30 November 2010

10 Tips Berkunjung ke MAHA



nampaknya korang semua ada 5 hari lagi sebelum MAHA INTERNATIONAL 2010 berakhir. do you know what is MAHA? ceh tiba-tiba speaking. MAHA sir, stands for Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism. sapa-sapa yang terlepas memang rugi abes la, sebab event ni diadakan sekali dalam masa dua tahun. kalau kau tak datang tahun ni memang menggelupur la tunggu 2012. kau sanggup ke? tapi nak datang, ada tipstips nye, ape ingat kecantikan je ada tips? nak datang MAHA pun ade tips la weh. 



1. MASA
ni point yang paling penting, kau dengar baik-baik jangan main-main dekat belakang ea. masa yang paling best untuk datang sini ialah pada waktu pagi, lagi awal lagi bagus. senang-senang lepas semayang subuh tu, zikir zikir sikit lepastu bersiap. kemudian start enjin kereta terus pergi MAHA. bukan apa, pagi la best nak meronda-ronda. Cuaca tak berapa nak panas lagi, hujan pun belum, parking banyak kosong, jalan tak jem. kalau datang petang? abesla kau... risiko hujan tu satu hal. buatnye kilat lepastu kau takbawak payung pulak. kena sambar petir kang, arwah macam tu je.  esoknye masuk cover metro, SEORANG PENGUNJUNG MAHA MAUT DISAMBAR PETIR SEMASA MEMILIH BAJA POKOK RAMBUTANkau nak?




2. STAMINA
keluasan MAHA ni boleh kata, mengalahkan keluasan ladang gandum. macam macam adaaa. kalau setakat datang pukul lima lepastu nak balik pukul nam, hek eleh baik takpayah datang. setakat sejam dua tuh, habis dekat atas jalan je. memang komfem jem sikit (kalau tak jem banyak la...) sebab tu aku suruh kau datang pagi, balik lepas maghrib. baru sempat tengok semua benda. in this case, tahap stamina yang tinggi sangat penting ye. nak berjalan dari pagi sampai ke petang keliling satu maeps ni memang peh. berpeluh sampai botak-botak ketiak kau, takpayah pakai shaver dah ha.



3. AIR-COND KERETA YANG BERFUNGSI
ok, yang ni tips spesel untuk sape-sape yang tak dengar kata, orang suruh datang pagi dia nak jugakk datang tengahari time peluh tengah menitik tup tap tup tap lepastu jalan jem gila pulakdah. masa ni PASTIKAN AIR-COND KERETA ANDA BERFUNGSI DENGAN BAIK. servis dulu siap-siap. buatnya jem macam hari Ahad lepas, YaAllah kereta bergerak seinci-seinci kot. jem daripada highway, padahal lagi 1 kilometer nak masuk pintu besar maeps. nasib baik takde sape-sape nak melahirkan bayi, kalau tidak... pakcik RELA tu jugak yang terpaksa jadi bidan, ish tak rela you! kesimpulannya aircond mesti superb, agak-agak boleh keluar angin sejuk sikit-sikit tu pun jadilah... so walaupun jem korang still boleh rasa cool atas kereta kan? takdelah nanti nak maki-maki dekat budak parking. hehe.



 4. BAWA PAYUNG
(rujuk tips no1) macam yang aku cakap, cuaca ni kadang-kadang tak berapa nak menentu. jadi bawakla payung untuk kegembiraan dan kebahagiaan seisi keluarga. kau jangan bawak payung yang buat meniaga dekat pasar malam tu sudah. kalau panas, boleh backup. kalau hujan pun boleh backup. lagi-lagi family yang datang bawak anak kecik-kecik tu ha. 



5. BAJU YANG SELESA
no heels please, you are not going to a fashion show. aku tengok ada la budak-budak perempuan datang pakai heels pat lima nam inci datang MAHA. hadoi, tapak MAHA ni bapak la luas, kau nak menapak dengan kasut tinggi-tinggi yang tumit secoet tu ke sana kemari. na-as la kaki kau, na-as. lepastu naik tram pulak, buatnya terpatah dua tumit kasut kau lepastu jatuh terjelepuk dekat tangga tram tu, haaa kan menjadikan diri sendiri sebagai badut sarkis namenya. aku dah saksikan sendiri tragedi tersebut depan mata. takpayahla pakai kasut tinggi-tinggi. satu lagi, pakai baju yang selesa, senang nak bergerak dan boleh serap peluh macam tshirt cotton. takpayahla seksi-seksi dekat tempat orang ramai macamni, melainkan kau memang nak tunjukkan bahawa kau ni King/Queen of Seksi-ness, ok. bolehla free show telanjang terus. aku jamin besok, bila kau celik mata kau dah ada dekat Tampoi



6. TELEKUNG
haa ni penting, perempuan yang tidak uzur sila take note. jangan lupe bawak kain telekung sendiri, takdelah nak pinjam meminjam orang punya. dekat surau memang packed abes time nak semayang, especially waktu Maghrib. nak dapat lot semayang individu pun kena berebut bertumbuk berterajang, inikan pulak nak dapat telekung kepunyaan surau yang bilangannya cuma selai dua. tu pun, boleh imagine dia punya aroma macam mana. beratus orang berilir-gilir pakai tanpa henti. peh, terbakar idung kau. nescaya hilang deria bau terus.



7. AIR MINERAL
kedai jual air ais yang aisnye bergedik-gedik, jangan risau memang banyak. tapi satu je slack, CEKIK DARAH NAK MAMPOS!!! segelas, DUA RINGGIT. kejadah betul. nak kata sedap tu takdelah sedap mane pun. banyak tang ais je, rasa macam air tak cukup gula. moral of the story is, korang bawakla air mineral sebotol. menyihatkan, murah, lepastu takdelah korang termengah-mengah time berjalan tu kan. lagi bagus bawak sebotol 1.5ml tu ha, kongsi teguk ramai-ramai sepuluh orang. merapatkan ukhwah gitu. ais tak bagus untuk kesihatan, pahamtak?. (selfnote)



8. TESTER
yang ni best. dekat Hall D kalau tak silap aku, ada booth produk malaysia, dari sos, kek, biskut, coklat, kerepek, merepek semuaaa ada. haa nanti ada  promoter dia yang pegang sample/tester, kau jangan malu-malu nak ambik rase, HAMBEK JEEE!!! FREE WOI ! tak beli pun takpe. (eh macam ada pengalaman nampak?) agak-agak dahaga tu, pegi cari booth yang promote air. kau nak air apa? jus? kopi? semuaaa ada. kalau time ni kau buat malu-malu time orang hulur sample, kaulah manusia yang paling rugi di atas muka bumi. serius datang sini boleh kenyang dengan rasa tester je. wahaha.



9. PUNDI KENCING YANG KOSONG 
kencing siap-siap dekat rumah. ini tidak, sampai dekat MAHA barulah mengada-ngada nak kencinglah, nak beraklah, nak kentutla. haih. nak cari tempat kencing susah sikit dekat sini, tandas bergerak tu adela. tapi, aku nak tanya... kau nak ke masuk dalam tu? lelaki okeyla kan. macamla aku taktau korang suka kencing-and-go (?). tapi perempuan? alah lecehnyela weh. sedap-sedap tengah mencangkung dalam tu tiba-tiba ada budak kecik main tendang-tendang pintu toilet dekat luar, sekali terbalik toilet tu. dengan kau-kau yang tengah mencangkung ikut terbalik skali. 



10. JIMAT PARKING
ni tips daripada orang parking sendiri, jangan pertikaikan kredibiliti tips ni ok.seperti yang kita semua sedia maklum (skema lagi) harga parking dekat dalam 3 ringgit satu kereta. banyak tu, kalau beli ikan masin dah boleh dapat pat lima ekor yang besar-besar. *sedapnya kailan ikan masin campur belacan sedapnye sedapnye* so, kalau korang nak jimat duit parking datanglah park kereta lepas pukul 9 malam. sebab lepas time tu memang sistem FREE PARKING diamalkan. (orang jaga parking pun nak balik tido la wehhh) jimat 3 ringgit kau. tapi kemungkinan besar bila kau sampai dekat hall, kau akan menjadi manusia yang sia-sia kerana booth-booth dekat dalam siap bungkus barang. oke sekarang pilih, nak bayar 3 ringgit atau nak jadi manusia yang sia-sia? 





bye, assalamualaikum.
these tips was brought to you by penjual tiket parking MAHA2010






8 comments:

cikmi said...

tips2 itu sangat lah bagus!!!

paling suka nO 1O!! HAHA LAWAK!! ;P

Liyana Lunia. said...

BOLEH TAK SERIUS SIKIT? BAGIS TIPS MCM NAK BAGIS SAYA GELAK JE APA LAH TIPS MACAM NI

*emosi*

princeduyong said...

hehe...sejak biler tuka jadik promoter MAHA ni...?

ezy eizyanie said...

btol tips y syira bg
lenguh woh kaki jalan kat MAHA
;)

have a nice day okeh~

Anis izyan Abd Rahman said...

muahah~
nice tips
tp kadang2 trial tuh cepat habis..
nak tggu die potong yg lain~
cam malas~

WZulhilmi said...

teringin nak pergi.. tapi jauhlah..

ღ Sumomo-chan ღ said...

bestnyaa kalau leh pegi MAHA tuh T__T

fiq said...

MAHA kat mna ek? huhu... ketinggalan zaman =(

DISABLE