08 August 2012

Pulau Perhentian


Dah lama sebenarnya aku nak menulis pasal trip Pulau Perhentian ni. Busy memanjang masa final sem aritu, sekarang dah habis belajar baru ada masa. Okay. Aku pergi dengan family bulan Mac, aku lah planner nye. Trip ni sebenarnya boleh kata acah-acah juga, sebab skali jadi, kejap-kejap cancel disebabkan ayah aku tak sure dapat cuti ke tidak. Akhirnya... berjaya jugak pergi !


Rabu pagi kitorang bertolak dengan kereta ke Jeti Kuala Besut, Terengganu melalui laluan Machang-Pasir Puteh. Perjalanan ambik masa dalam 40 minit macamtu.





Kuala Besut kecik je pekan dia. Walaupun Tanah Merah dengan Besut dekat tapi ni, first time aku sampai. Ada tempat parking berpagar untuk kereta dengan bayaran lebih kurang RM7 untuk dua hari. 





Daripada Jeti Kuala Besut kena naik bot laju ke Pulau Perhentian. RM70/head (Dewasa) & RM35/head (<12 yo). Harga ni cover perjalanan pergi-balik. So, bila nak balik esok-esok kita akan naik bot yang sama jadi dah deal siap-siap nak suruh dia datang ambik pukul brapa-brapa. 

Trip Kuala Besut - Pulau Perhentian:

8.00am
10.30am
2.00pm
4.00pm

Kitorang tak sempat kejar trip pukul 8 sebab sampai sana pun dah pukul 9++ So naik trip pukul 10.30 pagi. Perjalanan pegi pulau ambik masa dalam 40minit. Best gila naik bot laju, serius! Melambung-lambung macam naik roller coaster. Roller Coaster dalam air. 





Semakin dekat dengan pulau, air dia makin biru. Turquoise blue. Masyaallah indahnya ciptaan Tuhan. Sampai dekat jeti, air jernih gila. Tak pernah tengok air laut jernih macamni woi !



Kitorang stay dekat Senja Bay Resort, Coral Bay, Perhentian Kecil
Resort ni dekat hujung skali, so agak privacy bila nak mandi ke apa. Kitorang ambik bilik on the spot, takde book awal-awal. Datang je, dia kasi family room that is exactly in front of the beach.






Amboi gambar tu bajet mengendap sangattt. 



Pergi Perhentian kalau tak snorkeling, tak sah. So lepas Zohor kitorang berempat pegi trip snorkeling. 1.30 - 3.30 petang. Abang bot tu bawa 3 spot snorkeling Fish Garden (Perhentian Besar), Turtle Spot & tengok Coral. RM20/head. Sepatutnya trip snorkeling start daripada 1030 pagi sampai 330 petang, tapi sebab kitorang sampai lewat lepastu besoknya nak balik dah. So sempat snorkeling sekejap jelah. Moral of the story is, kena naik bot pukul 8 pagi dari jeti Kuala Besut, baru sempat kejar trip snorkeling pukul 1030. Paham?








Snorkeling sangat awesome. Lots of colorful fish everywhere. (Jangan lupa bawak roti to feed them!) Dia akan datang ramai-ramai dekat tangan lepastu rasa macam geli-geli. Hehehe. Yang paling banyak, ikan belang kuning. Dekat Fish Garden air dia biru gilaaa. Tapi agak dalamlah. Dalam 7 meter ++ dan ada corals. Macam lukisan dekat lantai. 



Last spot kitorang pegi dekat pantai di sebelah Perhentian Besar. Dekat jeti dia. Sini, ikan lagi colorful. Purple, oren, kuning. Dan ada colorful corals jugak. Tak dalam sangat. We wish be could swim & snorkeling there foreverrr. Tapi takboleh. Kena balik Perhentian Kecik. So, kalau nak snorkeling tanpa had boleh stay dekat Perhentian Besar, area Abdul's Chalet, Tuna Bay etc. Tapi Awas! Tuna Bay tu agak pricey dia punya room rate.





Balik ke chalet, lepas Asar kitorang keluar untuk snorkeling lagi depan chalet. Jacket & Snorkeling Mask boleh disewa dengan harga RM5 each. Dekat depan chelet kitorang pun ada ikan jugak, tapi taklah sebanyak dekat Fish Garden tadi. Dan, ikan dekat sini agak besar huhu. Sama besar dengan ikan bawal yang mak kau masak dekat rumah tu. Pulaktu, dia tak datang sekor-sekor, dia datang ramai-ramai 4-5 ekor.   Lepastu kalau kau bagi roti, and dia datang makan dengan saiz besar tu bukan geli geli dah wey, bapak segala kegelian!!!




This is how big the fishes are. Takot tak ? Tu belum jumpa baby shark lagi. Kalau jumpa comfirm menggelupur aku dalam air. Ayah aku berenang jauh ke tengah sikit, and even spotted a turtle. 



Dont forget to buy Underwater Camera ! Aku beli kamera Aquapix Waterproof (pakai filem) dengan harga RM29 sahaja dekat S&J Gift Shop. Kualiti 6/10. Nak yang lagi best boleh cari digital waterproof camera. Paling murah is Kodak Easyshare Sport C123 dalam RM270. 







The good thing about the place we stay is the cafe. Aku tak tahulah cafe chalet lain macam mana, tapi dekat Senja Bay puas hati gila! Breakfast sedap, BBQ sedap, yang paling penting dia punya Chocolate & Mars Ice Blended perghhh. 




Beware your eyes. There are lots of tourist in swimsuits. Even yang dah tua ganyut tu pun nak mandi manda dengan bikini lagik. 




Hari seterusnya kitorang jungle trekking (lah sangat!) to the other side of the island, Long Beach. Jalan naik turun bukit sikit melalui trek yang dah disediakan dalam 20-30 minit macamtu.




Takde pape pun dekat Long Beach. Sini ombak dia besar gila, takde orang mandi pun. Maybe sebab pagi lagi kot. Siang-siang bolehla datang jalan-jalan Long Beach sebab tenang, takde pape. Tapi belah malam... AWAS! Long Beach ialah spot party matsaleh menari menari semua. Macam-macam benda pelik ada. So, jaga jaga okey!



Balik dari jungle trekking, badan berpeluh pelai, panas, terus terjun dalam air. Mandi manda untuk kali terakhir sebelum bertolak balik. Alahai sekejapnya nak balik dah. Tak puas.







 
 
Slow slow kumpul duit. Nak pegi snorkeling lagikkk !!!



4 comments:

Sophie Al-Yahya said...

been there last year.
Untungnyaaaa awak pergi senja bay!!!
cafe dia mmg sedap gila makanan & ice blended tp harga sgt affordable.

Long beach? hurmm..x suka sebab bising waktu malam & kalau gi sana rasa macam kita pulak yg tourist. Sebab yg lain mostly mat salleh.

Syahira Mansor said...

@sophie
main pergi je. nasib baik service ok. harga macam mahal sikit daripada tapi still affordable & boleh diterima beselah dekat pulau kan. dekat tempat i stay tu pun mostly mat saleh jugak -_-" dengar cite dekat perhentian besar rupanya less mat saleh & ramai pelancong tempatan.

btw suka baca ur entri pasal redang tu. best! ajar i berenang pleaseee nak ambik lesen menyelammm !!! dah lama gile mengidam nak scuba diving ne tau tak ! admirenye dengan orang yang pandai berenang hehe :D

WZulhilmi said...

Benci baca!

rayyan haries said...

Okay, gambar cantik and lomo sangat! I envy you! I have not been here yet but seeing from the photos, not too shabby.... ni yg rasa nak pergi ni! ;P

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE