10 December 2014

Vietnam Day 2 Halong Bay



Assalamualaikum! Selamat pagi Hanoi! 

Aku bangun betul betul jam 5. Awal pagi dah mandi okey! Check baju yang dibasuh semalam, pun dah kering. Hehe good good. Harini aku akan ikut tour ke Halong Bay. Aku bangun awal ingat nak berkemas awal, turun breakfast awal lepastu meronda dekat jambatan merah di tasik Hoan Kiem sekejap. Tapi apakan daya perangai mek lerey menguasai diri, lipat baju sehelai lepastu nampak sikat rambut, pegi menyisir rambut depan cermin sekejap bajet Rapunzel, lipat baju sehelai lagi lepastu pegi online pulak, last last pukul 7.40 baru aku turun ke lobi untuk breakfast dan check out. Hamsapnyeeee lahai anak sape ne! Bas datang pick up pukul 8.30 pagi jadi plan nak meronda ke tasik Hoan Kiem hanya tinggal memori hikhik.



Halong Bay

Halong Bay merupakan salah satu nature yang diwartakan sebagai UNESCO World Heritage Site. Yang specialnya pasal Halong Bay ni ialah, kewujudan gugusan batu kapur karst pelbagai bentuk yang tumbuh (?) di tengah tengah lautan. Erkkk maafkan kosa kata makcik ye,




Breakfast di hotel berupa french baguette beserta perkakas iringan iaitu cheese, jam and butter. Dekat sini roti baguette ni macam makanan ruji ke ape, sebab dari Hanoi sampai ke Ho Chi Minh benda inilah yang dihidangkan sebagai breakfast dekat hotel. Dekat tepi tepi jalan pun berlambak orang jual. Tapi dalam ramai ramai,sini paling sedap. Masa dihidang pada aku roti dia panas lagi, di luar rangup di dalam lembut lembut gebu. Dahla aku lapar semalam minum air je huhu. Beria lah makan sampai terpelanting sudu dan garpu. 


Dalam pukul 8.30 pagi, bas sampai dan seorang abang guide masuk ke lobi hotel untuk jemput aku. And you are, Nulul Sahila? (Sebutan tak betul kahkah) Please come with me, Di tangannya ada senarai nama peserta-peserta tour. Aku dibawa ke bas yang menunggu depan hotel. Oh its a mini bus actually. Bas tu dah hampir penuh, dalam 9 orang adelah kot lepastu bila aku masuk semua orang pandang macam, heyyy macam mana budak ni boleh ada dalam bas ni hah??? haha aku rase rase diorang pikir macamtu la. Aku ditempatkan dekat single seat tepi tingkap. Bagusla senang aku nak tengok pemandangan. 




Bila bas mula meninggalkan bandar Hanoi, si abang guide tadi mula lah membebel bercerita, tapi semorang macam tak layan je cerita dia kesian pulak aku tengok. Lepastu sebab takde orang layan dia nak cover malu kot , dia tanya sorang-sorang asal dari negara mana. Dalam bas tu ada 3 orang minah salleh, 2 orang pakcik Jepun, sorang pakcik Vietnam, couple laki bini Vietnam, sorang mamat Korea, dan 2 orang mamat Jepun(Ya Allah sorang tu sejibik muka GD Big Bang). Campur aku sorang Malaysia. Semua sekali 12 orang. Jadi sepanjang tour tu kitorang ber 12 bergerak bersama-sama dan naik bas, kapal yang sama.


Perjalanan dia macam ni:

Bas Hanoi city - Halong (4 jam)
Belayar dengan kapal di Halong Bay (4 jam)
Bas Halong - Hanoi city (4 jam)




Ini lah dia bas yang dinaiki. Haaa bayangkan lah 4 jam perjalanan pergi dan 4 jam perjalanan balik duduk dalam bas ni, bila kau turun sahaja daripada bas tiba tiba mendapati punggung telah tiada eh ke mana punggung aku pergi? Cramp. 




Dalam pukul 1030 bas berhenti di sebuah R&R (kedai sebenarnya) yang menjual pelbagai jenis tembikar, souvenir (yang mahal nak mampusz) dan ada cafe jugak kalau nak order air ke makan ke tapi aku tak order apa apa cuma check kawasan je. Aku bawak bekal biskut tiger dengan air mineral. 




Bas sampai di jeti Halong jam 12 tengah hari. Kebanyakan bas tour dari Hanoi pun sampai waktu ni. Kami disuruh oleh abang guide untuk tunggu dekat suatu tempat sementara dia pegi beli tiket. Katanya kalau nak pergi toilet ke ape haa korang pegilah tapi jangan main jauh jauh naaa. 




Disebabkan sikap rebel mula menjalar dalam diri ini, aku pergi mengusyar kedai dekat seberang sana. Tapi takdelah jauh pun hihi. Aku nampak topi tudung saji Vietnam. Nakkkk! Beli sebijik dengan harga 20.000 dong ($USD1). Kena pakai taknak bagi kepala panas. Nak hindari migrain. 




Dekat sini ada banyak kapal yang rupa sepesen macamni, bercat putih dan ada bendera Vietnam di atasnya. Tingkat bawah tempat makan, tingkat atas beranda untuk ambik angin. Nasib baik haritu cuaca baik tak hujan dan takdelah panas sangat, ok ok je.




Haaa! Itulah dia guide kitorang. Ape dah nama dia, lupa sebab nama dia tak easy-to-remember. Masa dia bercerita dalam bas kan takde orang bagi respon, lepastu dia jadi macam fussy dah. Jadi tak mesra dan kurang senyuman macam gadis yang sedang PMS. Kalau jalan lambat dia macam, hey cepat sikit cepat sikit! My group, here! here! All, come here dengan muka tak berapa nak mesra. Huh!


Itu bahagian dalam tingkat bawah kapal. Masuk masuk aje kitorang disuruh ambik tempat. Aku duduk sebelah kiri satu meja dengan minah minah saleh tu semua. Aku duduk tepi tingkap. Lepastu datang couple Vietnam duduk sebelah aku. Geng geng laki berenam lagi duduk meja sebelah. So, satu meja ada 6 orang. Tak lama lepas tu, lauk pauk mula dihidangkan. Oh, lunch ni inclusive dengan harga tour yang kita bayar. Si guide tu dah pesan awal awal, kalau ambik air dia cas harga asing. 3 orang minah saleh tu ambik coke dengan beer. Huuuu aku tengah berkira kira patut tak aku tarbiah diorang supaya jangan minum beer sekarang? Ish mabuk mabuk karang susah pulak nak belayar. Woi jangan minum lahhh!




Bila lauk pauk dihidang aku tengok je. Ada ikan besar, ada seafood, ada tauhu, ada kangkung, some kind of daging rebus (taktahu daging ape haaa), popia dan buah. Bila kapal mula bergerak meninggalkan jeti, semorang start makan tanpa membaca doa. Aku pulak start rasa loya. Bukan loya sebab mabuk laut tapi mabuk tengok daging rebus tu nampak macam pelik jerr, macam tak comel jerr. Aku tak sentuh apa apa pun , aku bawak keluar air mineral dan telan ubat tahan muntah sebijik, just in case haha. Nak keluar dari meja tu susah pulak sebab aku duduk paling tepi, payah pulak nak menyuruh couple tu bangun la apebende diorang nak makan so aku duduk jelah situ konon konon seorang gadis emo yang diet takmau makan. 




Selepas semua dah kekenyangan belai perut, makcik waiter datang nenong nenong kutip bayaran untuk air tin tadi. Pandai tau, dia pelawa minum dulu lepastu baru mintak bayar. Aku tengok minah saleh tu bayar 40.000 dong ($USD2) untuk setin coke. Hahh mahal nak mampos! Nasib baik aku tak ambik coke. Kebetulan couple Vietnam tu pergi toilet, so aku tanya makcik waiter can I get upstairs? YES! haaa pergilah kau sape nak larang so I am the first to get up there. 




The water is not as greenish as in the islands I've been before, but the limestones was amazingly beautiful. 




Semakin lama, kapal masuk semakin jauh ke dalam Halong Bay. Semakin dekat semakin jelas, dan rasa macam this little ship is going into some kind of magical adventure. Gituh. Oh, Halong Bay is also known as the bay of the descending dragon sebab mengikut cerita zaman tok tonggek pandir dulu, ada pelayar yang ternampak naga tenggelam timbul dekat kawasan ni. Haaaa. Beware! 




Cantik kan. Feeling magical world of Disney sangat, ape lagi terus rasa nak menyanyi dan buat scene muzikal atas kapal ni tapi bila pandang sekeliling ternampak muka si guide yang tengah PMS tu erm tak jadilah cancel lah nak menyanyi muzikal karang kena marah dengan dia pulak :(




Pemandangan dari arah kapal datang tadi. 




Lepastu kapal berhenti dekat Floating Village. Its not your typical village yang ada JKKK no, sebenarnya perahu perahu kecil yang ada orang menetap di situ, I mean di situlah penempatan mereka, tempat makan, tidur, berniaga, dan sebagainya. Sadis. Yang dalam gambar ni kakak meniaga  je bukan perahu yang penempatan tu. Perahu penempatan dia besar lagi dan ada anjing berkawal, ada jemuran dengan baju yang tersidai (yeah seriously). Aku tak sempat ambik gambar. 


Kapal kitorang berhenti dekat satu platform, semua kena turun situ. Dekat situ boleh pilih samada nak berkayak, naik bamboo boat (kita duduk je dalam perahu nanti ada local bawak kan kita round round). Each of this require additional charges at 105.000 dong ($USD5.5). I would never do kayaking, sebab tahu dah mesti lenguh bahu nak mengayuh, silap silap terbalik bende kayak tu habislah tenggelam aku. Bamboo boat nampak macam best tapi erm erm 105.000 dong is kinda expensive. Aku duduk dekat platform tu jelah. Tiba tiba macam ramai la pulak yang nak naik bamboo boat, aku ni cepat la pulak tukar pikiran (oh bukan peserta dari kapal aku je, tourist kapal kapal lain pun ada jugak yang sampai). Dah datang jauh jauh naik jelah. This might be the one and only chance to try bamboo boat. So why not? 


......and I glad that I made that decision. 
The bamboo ride is awesome! 


Pakcik bot bawak menyusuri terowong ni (terowong?) *sekali lagi maafkan kosa kata kuuuu 
wait until the boat went into the inside of it...




Ini lah bahagian dalamnya! Aku tak tahu macam mana nak describe, tapi dia macam satu tempat tersembunyi yang dikelilingi oleh batu kapur dan nak masuk dalam ni cuma melalui lubang terowong tadi... Actually ada beberapa terowong, 3 kalau tak silap aku. 




Tu dia pintu masuk tadi. Rasa macam takjub nyaaaaa. 



 

Its like a hideous lake yang dikelilingi oleh batu kapur. Kalau aku bilionawan, aku dah buat sebiji banglo atas air dekat dalam ni. Dengan helipad (tempat helikopter dengan private jet mendarat ha ha). Nak keluar pakai helikopter. Pergh. Lepastu dekat terowong tu buat pintu pagar automatik, kalau tak ada password tak boleh masuk dalam. Amboi imaginasi hahaha




Ni lah bamboo boat (made from bamboo, obviously), bila nak naik ni wajib pakai life jacket. Tu pakcik yang mengayuh (?) bamboo boat. 




Time ni air surut, pakcik boat tu cerita (dan ditranslate oleh penumpang Vietnam dalam bot yang sama) kalau air pasang, paras air separuh dari lubang terowong tu, kalau bamboo boat lalu bawah tu penumpang kena tundukkan kepala sebab rapat sangat dengan siling dia. 




Bot bot dekat kawasan main bamboo boat tadi. 



Lepas kira kira sejam dekat tempat tadi, naik kapal balik dan teruskan perjalanan...


Kasut pink dekat another UNESCO site yay! 




Macam mana lah tiba tiba boleh ada seketul dekat tengah tengah alam tu kan. Subhanallah... 




Kemudian kapal berhenti lagi dekat suatu tempat yang misteri. Jeng jeng jeng... Sekarang masa untuk masuk ke dalam gua! Apa yang menariknya masuk dalam gua ni ha? Bukankah dalam gua biasanya berbau busuk dan ada kelawar bergantungan? Aku belum pernah masuk gua sebelum ni. 




Bewarna warni nyaaaa. Magical sangat dalam gua ini. Amazing.




Amazing sebab dia punya stalagtait dan stalagmite tu sangat... WOW. Entahlah tak dapat digambar dengan kata kata ketakjuban aku melihat rupa bentuk dalam gua ni. Aku ingatkan dinding dia cuma plain sahaja macam dinding simen haha mind my jakun-ness dengan kejadian muka bumi. And this is real. Real cave. 




Tengah pusing pusing lensa kamera... Eh! Haa tu lah mamat Jepun yang aku cakap muka macam GD Big Bang tuh. Bukan yang angkat tangan tapi yang sebelah dia yang kecik sikit. Memang sebijik gile.




And that is our abang guide. Dia tengah tunjuk at certain part of the stalagtait/stalagmite that looks like elephant lah, monkeys lah, couple holding hands lah couple kissing lah apebende la. Aku rasa itu semua merepek. 




Tengoklah bagaimana rupa dalam gua ni amazing kan? Amazing macam, (sekali lagi berangan tumbuh awan atas kepala) kalau aku bilionawan aku dah jadikan gua ni sebagai second penthouse letak sofa mahal yang empuk ,penat penat baringlah atas sofa lepastu suruh dayang dayang suapkan anggur hijau tanpa biji dengan kipaskan aku. Eh aku rasa kalau nak buat rakaman muzik video ke nak buat muzikal pun ok jugak dalam ni. 




Keluar daripada gua ada satu kawasan luas ibarat the beranda of the cave. Dari sini boleh nampak pemandangan cantik bay di bawah nye. Ada jugak orang jual jual keychain, barang barang souvenirs , mutiara semua but who cares? Aku tak ade duit lah jadi bye bye saja pada mereka.




Kena turun tangga. Penat nye makcikkk!!! . 




 Dia punya penat tu sampai masuk kapal, terus tido tak sedar sedar apebende dah, sampai jeti baru sedarkan diri her her. Bye bye Halong!




Dalam perjalanan pulang bas berhenti dekat sebuah kompleks R&R (tapi bukan yang tadi, this one is bigger). Dalam ni lagi banyak barang yang dijual, ada handbag mahal2, tembikar, pakaian, makanan dalam packaging, kopi, souvenirs dan ada cafe jugak).




Ni bag hensem hensem ni semua , aku baru nak ambik gambar tiba tiba kena tegur dengan kakak tu NO PICTURE! NO PICTURE! ha ha sorry. Alahhh orang baru nak promote kedai. 




Ramai sungguh manusia dalam kedai ni. Aku syak diorang mesti orang kaya duit berkepuk, shopping bukan main walaupun dah tahu harga mahal. Aku beli poskad sekeping 20.000 dong ($USD1) skali dengan setem, biasalah pos untuk diri sendiri. Nanti bila sampai Hanoi bagi dekat receptionist hotel suruh dia tolong poskan. 




Pukul 8 malam sampai hotel balik. Bagusla tak lewat. Tren aku pukul 10 malam. The good thing dekat lobi ada bilik air yang bersih dan walaupun aku dah check out, masih boleh tumpang mandi, lepastu solat jamak siap siap. Pukul 9 malam mintak receptionist panggilkan teksi untuk bawak aku ke Stesen Keretapi Hanoi. Tambang 50.000 dong ($USD2.5).




Ga Ha Noi
Kiranya, this is the main train station in Vietnam since Hanoi is the capital. Cantik dan besar stesen keretapi nye, tapi besar lagi KL Sentral hik hik.




Tempat jual tiket. 




Reunification Express SE3
Hanoi (2200) - Hue (1035)

Sebelum masuk, ada pegawai yang check tiket. Pegawai nye ramai, setiap koc ada sorang dan dia akan responsible untuk koc tu sepanjang perjalanan nanti. Macam dekat Malaysia, biasa nya satu keretapi ada 3 orang pegawai/attendan je. 




Soft Seat

Tak lama lepas keretapi jalan, sorang pegawai (yang jaga koc tu) datang bagi selimut dengan air mineral. Seat sebelah aku takde orang. Yahuuuu bolehla tidur bergelimpangan malam tu!

Selamat Tinggal Hanoi,
 Selamat Malam jumpa pagi esok di Hue :)





1 comment:

Ceemoo Mazlan said...

As salam..saya nak tny awk ambil pakej ha long bay dr mana n brapa hrga pakej ye?..thanks

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE