lalu depan aku. Aku pun ape lagi kejar lah. Bajet macam sempat je. Dia berenti sekejap dalam 500 meter di depan aku. Aku lambai tangan sambil berlari, ingatkan driver angkot tu nampak lah tapi kemudian dia jalan. Sedih gile time ni. Rasa macam harapan aku hancur berkecai...



Tak lama lepastu member aku sampai dekat aku, kebetulan ada angkot lain yang lalu terus dia tahan, lepastu kitorang naik. Aku (dengan mengahnye) bagitahu dekat driver angkot tu, PAK, CEPAT PAK! KEJAR ANGKOT DI DEPAN PAK! Driver tu macam nonong nonong blur tapi dia terus tekan minyak kejar. Hahahaha lawak nak mampos time ni. Laju jugakla pakcik tu bawak, last last sempat kejar angkot tu yang tengah berhenti kat depan, aku cepat cepat turun gi ambik plastik barang aku balik. Ada! Alhamdulillah bersyukur sangat sangat. Berterima kasih dekat member aku sebab semangat setiakawan (hahaha) dan pakcik angkot yang kejar tu. Kemudian kitorang balik ke Hotel dengan berjalan kaki sambil gelak gelak mengenangkan nasib yang menimpa diri aku. 



Pengalaman yang sangat menghiburkan, mendebarkan, dan manis walaupun penat weh berlari. Miracle lah jugak. Dalam banyak banyak angkot dekat Bandung, dengan keadaan malam dah gelap, traffic sesak, boleh dapat balik plastik aku yang tertinggal tu . Kuasa Allah sangat besar. Hehehe Alhamdulillah. Balik berehat. Besok hari terakhir, nak balik ke Malaysia dah! (bersambung...)



3 comments:

che dai said...

haha...bestnya baca semacam ada dalam situasi tu. Tahniah kerana berjaya kutip pelbagai pengalaman dengan selamatnya. Baguss sangat!

Dapo Saya said...

aku gelak ngekeke2 tang nasi setongkoi..hhahhaha

Anonymous said...

nasi setongkoi kikikikki

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE