09 January 2015

Vietnam Day 7 Na Thrang - Ho Chi Minh SE7 Train


MAAF, entri Vietnam di hold seketika sebab Tanah Merah effect masa banjir haritu, alhamdulillah air banjir tak sempat masuk dalam rumah aku tapi satu bandar Tanah Merah bergelap takde letrik, line internet dan air paip selama seminggu... huhuhu

Nanti aku kongsikan gambar banjir dekat Tanah Merah.

Vietnam Day 1 Hanoi


Keretapi sampai di stesen Na Thrang kira kira jam 8.40 pagi , aku cepat cepat turun untuk bertukar daripada koc 7 (Soft Seat) ke koc 2 (Hard Seat).



SE7 Reunification Express
Na Thrang (8.35am) - Ho Chi Minh (4.00pm)
Hard Seat / 191.000 dong




Macam gini lah rupa Hard Seat. Local je takde foreigner kecuali aku sesat sorang. Sebenarnya seat aku di tengah tengah koc tapi aku tengok seat hujung ni kosong, jadi aku duduk sini jelah. Privacy dan senang sikit nak ambik gambar. 




Kalau tren SE3 yang aku naik dari Hue dulu hard seat dia masih ber air condition, tapi tren SE7 yang aku naik ni cuma ada kipas siling dan dia punya tingkap jenis open air berjeriji. Agak bahang sikit tapi takdelah sampai berpeluh peluh sebab sentiasa berangin kan. 

Aku suka koc open air macamni sebab boleh dengar bunyi keretapi. Taktahu la perangai aku ni pelik sikit.. rasa seronok dengar bunyi keretapi yang tengah laju. Nak ambik gambar pun clear sebab boleh letak lens kamera di celah celah jeriji tu. 




Sepanjang perjalanan dari Na Thrang pemandangan di kiri aku ialah sawah padi, kebun, kawasan berpasir dan sawah padi lagi berlatar belakangkan bukit bakau. Memang cun. 




Tanaman ubi kayu.




Kawasan perumahan tak kelihatan langsung, kecuali dekat dekat nak sampai Ho Chi Minh. Sebelum tu dari pagi sampai ke petang mengadap bukit dan kawasan tanaman jela.




Kalau ikutkan, duduk dalam tren dari 8 pagi sampai 4 petang. Aku tertanya tanya macam mana la aku boleh tahan duduk macamtu punya lama, tanpa makanan, tanpa internet... Peh. Bajet bajet bersatu dengan alam dah sebab layan pemandangan je haha. Kalau diminta untuk ulang naik sekali lagi dari Da Nang ke Ho Chi Minh... upah pun aku taknak dah. Cukuplah sekali merasa pengalaman naik keretapi Vietnam ni. Apepun pemandangan dia memang terbaik. 




Ada satu kawasan tu penuh dengan kambing biri biri, yang lawaknya dekat perut biri biri tu ada tanda X hitam besar besar. Hahaha ingat cerita Ali Baba Bujang Lapok ke haaa?! Sapelah rajin pegi sray dekat kambing tu macamtu. Agaknya tuan dia taknak kasi orang curi kambing dia kot. Senang tak tertukar dengan kambing orang lain. 




Di tengah tengah antara kerusi tu ada macam meja kecik so boring boring bolehla aku menulis jurnal aku. 



Dalam pukul 1130 pagi, keretapi berhenti di  satu stesen. Aku tak tahu apa nama stesen tu. Ada beberapa orang perempuan dan budak budak datang menjaja buah anggur. Diorang jualbeli melalui tingkap, jeriji tu boleh angkat sebenarnya... Aku usya je diorang, tapi takde pulak yang datang dekat aku rasanya sebab dia nampak foreigner and diorang pun susah nak berkomunikasi kot. 



Dah lama tu barulah sorang perempuan datang, dia halakan seplastik anggur merah dari bawah. Aku rasa dalam setengah kilo kot banyak la jugak. How much How much? Perempuan tu keluarkan not 10.000 dong tunjuk dekat aku. HAAA?!!! Biar benar! Tahu tak, 10.000 dong tu kalau convert dalam RM1.70 je, kau biar betul kakak! Baru nak terkejut sebab harga murah keretapi dah bergerak. Memang tak sempat la nak beli dengan tingkap aku tu belum terangkat. So, aku tak beli.

Alah rugi... Dahla belum makan pape. 

Aku pandang sebelah kanan. Sebelah aku tu, sepasang pakcik makcik. Atas meja diorang ada anggur, dalam plastik yang diorang beli tadi. Aku tak sengaja terpandang masa diorang tengah bukak bukak makan anggur tu.... dan kebetulan pulak pakcik tu nampak aku pandang hahaha. Terus dia offer anggur dia. Malu wei. Aku sengih sengih je cakap no no thanks, tapi pakcik tu potong setangkai dan datang hulur dekat aku. Aaaaa malunyeeeeeee! Tapi aku ambik je. Hahahahah

[Faith in humanity : RESTORED]




Dapat anggur. Terima kasihhhh pakcik makcik!




Pakcik yang baik tu. Isteri dia terbaring tido. Mula mula aku naik keretapi diorang duk usya usya aku mesti pelik kan dari mana lah datang budak kecik ni atas keretapi sorang sorang pulaktu nak pegi mana lahai hahahah




Pemandangan sawah padi. 




Kawasan berpasir pulak. Banyak pokok kaktus tumbuh liar dekat sini.




Bukit berbatu. 




Ni sawah padi yang warna kuning pulak.




Nampak tak apa yang aku nampak? Tak nampak ke... Jap nak zoom.




Haaaa kau tengok makcik makcik Vietnam tuh semua. Cara cara kaki tu nak landing harus terror k. Yang sorang lagi tu pulak boleh selamba baring dekat lantai macamtu sambil baca majalah mastika. Level swag masing masing tu taknak kalah betul.




Keretapi sangat laju, sekejap pemandangan sawah padi kuning tiba tiba dalam sekelip mata pemandangan sawah padi hijau pulak. Ada masa masa tu aku pegang je kamera, set lens dekat celah jeriji tu siap siap, nampak view cantik terus snap. Kalau nampak view cantik baru nak bawak keluar kamera nak ON ape semua memang tinggal kenangan jelah. 




Luas sungguh sawah padi depa. Entahla dari pagi sampai ke petang kebanyakannya sawah padi je. 




Ni aku rasa tempat orang tanam buah naga kan? Tapi pokoknya takde.


Stesen terakhir keretapi tu singgah sebelum sampai di Ho Chi Minh kira kira jam 3.25 petang, ramai jugak manusia yang naik. Ada sekumpulan remaja laki perempuan ni. Yang lelaki tu, dia check tiket dia lepastu dengan muka ketat ya amat bagitau nombor tiket dia tu dekat aku dengan maksud suruh aku blah. 

Baru lah aku teringat bahawa aku duduk entah seat sape sape, sebab seat aku kan sebenarnya dekat tengah. Haaa tak pasal pasal kena halau! Bangunlah aku dengan backpack ape semua pergi ke tengah koc. Tapi seat aku dah ada orang duduk, so terpaksa aku duduk tempat lain. Nasib baik la ada kosong. Alah tak lama dah nak sampai...




Masuk area bandar dan bila keretapi lalu dekat jalan raya yang disekat macamni, terus aku jadi culture schock dan trauma. Banyak gila motosikal weyyy! Baik di jalan kecik mahupun jalan besar,  berlambak lambak motosikal. 


THIS IS HO CHI MINH! 



Sampai Stesen Keretapi Ho Chi Minh jam 4 petang. 




Ga Sai Gon 




Rupa bentuk bahagian dalam. 

Tingkat atas untuk beli tiket. Pakai sistem nombor giliran ok. Aku beli beberapa jenis air minuman dekat sebuah mart di sini dengan harga 28.500 dong. 




Stesen Keretapi Saigon (Ho Chi Minh) daripada luar. Kemudian naik teksi Mailinh mintak drebar hantar ke Bui Vien Street. Terus gi hostel. Nak rehat. Takmau pegi mana mana dah. 




Bapak la ramai motosikal dekat roundabout ni. Lepastu diorang ikut suka suka hati nak pusing ke mana. Tengah tengah teksi bergerak tiba tiba ada sebijik moto cross depan teksi ni haaa gila betul. Pening. Aku memang tabikla dengan pengguna jalan raya dekat Ho Chi Minh sebab power bawak kenderaan dalam traffic macamni walaupun tak berapa mengikut peraturan jalaraya. 




Drebar teksi macam muka Beto Kusyairi dan aku agak si Beto ni ada jugak kelentong nya, sebab dia lalu depan Ben Thanh Market. Sedangkan aku tengok peta boleh je lalu jalan yang lagi dekat. Kira kira 15 minit aku ditinggalkan depan satu lorong dengan tambang 60.000 dong. Katanya hostel aku dalam lorong tu. Yang aku hangin nye, bila masuk dalam cari takde pun! 


Aku dah booked dorm untuk satu malam di New Saigon Hostel, yang terletak di No 270, Bui Vien Street. Tempat dia berhentikan tu memang betul Bui Vien Street, tapi hostel aku bernombor 270 bukan di lorong tu. Hamsap sungguh. Terpaksa aku berjalan kaki cari sendiri sampai sesat birat berpusing tempat yang sama. Penat ok! Punyalah susah nak cari. Aku berpandukan nombor nombor dekat papan tanda kedai je. Bila dah nombor 200 tu tahu lah dah nak dekat. Jalan lagi... akhirnya jumpa jugak New Saigon Hostel di hujung jalan yang panjang.



Tapi cerita belum habis di situ. Bila aku nak check in, kakak pengurus dia Mrs Hang kata female dorm yang aku dah booked penuh sebab orang yang sepatutnya check out haritu tak balik balik. Barang masih bersepah dalam bilik. OMG. Tapi... Mrs Hang kata dia akan pindahkan aku ke hostel lain yang berdekatan (hostel dia jugak) dan aku akan dapat bilik dorm yang sama. 

Erkkk. Mungkin kah Mrs Hang ni ada sindeket mak ayam? Hahahaha

Aku tanya dia macam macam, jauh ke hostel tu, kena bayar lebih ke bla bla bla last last OKlah. Aku dibawa (dengan motosikal) oleh Mrs Hang to the other hostel yang terletak bersebelahan Thai Binh Market. Terus check in dorm. 


 Phan Anh Backpackers Hostel 
373/6, Pham Ngu Lao Street, Dist 1, Ho Chi Minh
Female Dorm/ ($USD8)


Nora bagi 4 Bintang! 

Sangat bersih, just like the picture. The cleanest dorm I've ever been to. 
Setiap katil ada personal socket plug & reading lamp.
Comfy bed, pillow, blanket and towel.
Paling penting, bathroom dia di dalam dorm tu so takpayah keluar dari bilik.
Power.


Ada sorang traveller dari Kanada, namanya Dianne friendly gila. Sambil aku menghilangkan peluh kitorang bertukar tukar cerita. Dia dah travel berminggu di South East Asia, esok nak balik Kanada dah. Seronok dengar cara dia bercerita sebab sangat educational, calm, motherly, the one you feel safe to talk to and the way she responded is very accepting that you feels like telling more and more. 

So aku tanya... are you a teacher? Dan aku betul! 

Haha sebab gaya dia memang gaya cikgu cikgu sangat. Tapi dia dah bersara. So no wonder la sangat best cara dia bercakap tu. Pengalaman mesti dah banyak. Dah tu aku pun mula la bukak cerita bahawa aku ni pun cikgu jugak. Baru posting, dihantar ke kawasan luar bandar ape semua. Katanya di Kanada pun, young teachers biasanya dihantar dekat rural area. Kawasan yang sejuk dekat bahagian utara. dan kitorang bertukar tukar cerita pasal hal hal pendidikan di negara masing masing. Hahaha ilmiah lah pulak aku tibe tibe! Lovely lah Dianne ni mengingatkan aku pada sorang lecturer dekat UPM dulu, Dr Tun. 



Malamnya aku kenyangkan perut dengan air je.Lepastu tidur. Esok kena bangun awal. 

....dan esok ialah hari terakhir di Vietnam




8 comments:

Unknown said...

Salam kenal, vietnam..mmg ade dlm travel planning hehehe....anyway saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...tq :)

chekgu Bani Hassim said...

What a train journey....
kagum tgk solo traveller macam ni...sangat berani dan tekad sebab nak cari pengalaman...

cerita dalam train tu seronok dibaca.
style acik viet tu tido pun best jugak. hahaha...

kisah anggur RM1.70 tu pun...tacing!

Syahira Mansor said...

@rose azadir
vietnam berbaloi untuk dilawati :)


@chekgu banihassim
hehehe beriya kan?

terima kasih kerana membaca...

cEro said...

Bestnya!!!!

Tak sabar nak merasa sendiri pengalaman camni...

Saffuan said...

wah, saya pun buat travel journal jugak!
Menarik perkongsiang blog ni, insyaAllah banyak membantu untuk saya rancang trip ke indochina disember nanti...

zafira said...

Best gila part hang travel by train tu. Haha. Lagi membakar-bakar semangat saya nak naik train nanti kat HCMC.

Merci bien pour all your tips, experience, and sharing. Banyak bantu saya buat persediaan nak ke Vietnam. Thumbs up sis!

Jom kita pi travel sama-sama nanti? :)

Syahira Mansor said...

zafira;

naik tren dkt vietnam memang best gila! sangat recommend. kalau nak pergi, saya suggest pegi dkt Nin Binh skali (google). Tempat dia somewhere dkt Hanoi, boleh ambik day trip dari Hanoi. Haritu saya tak sempat pergi huhu.


Insyaallah kalau ada masa & kelapangan boleh plan trip sama2 :D

Unknown said...

Salute kat awak travel sorg2 ke negara luar.. Cerita best.. Gambar best.. Seronok akak baca. Double thumbs up 👍👍

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE