18 June 2013

Singapore Day 1 : Gardens By The Bay


sambungan dari

Lepas bersiap aku keluar. Sebelum tu ambik dulu peta yang disediakan dekat lobby hostel secara percuma. Aku berjalan kaki keluar daripada area Arab Street (aku tak ingat dah sebenarnya Bugis MRT tu dekat mana), aku masuk dalam Bugis Junction, keluar Bugis Junction lepastu lintas jalan pegi Bugis Street. Bugis Street jual macam macam, baju fesyen2 ada, cenderamata macam fridge magnet, tshirt, bag, semua ada. Tapi aku tak beli pape pun dekat sini. Sebab, ada orang cakap dekat sini fridge magnet 5pcs for $10. Tapi dekat Chinatown lagi murah, 7pcs for $10.




Sebelum beredar aku beli orange juice $1.50. Pure juice takde tambah gula. Best! Tapi gambar non ado. Too many people inside, tak menyempat nak ambik gambar bagai. Dari Bugis Street aku bergerak ke Bugis MRT ambik tren ke Bayfront MRT. Aku nak ke Gardens By The Bay.




Sistem MRT/LRT Singapore. Ada line merah, purple, kuning, hijau. At first its a bit confusing, but once you understand the system its quite easy and you'll catch up really fast. Nak tukar line pun mudah sebab signboard ada di mana-mana.




Lepastu kena jalan terus ikut jalan bercermin ni untuk keluar. Macam tak berpenghujung je sebab panjang sangat and kena jalan jauh.




Keluar dari jalan bawah tanah terus nampak Marina Bay Sands. Baru betul betul rasa macam dekat Singapore. Jyeah! Daripada sini kena menapak lagi (jauh gilaaa weh) untuk pegi dekat Super Trees.




Haa nampak tak Super Trees tu? Baru sampai sini, kena jalan lagi masuk ke dalam. Kalau depa bagi basikal best neh boleh kayuh kayuh.




So they have 22 meters high skybridge yang menghubungkan one supertrees to another. Aku nak sangat naik atas tu! Tiket pun tak mahal sangat $5 je. Terus beli tiket, dan naik menggunakan lif. 




Inilah view yang aku tengok daripada atas. Masyaallah cantik gila! Semua boleh nampak :) (Gambar ni aku edit sikit color balance dia bagi soft, kalau nak harapkan gambar raw dari kamera aku tu. hmphhh kelabu asap lerrr)




Daripada angle yang berbeza. Nak dekat dekat senja time ni. Dalam 615 kot?




Ini lah rupanya Sky Bridge dari atas. Gayat gayat jangan naik yo, 




Sebenarnya kan, kalau malam lagi cantik sebab ada light show, lampu dekat pokok tu menyala nyala macam lampu liplap hari raya aidilfitri. Tapi tak kosser aku nak tunggu sampai malam. Mak aku udah pesan malam malam jangan merayappp duk bilik je!





Pakai timer pun boleh lahhh. Foreveralone sangat! Hehehe




Duduk atas tu layan view dalam 20 minit, lepastu turun bawah. 




Jalan jalan lagi, aku ternampak bayi terapung daripada jauh. Rasa macam nak pegi tengok. Masa ni dah pukul 630 petang. Okey, takpe sekejappp je. 




Bayi bogel! Aha. Macam terapung kan? Taktahu pulak macam mana dia boleh terapung ade besi penahan ke ape aku malas nak pusing belah sana. Snap gambar sekeping dua lepastu terus pusing , balik! 




Salasilah bayi bogel ni. Malas nak baca. Ambik gambar je. 





Gardens By The Bay ni terletak di belakang Marina Bay Sands. Perjalanan balik sangatlah tough sebab ramai gila orang dekat MRT. Weekdays kot, bertembung dengan orang balik keje semua. Tapi MRT dia panjang. Takdelah kes ter miss/takmuat nak masuk ke ape. 




Sampai dekat Bugis, aku singgah solat jamak Maghrib & Isyak dekat Sultan Mosque. Kebanyakan masa aku jamak je, Zohor dengan Asar. Maghrib dengan Isyak. Musafir kan. hehe Islam itu memudahkan. Lagipun dekat sini bukannya masjid/surau ada di merata-rata tempat since Malays/Muslim is the minority. 



Keluar dari masjid dalam pukul 810 malam, baru aku teringat aku belum makan since morning! Seberang jalan belakang masjid tu ada satu row mamak muslim restaurants. Aku masuk Restoran Zam Zam (minus the Alakazam), katanya restoran ni terkenal dengan briyani kambing & murtabak daging dia. Ramai jugaklah orang dalam tu. Tengah terpikir pikir nak order apa, aku ternampak menu bergambar dekat dinding. Murtabak daging, ayam , kambing semua harga $6, $8, $12 OMG mahalnya. Sebenarnya standard dah harga tu, but I cannot help it, I keep converting the rates. Siap ada RM-SGD converter lagi dalam phone. Hahahaha cheapskate gila! Last last aku order Roti Telur dengan Teh O Ais total $2.80 Hahaha Murahhh. Itupun dah kenyang, and kari dia memang terbaik.






Sampai dorm, my negrow roomate dah berpindah katil, dia tak duduk sebelah aku dah. Dia pindah katil depan lepastu siap kelubung katil dia dengan tuala, cadar ape semua. Nak privacy sangat. Hmm baiklah. Takmau kacau dia. Aku lepak lepak kejap atas katil, aku nampak dia ber jangok jangok, lepastu keluar. Aku terpikir apebende minah ni buat ye, siang2 lepak di bilik malam2 baru keluar. Party? Hmmmmm. Lepastu tido, recharge energy untuk besok pulak :)



No comments:

DISABLE