07 December 2014

Vietnam Pre Departure


2 minggu lepas , aku telah ber backpacking ke Vietnam selama 8 hari bermula dari north ke central dan berakhir di south Vietnam. Kali ni aku pergi bersendirian lagi, dan ini merupakan trip bersendirian paling lama aku pergi setakat ni. 

KL - Hanoi - Halong - Hue - Da Nang - Hoi An - Ho Chi Minh - KL

Perancangan bermula pada bulan Februari 2014 apabila Airasia mengadakan sale dan aku ternampak tiket murah ke Vietnam. Aku berpikir, Vietnam macam menarik sebab ada banyak UNESCO site dan aku terperasan Reunification Express Route (iaitu laluan keretapi yang menghubungkan bahagian utara dengan selatan Vietnam); dahla aku ni peminat tegar keretapi. Kalau buat trip trans Vietnam dari utara ke selatan dengan keretapi pun cun jugak. Hehehehe OK set! Lepas merangka itinerary ringkas bandar-bandar yang akan aku lawati, aku pun beli tiket KL - Hanoi , Ho Chi Minh - KL dengan harga RM252 sahaja (return). Masa berlalu dan dek kesibukan kerja sehari hari, aku pun dah terlupa dengan tiket yang aku beli tu.


......Sehinggalah apabila aku balik Kelantan masa cuti sekolah baru baru ni. Betul-betul seminggu sebelum berangkat ke Hanoi. Seminggu tu memang tu aku tak cukup tidur, hari hari tidur lambat sebab mengadap laptop kumpul maklumat. Masa tu lah baru aku tengok balik itinerary yang aku buat dulu. Masa tu jugaklah baru aku nak pahamkan balik route perjalanan, pahamkan map, nak compare & book hostel, google harga entrance, harga tiket bas, tiket keretapi, timing keretapi, beli travel insurance dan sebagainya. Bila travel secara sendirian, dia punya preparation mesti lebih daripada travel berdua atau berkumpulan, sebab its just going to be youAku tak mahu sesat atau kena tipu di tempat orang. Apa-apa yang berlaku dekat sana, aku yang kena tanggung sorang-sorang jadi perancangan mesti hebat dan ber ketebabow. 



Biskut, sedikit ubat-ubat basic dan makanan dalam tin sebagai bekalan untuk kehidupan.


Merancang punya merancang sampai aku kena migrain teruk malam sebelum bertolak nye. Flight aku dari KB ke KLIA2. Family aku hantar ke airport KB, masa dalam kereta tu ya Allah berdenyut gile kepala ni rasa nak cancel je takmau pegi mana mana, rasa nak duduk berguling dekat rumah tido je. Tapi... takkan la nak menyerah kalah awal pulak? Buat malu ke family aku je. Aiii aritu beriya nak pergi Vietnam sorang seorang, konon berani sangat, tiba tiba sakit kepala sikit dah nak mengadu manja manja? Eyyy no no. Jadi aku pendamkan je sakit migrain aku tu dalam hati. Mengadu sakit karang tak boleh pegi pulak kang... haha gigih nye nak backpacking apebende la! 


Sebelum pegi airport kitorang singgah Satay Malaysia somewhere dekat Pengkalan Chepa. Masa tu aku memang dah start loya teruk tak dapat nak masuk ape pun. Muntah sampai 2 kali dekat toilet, nasib baik lepastu tak loya dah, migrain pun tahan sikit. Sampai di airport KB jam 9.15 malam, dan bestfriend aku pun ada sekali untuk mengucapkan bye bye. 




Flight dari KB berlepas jam 10 malam dan mendarat di KLIA2 jam 11.15 malam, orang pun dah tak berapa nak ramai. Aku ronda ronda sekejap pergi lepak makan froyo (perut kosong sebab tadi tak makan apa apa) dan kemudian cari port tidur dekat Level 2. Agak agak macam OK, aku bukak sleeping bag dan masuk bergulung dalam tu. Bolehlah layan. Besoknye flight ke Hanoi jam 6.15 pagi. Kumpul tenaga untuk hari esok. Selamat malam ;)



1 comment:

radin fadli said...

wah kelaslah tidur dekat KLIA2. Boleh tidur eh dekkat situ? security tak datang check?

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE