01 May 2015

USS Trip Part 1: Accommodations & How to Get There



Dah lama aku nak pergi main dekat USS tau, tapi aku vowed pada diri sendiri bahawa aku takmau pergi sorang (solo), sebab ia akan jadi boring gila. A theme park is supposed to be a fun-filled (ber galok galok) moments so KALAU TAKDE adik adik, sepupu atau kawan yang sekufu maka aku takkan pergi.


My first solo backpacking trip is Singapore, but I skipped USS because I know that it ain't no fun to go there alone so I’ll just wait. And it's worth the wait when finally, during last CNY school holiday I managed to find dirt cheap Airasia ticket from Sibu to JB for only RM69. I was thinking, mungkin ada sinar harapan untuk turun di JB dan cross ke USS dulu sebelum balik kampung aku di Kelantan. And… bila aku ajak Ain dia pun OK je. 




Oh, Ain ni ialah rakan sekerja aku dekat Sarawak, entahla macam mana boleh qualify jadi travel partner aku sedangkan aku ni memilih jugak nak backpacking dengan sape sape. Kalau rasa macam tak sekufu aku lagi rela travel sorang sorang je heheheh. Kiranya Ain ni insan bertuah la haha. 

Banyak pulak masa aku bercerita pasal si Ain neh? Nexttt!




So before the trip, we both sit and discuss our budget limitations, transportation, the cheapest hotel reservations and all. Perghhh baru perasan aku tengah speaking like, WOW London siottt. Yang bersyukurnya, si Ain ni kobek punya kobek terjumpa tiket promo USS yang berharga $SGD56 (harga asal $SG74) yang bila exchange rate, lebih kurang RM152 je hahah murah weyyy ! Tiket ni termasuk baucer makan $SGD10 dan baucer souvenir $SGD5. 






Jadi pada hari yang dijanjikan iaitu hari Jumaat lepas habis sekolah kitorang terus cau ke airport Sibu. Flight kitorang pukul 7.20 malam dari Sibu dan sampai di airport JB jam 9.20 malam. Perasaan yang dialami apabila mendarat di JB ialah perasaan kenaling, sebab first time jejak kaki di negeri Johor (JDT YAWW) Johor adalah negeri terakhir yang aku jejak dalam Malaysia ni. Wahh gitu.






Keluar daripada arrival hall, akan ada kaunter Causeway Bus ke apebende entah. Tunjukkan boarding pass Airasia tadi (jangan buang pulak) pada makcik kaunter  dan kita boleh dapat TIKET SHUTTLE BUS FREE DARI AIRPORT KE CITY CENTRE. Okay. Best tak?






Shuttle bas nye berupa begini. Pukul 1015 baru gerak. Kitorang 2 orang je. Krik krik. Dalam perjalanan baru dia berhenti berhenti dan ada la beberapa orang penumpang lain yang naik.


Besar jugak bandar JB ni ye, banyak sungguh lampu-lampu neon bergemerlapan sampai berpinar pinar bijik mata aku. Dahla mengantuk. Ada skali tu bas masuk dalam tunnel lepastu lampu dia terang benderang, terus hilang mengantuk lepastu kitorang kagum gila macam, WUUUUUUUU dahla kuat. Skali pandang belakang...... ada orang rupanya! hahahah buat malu je APEBENDE JAKUN SANGAT NI HAH!!! Inikah sikap yang patut ditonjolkan oleh pegawai gred DG41? Erkkk. 






Kitorang turun dekat JB Sentral yang merupakan perhentian terakhir bas. Dekat situ kitorang masuk ke dalam JB Sentral untuk beli tiket tren JB-KL malam besoknya. TAPI AWAS!!! Tiket tren perlu dibeli hari yang sama kita nak naik tren, dan penjualan bermula jam 8 pagi. Masalahnya… jam 8 pagi besok kitorang dah dalam perjalanan ke USS. Macam mana nak beli tiket. Nak beli malam esok tak berani takut tiket dah sold out. 


So… aku tanya Encik yang jaga kaunter tiket tu, boleh tak mintak tolong belikan tiket kitorang dan simpan? Nanti esok malam  baru kitorang ambik. (Mari kita namakan Encik ini sebagai Encik X). Mula-mula Encik X tu macam teragak agak jugak. Lepastu bila riak wajah kitorang kelihatan seperti anak kecil yang kesian dan kebuluran dia macam, ok lah dia akan cuba beli. Yahuuu! Bagi duit ke dia sebanyak RM45 setiap seorang. Esok malam apabila balik dari USS baru collect tiket dari Encik X tu dan terus naik tren ke KL. Itu pun kalau tiket ada lah. Harap harap ada. Aminnn.





Lepas beli jajan naik teksi dari JB Sentral ke Tune Hotel Danga Bay. Tambang teksi sebanyak RM14 pakai kupon. Sampai di hotel jam 11 malam. Peh letih wey. Kabong – Sibu – JB dalam sehari. 


Tune Hotel Danga Bay

Kitorang book double room dalam RM86 per night (kongsi 2 orang). Kitorang ambik bilik yang paling basic. Ekon takde, tibi takde, wifi takde, cuma katil dan bilik air semata-mata. Pakai kipas angin prek prek prek je. Alah nak tidur semalaman. Esok pagi pagi dah nak check out. Nah, korang cekidaud la sendiri rupa bilik dia macam mana:



Katil OK OK jew.





Ekon dan Tibi sekadar perhiasan dunia...





Toilet standard, biasa biasa je.

Apapun, ini semua dah cukup mewah buat kami yang marhaen dan bertaraf jenglot ni… sob sob. Lepas mandi ape semua, terus tido dah tu nak buat ape lagi nak tengok tibi, tibi takde siaran. Tido jelah. Kumpul tenaga untuk explorace di USS esok hi hi tak sabarnyaaa...




Krik krik krik.

Krik krik krik.





Tiba tiba hari pun siang. 

Wow magisnya. 




Subuh di JB tak seawal di Kabong, Sarawak so takpayahla bajet nak bangun awal sangat kan. Pukul 6 baru bangun. Siap siap, kemas barang dan pukul 7.15 pagi terus check out. Backpack besar kitorang tinggal di kaunter dengan cas sebanyak RM2 per bag. Bawak beg kecik je senang. Bawak purse, passport, kamera, telekung, raincoat, bla bla air mineral, bla bla roti nak expired bla bla…


Daripada Tune Hotel kitorang naik bas direct ke USS. Tiket bas RM25 seorang (return) dan dibeli secara online, skali dengan booking bilik Tune Hotel. Kalau nak beli on the spot dekat situ pun boleh tapi harga dia jadi RM30 dah. Dan, possibilities untuk tiket bas sold out itu ada ye. Jadi bagus lagi kalau beli online je. 


Bas bertolak ke USS jam 7.40 pagi. Aku dah ber ikrar dengan Ain, in whatever we do we must be quick and, being a step ahead of others. Selangkah lebih maju dari orang lain. Hahaha gile. So, masa nak naik bas kitorang berebut duduk row depannn sekali dekat pintu yang kalau bas brek boleh terus bergolek jatuh ke bawah. Man this is a very serious bussinezz yaww!


Equation nya simple;

Duduk Depan Dalam Bas = Dapat Turun Awal

Dapat Turun Awal = Dapat Sampai Ke Pagar USS Awal

Dapat Sampai Ke Pagar USS Awal = Dapat Masuk Dulu

Dapat Masuk Dulu = Dapat Main Game Dulu

Jadi… kecepatan adalah kunci kejayaan ok. Hahahha


Bas berhenti dua kali, iaitu dekat immigration Malaysia dan immigration Singapore.  Semua orang berjalan laju dalam bangunan immigration ni, semua orang nak cepat. Sape jalan lambat rasa lah kena sepak dekat punggung. Grrr.






Ain duduk row kedua, aku duduk row pertama. Ni lepas check passport dekat immigration. Orang lain tak tahu ke mana tapi kitorang dah siap dan dah masuk bas dah. Mula mula rasa macam, YAY KAMI SAMPAI DULU KAMI MENANG HUREYYY!!! tapi sebenarnya, selagi penumpang lain tak cukup selagi tu la bas tak jalan - -"




Lepas dah setel immigration semua kita akan masuk ke Singapore. Yang best nya dekat jalan raya Singapore adalah kita boleh tengok kereta-kereta mewah yang kita jarang dapat saksikan di Malaysia. 

So…. Saksikenlahhhhh (nyanyi dangdut Iwan)




Ngok ngek ngok ngek, akhirnya bas berhenti di perkarangan USS jam 9.20 pagi. Tapi pintu masuk dibuka jam 10.00. Wow excited nya sampai menggelupur di depan pintu pagar. (Erkkk huduhnya perangai!) OK. Cukupla sampai di situ. Saspen tak? Permainan dalam USS aku sambung di kemudian hari pulak. Bye ~



2 comments:

Ahmad Danial Zainudin said...

bila nak update nii..?

che dai said...

hahaha...tak tahan membaca.

DISABLE