13 December 2014

Vietnam Day 3 Hue Imperial City



Assalamualaikum! Selamat pagi Hue!


Tren SE3 daripada Hanoi tiba di bandar Hue jam 10.35 pagi. Aku akan menaiki tren yang sama pada waktu yang sama; hari esok ke Da Nang. Jadi bila dah sampai di stesen keretapi Hue terus pergi ke kaunter untuk membeli tiket siap-siap. 




Baiklah. Kaunter tiket terletak di sebuah bangunan yang berasingan. 




Hue - Da Nang Train Ticket Fare
Reunification Express SE3
Soft Seat ; 75.000 dong ($USD3.75)

Ni lah tiketnya. Beli dekat kaunter sentiasa lebih murah ok? Sebab aku check dalam website sebelum tu, harga dia sampai $USD9.


Keluar daripada stesen keretapi memang tak lengkap hidup ini tanpa pakcik pakcik rempit yang datang approach untuk gunakan perkhidmatan motosikal diorang. Macam mana nak lari ne!!! Punya lah aku takmau naik moto sampai aku bagitahu aku trauma lah pengalaman eksiden lah apebende lah. Last2 aku nampak ada cyclo (sebutan: si-klo) macam sejenis beca , aku cakap yang itu, OK aku boleh naik. Jadi datangla pakcik beca tu dekat aku dan bersiap sedia suruh aku naik.


Awas! Sebelum naik tanya harga dulu (dan fix kan). Bila aku tanya katanya 100.000 dong bersamaan RM18. Mahal jugaklah sebab hostel aku tu takde lah jauh mana pun dalam 1km++ je. Oooo up harga ye? Tawar punya tawar dapat 60.000 dong hmm bolehlah layan jelah. Remember to ask the price before you take any service untuk mengelakkan scam.




Perjalanan daripada stesen keretapi ke hostel dengan beca mengambil masa 15 minit sahaja, jalannya lurus. Di bahu jalan ada pokok pokok rendang dan boleh nampak Huong River di sebelah kiri. Sangat tenang bandar ni, aku sukaaa! Pakcik drebar beca nama Chu, boleh tahan friendly orangnya. Dia banyak bercerita pasal family dia, pasal tempat tempat menarik dekat Hue.




Hostel yang aku booked pakai Booking.com terletak di celah celah lorong ni. Erkkk. 

Nhat Le Hostel, Hue
Double Room, $USD10 (RM34)



Inilah rupa bilik nya! 

Haha apalah yang boleh diharapkan daripada sebuah bilik yang berharga 10 dollar??? Takkan nak rupa villa 5 bintang pulak kan. Hihi. Bilik dia macam creepy sikit, macam bilik yang ada hantu..... oppsss muluttt! Aku cuba lah tolak katil tu rapat ke dinding takut malam karang ada tangan jenglot keluar ke tergolek jatuh celah tu ke... Skali tak tertolak pun katilnye. Berat weyyy! Hahaha. Lantaklah. Malam tu aku baca Yasin sebelum tidur. Dekat hotel mana mana pun memang baca sikit sikit sebagai pelindung diri di tempat orang. Dan lagi satu seram macam mana pun, bila nak tidur  lampu bilik wajib tutup sebab aku tak suka tidur cerah cerah. Awkward bijik mata.



Walaupun bilik murah tapi tetap ada bath tub ok jangan main-main. Bilik air bersih, bolehla layan tapi sebab lama kot jadi dia nampak macam bath tub buruk yang kita boleh terbayang bila waktu malam air terisi dengan sendirinya lepastu berbuih buih bertukar jadi warna merah kemudian jenglot besar mengengsot keluar berbunyi huergh huergh herrr ..... DAHHHH. Cukup. Imaginasi itu harus direntikan. 




Lepas Zohor aku keluar dengan kamera, monopod stick, notebook, dan air mineral dalam bag. Dekat Hue ni rasa macam selamat sikit berbanding Hanoi. Baru je keluar ke jalan besar, ada lah sorang pakcik cyclo tanya aku nak kemana? Bila aku bagitahu aku nak ke Citadel, baiklah pulak dia tolong tunjukkan jalan. Aku dah tahu dah. Ni baik baik komfem ada makna punye! He wont be nice for free. (Alamak bersangka buruk). Lepastu dia ikut je aku jalan sambil offer untuk bawak aku ke Citadel. Aku kata dahhh! Pakcik tu offer berapa ribu dong entah, tapi aku takmau aku cakap nak jalan kaki je. 


Sebab nak elakkan dia punya pasal aku masuk ke dalam sebuah bank (konon nak tukar duit) skali bank tutup pulak. Adui. Pakcik tu kata, pukul 2 baru bank bukak. Kalau nak tukar duit dia boleh bawak aku ke Dong Ba Market lepastu ke Citadel. Aku berkeras jugak, Takmau Takmau Takmauuuuuuu! Aku lintas ke jalan seberang (arah bertentangan) dengan harapan dia tak ikut dah. Tenang sekejap... Tiba tiba noneng noneng muncul daripada belakang. Dia dengan beca beca dia muncul daripada belakang, ikut aku dekat tempat pejalan kaki tu. Pun boleh. Haih. You won't give up, don't you? Last last aku naik jelah, lagipun dia dah bagi diskaun sampai 20.000 dong ($USD1 je). 




Perjalanan dengan cyclo ke Citadel mengambil masa kira-kira 10 minit. Kot. Or less, but can't be more than 10 minutes. Dia akan lintas satu jambatan yang lebar, Phu Xuan Bridge kemudian belok ke kiri dah jumpa dengan pagar Citadel. Dekat je sebenarnya, cuma kalau nak meredah jambatan tu dengan berjalan kaki agak hazab jugak lah sebab matahari tengah panas atas kepala. 




Ok dah sampai. Pakcik ni buli aku sebab dia berhentikan dekat jambatan ni je, tak masuk sampai ke dalam. Aku buli dia balik suruh dia ambik gambar aku berdiri depan ni. 

Imperial Citadel  (Dai Noi)
Entrance ticket: 105.000 dong (foreigners)

Sejarah zaman tok tonggek, pusat pemerintahan Vietnam ialah di bandar Hue ni. Kiranya Imperial Citadel merupakan istana dan pusat pemerintahan dahulu kala. Eh betul ke? Entahla... Secara ringkasnya yang aku faham. Aku takmau faham banyak buat serabut pikiran aku pulak. Paham sikit sudahla haha. Oh ye, Imperial Citadel is cited as a UNESCO World Heritage site. 




Besar bendera Vietnam tu. Dari seberang sungai tadi dah boleh nampak. Kalau nak jalan jalan dekat sini free je. Bila masuk ke dalam (bahagian istana) baru berbayar. 




Singgah beli sekeping poskad & setem dengan harga 17.000 dong.




Dalam bangunan tu ada tempat beli tiket. This is actually the entrance. Masa aku datang ni diorang tengah buat renovation, kalau tengok dalam gambar lagi cantik. Yang dekat poskad aku beli tu, gambar bangunan ni sebelum renovation. 




Your girl. Playing Temple Run. 

Lepas beli topi tudung saji ni dekat Halong, pegi mana mana memang aku taruk benda ni je atas kepala. Nak lindungi dari panas (sebab aku mudah kena migrain) lepastu nak menyamar orang tempatan. haha Taknak bagi nampak tudung tu sangat. Kalau orang tahu pelancong, lajuuu je kena approach suruh naik beca lah motosikal lah. Serabut tahu tak?




Kasut pink di Imperial Citadel Hue hurayyyh!




Main building dia. Boleh selfie dengan ekstrem dekat sini sebab tak ramai orang. Dalam building tu cantik, warna merah dan gold. Dia punya tempat raja bersemayam. Tapi dalam takboleh ambik gambar. Tembus keluar ke sebelah sana, baru boleh ambik gambar balik. 




Macam ni lah lebih kurang kawasan dalam dia. Macam lokasi drama kungfu TVB Hong Kong berlakon. 




Tempat princess dan dayang-dayang buat catwalk.




Panasss!




Jalan lagi ke bahagian belakang dan ternampak kolam ni. 




Arah aku datang tadi. Takde orang pun dekat sini. Kawasan dia pulak berumput tinggi, aku seriau je kot kot keluar ular ke lipan lepastu kena gigit, menggelupur sorang sorang. 




Cantik dan menenangkan. Tempat raja raja zaman dulu bersidai kot.




Aku duduk dalam ni dalam sejam lebih. Pukul 3 bergerak keluar. Overall, if you like historical architecture, then Citadel is a must-visit place. Sebenarnya dekat Hue ni ada banyak lagi pagoda dan historical buildings yang cantik contohnya Tomb of The Emperors . Aku baca reviews agak interesting sebab tomb-tomb ni terletak di tepi Perfume River, kena menyusuri sungai dengan bot untuk sampai ke tempat tu. Tapi lokasi nya jauh sikit daripada bandar, dalam 7 km macamtu so aku skip jelah. Maybe next time, or maybe never. Hahaha. Tak sempat sebab aku cuma sehari je di Hue. 




Ni exit gate dia. Keluar je daripada Citadel, aku terus simpan kamera dalam beg. Lepastu ambik gambar pakai fon je. 

Lokasi seterusnya : Dong Ba Market




Daripada Citadel complex , berjalan lurus kira-kira 15 minit sampai jumpa satu supemarket. Macam macam benda menarik dalam tuh terutamanya air-air minuman dengan biskut biskut (mata bercahaya bling bling). Aku berkira kira nak beli tapi malas pulak nak bawak berjalan ke hulu ke hilir. Berat. Last last tak jadi beli. Tapi yang pastinya, aku lapar dan dahaga! 




Dekat bawah supermarket tu ada Lotteria. Dia bukan kedai jual loteri tapi fastfood joint macam McD.  Dekat Hanoi semalam pun ada. Aku order Coke (10.000 dong) dengan aiskrim kon Vanilla (3.000 dong). Murah gila aiskrim nye, kalau convert dalam 40 sen je kot tapi rasa setanding dengan aiskrim McD. Hilangkan dahaga, ambik angin sambil pakai wifi. Penattt. Lepastu sambung berjalan lagi. 




Jalan punya jalan akhirnya berjumpa dengan Dong Ba Market (Cho Dong Ba). Macam Pasar Payang dekat Terengganu. Dalam ni semua ada daripada souvenirs, barang basah, barang kering, baju, tekstil, alat kosmetik, permainan budak, barang kemas... semua! Seronok menjamu mata dalam ni haha. Inilah yang aku mahuuuu! I mean, when I get to a place, I wanna be somewhere I can see the real life of real people at that place. Tempat yang not so touristy. Dalam ni kebanyakannya orang tempatan, jarang jarang nampak pelancong asing. 




Kasut dan selipar.




Bahagian makanan




Cenderamata. Aku beli seketul fridge magnet je dekat sini dengan harga 10.000 dong (RM1.70). Murah dan berbaloi baloi. Yey!




Kekacang dan barang tempatan. 

Masa dalam market ni kakak kakak dan makcik yang menjual senyum senyum dekat aku, ingatkan nak promote barang, rupanya diorang tanya dari mana. Agaknya pelik kot jarang nampak perempuan bertudung dalam pasar diorang. Diorang tanya, Thailand? Thailand? Hahah rupe Siam kah aku? Eh bukan orang Siam kulit cerah ke? Tapi aku.... ermm. Pelik. 

No. Malaysia. Malaysia. 

Oohhh. Malaysia.... (sambil berbisik bisik dengan geng geng diorang) 
LOL korang ngumpat apeeee



Pelbagai jenis bijik kopi.




Di tingkat atas ada menjual tekstil. Tapi aku tak melayan sangat. Malasss. Bukannya aku tak suka shopping, aku suka... tapi bukan masa backpacking. Time backpack kebiasaannya nafsu membeli belah jadi kendur haha.




Bewarna warni.




Keluar dari Dong Ba Market, aku berpusing pusing mencari money changer tapi tak ketemu. Masuk dalam bank, bank pulak tak terima Ringgit Malaysia dia cuma ambik USD sahaja. Duit Dong ada dalam sejuta lagi kot, cukup je takpelah saje saje je. Aku tukar di Da Nang besok. So balik hotel je lah. Penat dah menapak.




Aku menyeberang satu jambatan, sebab kalau ikutkan map, kena seberang jambatan di sebelah Dong Ba Market. Lepastu jalan terus dan akan sampai ke hotel aku tu. Tapi bila aku seberang jambatan ni, macam aneh je, macam bukan jalan ke hotel aku je. Menggunakan ketajaman instinct wanita ku, aku patah balik. Hati aku sangat kuat mengatakan bahawa aku ni dah tersalah jambatan...




OK patah balik. Jalan kaki melalui Dong Ba Market sampai ke supermarket yang ada restoran Lotteria tadi. Masuk Lotteria tapau nasik putih (5.000 dong) dan di depan tu aku nampak seorang perempuan muda, nampak bijaksana dan macam boleh faham English. Jadi aku pergi kepadanya dan tanya dia Truong Tien Bridge dekat mana sambil tunjukkan map. Rupa rupanya, jambatan tu sebelah supermarket. Jambatan besar jugak.

Ada seorang pakcik motosikal ni datang tanya nak ke mana , dia tawarkan untuk naik moto dia. Aku perasan perempuan muda tadi geleng kan kepala dekat belakang, memberi isyarat pada aku supaya tak payah naik moto pakcik tu. Jalan kaki je sudah, memang aku takmau naik pun. Tapi rasa terharu dol, rasa macam perempuan tu melindungi aku walaupun berbeza bangsa dan agama. Macam girls united, girls stand up for girls, girls power. Hahaha

[Faith in humanity : RESTORED!]




Jambatan ini rupenye! Petang tadi masa naik beca, aku menyeberang jambatan lain yang lebih lebar. 




Ada lorong di kiri kanan jambatan ni yang memang dikhaskan untuk pejalan kaki. Masa ni pukul 4.45 petang, hampir hampir nak senja dah. Matahari nak terbenam. Pemandangan cantik di sebelah sana. 




Pemandangan di sebelah yang aku jalan. 




Boleh tahan jauh perjalanan menyeberang jambatan ni. Dalam 15 minit berjalan. Tu pun sebab berhenti berhenti ambik gambar. 




Tiba tiba aku perasan ada budak perempuan 2 orang di sebelah sana jambatan, duk lambai lambai ke aku haha korang dah kenapeeee? Diorang ingat aku artis kot LOL. Pastu aku lambai lambai balik, angkat kamera untuk ambik gambar and diorang buat gaya peace peace ni. Hahahaha. 




Selesai menyeberang. Nak balik ke hotel aku, jalan terus je. Tapi aku buat keputusan untuk melintas ke sebelah kanan. Aku macam ternampak sesuatu yang menarik hehehe. Jam pukul 5 petang. 




Ada taman bunga! Aku nampak bunga kuning, bunga purple, pink, merah, macam macam kaler. Dahla takde orang. 




...apelagi bawak keluar monopod dan ambik lah selfie dalam pelbagai gaya dan pesen! Haha. Sebenarnya aku tak berapa berkenan dengan bendalah monopod ni, I dont use it on daily basis no, aku bukan kaki selfie oke. But for the purpose of travelling alone, aku rasa ia sangat praktikal dan berguna. 




Dekat tepi taman bunga tu ada waterfront. Kalau korang nampak jambatan jauh di sana... ha jambatan tu lah yang aku lalu dengan beca tadi! Kalau mata tak rabun , boleh nampak bendera Vietnam dekat Citadel tu jugak. Kiranya aku dah berjalan kaki dari sana sampailah ke tempat aku ada sekarang. Peh kalau balik karang tak slim jugak tak tahulah. 




Truong Tien Bridge. 
Jambatan yang aku lalu tadi. 




Penat dah selfie, ambik gambar. Sudah sudahla bawak bawak bertaubat pulak. Lagipun makin gelap dah. Aku lintas jalan dan mula berjalan balik ke hotel. Boleh tahan hazab nak melintas, tips nye ialah berjalan terus tapi perlahan dan jangan berhenti. Pandai pandai lah moto tu semua mengelak kau. Aku sampai hotel dalam pukul 5.20 pm dan betul betul masuk waktu Maghrib. 


Dekat reception takde orang. Aku terus naik ke bilik (Tingkat 5) menggunakan lif. Keluar daripada lif, aku jadi berdebar debar... Satu tingkat tu bergelap sebab takde orang pasang lampu!!! Hamsap sungguh la weh, dahla bilik aku paling hujung. Mengagau aku cari suis lampu. Tu pun dia pakai lampu oren yang samar samar bukan lampu putih. Bajet nak suasana romentik kot. Geram sungguh la. Aku bukak kunci bilik laju laju takut ada pembunuh bersiri pegang kapak datang dari hujung koridor.... Nasib baik aku cepat. *kunci pintu




Malamnya ambik peluang untuk basuh baju. Hairdryer takdok. Jadi terpaksa keringkan secara manual dan terus gantung... Dah bersih, siap mengaji apebende. Aku keluarkan stok makanan yang ada. Kari Ayam dalam tin!!! Yahuuuu. Makan dengan nasik putih beli dekat Lotteria tadi. 

Pukul 9 tido. 

Selamat Malam Hue!



2 comments:

Travelog MY said...

First time baca your blog dan ianya sangat menarik. Panda sungguh demo tulis. Berani pulok tu jalan-jalan sorang negara orang. Ok, take care :)

Anonymous said...

Hi, blog walking and jumpa ur blog. Best tgk you backpacking n explore vietnam. Salute lah berani travel solo and ure very cute btw.

DISABLE