22 December 2017

South Korea Summer Day 3 – Gamcheon Cultural Village


Good Morning Busan!


Feeling bangun pagi di negara asing on a holiday trip is sooo good. Tak payah fikir keje, masalah, dan benda benda yang menyerabutkan kepala. Rindu nya....

Aku check out seawal jam 830 pagi. Tak lah awal sangat, actually. Mula mula ingat nak simpan luggage dekat reception. Pastu teringat scene tertinggal keretapi dekat Bangkok tahun lepas. Terus tak jadi. hahahah. Taknak menangis menangis di negara orang. NOOOO. So aku bawak je luggage, simpan dekat locker Busan Station. Ongkos nya 2000won kalau tak silap. Bayar pakai T Money. 

Aku nak pergi Gamcheon Culture Village dulu, lepastu baru datang semula ke Busan Station ambik tren balik ke Seoul. 





Cara-cara pergi Gamcheon Culture Village:

1) Naik metro ke Toseong Station
2) Naik minibus (900won/way) sampai entrance Gamcheon Culture Village




Sampai sampai tu aku dah excited gila. This place is surreal! Interesting gila, that’s why it’s called Santorini of the East. 




This whole place is art, dekat mana-mana ada mural yang cantik. Ambik gambar mana-mana pun cantik. 




Adoi lemah sungguh iman dekat sini. Rasa nak bergambar je walaupun diri sendiri tak fotogenik. Nasib baik ada cameraman yang setia. Hahahah. Nasib la. 




Lepastu aku terjumpa satu café ni. Tak ingat dekat mana. Sunyi je takde orang, so aku masuklah nak melepak minum air sekejap. Aku order Lemonade 3500won. 




Yang bestnya, café ni ada seat mengadap pemandangan Gamcheon tu. Walaupun air dia mahal tapi berbaloi dengan view yang kita dapat. WIFI pun ada. Boleh update ig dulu hahahah. 




Pemandangan daripada tingkap cafe

Tiba tiba… ada lah seorang lembaga ni datang. Customer café tu jugak. Dia ajak aku naik ke rooftop ambikkan gambar dia. Aku macam malas sebenarnya tapi beria pulak dia mengajak. Actually rooftop memang cantik view, lagi jelas tapi tak dapat signal WIFI. Layankan jelah, kang dikata sombong pulak. 




Budak ni dari Taiwan, datang Korea sebab nak tengok konsert FT ISLAND. Cuma sampai sekarang aku tertanya tanya jantina dia lelaki ke perempuan. Tak dapat dikenalpasti. 

Lepastu aku ambik gambar dia berposing sakan… Orang ambik macam ni tak kena, nak ambik macam tu lah, macam gini lah AI AI AKU CAMPAK FON KAU KE BAWAH KARANGGG hahhaah. 




 Gambar dekat rooftop. Tapi yang ni bukan budak tu yang ambik. Dia ambik gambar tak cantikkk. Yang ni ada sorang uncle yang tolong ambikkan haha main suruh je tapi everyone is being so friendly hehe ;)




Lepastu sambung bergambar lagi… Dengan perasaan yang sangat riang sebab takde orang, cuaca pun OK nasib baik tak hujan.




Cute small details




Dekat sini port paling ramai orang bergambar... Sampai kena tunggu turn.

Sorry la weh sebab semua gambar ada muka aku... Seriously bila aku belek belek dalam folder... tak banyak gambar pemandangan. Banyak gambar sendiri je maklumlah ada photographer tolong ambikkan gambar hahaah sorry ok. Bagi la can. Lepasni taktahu bila dah nak sampai Busan lagi kan. 




[Tips : Pergi seawal mungkin untuk elak daripada crowd] 




Tempat ni (I think you already knew it) adalah perkampungan yang masih didiami oleh penduduk walaupun telah terkenal sebagai kawasan pelancongan. Maksudnya... masa kita duk berposing lalu lalang tu belakang/ depan rumah orang. Ada yang tukar rumah mereka kepada cafe/ kedai dan sebagainya. Pandai kan diorang cari peluang untuk tourism? Tapi jujurnya, aku suka sangat tempat  ni.  




Kalau nak ikutkan hati memang tak puas lagi bergambar tapi sampai bila??? Cukup cukupla. Ingat Tuhan… hahahah. So aku ambik bas mini semula untuk balik ke Toseong Station. Masa dalam bas aku terlalai sebab ralit tengok gambar, sedar sedar dah termissed station, sudahnya aku turun dekat bus stop Jagalchi Station. 


Daripada Jagalchi Station ambik metro ke Busan Station. 




Dekat Busan Station, aku sempat pergi LOTTE tapaw Coffee Latte yang sedap tu (1500won) dengan curly potato (2000won). Beli air mineral 500 won. Kemudian, naik KTX tren balik ke Seoul. 





Busan (1230PM) --------KTX Train---------Seoul (320PM)

Semalam dari Seoul ke Busan naik keretapi murah (Mugunghwa) yang perjalanannya lebih lama, hari ni naik KTX pulak. Saja nak merasa naik keretapi laju Korea. 




Seat aku tepi tingkap. Sebelah aku, awek Korea cun. Dia buat hal sendiri je. Aku nak makan bekal potato tadi tapi aku segan. Takkan makan tak pelawa orang sebelah kot??? Tapi aku lapar. Dari pagi tak makan. Lantaklah. Makan sikit… Masa bukak plastic tu bunyi krup krap krup krap awkward gila tahu tak dahla bau potato. So aku makan sikit je pastuh simpan. 


Tiba tiba… bila aku tertoleh ke sebelah baru aku perasan atas riba awek tu ada anak anjing. WUUUU T_T Anak anjing tu duduk dalam beg, tapi kepala dia terjojol dekat luar. Spesies yang kecik mata bulat, bulu bergumpal gumpal tu. Pastu kan, dia pandanggg je aku tapi tak bunyi apa. 


krik krik krik…

ADIK NAK POTATO ke??? HUHUHU. 


Aku tak tahu nak react macam mana. This is my first experience having a living dog sooo close to me. Nak kena main ciku cak ke? But I realised It’s a dog, not a human baby. Buatnya melompat atas dahi kau baru tahu. 

Nasib baik awek tu dengan anjing dia tak lama. Lepas 30 minit dia turun dekat stesen mana entah. So dapatla aku habiskan potato dengan aman damai tanpa rasa bersalah. heheheh.


bersambung...



4 comments:

amira faqihah said...

cantiknya view dr cafe,kiteorg tak sempat naik view setinggi tuu

senSayur said...

😍😍😍😍

Fatin Shahrizam said...

Cantiknyaa view, walaupun crowded tapi colourful! Harap dapat pergi jugak satu hari nanti ^^

Fatin follow sini, salam kenal dari https://fatinshahrizam.blogspot.my/

DrCat said...

hahahahaha adik nak potato ke??? :)

dia tengok2 awk sebab bunyik krup krup dia ingat biskut dia kot

DISABLE