25 June 2013

Singapore Day 3 : The Last Day


sambungan dari
Singapore Day 2 : Bumboat Ride


Entri ni tak banyak gambar. Tapi banyak cerita. Hari yang penuh dengan drama.

Bangun pagi dengan rasa lega sebab sakit di kaki dah kurang lepas tempek Salonplas. Tapi yang tak best nye, bila aku check kredit hp aku tinggal 0. Ha! Padahal malam semalam elok elok je ada RM13. Takde msg/call ape pun. Jahat tau Celcom makan kredit. Tak dapat ler nak contact family. Dekat sini aku roaming, tak beli simcard Singapore sebab macam tak berbaloi lagipun duduk sekejap je dekat sini. Lepas mandi, kemas beg semua aku naik rooftop untuk breakfast, dan send msg dkt ayah aku di FB bahawa aku dah kehabisan kredit, takboleh nak call/reply sms dah.

Waktu check out ialah 12 tengah hari. Tapi pukul 10 pagi aku dah check out. Sebab nak cepat. Aku tinggalkan backpack besar dekat receptionist dulu. Nanti petang karang baru ambik.




Poster jam Casio Baby G dekat MRT Bugis. Makwe2 SNSD blake. Comey angat, terpaksa amik gambar. Time ni pagi, orang belum ramai. Kalau 4-7 petang huish jangan berangan nak ambik gambar camni. Penuh orang lalu lalang kat depan tu!



Aku nak ke stesen keretapi Woodlands. Buat ape kau tahu? Pegi ambik tiket balik Kelantan! Aku dah tempah siap, cuma hari nak balik tu baru boleh claim tiket. Tren aku pukul 7 malam karang. So sempatlah jalan jalan dulu. Masa selesai urusan tiket tu, baru pukul 12. Aku naik bas ke MRT Woodlands dan dari situ terus ke MRT Orchard nak jalan jalan di Orchard Road. Kata orang, Orchard Road ni ada segala mak nenek shopping complex. Ye ke? Mari kita lihat! Sebenarnya aku bukan nak pi shopping pun, nak sightseeing je.




OK Memang banyak gila malls besar dekat sini! Sampai jadi pening palotak aku. . Masuk mall itu, keluar, lepastu masuk mall lain pulak. Dia punya H&M dengan Forever 21 besar woh. Masuk jap cuci mata. Heee. Sambil tu aku round cari tempat makan jugak. Tengok jam dah pukul 1. Penat dol, dari Woodlands tadi lepastu jalan sampai sini. Round punya round, tak jumpa restoran halal. Yang halal pulak, makanan dia nampak tak kena dengan selera aku. Dahla orang ramai bersesak. Weekend kot! Last last aku cancel je, nanti lah makan. Jalan dulu. 



Dari Orchard, aku naik MRT ke Raffles Place. Stesen Raffles Place ni paling dekat dengan Merlion Statue. Ingat sebelum balik nak pegi lepak dekat Merlion. Tapi malangnye aku dah tersalah exit, aku keluar depan Fullerton Hotel. Lepastu aku jalan depan Bank of China, depan bangunan tinggi tinggi tu semua, jalannn lagi sampai bus stop. Depan bus stop dekat seberang jalan tu ialah One Fullerton. Dahtu mana Merlion nyeee? Tak nampak idung pun! Adoi. Time tu aku rasa macam dah sesat, waaaa! Stesen MRT dekat Singapore ni, dia ada banyak pintu keluar (exit). A,B,C,D... Kadang2 sampai H exit dia. Setiap exit tu akan tembus dekat tempat yang berbeza beza. Ada yang tembus keluar dalam mall, ada yang tembus dekat tepi jalan raya, dan sebagainya. Jadi kena tengok elok elok dekat signboard dia, exit ke mana. Ni confirm aku tersalah exit dekat MRT tadi. Ok takpe, aku patah balik. 



Time tu memang penat gile weh. Dahla belum makan, jalan jauh, lepastu tersalah exit tak jumpa cari Merlion. Geramnye! Tapi taktahu nak geram ke sape. Haha. Kaki aku start nak lenguh balik. Terus terbayang bayang katil dekat dorm, bestnya kalau boleh landing atas katil tu sekarang. Sunk inside the selimut. Ekon sejuk. Bestnye bestnye. Lepastu baru aku teringat bahawa aku telah check out tadi. No more katil ye! Waaaaa stress tiba tiba! Terus hilang pedoman diri, jalan pun slow je seret kaki sebab penat, lapar, kaki lenguh!. Nak menambahkan stress , mak aku msg tapi aku takdapat nak reply sebab kredit kosong! Risau pulak mak aku, mesti dia ingat aku kena culik ke ape dekat negara orang. Haaaa! Drama lah pulak cite aku ni kan. Tsk tsk. 



Oh ya, gambar takde sebab takde mood nak ambik gambar time ni. Haha. Jalan punya jalan, aku ternampak mesin air gedegang. Betul betul depan tangga menuju ke MRT. Aku berenti, bawak keluar duit syiling lepastu beli 100 plus setin. Duduk tepi mesin tu, bukak air, terus minum. Selambe je. Tahu tak, itulah air paling sedap yang aku pernah minum dekat Singapore! Sebab lapar & penat sangat kot. Haha. Bukan 100 plus yang biasa, tapi 100 plus Edge. Kat malaysia aku belum jumpa lagi variant ni. Dia takde gas, kandungan dia aku tengok banyak vitamin je. Rasa dia sedap sangat, macam original livita tapi tasted lighter. Lepas minum 100 plus tu terus rasa bertenaga dan berpedoman untuk meneruskan perjalanan. Haha gile. 




Sampai dekat Bugis dalam pukul 3++, aku pegi Zam Zam sahaja untuk makan. Memang takde tempat lain dah. Yang last dahni. Aku ingat nak order yang kenyang kenyang sikit. Tengok gambar mihun dekat menu macam, cantiknya. Nampak sedap je. So aku order mihun. Dalam 5 minit camtu dia bawak mai, terkejut aku. Orennyaaa mihun dia! Haa tak pernah jumpa mihun oren macamni. Terlebih pewarna I guess. Lepastu lauk dia, daging cincang yang bubuh dalam spageti tu. Adoi tak kena dengan tekak aku. Sebab warna oren dia tu melampau sangat jadi tak berselera, makan separuh tak habis dah. And that was freakin $4!! Membazir je, baik makan Roti Telur lagi sedap dan murah. Kenyang pun kenyang. Huhuhu...




Lepas solat, aku jalan2 dekat deretan kedai depan Sultan Mosque tu buat kali terakhir sebelum gi ambik backpack. Dekat masjid aku dah tampal Salonplas siap2 dekat kaki. Habiskan semua stok Salonplas yang aku ade. Harhar. 




Betul2 depan masjid ada kedai jual souvenirs semua, aku tengok design fridge magnets dekat situ sangatlah cantik, lepastu saiz besar besar pulak. Lagi cantik berbanding yang aku beli dekat Chinatown. Tapi sini harga mahal sikit, 5 for $10. Tapi takpelah mahal sikit, yang penting design dia artistik beb! Haha. Terpaksa beli 2 ketul dengan harga $4. Itupun pening nak buat pilihan.




Sedar tak sedar dah pukul 4.45. Haa tu dia main main lagi. Tertinggal keretapi baru tahu. Cepat cepat pegi hostel ambik backpack. Kedai karpet pakistan ni sebelah hostel yang aku tinggal.




Ambik gambar kenangan jap. Wah sempat lagi! Nampak tak jam dekat dinding tu dah 4.45??!! Ni staff dekat receptionist desk, lupe dah nama dia. Sangat friendly. Even everyone here is friendly.




Yang ini owner hostel.




Okay last pic depan pintu masuk. Sangat recommendable hostel ni. Dorm bersih, katil selimut semua selesa, toilet bersih, friendly & helpful staff, free flow all-day breakfast, location dekat dengan MRT (dalam 15 minit jalan kaki), banyak attractions nearby dan harga pun quite affordable. Paling penting ada wifi laju dalam bilik :)




Perjalanan aku dari Bugis MRT - City Hall MRT (untuk tukar line) - Woodlands MRT



Dalam pukul 600 aku sampai di Woodlands MRT. Manusia sangat ramai dekat sini, sebab MRT Woodlands dihubungkan dengan shopping mall besar & stesen bas. Untuk pergi ke stesen keretapi Woodlands (Woodlands ICQ) aku kena ambik bas dari sini. Tapi aku masuk mall sekejap cari money changer nak tukar balik duit Singapore yang masih berbaki ke Ringgit Malaysia. Aku ada $50, lepas tukar dapat RM122. Wakaka! Kira okey lah exchange rates dia. Kedai money changer tu dekat tingkat 3, siap tu aku tengok jam dah 615. Alamak wey. Dah lambat ni. Aku turun tingkat 1, tapi tak jumpa jalan keluar. Pulakdah. Takde signboard langsung! Cuak weh. Dahla orang ramai. Keretapi pukul 7. Nak kena naik bas lagi. Adoi. Pusing punya pusing, 625 baru  jumpa jalan keluar ke MRT tadi, terus turun lower ground untuk pegi stesen bas.



Dekat stesen bas pun orang ramai, ramai yang beratur nak naik bas. Bas yang nak ke Woodlands ICQ banyak, tapi satu pun tak nampak. Haiyooo mati ler. Jam dah pukul 630. Lagi setengah jam weh. Duduk sekejap, ada nampak bas sampai. Signboard dia, Woodlands Checkpoint. Terus pegi naik bas. Duduk depan skali. Cuak habis sambil dalam kepala aku ligat pikir nak kona kut mana kalau tertinggal keretapi. Nasib baik jalan tak jem, pukul 645 bas berhenti depan Woodlands ICQ. Bersyukurnya kepada Tuhan! Huhuhu. Keretapi dah ade dah. Ape lagi, berlari laju laju tak hengat dunia lah aku! Kaki yang lenguh dan sakit otomatik jadi cergas. Hahaha. Masuk dalam, mula2 kena cop passport dekat imigresen Singapore dulu. Lepastu, pergi dekat Imigresen Malaysia, pegawai akan check passport. (Banyak la pulak dia tanya, apesal datang sorang bla bla bla). Last skali scan beg. Haaa selesai! 




Betul2 time aku masuk ruang menunggu , pihak imigresen bukak pintu dan penumpang yang dah lama menunggu dibenarkan keluar untuk naik keretapi. Sempat pun :)




Kabin tempat tido aku. Perjalanan 13 jam, kenalah ambik kabin. Senang nak solat & boleh tido tanpa sakit tengkuk!




Dalam koc. Aku sorang je.




Aha. Muke penat, berlengas sebab banyak kali berlari macam onggile. Haha. Nak balik rumah dah. Rancangan backpacking berjaya! Selamat pergi & balik. Alhamdulillah.


Ok bye! Terima kasih kerana membaca :)



No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE