23 December 2013

Java Trip Day 3: Argo Willis Train Jogja - Bandung


Hari terakhir dia Jogja , aku tergerak hati nak bukak pintu beranda bilik aku. Manela tau kot tibe tibe ada restoran kepsi ke mekdi ke di sebalik pintu itu. Kan. Anddd look at what I've seen!




The beautiful view of Mount Merapi! 





Langit cerah gila time ne. Awwh beautiful. A volcanic mountain is not something I that I would see everyday, back in Malaysia. By the way. 





Breakfast haritu. Sandwich telur simple. I love the sambal. 





Kedai buku . Aku beli poskad & setem dekat sini (untuk diri sendiri) dan mintak tokey tu tolong poskan. Tapi sampai sekarang belum sampai poskad nye. Nak cop Jogja tu yang pentingnya. 


Sampai di Stasium Tugu Jogja , tiket tren Jogja ke Bandung berjaya di beli. Rp245.000 seorang boleh tahan mahalnye. Aku ambik tren Argo Willis jam 11.50 pagi. 





Ternampak paper Jogja. Ade penjahat terlepas dari lokap. Abesla. Abesla.





Pagi pagi kedai belum bukak. Tak best. Petang, malam baru syok jalan sini. 





Member aku nak naik kereta kuda. Haha. Harga dia Rp75.000 untuk satu round. Kereta kuda ni memang ada jalan dia, tak boleh nak request pegi sesuka hati kau. Tapi kalau nak berenti kedai batik ke sepanjang jalan tu , dia berenti dan akan tunggu kita. Kalau sejam shopping dalam tu, haa sejam la dia tunggu. 


Berbeza dengan becak, kita boleh request nak gi mana-mana pun. Ada sorang mamat ni , usia lewat 30-an. Dia pelawa kitorang ronda ronda bandar naik beca selama sejam, dengan harga Rp10.000 sahaja! Itu bersamaan dengan RM3 duit kita. Ya Allah kesian nya, kalau aku lah. Orang bagi lima puluh ringgit pun belum sanggup nak mengayuh , bawak 2 orang manusia dalam masa sejam. Gila! Becak sangat banyak dekat sini, jadi kadang2 tukang kayuh tu kena bersaing untuk dapatkan pelanggan. Persaingan hidup yang tinggi. 





First time naik kereta kuda. Gedeguk gedeguk gedeguk rasa dia.





Bila melewati kuda lain , somehow mereka macam menyapa sesama sendiri LOL





Pandangan dari belakang. 





Masih lagi di Malioboro Street yang panjang. 





Dekat area Kraton rombongan cek jemah. Tapi tak singgah Kraton pun lalu jew. 





Ada mural art lagi tepi jalan mintak pakcik tu berentikan kereta kuda nak ambik gambar. So cool I would die. I digs street art. 





Yesss mata kuda tu ditutup masa dia berjalan. Aku tanya pakcik tu kenapa, dia kata kuda takut kotoran (?). Kuda ni dilatih daripada kecik. Dia bedal kuda tu pakai cemeti supaya kuda tu jalan.





Bangunan belkang tu ialah tempat jual tshirt Jogja. Tshirt dekat Jogja ni sangatlah cantik design dia ok! Berseni dan stailo. Tak macam design baju souvenir biasa, kain dia pun smart. Mungkin sebab Jogja ni art city kot. Dekat Malioboro Street banyak , dekt sini pun ada banyak kedai sebijik sebijik yang jual tshirt sahaja. 





Time ni singgah kedai batik , member masuk usha batik aku dekat luar , beli Teh Botol belanja pakcik tu borak tanya dia pasal gempa dengan gunung berapi ape semua. 





Ada kuda lain follow dari belakang. Hahaha. Main kejor kejor. 





Habis naik kereta kuda, pergi ngusyar kain batik buat kali terakhir. Tak beli pon.





Ni kain kebaya cantik cantik ni murah jew. 





Kain batik comel





Lepastu check out , ambik beg semua . Naik beca dari depan lorong tu ke Stasiun Tugu Jogja. Actually boleh je jalan ikut lorong tu sampai tembus ke Stasiun tapi saje nak try naik beca pulak. 





Garang nye muke makcik! Erkk. Pakcik beca tu bukan tersengih riang tapi tengah menanggung hazab bawak aku yang berat nanang ni!!





Rp15.000/trip.  Dalam 15 minit kot. 





Ok dah sampai stesen. Buat buat busy check tiket. 





Lounge dalam stesen. Luas dan bersih. Ada surau pun boleh tahan. 





 Stesen dia mengingatkan aku kepada Stesen Keretapi Pasir Mas. Aku sukaaa naik keretapi , salah satu sebab nye mungkin sebab ayah keje KTM jadi dah terdedah dengan keretapi dari kecik. I think ,train trip is the best way to experience the views bila kita pergi mana-mana. 





The train arrived. Eksaited gilows.

Argo Willis Train (Executive)
Jogja - Bandung
11.55am - 6.30pm

Train malam pun ada tapi saje ambik siang. Nak tengok view. 






Train ni siap ada pramugari comel okay, dia akan berjalan bersama pembantu dia bawa/ambik order makanan. 





Ini lah makanan nye! Nasi goreng ape entah. Sedap. Skali dengan air botol, Rp40.000





Okayyy enjoice the view :)





Aku duduk seat C/D (kiri) . Pemandangan dia banyak sawah padi je. Seat sebelah kanan lagi lawa. ada pemandangan sawah padi jugak TAPI berlatarbelakangkan gunung ganang. Masyaallah lawa gila! Jadi pastikan kalau dari Jogja ke Bandung ambik seat tepi jendela , seat A. Siap BOLD dengan garis lagi ayat bagi menegaskan kepentingannya. 





Berhenti dekat stesen Kroy. Balik rumah aku seronok share dengan ayah aku pasal keretapi dia, pekerja dia , since ayah aku pun keje keretapi kan. Ayah aku pun macam excited je nak dengar .





Cantik kan. Cuaca pun elok. But the other side is even better. Sebab ada gunung ganang. 





Sebelah aku, view kebanyakannya kawasan tanaman padi bertingkat lah. 





Lepastu sampai stesen Cipeun daaa aku taktau nak sebut cane. Dekat sini tanah tinggi , +775M dari paras laut. Dah rasa dingin dingin. 





Ada orang menjaja air kopi, tempe, dan sebagainya





Kemudian, tren akan melewati stesen Tasik Malaya. Lagi 2 jam nak sampai Bandung. Ingat... lepas je Tasik Malaya, pemandangan lawa gila!!! Tapi sebelah sana lah, bukan sebelah aku ni . Tren ni akan mendaki di lereng bukit , jadi boleh nampak pemandangan rumah rumah dan perkampungan dekat bawah tu. Sayup sayup je. Sayang nye... aku duduk sebelah kiri. Kalau duduk belah kanan memang heaven la ambik gambar. 

Aku google takde pulak.  Herm.




Haaa macam ni lah nampak pemandangan lereng bukit. Exactly like this cuma takde sungai je. Nampak rumah kecik kecik dekat bawah. Tren round lereng bukit kot. Jadi akan nampak pemandangan macam ni banyak kali. Taktahu perkampungan apa dekat bawah tu. Yang in aku google gambar dekat swiss. Pun bolehhh nak buat contoh. 





Sebelah kiri aku ne , banyak sawah padi bertingkat macamni je. 





Baru pukul 5 dah gelap. Ada lagi sejam sebelum sampai ke Bandung.



(bersambung...)



No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE