01 March 2015

Trans Borneo 6 Labuan - Menumbok - Beaufort - Kota Kinabalu


Pagi yang cerah. Aku check out awal pagi berjalan dari hostel ke Terminal Feri Labuan.

Day 4, Thursday 18 September 2014
Labuan - Menumbok - Beaufort - Kota Kinabalu


Dekat terminal feri tu ada 2-3 kedai coklat jadi sementara nak beli tiket aku masuk dalam kedai check kawasan.




Banyak jenis coklat dalam ni. Bolehla cuci mata. Coklat pelik pelik je semua aku tengok. Coklat import. Nak beli? Ermmm tanda halal Jakim takdok. 




Ok, nak masuk ke Sabah melalui Labuan boleh naik bot ke Sipitang atau Menumbok

Tapi... sebab destinasi aku seterusnya ialah Beaufort, antara Sipitang dengan Menumbok yang paling dekat dengan Beaufort ialah Menumbok. So aku beli tiket speedboat ke Menumbok. Masa perjalanan cuma 30 minit sahaja. 




Jeti Labuan - Menumbok
Speedboat, RM7.50


Ada nama kita siap pada tiket bukan tiket cabuk cabuk ok.




Laluan speedboat ke Menumbok dan Sipitang. Ok, bila kau dah beli tiket kau jangan pergi merayau jauh-jauh pulak kerana, kau boleh dipanggil bila-bila masa sahaja. Satu speedboat tu muat 12 orang je. Nombor bot akan tercatat pada tiket. Bila cukup je 12 orang, mereka akan buat pengumuman supaya penumpang bot berkenaan masuk ke balai pelepasan untuk berlepas. Lambat kena tinggal. 




Berdebar debar hendak meninggalkan Labuan. Mane speed boat nya?




Haaa ni lah dia speed boat yang bakal aku naik. Sempat lagi ambik gambar. Di dalamnya ada penumpang lain, hampir penuh tapi ada lagi yang belum naik. Kebanyakannya ialah penduduk tempatan yang dah biasa naik. Aku yang first time. Bila boat tu bergerak, aku sorang je jadi excited terlebih sampai tergelak sorang sorang sebab bot laju dan melambung lambung. Sepanjang perjalanan tu aku duduk tergelak gelak sorang sorang.




Yahuuu dah jejak kaki di Sabah bah! ^_^
Sampai di jeti Menumbok jam 12.30 t/hari. Cantik dan tenang. 




Speed boat yang aku naik tadi macamni lah rupa dia. 




Kapal besar tu ialah kapal yang bawa penumpang ke Labuan jugak tak silap aku. 
Boleh muat kereta apa semua. 


Daripada jeti Menumbok, aku akan ke Beaufort (dibaca bufot). Keluar sikit daripada jeti akan ada mini-mini van ke pelbagai destinasi. Aku terus pergi ke mini van yang tertera Beaufort. Konsep dia, bila van penuh terus jalan. So kena cepat jangan lenggang lenggang nanti terlepas van habisla. Tambang RM10 untuk seorang. Aku tengok dekat belakang bersumbat sumbat sikit, aku duduk depan sebelah pakcik driver. Boleh sembang dan senang nak suruh dia hantar terus ke Stesen Keretapi Beaufort nanti. 


Jeti Menumbok - Stesen Keretapi Beaufort 
Minivan, RM10




Aku sampai di Stesen Keretapi Beaufort jam 10 lebih. Terus pergi beratur dekat kaunter tiket. Aku harap aku belum terlepas tren ke KK. 




Orang agak ramai, boleh jadi kerana cuti sekolah. 


Sebelum trip ni, puas aku google waktu tren dari Beaufort ke Kota Kinabalu tapi tak jumpa jumpa. Maklumat kurang. So redah jelah. Ok, sekarang mari aku bagitahu waktu tren supaya senangkan kerja sape-sape yang mungkin nak naik tren dari Beaufort ke Kota Kinabalu lepasni.

(Jadual ni masa September 2014 tak tahu la kalau ada perubahan lepasni ya)



Jadual Waktu Tren Beaufort

Beaufort - Tanjung Aru (Kota Kinabalu)

Isnin - Sabtu 5.00 am, 11.00am, 5.00pm
Ahad 5.00am, 11.00am, 4.30pm

Tanjung Aru (Kota Kinabalu)  - Beaufort

Isnin - Sabtu 7.45am, 1.40pm, 5.30pm
Ahad 7.45am, 1.40am, 5.00pm




Yang ini ialah tren ke Tenom. Macam toy train je kan? Satu lagi tarikan sebab tren ni akan lalu sepanjang Sungai Padas, katanya cantik. Kalau dah sampai Tenom mungkin boleh cuba water rafting dekat Sungai Padas tu. Aku berkira-kira jugak nak naik tren ni macam best je tapi bila di pertimbangkan, lain kali saje lah. Aku terus ke KK je. 


Apepun, kalau korang nak ke Tenom dari Beaufort , tren cuma 2 kali sehari iaitu 7.50am dan 1.30pm manakala dari Tenom ke Beaufort 7.30am dan 1.00pm




Tren Beaufort - Tanjung Aru (Kota Kinabalu)
RM4.50

Aku bajet nak layan pemandangan tapi selepas sejam perjalanan aku dah lena. Sedar-sedar dah sampai KK. hahaha. Penat kot. Dari awal pagi naik bot, van, memang lembek weh hari ni perjalanan je. 

Stesen Tanjung Aru sebenarnya agak jauh daripada pusat bandar. Jauh kalau nak jalan kaki. Tetapi, van sapu ada banyak so naik je van untuk ke city centre. Tambang cuma RM1 dan semua penumpang akan di drop dekat Wawasan Bus Terminal, depan Wawasan Plaza. Free city bus pun ada. Dari situ aku naik bas dan berhenti dekat kawasan Gaya Street. Hostel aku dekat area situ. Memang kawasan backpackers. Banyak hostel murah dan walking distance ke tempat-tempat menarik dalam bandar KK. 

Aku tak ingat dah apa nama hostel yang aku stay tu sebab dah lama haha, bulan 9 tahun lepas kot. Lagipun tak best sangat. Female dorm betul betul depan receptionist desk, tilam tak best dan bilik air pun tak best. Tapi aku tahan je untuk 2 malam. Malas nak mencari hostel lain. Lepas Asar kira-kira jam 3.30 petang aku keluar ke bandar KK. Apa yang menarik?



Pasar Ikan Bakar / Dataran Todak, Kota Kinabalu

Aku tak rancang pun nak ke sini, tapi sebab nampak best je so masuk jalan jalan ke dalam. 



Seafood memang berlambak lambak dekat sini. Tak tahu nak makan yang mana. Tapi tak boleh lupa daratan sebab aku cuma insan marhaen di negeri orang. 




Menggelupur nye tengok seafood banyak banyak macamni. Aku beli sotong bakar dengan air kelapa. Tapi sotong bakar tak sedap sebab lembik sikit. Sos dia pun tak kick. Mungkin tersalah pilih kedai. Sebab tak tahu kedai mana best, kedai mana tak best...






Pasar Filipino 

Sebelah Waterfront ialah Pasar Filipino, iaitu tempat menjual pelbagai jenis handicraft dan barang-barang cenderamata. Daripada keychain, fridge magnet, barang anyaman, manik, dan yang paling best... mutiara!!! Hehe memang murah dekat sini tapi aku belum beli apa apa. Tengok tengok je dulu, banding banding kan harga. Hari last nanti baru beli. Banyak masa lagi di KK ni. 



Rambang mata.




Aku tak pandai nak membeli barang-barang perhiasan macam mutiara ni. Tapi bila aku survey beberapa kedai, rupanya mutiara ada dua jenis satu mutiara sungai dan lagi satu mutiara laut. Mutiara sungai bentuknya tak bulat, dan lebih murah tapi mutiara laut bentuk bulat cantik dan harga mahal sikit. Tapi kedua-dua jenis mutiara ni takkan terkopek ke macam mana nak cakap eh, dia punya permukaan tu takkan terhakis dan calar. Kalau calar tu plastik, bukan mutiara. 

Wallahu alam. 




Dekat KK ni senja awal gila. Kebetulan masa aku lalu dekat Waterfront aku disajikan dengan pemandangan sunset yang cantik...




Pukul 6.10 petang. 



Balik ke hostel dan masuk tidur awal. Besok nak pergi pulau. 
Selamat malam :)


5 comments:

cEro said...

BESTNYA SPEED BOAT!!!

Aku berangan nak pergi sana jugak!!!

che dai said...

besttt

Anonymous said...

best siot2.....

Anonymous said...

Boleh tanya. Tambang speedboat tuu mmg 7.50 jee?

matt_it71 said...

Ya.. sblum tu rm15 tapi krjaan bg 50%.. tu hrga spruh.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE