24 December 2017

South Korea Summer Day 3 – Myeongdong Food/Shopping Street


Tren sampai di Seoul Station jam 3.25PM lebih kurang.

 Aku terus ambik metro daripada Seoul Station ke Myeongdong Station. Dekat je, 2 stesen dalam 3 minit. Untuk 3 malam yang seterusnya aku stay dekat Step Inn Myeongdong. The best hostel ever rasa nak menitik air mata tau. This hostel is located in a building at the middle of busy Myeongdong shopping street. Reception (and family rooms) is at level 15, and my dorm (female dorms) is at level 14. 

Step Inn Myeongdong
4 bed female dorm/ RM206 (3 nights)




Hostel Review:
Pro – Most comfortable bed sheet ever! Quality macam hotel 4/5 star. Bantal ada dua, selimut dia tebal (so so comfy), tuala pun dua – satu tuala badan, satu tuala muka. and best thing is they are all very clean. Bed dia double decker kiri dan kanan bilik, sangat sempit BUT ada curtain yang kita boleh bukak/ tutup for privacy. Each bed equipped with personal lamp and USB charger so takpayah nak pakai adapter +999 bonus point dekat situ! Lebih best lagi, shower/toilet adalah di dalam bilik rasa nak nangissss sangat senang nak mandi ke berak ke apa. Dalam shower ada sabun, syampu dengan losyen and semua bau best gila bukan kualiti cikai cikai everytime rasa nak pakai banyak banyak haha. 


Added point, ada mesin basuh which we can use for free (aku sempat basuh shawl, seluar semua haha) and small pantry too. Tapi the best thing is… hostel ni betul betul dalam kawasan shopping Myeongdong yang lively, like seriously you can go in and out anytime. Tahu tak, hari last, aku balik ke hotel pukul 930PM lepastu tersedar ada barang orang kirim yang aku belum beli… so keluar balik at 1000PM dan balik semula ke hotel pukul 1030PM. I am so blessed to stay here. Asal harga dia masa mula mula aku booking RM102/1 night, lepastu aku cancel sebab tukar itinerary, and tetiba bila booking balik dapat RM206/3 nights HAHAH rezeki beb, jimat gila so pandai pandai lah main harga dekat booking.com tu ye.



Cons – Rasa macam takde cons langsung! haha Bilik memang sempit tapi the privacy curtain is helping a lot. erm aha  baru aku teringat. This hostel provide free unlimited flow of buffet breakfast too – coffee, tea, milk, cereals, bread, jam, cream cheese, chocolate & peanut spread and (the TRICKY part is..) they have ham (pork) slices too. Jadi hati hati dalam mengambil makanan/ menggunakan utensils okey.

Lepas check in dan solat jamak Zohor/ Asar dekat hostel, aku berkira kira nak keluar berjalan sebab it’s still very early. Aku decide pergi area Hongik University untuk makan dekat BOA GUESTHOUSE (halal restaurant). Lepas makan baru bincang nak pergi jalan ke mana.



Daripada Myeongdong station, naik metro ke Hongik University. Masa tu nak dijadikan cerita, hujan agak lebat… Semua orang berpayung. Aku redah je mana yang dapat… Kejap kejap berteduh tepi kedai. Restoran tu tak jauh sangat daripada exit metro. Tapi bila sampai… lepas meredah hujan… skali restoran tutup! Aduh heartbroken kejap. I dont mind basah kena hujan... aku mind perut aku yang kelaparan. huhuhu



Closed on Monday & Teusday. So sad.

Nak balik pun tak boleh sebab hujan makin lebat. Aku sempat masuk sebuah supermarket usya usya barang dalam tu, kau tahu aku jumpa apa? Super Ring! hahaha sampai ke Korea import ye? Daripada Hongik University station, balik semula ke Myeongdong Station. Masa tu dah lapar gila gila. Malas dah nak ke tempat lain. Nasib baik dekat Myeongdong banyak street food yang halal. So boleh la makan. 



Egg bun (Gyerang-Bun) 1500won
Bun lembut dekat atasnya ada telur mata. Soo sedap! Ada gerai yang jual 2000won. 



Aku beli dekat sorang makcik ni, bun dia tu memang sedap, manis cun cun je. 




Fish Taiyaki 3000won
Pastri, rangup diluar lembut di dalam. Ada inti kacang, nutella, banana, dan peanut. 




Tteobokki 1000won
Makanan (rasa macam kuey tiaw keras sikit) diperbuat daripada tepung beras, digaul dengan sos lada + sos tomato.




Mula mula aku mengendap gerai dia (sebab sebelum tu nampak orang Melayu beli so pergilah tengok apa yang ada kan), terus budak yang menjual tu cakap “No meat no pork” agaknya dah selalu Muslims tanya dia ada meat tak? ada pork tak? bila datang customer bertudung datang terus dia bagitahu no meat no pork kan…



Chicken Kebab 5000won
Kebab ni, bangla jual. Biasa je rasa dia. Kebab dekat Itaewon sedap lagi. 

Lepastu aku masuk G24 MART dekat sebelah bangunan hotel dan beli Iced Latte 2000won. Macam banyak je makanan aku malam tu kan. Lapar wehsss. Pastu hujan pulak, lagilah rasa kebuluran...

Balik hostel bawak kebab dengan iced latte, aku pergi lepak makan dekat reception floor. Ada meja makan, pantry semua. Kalau nak makan dekat bilik memang harapan je lah. Lagipun aku taknak kotorkan katil cantik aku dan bawak bau makanan dalam bilik...



Lepas makan, kira-kira pukul 730 malam kot... aku keluar balik jalan-jalan area Myeongdong. Orang sentiasa ramai. Dekat sini syurga kosmetik – banyak kedai kedai kosmetik jenama tempatan seperti Innisfree, Nature Republic, Face Shop, Etude House, Holika Holika, dan sebagainya. 



Aku bukanlah pengguna kosmetik Korea (kosmetik Malaysia pun tak berapa jugak), so aku tak tahu nak beli apa sebenarnya dekat sini haha. Masuk survey survey je dulu nanti last day baru beli. Butik pakaian pun ada – H&M, FOREVER 21 dengan butik butik baju korea. Korang sediakan duit je. Takde duit, kad kredit pun boleh hahaha. 



Daripada area Myeongdong, aku berjalan entah ke mana mana. Tapi tak lah terlalu jauh. Aku suka ambik gambar waktu malam dalam big cities macamni. Aku suka dengan kesibukan rakyatnya, kesibukan traffic dan lampu neon yang bewarna warni. 



Terjumpa tugu-tugu di luar sikit je dari area Myeongdong. 

Kalau nak naik Cable Car pergi Namsan Tower tak jauh dah daripada sini... Tapi serius aku malasss. Macam yang aku cakap dalam entri first, ada attraction yang aku dah boikot awal awal. Nanti next time kalau datang Korea baru aku pegi. Next time tu 10 ke 20 tahun lagi kot hahahah. 




Dalam pukul 9, aku dah balik semula ke hostel. Mandi, solat, dan terus tidur. Dapatkan rehat secukupnya. 


Esok kita pergi Nami Island! 

No comments:

DISABLE