30 November 2010

10 Tips Berkunjung ke MAHA



nampaknya korang semua ada 5 hari lagi sebelum MAHA INTERNATIONAL 2010 berakhir. do you know what is MAHA? ceh tiba-tiba speaking. MAHA sir, stands for Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism. sapa-sapa yang terlepas memang rugi abes la, sebab event ni diadakan sekali dalam masa dua tahun. kalau kau tak datang tahun ni memang menggelupur la tunggu 2012. kau sanggup ke? tapi nak datang, ada tipstips nye, ape ingat kecantikan je ada tips? nak datang MAHA pun ade tips la weh. 



1. MASA
ni point yang paling penting, kau dengar baik-baik jangan main-main dekat belakang ea. masa yang paling best untuk datang sini ialah pada waktu pagi, lagi awal lagi bagus. senang-senang lepas semayang subuh tu, zikir zikir sikit lepastu bersiap. kemudian start enjin kereta terus pergi MAHA. bukan apa, pagi la best nak meronda-ronda. Cuaca tak berapa nak panas lagi, hujan pun belum, parking banyak kosong, jalan tak jem. kalau datang petang? abesla kau... risiko hujan tu satu hal. buatnye kilat lepastu kau takbawak payung pulak. kena sambar petir kang, arwah macam tu je.  esoknye masuk cover metro, SEORANG PENGUNJUNG MAHA MAUT DISAMBAR PETIR SEMASA MEMILIH BAJA POKOK RAMBUTANkau nak?




2. STAMINA
keluasan MAHA ni boleh kata, mengalahkan keluasan ladang gandum. macam macam adaaa. kalau setakat datang pukul lima lepastu nak balik pukul nam, hek eleh baik takpayah datang. setakat sejam dua tuh, habis dekat atas jalan je. memang komfem jem sikit (kalau tak jem banyak la...) sebab tu aku suruh kau datang pagi, balik lepas maghrib. baru sempat tengok semua benda. in this case, tahap stamina yang tinggi sangat penting ye. nak berjalan dari pagi sampai ke petang keliling satu maeps ni memang peh. berpeluh sampai botak-botak ketiak kau, takpayah pakai shaver dah ha.



3. AIR-COND KERETA YANG BERFUNGSI
ok, yang ni tips spesel untuk sape-sape yang tak dengar kata, orang suruh datang pagi dia nak jugakk datang tengahari time peluh tengah menitik tup tap tup tap lepastu jalan jem gila pulakdah. masa ni PASTIKAN AIR-COND KERETA ANDA BERFUNGSI DENGAN BAIK. servis dulu siap-siap. buatnya jem macam hari Ahad lepas, YaAllah kereta bergerak seinci-seinci kot. jem daripada highway, padahal lagi 1 kilometer nak masuk pintu besar maeps. nasib baik takde sape-sape nak melahirkan bayi, kalau tidak... pakcik RELA tu jugak yang terpaksa jadi bidan, ish tak rela you! kesimpulannya aircond mesti superb, agak-agak boleh keluar angin sejuk sikit-sikit tu pun jadilah... so walaupun jem korang still boleh rasa cool atas kereta kan? takdelah nanti nak maki-maki dekat budak parking. hehe.



 4. BAWA PAYUNG
(rujuk tips no1) macam yang aku cakap, cuaca ni kadang-kadang tak berapa nak menentu. jadi bawakla payung untuk kegembiraan dan kebahagiaan seisi keluarga. kau jangan bawak payung yang buat meniaga dekat pasar malam tu sudah. kalau panas, boleh backup. kalau hujan pun boleh backup. lagi-lagi family yang datang bawak anak kecik-kecik tu ha. 



5. BAJU YANG SELESA
no heels please, you are not going to a fashion show. aku tengok ada la budak-budak perempuan datang pakai heels pat lima nam inci datang MAHA. hadoi, tapak MAHA ni bapak la luas, kau nak menapak dengan kasut tinggi-tinggi yang tumit secoet tu ke sana kemari. na-as la kaki kau, na-as. lepastu naik tram pulak, buatnya terpatah dua tumit kasut kau lepastu jatuh terjelepuk dekat tangga tram tu, haaa kan menjadikan diri sendiri sebagai badut sarkis namenya. aku dah saksikan sendiri tragedi tersebut depan mata. takpayahla pakai kasut tinggi-tinggi. satu lagi, pakai baju yang selesa, senang nak bergerak dan boleh serap peluh macam tshirt cotton. takpayahla seksi-seksi dekat tempat orang ramai macamni, melainkan kau memang nak tunjukkan bahawa kau ni King/Queen of Seksi-ness, ok. bolehla free show telanjang terus. aku jamin besok, bila kau celik mata kau dah ada dekat Tampoi



6. TELEKUNG
haa ni penting, perempuan yang tidak uzur sila take note. jangan lupe bawak kain telekung sendiri, takdelah nak pinjam meminjam orang punya. dekat surau memang packed abes time nak semayang, especially waktu Maghrib. nak dapat lot semayang individu pun kena berebut bertumbuk berterajang, inikan pulak nak dapat telekung kepunyaan surau yang bilangannya cuma selai dua. tu pun, boleh imagine dia punya aroma macam mana. beratus orang berilir-gilir pakai tanpa henti. peh, terbakar idung kau. nescaya hilang deria bau terus.



7. AIR MINERAL
kedai jual air ais yang aisnye bergedik-gedik, jangan risau memang banyak. tapi satu je slack, CEKIK DARAH NAK MAMPOS!!! segelas, DUA RINGGIT. kejadah betul. nak kata sedap tu takdelah sedap mane pun. banyak tang ais je, rasa macam air tak cukup gula. moral of the story is, korang bawakla air mineral sebotol. menyihatkan, murah, lepastu takdelah korang termengah-mengah time berjalan tu kan. lagi bagus bawak sebotol 1.5ml tu ha, kongsi teguk ramai-ramai sepuluh orang. merapatkan ukhwah gitu. ais tak bagus untuk kesihatan, pahamtak?. (selfnote)



8. TESTER
yang ni best. dekat Hall D kalau tak silap aku, ada booth produk malaysia, dari sos, kek, biskut, coklat, kerepek, merepek semuaaa ada. haa nanti ada  promoter dia yang pegang sample/tester, kau jangan malu-malu nak ambik rase, HAMBEK JEEE!!! FREE WOI ! tak beli pun takpe. (eh macam ada pengalaman nampak?) agak-agak dahaga tu, pegi cari booth yang promote air. kau nak air apa? jus? kopi? semuaaa ada. kalau time ni kau buat malu-malu time orang hulur sample, kaulah manusia yang paling rugi di atas muka bumi. serius datang sini boleh kenyang dengan rasa tester je. wahaha.



9. PUNDI KENCING YANG KOSONG 
kencing siap-siap dekat rumah. ini tidak, sampai dekat MAHA barulah mengada-ngada nak kencinglah, nak beraklah, nak kentutla. haih. nak cari tempat kencing susah sikit dekat sini, tandas bergerak tu adela. tapi, aku nak tanya... kau nak ke masuk dalam tu? lelaki okeyla kan. macamla aku taktau korang suka kencing-and-go (?). tapi perempuan? alah lecehnyela weh. sedap-sedap tengah mencangkung dalam tu tiba-tiba ada budak kecik main tendang-tendang pintu toilet dekat luar, sekali terbalik toilet tu. dengan kau-kau yang tengah mencangkung ikut terbalik skali. 



10. JIMAT PARKING
ni tips daripada orang parking sendiri, jangan pertikaikan kredibiliti tips ni ok.seperti yang kita semua sedia maklum (skema lagi) harga parking dekat dalam 3 ringgit satu kereta. banyak tu, kalau beli ikan masin dah boleh dapat pat lima ekor yang besar-besar. *sedapnya kailan ikan masin campur belacan sedapnye sedapnye* so, kalau korang nak jimat duit parking datanglah park kereta lepas pukul 9 malam. sebab lepas time tu memang sistem FREE PARKING diamalkan. (orang jaga parking pun nak balik tido la wehhh) jimat 3 ringgit kau. tapi kemungkinan besar bila kau sampai dekat hall, kau akan menjadi manusia yang sia-sia kerana booth-booth dekat dalam siap bungkus barang. oke sekarang pilih, nak bayar 3 ringgit atau nak jadi manusia yang sia-sia? 





bye, assalamualaikum.
these tips was brought to you by penjual tiket parking MAHA2010






26 November 2010

Rumah Gadis Bujang


sewa rumah semata-mata hendak keje. 7 orang serumah, 4 ringgit sehari (dibaca ala-ala slogan)

























ps: jangan lupa datang MAHA tau. bye, salam.



25 November 2010

Selamat Datang Ke MAHA 2010



Assalamualaikum semua.

kalau nak ikutkan, student UPM semua dah cuti sekarang. sepatutnya awal-awal dah boleh berembuss. tapi aku je yang duduk tersengih-sengih lagi dekat sini. ni semua MAHA punye pasal, tahu tak? (ceh berlagak gila, padahal diri sendiri yang pergi melutut merayu supaya dapat keje)


haa inilah dia MAHA, kira macam annual event dekat Serdang la. aku keje jual tiket parking. tsk. tsk. kesian tak? kesian tak? nasib baik syif petang sampai malam. agak-agak takdela panas sangat. kalau tidak... maunye terbakar muka. sepuluh hari keje, jadi arang la nasibnye. tapi arang, arang jugak. janji gaji masyukkk. tujuh ringgit sejam kot. bolehla kan. demi sesuap nasi. wakaka. 


jomla datang MAHA ! ingat, beli tiket parking dengan aku dekat pintu satu tau. pintu satuuuuu (suara bergema) tapi agak-agak kalau datang naik basikal ke, naik kaki sendiri ke, takpayah la beli parking. -_-" 

ok bye, salam. esok start keje dah. ^^


21 November 2010

Mod Mengemas Bilik



cepat betul masa berlalu. dah habis satu semester rupenye. macam baru je mengemas bilik awal sem haritu. hari ni dah kena mengemas balik. adoi malasnye.







15 November 2010

Menari Macam Kejora ♥



ini satu (serius best tak tipu punye),





dan ini lagi satu,









ps: hari raya tahun ni tak boleh balik rumah, layan shinee pun jadilah. sobs. T_T baru nak bajet pelajar oversea, hantar gambar dekat Utusan. tiba-tiba baru teringat. Raya Korban mana ade Salam Perantau daaaaaa! 




06 November 2010

My First Flying Moment : Thankyou Airasia !


akhirnya. impian hendak terbang pada usia 20 tahun telah tercapai. *ceh. naik flight pun nak kecoh.* nak buat macam mana, aku tak pernah fly, bukan student overseas, malah bapak aku bukan Tony Fernandes. oleh itu siapa-siapa yang selalu fly, belajar dekat overseas, atau budak kaya yang bapak dia ada airbus dua tiga bijik, sila abaikan entri ini ok. syuh syuh.




aku balik Kelantan sorang je. so pergi LCCT pun sorang. aku naik komuter dekat Serdang pergi Tasik Selatan. daripada situ tukar ERL. sunyi gila kot dekat Tasik Selatan. pastu ada sorang mamat ni, baju putih bawak bag belakang. hensem siot. duduk sebelah aku. aku pun mulalah berkira-kira hendak tanya, "bang jam pukul berapa?" ceyyy ayat nak mengorat aje! wahaha. skali...... handset dia berbunyi lepastu dia jawab, keluaq teruih dia punya bahasa, "salamat ko? samalang pangit kan ni ko mu sayo? mahit ngika?" lorrr... mat Pangako Sa Yo upenye. Pilipino weh, Pilipino ! cettt. 

aku turun dekat Salak Tinggi, kemudian naik shuttle bus pergi LCCT. perjalanan sejam. boleh tahan la. dalam pukul 130 sampai, semayang zohor siap-siap lepastu makan mekdi. tup tup masa tengah queue tu ternampak sorang hamba Allah ni ha. macam kenal. tup tup classmate aku masa sekolah dulu rupanya. tup tup naik flight sama rupanya. (ai banyak kali guna tup tup, nak mampos ke ape?) bagi mengisi masa yang lapang kitorang pun borak borak la sampai lebam. 



nasib baik jumpe member, boleh jugak mintak ihsan dia amikkan gambar. he.


AK 5288
KL - KB

masa nak naik tu peh, excited gile. adrenalin rush yang melampau-lampau. rasa nak tersengihhh je macam kera, tapi sebab jalan skali dengan classmate aku so berkatalah aku kepada diri sendiri (secara berbisik) "behave Nurul, behave!" AIH. PENAT WEH TAHAN SENGIH, SAMPAI TEMPAT DUDUK BARU AKU LEPASKAN SEMUA TAHANAN DAN TERSENGIH DENGAN BUSUKNYE. MACAM KERANG. wahaha. yang best masa nak take-off, punyelah laju dia pecut, 320kmj. nak tergelak-gelak aku. orang kata, time nak take-off tu yang paling kritikal, dibuatnye mati enjin ke... tayar tak melipat ke... pastu crash, ceh mati gitu je. nasib baik takde apa-apa. tengah syok berfikiran yang bukan-bukan, tiba-tiba aku rasa macam......terapung. sedar-sedar dah dekat atas. I'M FLYINGGGG!!! 

seat aku 11A, tepi tingkap kot. macam heaven dapat seat tepi tingkap. satu row 3 orang, sebelah aku pakcik bisnes-bisnes. diorang borak je. ntah ape yang diboraknye aku tanak amik kesah. sepanjang flight tu aku mengadap tingkap je, ah lantaklah diorang nak cakap macam jakun ke, monyet ke, yang penting aku gembira. :D mula-mula boleh nampak sungai, atap rumah, pokok semua dekat bawah. even when we fly above KL i can see KL TOWER and KLCC right under, *macam nak melompat dekat seat sebab excited sangat. tapi tibe-tibe teringat bahawa dekat sebelah ialah orang dewasa pertengahan umur, maka sekali lagi, behave Nurul, behave




perasaan? tak ada perkataan yang boleh gambarkan perasaan ketika itu. Masyaallah indahnya ciptaan Tuhan di atas sana. the sky was never been so blue and we were very close with the clouds on the first 15 minutes. clouds are everywhere! bulat-bulat, gebu-gebu, berkepul-kepul rasa macam nak picit satu-satu lepastu ngap dalam mulut. cantik sangat. lepastu terbang dalam awan kot, sebab tiba-tiba tak nampak mende melainkan kabus semata-mata. (eh tak boring ke pilot tu hari hari mengadap awan je kejenye?) kemudian plane terbang makin tinggi. makin lama aku taknampak apa-apa dah dekat bawah. telinga rasa berdesing semacam. nak kata banyak taik, helo aku bersihkan tiap-tiap minggu okey ! ceh kantoi keje mengorek telinga je masa weekend. haha. 

sebenarnya tak rasa pun plane bergerak. macam tengah duduk atas kerusi bodo-bodo gitu je. entahla. sebab laju sangat kot? masa tu tak ada awan yang berkepul sebijik-sebijik dah. yang kelihatan cuma lautan awan. ahh macam lautlah. yang bezanya, kaler dia putih. rase macam nak menangis sebab takjub sangat. seronok je melayan perasaan sambil mengadap tingkap. 








alih-alih ada announcement, we will be arriving at Kota Bharu Airport shortly, please fastened your seatbelt. if you have any electronic device please turn them off blah blah blah. aik nak sampai dah? aku belum panas punggung lagi dah nak landing. nak buat cane, flight 45 minit je kot. tu pun awal 15 minit. hadoi. kalau lama-lama sikit kan bagus. ish pakcik pilot neh, orang bawak la slow-slow sikit. buleh duduk lama-lama sikit. heh. anyway aku sampai dengan selamatnya dekat KB. Alhamdulillah. mak aku, ayah aku, dengan adik  datang jemput. :D :D lepastu pergi jalan-jalan. shopping-shopping. makan-makan. marilah bergembira dengan keluarga, kerana Raya Haji karang takbalik dah sob sob.



sila maafkan aku ini kerana menjadi sangat jakun dengan mesin terbang!
what a wonderful experience, harap-harap ini bukan yang last. nak fly lagi ! kini, siapapun boleh terbang. even manusia hulu macam aku. pergilah ke website airasia untuk menempah tiket terbang murah anda sikalanggg !



ps: tiket taun depan aku dah booking awal-awal masa promo haritu. RM12.50 one way. murah gileee !


03 November 2010

Video Bermain Ice Skating dengan Pakwe Kesayangan (edisi menipu)



tibe-tibe teringat entri ni. lama dah... saje je nak publish sekali lagi. kau layankan ajelah...


ini pakwe aku, kenal tak? tak kenal? takpe.


Hari tu kitorang berdua buat date romantik baikkk punye dekat Ice House, Melbourne. naik flight 3 jam semata-mata nak main ice skating dekat sana. walaupun dekat Malaysia ni ada je Sunway Pyramid tapi kitorang tanak main sesak-sesak camtu... dahla orang yang shopping2 tu semua asal lalu je depan tempat skating tu mesti nak tengok kitorang main. takde privacy langsung. so, pakwe aku ni dengan tersangat baik hatinye telah book satu ice skating rink tertutup dekat Melbourne special punye, untuk kitorang dua orang je. boleh main sehari suntuk. romantik kan? 

aku mintak maaf sebab tak belikan keychain australia pun untuk korang (nak save bajet) maka aku ganti dengan video palingggg special, panas-panas dari Ice House Skating Rink, Melbourne Australia.



NAH. USHA KITORANG MAIN ICE SKATING, POWER TAK:


Personalize funny videos and birthday eCards at JibJab!
best giler siot. nak nak part yang aku kena pusing melayang tu. ceh, terus rasa macam diri ini permainan funfair. dahla pakai leggings. haha.


sebenarnya aku sendiri taksangka kitorang boleh wat camtuh. YE AKUTAU AKUTAU PRO GILER. tapi itulah. orang kata berakit ke hulu berenang ke darat. senang dahulu sakit kemudian. usaha tangga kejayaan, kalau korang usaha kompem leh berjaya skating macam kitorang. level kitorang ni dah boleh jadi wakil Malaysia masuk olimpik dah sebenarnya. cume kitorang saje je tanak kecoh kecoh. low profile sudah. buat apa nak bangga diri? riak itukan amalan iblis.

aku dah elok-elok pakai tudung, tapi manager dekat tempat tu suruh pakai wig pulakdah. dia kata prosedur kat situ memang kena pakai wig bila nak perform tak kire laki ke, pompuan ke, HAMPEH betol. dahla bau dia macam bau bulu kambing. tak basuh ke hah? Pakwe aku pun kena. Ko tengok dia dah nampak macam bapuk dah. 

haa cakap pasal pakwe ni... baru aku teringat. hangin betul aku. time skating tu pakwe aku asek pandang kiriiii je. *rujuk video kalau tak percaya* bijik mata dia tu tak berkelip pun. nak kata juling air takde pulak. entah la. dia usha awek australia kot. aku takpasan pulak, sebab masa perform aritu aku takpandang kirikanan dah, aku fokus dekat handycam je. heh. memang nak kena jugak budak pakwe aku nih! X(



anyway,

kalau korang rase macam nak main ice skating bersama orang tersayang korang, dekat mane-mane lah ice rink dekat dalam dunia ni korang boleh bukak website pelancongan JIBJAB namenye. best wa cakap sama lu woo. hehehe.


Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE