26 December 2013

Java Trip Day 3: Bandung Arrival



Aku tiba di Stasiun Keretapi Bandung jam 7 malam. Masa ni aku dengan member aku sangatlah blur sebab tak tahu nak tuju ke mana. Dahla sampai malam, hotel tak tempah apebende pulaktu! Nak merasa bergelandang dekat Bandung kot. Mula mula aku bajet nak walk in ke satu backpackers hostel ni. Masa dekat Jogja aku dah email hostel tu , tanya ada katil kosong tak. Tapi takde respon. Dekat nak sampai Bandung (atas train) barulah dia reply email bagitahu aku bahawa hostel tu tak beroperasi dah. Hambekkk kau. Barulah mula nak merasa cuak. 




Dekat stesen , ada sorang pakcik datang tanya samada kitorang memerlukan khidmat kenderaan (tapi lebih pada paksaan). Bila aku bagitau belum book hotel, dia kata dia boleh bawak mutar-mutar(round) cari hotel bersesuaian. Bila tanya harga? Katanya tengok nanti lah samada cepat ke lambat jumpa hotel tu. Haaa. Pi lah naik. Tiba tiba dia cas sampai sejuta. Nakk? Dengar pun dah tahu ada unsur unsur nak melipak!




Lepastu kitorang duduk dekat satu sudut dalam stesen tu untuk mendapatkan pedoman. Aku bukak apps Agoda dekat fon. Sebelum travel dah install apps tu siap siap. Terus cari hotel yang AVAILABLE dan MURAH dekat kota Bandung. Bandung ni dia tak macam Jogja yang ada kawasan hostel backpackers. Sini lebih kepada hotel standard sebab nama pun kawasan shopping kan. Cari punya cari. Ade lah satu, Hotel Perdana Wisata terletak dekat area Pasar Baru. Harga yang ditawarkan dekat Agoda masa tu ialah RM130/night. Bahagi dua, RM75 sorang. Tu paling murah dan location ok. Bolehlah. Terus book pakai debit card. On the spot je semua. 



Bangun je daripada tempat tu, pakcik tadi dah serbu tanya nak ke mana. Aku cakap, nak ke Hotel Perdana Wisata, dalam 2 kilometer daripada sini sepatutnya kurang 10 minit dah boleh sampai. Pak mau charge berapa ya? Bagitahu siap siap jarak yang dah di google, takdelah dia ingat kita bodoh dan boleh ditipu sesuka hati. Takdelah dia nak bawak keliling jalan jauh kan. Pakcik tu kata, dia charge Rp100.000 (RM28). Bagi aku, untuk perjalanan sedekat itu, agak mahal. Takmau mengalah mudah2. Takpelah, kitorang tanya kereta lain. Dia kejar balik wei! Aku mintak Rp50.000 tapi tawar punya tawar, kitorang bersetuju dengan harga Rp60.000. Itupun member aku dah cakap ok dahtu murah dahtu. Aku ni kalau backpacking memang cheapskate gile, selagi boleh jimat mesti nak jimat to the max. Sorry lah sape yang travel dengan aku tu yerr.  




Perjalanan dengan kereta Avanza hitam ni mengambil masa kira-kira 8 minit. Kalau nak ikutkan jarak 2 kilometer tu macam dekat je tapi sebab dah malam lagipun keadaan tempat tak tahu macam mana, baik naik kereta je. Keselamatan mesti nombor satu. 


Hotel Perdana Wisata, Bandung

Check in hotel, terus dapat kunci bilik. Bellman hotel tu ada tanya, kena cas berapa dengan supir tu, katanya standard dari stesen keretapi ke hotel , Rp50.000. Nampak gaya kitorang dah kena scam dengan pakcik tu Rp10.000. By the way, bellman tu friendly. Masa dia hantarkan beg beg kitorang ke bilik, dia siap check aircond bilik tu yang rupanya tak berfungsi. Dan suggest kitorang untuk tukar bilik baru. Of course lah nak tukar kan, takkan nak duduk dalam bilik yang takde ekon! Walaupun bayar murah tapi demand tu tetap taknak kalah.Haha.




Tadaaa! Inilah bilik nye. Kalau walk-in (standard) rate RM210/night tapi sebab book melalui Agoda dapat RM130/night sahajaa termasuk breakfast. 




Facilities: Ada TV, keetle, bath tube, hot shower. Tapi... dia pakai 2-pin soket. Haa camnolah nak cas tepon dan kamera? Aku pulak memang tak bersedia dengan plug adapter. Huhu.


 Bilik air ada tube mandi! Siap bertube bagai macam mewah je (walaupun bayar murah). Takde semangat backpackers langsung! Hahaha. 


Bellman friendly tadi kan, masa dia hantar beg tu , kitorang tanya dia kat mana boleh beli makanan terdekat. Katanya situ kena pilih pilih sebab ada kedai yang jual nasi tak halal. Kalau nak dia boleh tolong belikan Nasi Padang. Kitorang tak berapa nak pikir panjang terus ok je, bagi dia Rp150.000 suruh belikan 2 bungkus nasik dan 2 plug adapter. 


Lepastu... aku dengan member aku baru terpikir. Kita ni main kirim je orang belikan makanan. Kalau dia bubuh benda benda dalam tu macam mana? Mulalah rasa menyesal menyelubungi diri masing-masing. Bukan nak buruk sangka, jauh sekali. Tapi beringat! Malangnya perasaan beringat tu sementara cuma. Bila bellman tu bawak datang nasik kitorang makan je. Hahaha. Baca doa dulu. Tawakal. Alhamdulillah takde ape ape. 


Nasi Padang. Bapak mahal kalau convert duit Malaysia dekat RM9 sebungkus, tapi portion dia besar lah. Makan tak habis sebab banyak sangat. Sebungkus tu , kalau 2 orang makan pun dah kenyang. Bellman tu beli sebijik je plug adapter. Dia bagi baki duit dalam Rp45.000. Yang lawaknya sebelum tu dah bincang bincang dengan member aku weh kita nak bagi berapa tip ni weh. (Manalah reti nak bagi tip tip ne!) Mesti dia ingat kitorang suruh dia keep the change je, tapi takdok maknenye nak keep the change! Duit baki tu aku ambik semua, lepastu bagi dekat dia duit lain Rp10.000. 10 ribu tu dalam 3 ringgit kot. Kitorang kongsi singgit setengah sorang. Hahaha gile.




Lepas makan masing masing mandi manda, bersihkan diri dan lepak tengok rancangan TV Indonesia. Baru merasa nak tengok tibi. Maklumlah bilik sebelum ni dekat Jogja takde tibi! Rancangan ape entah, ala-ala cari pasangan gitu. Tapi kan... perempuan perempuan dalam rancangan tibi dia pakai baju pehhhh seksi nak mampos! Kalau dekat Malaysia buat keje gitu kompem kene kutuk tak sudah. -_-"



Daripada pengalaman hari ni, pengajaran yang aku dapat:

1) Kalau agak-agak akan sampai di tempat baru pada waktu malam, booklah bilik/hotel siap siap. Jangan berani berani nak walk in. Bahayaaa.

2) Kalau ditawarkan perkhidmatan/nak beli apa-apa barang dekat Indonesia ni, mintak tawar separuh daripada harga yang ditawarkan penjual. Yang ini aku ada terbaca sebelum ni, dan terbukti kebenarannya. Kalau tak dapat, tak apa. Tapi kalau dapat? Dah untung dekat situ. Try je. 

3) Debit card/Credit card sangat sangat penting pada waktu terdesak, terutamanya bila berada di luar negara. Pastikan activate dulu kad kredit untuk digunakan di luar negara dengan pihak bank. 

4) Kalau nak naik teksi ke apebende , better kita google dulu berapa jarak antara tempat kita dengan tempat yang kita nak pegi, bagitahu driver teksi tu. Biar dia tahu bahawa kita tahu! Kalau fon boleh google, google! Kalau tak, google siap siap sebelum trip. So takdelah kena tipu, kena bawak ikut jalan jauh lepastu kena scam ke ape kan.

5) Kalau pergi Indonesia, bersedia dengan plug adapter sebab dekat sana lubang cucuk dia jenis 2-pin bulat, tak sama dengan Malaysia yang pakai 3 pin. 



Okey itu sahaja kot yang aku dapat pikir. Korang ada nak tambah?
(Bersambung...)




2 comments:

cEro said...

Bestnya bestnya bestnya!!!

ekin musa said...

saya tabik la dengan akak nie...g singapore sorang2...g bandung main redah...haha...terima kasih tuk semua tip, akan saya gunakan jika nak mengembara nanti..=)

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE