25 July 2013

Jauhnya Perjalanan Nak Menjadi Cikgu!



Sedikit tulisan sebagai kenang-kenangan :)


Keputusan penempatan guru keluar dekat website KPM pada 24 Jun 2013 hari Isnin. Time aku masukkan IC & check penempatan, aku meniarap je weh. Takde berdebar langsung. Kahkah. Skali keluar, SARAWAK. First expression? Aku gelak (gelak sebab yay! Boleh naik flight) Haha. Lepastu usung laptop, pergi tunjuk kepada mak aku. Lepastu baru lah aku call member2 untuk tanya diorang dapat kat mana. 6 orang cosmate dapat di Sarawak; 4 orang dapat di Sabah. Ade lah geng. Sebenarnya aku dah jangka akan dapat Sabah/Sarawak, sebab tu aku tak sedih. Kenape nak sedih pulak? Rezeki daripada Tuhan, dibukakan peluang kepada aku untuk memberi ilmu, pekerjaan yang halal dikira ibadah kot. Lagipun aku ni suka mengembara so kena hantar mana-mana pun tak ada hal hihi.


Yang paling menyedihkan, tak sempat nak kongsi berita penempatan dengan ayah aku secara live. Sebab setengah jam sebelum penempatan tu keluar dekat website KPM, ayah aku dah bertolak ke Perak untuk urusan kerja selama 2 minggu. Jadi begitau melalui telefon jelah. Tak best langsung sebab  tak dapat tengok ekspresi muka ayah aku macam mana. Sebelum ni selalu acah-acah bagitahu mak ayah bahawa aku akan dapat Sabah/Sarawak, skali betul-betul dapat sana. Haha padan muka. 


Tarikh melapor diri ialah pada 1 Julai 2013; hari Khamis di Kuala Lumpur. Ha. Tempoh untuk buat persiapan selama seminggu sahaja. KPM sangat berdosa kerana suruh kitorang buat keje last minute. Jadi dalam masa seminggu tu aku dengan mak aku & member Kakza tersayang ke hulu ke hilir buat persiapan cari barang, uruskan dokumen, cari tiket bas, beli beg troli (nak naik flight jauh ni weh), pegi usha beg sampai 3-4 kali nak pastikan muat ke tidak dengan barang-barang yang akan dibawak. Over bukan main.


(30 Jun) Tanah Merah - Kuala Lumpur 


Aku bertolak ke Kuala Lumpur pada malam Ahad 30 Jun 2013. Terpaksa pegi KL sorang, tapi sekampung datang hantar dekat stesen bas. Mak, adik, Atuk, Nenek, Makcik & Pakcik sekeluarga, hehehe. Terima Kasih. I love you all! Cuma sedih sikit ayah aku tak dapat hantar. Sebab dia dah berada di Perak. Itupun Sabtu ayah aku balik sekejap untuk jumpa dengan anak kesayangan nye ini (konfiden nye mengaku anak kesayangan)


Bus trip which is okay at the beginning, turned out to be a little bit challenging. Tibe tibe aku rasa mual macam ibu hamil sampai aku terpaksa makan gula gula sebab nak tahan muntah. Tido ayam je dalam bas. Ayam pun tak tido macam aku. Tahan punye tahan termubtah jugak, nasib baik time tu bas baru je parking berhenti rehat. Terus aku cepat-cepat gi basuh muka, beli 100 PLUS. Lepastu okey dah.


Pukul 5 pagi, aku sampai di Hentian Putra KL dengan sebijik luggage besar bewarna oren dan backpack di belakang. Tidak tahu halatuju ke mana, kesorangan dan kesejukan. Eceh. Aku lepak2 sekejap dekat situ sampai pukul 6, berkira-kira macam mana nak ke Pearl Hotel International. Nak naik teksi terus ke sana ke, nak call sedara datang ambik dan hantarkan ke, last-last aku buat keputusan tarik luggage keluar ke susur gajah tempat teksi banyak banyak tu. Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku. Terjumpa member masa Program Penilaian Khas aritu, dia & kawan2 dia berempat pun nak ke sana. Terus kitorang book 2 bijik teksi dan straight ke Pearl Hotel International dekat Jalan Klang Lama. 


(1 Julai) Pearl International Hotel, Kuala Lumpur 


To cut the story short, dekat sini mendaftar diri, jumpa cosmate yang dah lama tak jumpa (adoi rindunya korang!), taklimat sekejap lepastu barulah diberi kunci bilik. Mula-mula aku nak stay dengan cosmate aku, tapi last last macam mana entah, ada masalah dekat meja urusetia terpisah pulak. Terpaksa tinggal dengan 3 orang kakak dari UPSI. Mula mula segan jugak, sebab baru kenal kan. Rupa rupanya diorang sempoi gila. Itulah dia, tak kenal maka tak cinta! Kitorang duduk di Tingkat 8. 


Sebelah petang kitorang diberi taklimat pasal jawatan. Di sini semua cikgu yang akan ke Sabah & Sarawak masih dikumpulkan untuk taklimat bersama. Besoknye (2 Julai) barulah kitorang akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan penerbangan; ke Kota Kinabalu ada 5 trip dan ke Kuching ada 4 trip, masing-masing masa penerbangan yang berlainan. Bila sampai dekat sana, akan ada taklimat dekat sana pulak selama 2 hari Kemudian baru dihantar ke sekolah. Yang paling best duduk dekat hotel ialah time makan. Lunch, tea, dinner semua buffet beb. Mulalah perangai menketedarah datang. Hehe. Time ni syok jugak lah boleh lepak dengan cosmate. Eton, Una, Yana, sebab besoknye Eton dan Una akan naik flight ke Sabah jadi malam ni jelah boleh luangkan masa dengan diorang. 


(2 Julai) KL - Kuching


Aku termasuk dalam kumpulan Q3; flight jam 12.05 tengah hari. Awal pagi dah bertolak keluar daripada hotel ke KLIA dengan bas yang disediakan. Berat bagasi untuk check in yang dihadkan 30kg. Tapi rupanya luggage aku tu 19 kg je, kahkahkah. Okey, inilah first time aku naik MAS dan menjejakkan kaki ke KLIA. Tapi tak sempat ambik sekeping gambar pun. Gambar dekat KLIA takde, gambar tiket flight pun takde. Sekarang rasa rugi. Pengalaman sume tu.


Flight kitorang delay, pukul 1 baru depart daripada Kuala Lumpur. Aku duduk seat tengah. Tak dapat ler nak tengok pemandangan sangat. Jenguk jenguk macamtu je. Nak lebih lebih takut budak sebelah aku tu jadi annoying pulak. Yang best nye MAS ni; depa sediakan meals. Comel je. Apple juice, beriyani ayam, muffin, coklat bar, dengan mineral water. Airasia manade. Jakon tau tetibe pramugara datang serve makanan. Perjalanan ke Kuching memakan masa selama 1 jam 45 minit. Sekejap saje. 


Hotel Merdeka Palace, Kuching


Apabila kitorang sampai di Airport Kuching dalam 2.30 petang; kitorang kena cop passport dulu dengan imigresen. Ada pegawai dan bas daripada Jabatan Pelajaran Sarawak datang jemput. Kitorang dibawa terus ke… jeng jeng jeng. Hotel Merdeka Palace Kuching! Hotel 5 Star Kakak kakak roommate aku dekat KL tanye, Syira nak duduk dengan kitorang lagi tak? Ape lagi terus aku bagitahu Nakkkk! Hehe. So duduk sebilik dengan diorang lagi. Kalau dekat KL; kitorang tinggal bilik deluxe biasa je; dekat sini dapat apartment 2 bilik; ada dapur & living room. Aku duduk master bedroom dengan Kak Zaini, siap ada bathtub lagi bilik kitorang ok. Harhar jakon lagi weh! Kak Rubi dengan Kak Ailis duduk bilik yang satu lagi. Daripada Tingkat 12 bilik kitorang tu boleh nampak view Bandar Kuching. Alkisahnya pasal Tingkat, ada cite lawak. Aku try nak connect wifi dalam bilik, tapi tak dapat. So aku call receptionist.


Aku: Hai, saya nak tanya dekat bilik ni ada wifi tak? Boleh mintak password wifi?

Receptionist: Cik dekat level berapa ye?

Mulalah perangai blur aku datang. So aku main sebut je Tingkat 8 sebab dekat KL kitorang menginap di Tingkat 8. Aku pun tak berapa nak berpikir panjang time tu LOL. 

Receptionist: Maaf ye cik, kami tak ade bilik dekat Tingkat 8. 

Aku: Oh ye ke, Takpelah. Nanti saya call balik ye,


Bodoh nyeeee! Malu gila aku! Mesti receptionist tu ingat hantu yang talipon dia; sebab Tingkat 8 takde bilik pon. Dah macam mistik mistik dah. Bila aku check, Tingkat 8 ada hall dengan pool je. Hahahaha. Aku duduk Tingkat 12 laaaa! Hadoi. Lepastu aku call tanya balik pasal wifi (dengan tak malunye). Wifi takde, tapi internet connection (dial-up) boleh dibeli dengan harga RM30 per 2 jam ke macam mana, takpelah. Terima Kasih saje lah. 


Lepas berpisah dengan member yang ke Sabah; sekarang tinggal tiga orang sahaja cosmate aku dekat Kuching ni iaitu Yana, Kakza, dan Kak Ruby. Semua duduk bilik lain-lain. Tapi bila taklimat & waktu makan, kitorang bersama lah. Part makan perghhh memang mewah gilo. Setiapkali waktu makan, buffet style. Semua nak rasa, semua best. Yang syok nye Merdeka Palace ni ada banyak restoren dalam dia, jadi sepanjang 2 hari dekat situ kitorang duk tukar tukar masuk restoren dan cafe yang berlainan. Heh.


Malamnya baru start taklimat pertama di Kuching, tak bosan sebab disampaikan oleh kaunselor JPS, orang lama jugak ler. Lepas habis taklimat, aku & Yana pegi duduk di depan hotel dan membincangkan hal-hal kehidupan yang mendatang sambil dengar orang main piano. Bajat bajet syahdu. Memikirkan nasib dekat manalah kitorang akan tercampak nanti. Hingga saat itu kitorang belum tahu dapat sekolah mana. Dekat Kuching ke, Miri ke, ape. Malam besok iaitu malam terakhir kitorang dekat Kuching (3 hb Julai) barulah akan diberitahu daerah dan sekolah mana yang kitorang akan ditempatkan. Seprais tak? Seprais gile kan. Layannn!


(3 Julai) Surpriseee!


Besoknye daripada pagi sampai ke petang ada taklimat, macam macam jenis taklimat berkaitan dengan pengurusan & perguruan. Sehingga lah acara kemuncak, Majlis Perasmian apebende entah oleh (wakil) Pengarah Pelajaran Sarawak, lepastu simbolik penyerahan surat penempatan guru. Lepas majlis tu barulah cikgu-cikgu (kitorang lah tu) diberi buku berkulit biru. Dalam buku tu tercatat nama cikgu, sekolah mana dapat, daerah apa, dan pengangkutan untuk ke sana pada hari besoknye. Haa seprais gile kan. Dia punya seprais tu macam nak sambut hari jadi. Hari jadi pun tak seprais macam ni. Dapat je buku di tangan, terus aku cari nama aku.


NURUL SYAHIRA MANSOR. Mata aku tangkap dekat pengangkutan dulu; aku nampak Pengangkutan: BAS EKSPRES. Daerah: SARATOK. Nama sekolah: SMK KABONG. Tak terkata. Sedih tidak, gembira pun tidak. Aku pandang keliling, ada yang mula bawak keluar phone (call family kot), ada yang tersenyum, ada yang menangis, ada yang berpeluk peluk dengan member sebelah. Aku blur, tak tahu nak buat apa tak tahu nak peluk sape. Lepastu baru aku teringat di sebelah aku ialah Kakza, lalu aku tanya Kakza dapat kat mana. Kakza dekat Serian, nun di sana Kak Rubi dengan Yana, diorang dapat daerah Song dan Belaga. Antara kitorang takde yang dapat daerah sama. Okay.


Lepastu , pegi ke kaunter mengikut daerah masing-masing ambik surat penempatan. Dan ada taklimat sikit berkenaan perjalanan besok ke sekolah di setiap kaunter oleh urus setia. Aku kena naik bas jam 8 pagi. Bagi yang dapat daerah yang jauh sikit macam Sibu, Bintulu, Miri, Lawas, Limbang, diorang kena naik flight pagi besok. Huru hara jugak lah time tu, sebab masing-masing nak call family, aku dah terpisah dengan cosmate. Yang tinggal cuma aku dengan Yana. Kitorang pegi dinner dengan Azizah, Su dengan Aida , member sama UPM jugak tapi course Pendidikan Moral. Aku ingat lauk nye aku ambik. Sup cendawan, sotong pedas (besar besar dia potong), fillet ikan, kangkung sos tiram, tapi makan macam takde rasa ape pon. Memikirkan ape la nasib nak ke sekolah besok. Macam mana lah tempat baru nanti ye, hmmm.


Lepas dinner baru aku call mak & ayah aku bagitahu dapat daerah apa, jujurnya sebelum ni aku belum pernah dengar Saratok, kalau dengar pun mungkin tak ambik tahu sangat so tak lekat dalam kepala. Takpe KPM, takpe. Layankan jelah zasss. 8 malam ada taklimat lagi tapi semorang macam dah malas nak dengar sebab penat gile talkimat dari awal pagi sampai ke petang, lepastu masing-masing main mesej, inform keluarga dapat kat mana kat mana. Lepas habis taklimat, aku lepak lagi sekali dengan Yana dekat luar hotel memikirkan masa depan. Borak borak, besok nak berpisah dah. Huhuhuhu sedihhh. Yana akan naik flight ke Bintulu untuk ke Belaga dan aku akan naik bas ke Saratok!



(4 Julai) Kuching - Kabong, Saratok


Awal pagi jam 4; kakak kakak housemate aku dah bangun, diorang flight ke Miri dan Bintulu. Cikgu yang menaiki flight akan bertolak seawal jam 5 pagi daripada hotel. Manakala lain-lain yang naik bas sahaja, kitorang bertolak jam 8 pagi. Tinggal lah aku sorang sorang dalam apartment tu. Huhu. Lepas Subuh dalam pukul 6 pagi baru aku bersiap. Langsir tingkap dibukak luas luas dekat setiap penjuru sebab nak menikmati pemandangan sunrise di Kuching daripada Tingkat 12. Pukul 6.30 pagi dah terang benderang. 


Pukul 7 pagi aku turun ke lobby, breakfast dulu kemudian naik bas. Bas yang aku naiki membawa 27 orang cikgu daerah Betong, Saratok dan Kabong. Kabong destinasi paling last, dan di Kabong terdapat satu sekolah menengah sahaja iaitu SMK Kabong sekolah yang aku ditempatkan bersama-sama 3 orang lagi cikgu; Shuhada, Izzah & Ainul. Kitorang semua daripada lain-lain U dan baru kenal semalam masa diberi surat penempatan. Tepat jam 8 pagi bas pun bertolak meninggalkan Merdeka Palace. Sedih wooo nak tinggalkan tempat yang penuh bersejarah ini. Haha.


Lepas perjalanan selama satu jam setengah, kami singgah di pekan Serian untuk makan. Aku masuk farmasi cari SALONPLAS. Dah addict gile dengan mende ni. Jadi beli lah sekotak sebagai bekalan di hari kemudian. Hehe. Lepastu tapau KFC untuk makan atas bas. Bandar Serian macam ramai penduduk pribumi non-muslim, sempat masuk Pasar dia sekejap. Barang-barang yang dijual unik jugak, makanan ada, sayuran ada, dan barang keperluan lain. Ada yang tak pernah nampak dekat Semenanjung pun. Sayang seribu kali sayang takde gambar langsung! Itu lah yang ruginya, lepasni taktahu bila nak masuk Pasar Serian lagi dah. Lepastu teruskan lagi perjalanan dengan bas. Dekat Serian ada banyak kedai lagi, bila dah makin jauh takde kedai dah. Nampak pemandangan hijau pokok dan tumbuhan je. Dalam pukul 12 tengah hari (kot?) singgah dekat foodcourt tepi jalan untuk memberi ruang kepada mereka yang nak membuang hajat. Gerai Islam tu ada, tapi tak banyak. Anjing pun berkeliaran macam tu je. Ada makcik makcik yang duduk dekat situ jual sayuran dan buah yang aku tak familiar. Aku usha usha je lepastu tunggu atas bas. 


Pukul 2 petang, kami sampai di pekan Betong. Agak besar jugak rupanya Betong ni. Ada MRSM, Kolej Vokasional, ramai cikgu yang diturunkan di sini (dekat PPD Betong) lepastu teruskan lagi perjalanan ke Saratok sehingga jam 3 petang apabila bas sampai di PPD Saratok. Dekat sini cikgu-cikgu diturunkan sehinggalah tinggal kitorang berempat sahaja yang akan meneruskan perjalanan ke SMK Kabong. Jalan punya jalan, jam 4 petang baru kitorang sampai pekan Kabong. (Cuba bayangkan daripada pukul 8 pagi tadi naik bas dari Kuching, pukul 4 petang baru sampai. Fuhhh penat weh.) Tapi sekolahnya belum jumpa. Dalam 15 minit jugaklah driver bas tu pusing-pusing cari sekolah. Mane lah sekolah nye ni nak menyorok daripada kitorang kan. Grrr. Driver bas tu pun macam dah berputus asa sebab tak jumpa sekolah. Penduduk kampung tengok bas ekspres masuk kampung diorang cam pelik je. Akhirnya… ada lah sorang hamba Allah ni ternampak papan tanda nak masuk ke sekolah dekat simpang. Patutla tak perasan. Huruf dia dah berkarat dah. Masuk simpang tu tak sampai seminit terus sampai di depan pintu pagar sekolah. Heh. Comel je sekolahnya. Masa sampai tu ada cikgu-cikgu sesi petang yang menunggu sambut kitorang, ambik gambar kitorang turun dari bas sambil seret beg troli semua. LOLS. Terima Kasih cikgu cikgu senior kerana menyambut kitorang sume! Hehehe. Tapi cerita belum habis, ini pun dah cukup panjang. 


Nantilah rajin sket aku nak sambung bercerita kepada diri sendiri balik. Byeee semua. Assalamualaikum!





22 July 2013

Tahun Pertama Ramadhan di Sarawak



Dah hampir 3 minggu aku di Sarawak. Hanya kesyukuran yang mampu aku panjatkan, semoga Allah murahkan rezeki kepada mereka yang murah hati dan tak pernah penat menolong aku dan member2 yang baru di sini. Waktu berbuka yang paling ditunggu2, hehe sebab berbuka ramai2 dengan housemate. Alhamdulillah rezeki tak pernah putus. Syukur!




Dekat sini berbuka 45 minit awal daripada Semenanjung, pukul 8 dah start terawih. Bagi kami yang menetap dalam kuarters sekolah, berterawih dengan budak2 asrama. Banyak lagi yang nak dikongsi, banyak yang nak diceritakan tapi nantilah ye, tunggu ada masa yang sesuai. Insyaallah umur panjang, lagi Sabtu minggu depan aku balik Semenanjung. Cuti raya 2 minggu woi! Harhar! Macamni baru lah boleh menyanyi lagu Balik Kampung! ♫


Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE