21 December 2014

Vietnam Day 5 Hoi An (Old Town)




Rasa macam panjang je entri Hoi An ni. Hal naik angin dengan makcik Rosnah bas kuning dah berjela jela... jadi terpaksa pecah kepada 2 (atau 3) entri. Takpe lah aku pun tengah bercuti panjang sekarang takde aktiviti pun. Dekat rumah aku hujan tak berhenti henti tak boleh ke mana  jugak. 



Magnet yang dijual di Hoi An. Macam real je kan?




Ni dalam perjalanan ke Old Town Hoi An. Belum masuk kawasan Old Town lagi. Kawasan Old Town adalah satu guarded area di mana sebarang jenis kenderaan motosikal kereta semua tidak dibenarkan masuk. Cuma beca, basikal dan berjalan kaki sahaja dibenarkan. Best tak?




Old Town Street




Yang ini betul betul dekat waterfront. Bangunan tu adalah cafe cafe dan kedai yang menjual cenderamata.




Dalam perahu tu nampak tak ada orang duduk rileks tu bukan mengenang nasib diri tapi menunggu pelanggan , dia akan bawak orang bersiar siar menyelusuri sungai tu menggunakan perahu dengan sedikit bayaran. Lupa pulak nak tanya.




Bangunan bangunan di seberang sungai.




Menyeberang jambatan untuk ke seberang sana pulak usya ada yang menarik. 




Seberang sungai tu ada deretan deretan cafe. Dan ada banyak kedai kedai menjual tanglung yang bewarna warni ni. Semua handmade. Hoi An juga dikenali dengan Lantern Town sebab malam malam satu bandar bercahaya dengan tanglung-tanglung ni. Tak sabarnyeeee tunggu malam!




Japanese Bridge

Dekat Hoi An Old Town ada 15 attractions yang berupa landmarks, museums, old houses, congregation halls dan performances. Tapi nak masuk/tengok attractions ni semua bertiket , boleh beli tiket tu dengan harga 120.000 dong ($USD6) untuk mana-mana 5 attractions, pilih la yang mana... Attractions ni scattered dalam Old Town, pandai pandai lah mencari. 


Mula mula aku memang berniat nak masuk attractions ni semua. Dah siap pilih dah yang mana aku nak tengok. Skali dah keadaan duit yang bercatu catu ni aku cancel beli tiket haha. Usya sekeliling Old Town ni pun dah cukup bagus. Japanese Bridge ni salah satu daripada attraction nye. Kalau takde tiket boleh ambik gambar macamni jelah. Kalau ada tiket boleh menyeberang jambatan tu...




Stailo kan beg beg ne




Aku berbasikal dalam Old Town. Aku rasa kalau nak ambik gambar, lagi senang berjalan kaki. Eh payahla naik basikal sekejap sekejap nak kena berhenti ambik gambar. Takpe, cycling dulu check kawasan. Lepasni parking mana-mana dan jalan kaki pulak. 




Kedai menjual barang barang art sangatla banyak. Tengah mengayuh tu aku ternampak sesuatu... jeng jeng jeng pakwe kah? 


MONEY CHANGER!!!


Masihkah ada sinar harapan untuk diriku?? Bagi salam sikit , dan tanya kakak dekat situ. Can I change Malaysian Ringgit? Dia angguk bersahaja. Hah? boleh ker??? Hurey! Aku keluarkan RM200 dan terus tukar , dapat 1,100.000 dong. Mahal sikit rate dia tapi takpelah janji ada cash. Yey aku dah jadi wanita kaya baru! Wuhuuu! Terus buat keputusan untuk pergi minum kopi dekat cafe seberang sungai tadi. Kayuh basikal laju laju... Hehehe. 




Dalam banyak banyak cafe aku tertarik untuk masuk ke Enjoy Restaurant. Sebab dia nampak macam comel comel dan menu utama nya ialah aiskrim. 




Pelbagai jenis aiskrim. Harga ikut timbang. Macam best tapi tak berani nak beli. 




Ada sudut bergambar, ni semua untuk dijual.




Aku naik tingkat atas duduk dekat beranda. Konon konon nak privacy, nak melayan perasaan hihihi.




Guna topi tudung saji sebagai deco. Menarik. Cosy je.




Haaa bercahaya tak mata aku? Ada shining shining tak dekat keliling kepala? Haha gembira sungguh sungguh dapat tukar duit. Order pancake dengan sos coklat dan kopi ais Vietnam. Total 65.000 dong. Ni yang tolong ambikkan gambar ialah monopod. Yang atas meja tu bukan tudung saji tapi topi yang aku pakai. 


Lepas keluar daripada restoran... bila aku berjalan ke arah basikal aku, aku terdengar suara perempuan menjerit jerit. Miss! Miss! Your hat! Your hat! Ada sorang waiter yang ambik order aku tadi panggil untuk bagi balik topi tudung saji. Waaa bersyukurnya! Cik Nurul macam mana la kau boleh tertinggal benda yang paling penting ni haaa? Nasib baik la...

[Faith in humanity : RESTORED]




Kemudian aku parking basikal dekat jambatan (paling senang nak cari balik, komfem jumpa punya) dan berjalan kaki... Dekat Old Town aku pegang kamera dekat tangan je, rasa selamat sebab mostly pelancong, very friendly surrounding dan takde motosikal. Jadi anggapan ku takdelah kes ragut bermotosikal yang macam Wan Maimunah selalu kena dalam tibi tu. 




Makcik makcik vogue bertopi tudung saji. 




Obses sangat aku dengan basikal bila usya balik gambar gambar yang aku ambik kebanyakannya gambar basikal. 




Berjalan kaki di Hoi An membuatkan kita merasa seperti berada 30 tahun ke belakang.




Tengah aku berjalan tu ternampak sorang makcik menjual poskad. Aku pun singgah la, hajat di hati nak beli sekeping untuk diri sendiri jadikan tanda kenang kenangan dari Hoi An. 

Tanya harga... how much? One postcard and stamp.

30.000 dong

Eh. Amboi mahalnya. Kedai mahal dekat Hanoi tu pun jual 20.000 je. Aku mintak kurang dia tak bagi. Lepastu aku tanya boleh tak kalau nak 50.000 dong 2 keping??? Dia kata takboleh! Dahtu kena halau. YOU GO! YOU GO! Sambil tangan dia diangkat angkat tanda menghalau. Aaaaa sampai hati! 




Apa yang aku perasan, peniaga dekat Hoi An ni tak melayan sangat. Even tawar bersungguh pun dia tak kurang banyak sangat harga , agaknya sebab terlampau ramai pelancong yang datang hari hari.  dan lagi satu entahla aku rasa macam tak friendly jer...




Basikal lagi! 




Kedai menjahit baju sut lelaki. Katanya dalam trip advisor, upah menjahit sut dekat sini agak murah dan boleh disiapkan dalam masa sehari. 




Signage menunjukkan sempadan dan had bagi kenderaan bermotor. Dalam pukul 4 petang aku dan mengayuh balik ke hotel.


 Dalam perjalanan singgah disebuah kedai menjual telefon simcard topup ape semua. Aku cari 3-pin soket adapter untuk charge fon, dan memang ada dijual. Bila aku tanya harga dia cakap 40.000 dong ($USD2 = RM7). Aku perasan mula mula mulut dia macam nak sebut lain, lepastu dia cakap lain. Oooo nak up harga ye? Aku takkan benarkan diri ku di scam! Mintak kurang takbagi. Geram. Dahla adapter tu nampak cam plastik biasa yang tak berkualiti je... Ingat aku desperate sangat ke? Takpe cari tempat lain. 

[Faith in humanity : LOST HOPE]


Tak lama lepastu ternampak kedai elektrik. Berhentikan basikal, masuk dalam dan ada seorang perempuan muda di kaunter. Aku bagitau nak 3 pin adapter lepastu dia macam tak paham jee... aku keluarkan charger fon aku. Haa nak adapter 3 pin macamni ade tak? Perempuan tu pergi kelebet kelebet sekejap dan dia bawak keluar apa yang aku nak. Tanya harga, dia tunjukkan nombor yang tercatit pada kotak pin tu. 20.000 dong. Waaaa perempuan jujur! Bagusnye! Terus aku bayar. Nasib baik tak beli dengan kedai scam tadi. Ingat nye, penjahat takkan menang di dalam dunia ini! 

[Faith in humanity : RESTORED BALIK]


Pukul 4.15 petang dah sampai hotel. Balik baring, mandi, tengok Fashion TV hik hik tunggu solat Maghrib lepastu aku nak keluar cycling ke Old Town. Nak tengok lanterns. Eh. Cycling malam malam? Tak bahaya ke? Erkkk!






No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE