19 March 2015

Seafood Murah di Top Spot Kuching



Assalamualaikum dan Selamat Bercuti Sekolah!

Aku nak kongsi dengan korang satu tempat makan seafood yang best kalau korang berkesempatan datang ke Kuching. Tempat yang aku maksudkan ialah Top Spot, iaitu tempat makan berkonsepkan foodcourt menjual masakan seafood segar. Aku dah lama teringin nak ke sini, kebetulan ada program di Kuching dengan Ain maka sempatlah menyinggah di sebelah petangnya. Top Spot terletak di Tingkat 6 bangunan UTC Kuching, tak jauh mana dengan Waterfront. 




Kitorang sampai di Top Spot dalam pukul 6.30 petang. Masa ni nak kata ramai takdelah ramai sangat sampai bersesak sesak kot, tapi ramai lah jugak. 





Mula-mula masuk tu terpegun kejap sebab banyak sangat stall dan ada banyak gila pilihan seafood. Macam, WOW. Nak pilih stall mana ni haa? Dan jangan risau kebanyakan stall menjual masakan halal Insyaallah. 





Sape tak terbeliak bijik mata tengok seafood fresh macam ni woi. Semua jenis ada. Ikan besar, ikan kecik, sotong, semua saiz besar. Udang pulak jenis udang gemuk gemuk, udang galah dan lobster sahaja. Udang kanak kanak tak ade ye. Tidak dijual. Ketam. kepah, kerang (pun saiz bapak kerang), sayur sayuran pun ada jugak. 





Akhirnya kitorang pilih stall Bukit Mata Nombor 25 ni ha. Sebab nya review yang best dekat blog-blog. Pekerja diorang ramai, nanti diorang akan entertain kita nak lauk apa, banyak mana, dan nak masak cara yang macam mana. Agak agak hilang pedoman tak tahu nak makan apa, mintak suggestion diorang je. Yang paling best, servis laju. Walaupun orang ramai tapi tak payah nak tunggu lama. Nak scroll timeline FB pun tak sempat hahahah. Terbaikla...



So inilah lauk pauk yang kitorang dua orang order untuk petang tu:



Sotong Masin dengan Air Asam

Nora bagi 5 bintang! Memang sedap. Patutla blogger Wonderlust DJ kata sotong masin ni sedap gila nak mampus hahah. Rasa masin sotong dengan masam air asam tu compliment each other waaaa sedapnyaaaa.





Ketam Masak Cili

Nora bagi 4 bintang. Sedap jugak, cili dia tak terlalu pedas lebih kepada manis manis gitu macam sambal dekat kenduri orang Kelantan hehehe. Kitorang order 2 ekor ketam, sebenarnya mintak sekor je tapi diorang tak jual kurang dari 300 gram so terpaksa ambik 2 ekor yang dipotong menjadi 4 kepingan.





Sotong Masak Butter Basah

Yang ini Nora bagi 5 bintang. Butter dia tak terlalu masin, tak terlalu kering. Cun cun je. Dan bagi aku, rasa dia tak muak. Rasa macam nak telan dengan kulit kulit dia skali tau sebab nak rasa butter tu. 





Udang Galah Masak Cheese

Aku dengan Ain decide ambik udang galah ni . Tokey suggest untuk masak sup asam pedas tapi hmmm macam tak menarik jew. So dia suggest grill and aku terus YESSS OK grill dengan cheese! 

Mula mula kitorang bagitau nak 4 ekor tapi tokey tu cakap, habis ke awak dua orang makan??? Sebab sekor udang tu nanti diorang akan belah dua. Haha baiknya tokey ni, macam tak pikir untung, yang penting customer tak membazir. Entahlah agaknye kitorang nampak macam budak sekolah tak cukup duit kot kalau order banyak banyak hahahahha. Last last ambik 2 ekor je. 

Nora bagi 5 bintang. Rasa dia memang menggelupur sedap gila!!! Aku cicah dengan sos pedas yang diorang bagi. Makan saje saje macamtu pun sedap jugak sebab boleh rasa isi udang yang juicy dan fresh. Memang terbaik. 





Makanan yang kitorang order dengan nasik 2 mangkuk. Cuba teka berapa RM? Berdebar debar jugak la aku dengan Ain nye nak tahu total berapa, dah semorang duk kata Top Spot ni murah kan. Murah to what extend? Ambik seafood besar besar macamni skali kena 3, 4 ratus kang ada jugak yang duduk bercangkung basuh pinggan belakang kedai karang... 

Total untuk keseluruhan makan (*drumrolls) cuma RM72. Sorang RM36 je. Murah gila hehehehheh. Alhamdulillah........ Ada rezeki boleh datang lagi bawak family pulak. 




12 March 2015

Featured In LIBUR Magazine



Alkisahnya beberapa hari sebelum banjir besar di Kelantan tahun lepas, aku ada terbaca entri di blog seseorang (hmm lupa blog sape) tentang ruangan baru dalam Majalah Libur iaitu Blog O Rama yang memperkenalkan blog blog travel di Malaysia. Kalau nak ikutkan blog aku bukannya blog travel, aku bukannya selalu travel pun. Blog aku lebih kepada personal diary kot. Entah. Hari tu aku try nasib email penyertaan. Aku bagi url blog dan ayat aku dalam email tu, semoga perkongsian yang bermanfaat. haha. Nak tulis lebih lebih tak tahu format macam mana.



The next morning, En Syahir wartawan Libur reply email dan dia bagi beberapa soalan berkaitan blog dan travel. So aku pun beria lah menjawab sebab soalan-soalan tu pun memang berkaitan dengan minat aku jugak. Aku ingatkan dia tanya banyak banyak sebab email yang aku hantar sebelum tu macam simple sangat haha. Rupa rupanya blog aku terpilih untuk featured dalam Blog O Rama Majalah Libur Bulan Februari 2015. Terima kasih! 




LIBUR Februari 2015



Tak lama lepas tu. En Syahir email aku snapshot daripada artikel yang dah siap. Mak aih terkejut gile  wey sebab gambar besar nak mampus sampai satu page. Alamak malunyaaa larikkk menyorok dalam gua! Huhuhuhu krik krik. Gambar ni diambil daripada entri di Hanoi, Vietnam. 




Blog O' Rama

Ada sorang member aku ni, aku cakap blog keluar dekat majalah Mangga lepastu dia macam percaya hahahahahah kejadah aku nak masukkan diri dalam majalah Mangga??



Salah satu soalan dalam artikel tu, destinasi travel aku seterusnya. Aku bagitau, Acheh. Aku dah booked tiket siap sebenarnya,  bulan Februari tahun ni. Tapi tak jadi. Sebab tiket aku time weekend, dengan kerja aku macamni susah pulak nak apply cuti tambahan (aku pun rasa macam tak berbaloi nak apply cuti tambahan semata-mata nak travel). So aku cancel je. Lagipun hari Sabtu yang aku sepatutnya travel tu ada acara Larian Merentas Desa di sekolah, aku jaga checkpoint okey. Tiket return ke Acheh tu aku beli dengan harga RM110 sahaja, aku bernasib baik sebab dapat refund credit shell daripada Airasia. Backpacking masa weekend tak sesuai kot. Macam keji. Kalau masa cuti sekolah panjang ok la. Takpelah jadikan pengajaran. Lain kali aku kena rasional, tak boleh beli tiket murah sesuka hati. Ermmm...



Tak lama lepastu, En Syahir email lagi tanya samada aku boleh sumbangkan artikel tentang tips di mana-mana destinasi yang aku dah masukkan dekat blog. Wow sumbangan artikel? Why not? Pilih punya pilih akhirnya aku decide untuk share pasal Jogjakarta. Jogja memang best! Aku diberi dateline, kalau siap awal boleh masuk magazine bulan Mac. Kalau lambat sikit, masuk bulan April. Benda nya semua dah ada, cuma masalah kelajuan internet menyebabkan aku tak dapat nak send gambar-gambar untuk artikel tu. Aku jadi geram dan kerana perangai aku yang tak beredam ni aku drive ke Sarikei lepas sekolah dan setelkan hal hal artikel di sana hahah. Setel jugak walaupun beberapa kali nak kena send.




LIBUR Mac 2015

Ingatkan tak sempat la keluar Mac 2015 sebab aku hantar artikel tu terlebih dateline dah tapi rupanya sempat jugak.




Keliling Dunia: Ekspresi Seni Kota Jogjakarta




Daripada 16 gambar yang aku hantar, cuma 6 keping yang dikongsi ke dalam artikel ni. Yang peliknya... gambar kereta kuda sunset dekat bawah tu gambar sape? Bila masa aku pegi pantai tengok sunset? hahahahhaha misteri nusantara sungguh. Apepun, ribuan terima kasih kepada Majalah Libur kerana memberi peluang kepada aku untuk berkongsi cerita pasal travel ni dalam Majalah Libur. Blogging lama dah, bila di featured macam ni rasa sedikit terhibur LOL (#mudahterhibur) dan rasa macam penulisan kita tu dihargai. Umur panjang boleh travel lagi.

Terima kasihhhh!



09 March 2015

Trans Borneo 8 Sabah Museum & Flying Home


Sambungan dari:


Assalamualaikum....

Akhirnya. Entri terakhir untuk pengembaraan merentas tanah Borneo. Malas sungguh nak habiskan sebab cerita dah basi, ingatan aku pun bukannya bagus sangat hahaha. Tapi mengenangkan kalau tak tulis nanti lupa terus, rugi pulak. So aku tulis je lah mana yang aku ingat. 


Masih lagi hari yang ke 5, selepas balik dari Tunku Abdul Rahman Marine Park (pulau), aku naik mini bas ke Muzium Sabah. Muzium ni terletak agak jauh daripada city centre. Dekat dengan hospital. Aku dah lupa nombor bas hehe tapi tambang dia cuma RM1. Kalau teruja nak tahu google lah sendiri dekat Wikitravel tapi... ade ke orang yang teruja dengan nombor bas? hahaha.




Bangunan Muzium Sabah ni sangat besar sebenarnya. Letaknya atas bukit. Daripada bus stop memang kena berjalan kaki 200-300 meter panjat jalan yang berbukit. Berpeluh jugakla...




Aku sampai pukul 3.30 petang, Muzium ditutup jam 5 rasa rasanya sempat lah round ala kadar tengok apa yang menarik di dalam. Tiket masuk Muzium RM2.50. KOT. hahahahaha harga tiket pun dah tak berapa nak ingat. 




Masuk masuk aje boleh tengok kerangka. Besar gila. Ini pun aku dah lupa samada kerangka dinasor ke ikan paus ke apa bende hahah sorry entri yang tidak bermanfaat. Sebenarnya tak boleh ambik gambar dalam ni, ada security guard dan CCTV berlambak. Merata-rata. Tapi nak hidup pandai pandai la.... hahahaah. Alah aku tangkap sikit sikit je pun. Jangan tangkap aku ok, lagipun aku nak promosi muzium ni jugak. kan?




Muzium ni ada beberapa section, ada bahagian haiwan, bahagian peralatan, bahagian sejarah etnik peribumi Sabah dan lain-lain lagi. Komen? THE BEST MUSEUM I HAD VISITED. EVER. 


Best sampai aku buat catatan dalam notebook dan lakar balik apa-apa benda yang aku tengok dalam tu yang menarik perhatian aku. Rasa macam sejam setengah tak cukup untuk explore muzium ni, seriously! Biasa kalau gi muzium mesti rasa macam boring, rasa macam nak keluar cepat je kan.


Section yang paling best aku rasa, section binatang. Sebab dia bahagikan kepada beberapa pameran penempatan. Laut dalam, paya, hutan primer, sekunder bla bla. Ada pameran setiap penempatan tu dan di dalamnya ada model binatang-binatang. Real gila. They are all beautifully crafted, detailed, macam binatang betul yang frozen. Ada background music lagi. Kalau dekat penempatan ular, bunyi ular, bunyi burung, bunyi cengkering, bunyi laut, ikut bahagian bahagian dia. Memang sangat menarik.


Ada satu bahagian tu ada model gua tau, kita boleh masuk dalam gua tu. Lepastu dalam gua ada keranda, ada patung lelaki tengah panjat dinding gua cari sarang burung. Dengan pencahayaan kelam-kelam, lampu spotlight merah. Seram weh. Masuk sorang pun boleh rasa misteri sorang-sorang, terus aku berlari keluar hahaha gile. 




Yang ini pulak lorong yang memberi maklumat tentang kaum pemenggal kepala. Sangat best. Ambien dia pun suram je pakai lampu gantung macamtuh, dekat siling pulak ada digantung model tengkorak. Seram dol. 





Dekat belakang bangunan muzium ada pameran kereta-kereta lama. Masa ni dah dekat pukul 5, aku tak sempat nak tengok dekat.




Jalan depan sikit ada taman dengan jambatan gantung siap. Dia punya lanskap cantik weh.




Jalan lagi ada kawasan model rumah-rumah tradisional. Macam dekat Kampung Budaya Sarawak tapi lagi kecil. Takde orang dah time ni. Just 5-10 minutes before 5pm. Aku pun cuak cuak dah takut pintu pagar tutup, habisla aku terkunci sorang sorang kan. Jadi kena sentiasa awas.




Awas macam mana sekali pun gambar trademark sik boleh lupaaa!




Kalau kebetulan kahwin dengan orang Sabah boleh la buat photoshoot wedding dekat sini oppsss! Aku tumbuk muka kau bhaaa kata mak aku kepada aku.


Pukul 5, aku keluar. Oi tak puas rasanya. Memang best Muzium Sabah ni. Aku rasa macam duduk dalam New York Zoo dalam filem Night At The Museum sebab dia punya model model binatang nampak real. Kalau sampai ke KK boleh singgah muzium komfem tak menyesal punya hehe.


Bas berhenti di depan Wawasan Complex dan aku berjalan kaki ke Filipino Market. Beli brooch dan gelang mutiara untuk orang tersayang. Aku ada beli mutiara bijik bijik ingat nak gantung buat gelang emas, tapi sampai ke sudah tak buat. Mutiara entah duduk dekat mana dah ahahaha. 




Lepastu jalan dekat gerai-gerai makan yang jual seafood fresh. Area Waterfront tu. Rasa macam miskin tapi lapar haha. Pikir punya pikir last last aku order ketam sekor, mintak masak cili api dengan udang galah dua ekor mintak masak butter milk. Makan ratah je. Total RM15. 




Pemandangan bot-bot Nelayan waktu senja di Waterfront.

Esoknya, awal awal pagi aku naik bas dari stesen bas dekat area Atkinson Clock Tower. Dekat je dengan Gaya Street dalam 5 minit berjalan kaki. Dekat sini ada bas direct ke Kota Kinabalu International Airport, tambang cuma RM5 tapi masa naik kena inform driver samada nak berhenti di Terminal Airasia atau Terminal MAS/MAS Wings. Aku baik bas paling awal jam 7.30 pagi. Kalau tak silap aku, kekerapan bas dia setiap jam. 




Mas Wings ticket yang aku beli KK - Kuching dengan harga RM89.




First time naik Mas Wing. hee. Berhenti di Bintulu sekejap sebelum sampai Kuching. Dari Kuching aku naik van selama 6 jam sebelum sampai di Kabong... Selesai pengembaraan merentas Borneo. 

Bye Bye Bye



03 March 2015

Trans Borneo 7 Tunku Abdul Rahman Marine Park & Pulau Sapi Zipline


Sambungan dari:




Pulau Sapi


Day 5, Tuesday 19 September 2014
Tunku Abdul Rahman Marine Park & Island Zipline


Hari ni matlamat aku hendak tour ke Tunku Abdul Rahman Marine Park. Marine Park ni ada banyak pulau, tapi aku rasa aku akan pergi satu pulau sahaja. Malasss.



Daripada hostel di Gaya Street ke Jesselton Point cuma memakan masa lebih kurang 15 minit dengan berjalan kaki. Jesselton Point merupakan tempat kita naik speedboat ke pulau-pulau. (eh? kita?)




Dalam Jesselton ni ada banyak kaunter, syarikat lain-lain. Aku pilih secara random. Beli tiket return ke Pulau Sapi sebanyak RM30. Pakcik tu tanya, nak pergi berapa pulau? Nak sewa peralatan snorkeling tak? Setiap tambahan pulau dia akan charge extra RM5. Aku cakap nak pergi satu pulau je, yang paling cantik tau pakcik. Jadi dia suggest aku pergi ke Pulau Sapi. Kaunter pakcik tu Beach Bum ke Beach Boy ke apa aku lupa la. 




Ni kawasan bot. Ada orang akan bawak penumpang-penumpang daripada syarikat yang sama ke bot yang disediakan. 




Kami diberi jaket keselamatan dan perjalanan mengambil masa kurang setengah jam. Alhamdulillah cuaca hari tu OK dan panas elok je. 




Pukul 8.30 pagi dah sampai Pulau Sapi. Tenang. Orang pun belum ramai lagi. 




Kena bayar Park Fee sebanyak RM3.00.




Aku pergi mengambil angin dekat hujung pantai. Dekat sini banyak batu, memang cantik kalau nak ambik gambar ke buat photoshoot ke apa. Tapi awas belakang tu ada pokok aku usha usha jugak takut datang beruk panjat atas kepala ke, datang dhobb ke...




Pantai dia memang cantik. Aku dah berkira kira nak beli seluar batik murah dekat sini (ada kedai jual pakaian, barang barang mandi, cenderahati) sebab aku datang pakai jeans. Nak basahkan jeans hmm karang lambat kering pulak. Malangnya dah pukul 930 pagi tapi kedai tu belum bukak. Hamsap sungguh. Macamni ke nak meniaga? Hahahha terlepas peluang aku nak mandi manda.




Masa tengah mengusha tempat tu aku ternampak sesuatu. Antara dua pulau tu, ada tali (tak nampak dalam gambar). Aku tertanya tanya, tali apekah itu? Flying Fox ke? Kalau Flying Fox bagusla since aku boleh main tanpa basahkan pakaian. So aku pergi tanya Uncle yang sekali dalam bot tadi. Uncle ni kiranya ground manager, dia akan uruskan penumpang-penumpang yang menggunakan bot syarikat dia tadi. Katanya, harga main Flying Fox tu RM50. Aku on je. 




Beli tiket dan beg boleh ditinggalkan di kaunter ni. Takkan nak bawak beg terbang skali kan. 




Sabah Coral Flyer katanya, and is claimed to be the world's longest island to island zipline




Bila dah beli tiket, kita akan dibawa ke pulau seberang dengan menggunakan bot. Tambang bot inclusive harga tiket tadi. 




Dah sampai ke pulau seberang. Takde la jauh pun. Pulau ni cantik, tapi tak ada orang langsung. Signboard untuk ke tempat pelepasan zipline ada disediakan untuk memudahkan sape-sape yang nak main benda neh. 




Checkpoint pertama, aku diberi safety harness ni. Dia suruh pakai sendiri, bagusla. Aku serabut kalau orang nak tolong pakaikan. Lagi lagi lelaki. Cuma bila aku dah siap semua diorang akan check untuk pastikan benda tu dipasang dengan betul. 




Mintak tolong abang tu ambik gambar sekeping dua, oh aku bawak kamera skali. Gantung je dekat leher. Selamat. Cuma yang paling rugi kenapa la aku tak record video masa aku terbang tu???? 


Lepastu, kena panjat sikit untuk sampai ke checkpoint kedua iaitu tempat pelepasan. Di sini, segala macam harness yang dah dipakai akan dicheck sekali lagi. Masa aku naik tu, ada dua orang petugas, salah sorang daripadanya perempuan. Macam tough tough je akak tu.  




View sebelum dilepaskan. 

Perasaannya? Best gila! Hahahaha you will scream your hearts out, trust me. Dan tolong jangan pejam mata, nanti rugi tak boleh tengok pemandangan laut cantik.

The ride would lasts less than 1 minute. But it's worth every cent. 




Dah sampai seberang aku macam OMG penatnya menjerit hahaha.




Lepas aku ada lagi 2 beranak dari Singapore yang main. Aku rasa, paling thrill masa kita nak dilepaskan, dan kaki kita tak pijak lantai. Aku memang suka dengan kejadah kejadah yang boleh meningkatkan adrenalin level. Best weh, suatu hari mungkin boleh cuba bungee jump pulak dekat mana-mana. 




I've made it yay!




Lepastu ronda ronda dekat pantai. Masa ni orang dah makin ramai, ramai yang mandi, snorkeling dan training scuba. Pergh jernih gila air pantai dia weh. Crystal clear :)




Dalam pukul 11 pagi aku dah bosan gila. Habis sudut dah aku ambik gambar sampai ke bawah jeti aku masuk hahaha. Yelah, dah tak mandi. Kalau mandi ke snorkeling ke komfem esok pun tak boring lagi. Arghhh nak balik! Nak balik! 

Lepastu aku bagitahu Uncle tadi aku nak balik, masalahnya aku sorang je yang nak balik orang lain semua tengah riang bermandi manda hahaha. Last last Uncle tu serabut kot aku selalu duk tanya tanya, dia mintak bot lain yang hantarkan, kebetulan bot tu nak balik ke jeti. So perjalanan balik aku sorang diri je. Hahahaha bye Pulau Sapi yang comel!





Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE