16 September 2010

Kartun yang Annoying


sejak kecil, aku memang penonton katon yang paling tegar. kau sebut aje katon ape, semua aku tengok. Sailormoon? Ninja Boy? Dave the Barbarian? Anna Anaconda? semua dalam tangan aku ah. nama watak, sinopsis, dengan waktu siaran dia aku dah hafaz siap-siap dalam palotak supaya boleh pergi bercangkung depan TV awal-awal. malah masa sekolah dulu aku sanggup ponteng kelas fardhu ain pagi sabtu semata-mata hendak tengok episod akhir Dragon Ball Z, alah yang Goku berlawan dalam gelanggang dengan lembaga kulit hijau tu... peh.

tapi, sejak beberapa tahun kebelakang aku perasan, katon dekat TV dah tak berapa nak kick macam dulu. entahla. mungkin sebab aku jarang menonton sekarang? dalam banyak-banyak katun yang terdapat dekat pasaran sekarang, ada dua yang aku menyampah gilaaaa sumpah aku tanak tengok. (no offense, this is just my personal thoughts ok?)


yang pertama, WONDERPETS



bagi siapa-siapa yang belum kenal, tiga makhluk comel yang kecik-kecik ini gelarkan diri mereka Wonderpet. tidak, mereka memang takde kaitan langsung dengan Wondergirl yang korea tu. memang takde kaitan salasilah keturunan darah daging langsung. sebab Wondergirls ialah manusia tapi mereka bertiga ini... well, sejenis binatang peliharaan (pet). 


aku paling teruja hendak tahu, kenapa mereka gunakan 'WONDERPET', adakah sebab mereka selalu tertanya-tanya (wonder) samada hendak selamatkan dolphin yang dalam kesusahan atau tidak... selamatkan atau tidak... tapi akhirnya, mereka tidak pergi selamatkan dolphin pun, sebaliknya, mereka pergi bersiar-siar dengan kapal layar yang boleh terbang. merepek betul.


yang aku paling geli-geliman lagi , tagline mereka 

APEYANGPENTING? KERJASAMA...... 
APEYANGPENTING? KERJASAMA......
APEYANGPENTING? KERJASAMA...... 
APEYANGPENTING? KERJASAMA...... 

macam takde modal betul asyik nak ulang-ulang frasa (frasa? WOW ayat bombastik) yang sama. macam, TOLONGLAH!!! IDEA BARU PLEASEEEEE! banyak lagi boleh guna kan? DEDIKASI ke, SOPAN SANTUN ke, BAIK HATI ke, PEMURAH ke, ini tidak. balik-balik KERJASAMA. balik balik KERJASAMA. hampagas betol menatang tiga ekor neh. sedut pakai hampagas sekoq sekoq kang.



yang kedua, UPIN & IPIN



yang ini lagi satu, tak abes-abes dengan dia punya 'betul betul betul'... mula-mula aku boleh terima, okayyla comel. tapi bila dah seploh doploh kali duk ulang benda sama betul betul betul betul betul betul betul betul betul betul betul betul ai naik FEDAP jugak ati aku neh. yang comel pun boleh bertukar jadi takcomel. lepastu satu Malaysia nak ikut 'betul betul betul' dengan harapan boleh kelihatan comel macam UPIN & IPIN (or IPIN & UPIN, whatever...) DAH LA WEI... TAK COMEL LAAAAA... sekali kau cakap macam tu depan aku siapla... ade jugak yang dapat pedepanggg karang. 




OK YANG INI TAK APA, YANG NI TAK GELI TAPI YANG NI COMEL GILAAAAAA! <3


beb beb beb bebbbyeee! (dibaca gagap)



09 September 2010

Ucapan Raya Mohor Besar Raja-Raja


*cehhh tajuk nak gempak aje*

semua orang berebut buat kad raya digital, upload dekat facebook lepastu TAG sana sini,  nymphadora betol. tapi aku taknak ketinggalan. hidup mesti diteruskan. so aku pergilah buat kad raya digital jugak. ceh. konon la kad raya digital. macam biasa, pakai Paint dengan Photoscape. 
-_-'




SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

sorry eh kalau sepanjang menulis blog ni aku terjahat mulut ke, tercakap lepas ke, ter-reply komen tak selari dengan soalan ke, terpublish entri yang gediks ke... sholi okey? sholi-sholi... 


dalam kiraan 1,2,3... CABOT!!!




08 September 2010

Iklan Keropok Mony


sejak akhir-akhir ini aku perasan satu iklan. nak kata bangang, boleh tahan bangang jugakla...





pertama kali lihat iklan ini dekat TV, aku rasa annoying gila. satu kampung berebut hendak tunjukkan siapa lagi power makan keropok, annoying tidak annoying macam tu? mengarut betul iklan. tapi takpe. aku boleh bersabar lagi. iman bulan puasa la katekan. tapi dengar banyak-banyak kali siapa boleh bersabar? ai...terbakar jugak ati ni. aku jadi tertekan, jadi STRESS abes. mengalahkan PMS. setiapkali iklan ni muncul mesti rasa macam nak baling remote laju-laju dekat skrin TV. makin lama iklan ni makin kerap pulak keluar dekat TV...


Rangup setiap kali, Keropok Mony
Hidang petang pagi, Keropok Mony
Rasa yang menawan, Keropok Mony
Untuk keluarga dan kawan, Keropok Mony


tapi kemudian, sesuatu yang sangat aneh dan misteri telah berlaku pada diri aku. kebencian diganti dengan minat dan kecintaan. aku jadi taksub dan takjub dengan Iklan Keropok Mony. JADI OBSESI. setiap masa hendak ber-hmmm hmmm (atau bersenandung, dalam Englishnya bermaksud humming) dengan irama Iklan Keropok Mony. time membeli juadah berbuka dekat bazaar, time mengemop lantai dekat rumah, malah time dalam toilet sekalipun, kalau boleh setiap masa hendak mengalunkan irama iklan Keropok Mony. 


setiap hari kalau tidak dengar Iklan Keropok Mony mesti rasa macam hendak gila. malah kalau Iklan Keropok Mony tidak keluar dekat TV mesti gigih pergi bukak Youtube cari video Iklan Keropok Mony. tapi itu belum cukup taksub. setakat menonton dekat Youtube, apa barang? pergilah download video kemudian tukar kepada format MP3, baru boleh masukkan dalam handset buat ringtone call dengan mesej. setiap kali receive mesej boleh dengar "RANGUP SETIAP KALI, KEROPOK MONY bla bla bla..." sure sengaja bukak mesej lambat-lambat supaya boleh dengar lagu full sampai habis. INI BARU BETUL-BETUL TAKSUB!


NAH AMIK KAU! LAGU FAZIDAH JONED PUN BOLEH KALAH DENGAN LAGU KEROPOK MONY.


Rangup setiap kali, Keropok Mony
Hidang petang pagi, Keropok Mony
Rasa yang menawan, Keropok Mony
Untuk keluarga dan kawan, Keropok Mony


04 September 2010

Folio Masakan & Kuih Muih Tradisional


hari ni aku pergi Bazaar dengan si kecik Sapikah. pukul 4 dah sampai sana. peh, beria gila pergi bazaar awal-awal. sebenarnya adik aku nak snap gambar kuih-muih. nak masukkan dalam folio Kajian Tempatan dia. kebetulan, kumpulan dia dapat tajuk Masakan & Kuih-Muih Tradisional. alahhh takkan tak ingat? masa darjah lima dulu kita pernah buat...

alih-alih bila sampai Bazaar tanak pulak. ade ke patut pegi suruh aku tanya makcik kedai tu, boleh takboleh ambik gambar? amboi, sekarang hendak buat folio siapa? folio aku ke, adik aku? last-last tak ambik gambar pun, beli juadah berbuka je. lepastu mulalah nak menangis-nangis, marah-marah orang dalam kereta. HAHA. 

sebenarnya dik, takpayah snap gambar dekat bazaar pun takpe. internet kan ade? google jelah. itupun nak kena ajar ke? tulah, ada internet tau nak main facebook dengan dress-up game aje! -_-'


kuih lapis

Seri Muka

Cara

Popia Basah

Kaswi

Nasi Kerabu Ayam Bakar.

Ayam Goreng Berempah

Nasi Lemak

haa ape lagi kuih muih dengan masakan tradisional Malaysia yang belum masuk list? BANYAKKKKKKK! cakap je, semua ada dekat google. tak payah fenat-fenat amik gambar dekat Bazaar.


yelah... yelah... aku maafkan. nasiblah kau budak. aku siarkan perbualan private kita dekat sini. HAHA


SELAMAT BERBUKA !

02 September 2010

Balik Kampung



sebab puasa ada lagi seminggu maka aku tanak buat ucapan raya dulu. sabau. sabau. aku cuma nak cakap, 

SELAMAT BALIK KAMPUNG !!!

*eksaited. eksaited.*



ps: balik, balik jugak. contest tetap jalan. silalah join! klik banner dekat sidebar:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE