07 June 2014

Cambodia Day 1 : Siem Reap Arrival


Perjalanan ke Cambodia dimulakan dengan penerbangan ke Siem Reap, kemudian daripada Siem Reap kitorang akan bergerak ke Phnom Penh menggunakan bas dan balik ke Malaysia daripada Phnom Penh. Aku memang suka buat kekdah macamni kalau travel sebab boleh cover dua city dalam satu masa. Kerja-kerja survey, booking hotel, research tempat nak dilawat semua, aku buat masa cuti Hari Wesak. Haha. Akhirnya ... jadi jugak trip ke Cambodia ne.



Masa dalam flight , pramugari bagi kad ni untuk diisi. Tulis la serba sedikit. 




Pemandangan sebelum mendarat. Tak ada apa-apa pun. Bangunan tak ada, pokok pun kadang-kadang je. Huhu. Berbeza dengan negara kita. Kalau dekat KL penuh bangunan, dekat Sarawak penuh dengan pokok hijau dan Sungai Rejang yang melengkar-lengkar. Dekat Cambodia ni plain je. 




Flight mendarat jam 2.20 petang waktu tempatan. Dekat sana lambat sejam daripada Malaysia. Ambik masa 2 jam daripada Kuala Lumpur ke Siem Reap International Airport. 




Gambar kerabat diraja Cambodia menyambut kedatangan kitorang. Keh keh. 




Keluar je daripada Arrival Hall. Dah ada orang menunggu. Rasa special sangattt ada orang pegang kad dengan nama aku, dahla uniform bajet bajet royal. Hahaha. Untuk hari pertama di Siem Reap aku booked Empress Angkor Hotel dengan harga RM127 per night melalui Agoda. Rasanya berpatutan dah sebab hotel 4 bintang dan ada free pickup service daripada airport. Sebab hari pertama, bajet penat jadi nak hotel yang special sikit. Dah datang dengan ayah takkan la nak bawak ayah aku duduk backpackers dorm yang kongsi kongsi tu hahaha




Sampai je hotel, lepas check in dia bagi minuman menyambut tetamu (haha istilah apekah?) dengan tuala kecik yang sejuk lembap. Aku pun rasa macam lawaklah apebende nak dibuat dengan tuala tu. Pastu aku tanya pekerja dia, tuala ni buat bende? Pastu dia kata untuk refreshing apedia tah. Haha. Ayah aku kata, buat lap lap lah tangan, muka tuhh. Apelaaa pegi tanya macamtu. Lain kali jakun tu tinggal dekat rumah jangan bawak ke tempat orang -_-" huhuhuhu Yang buat aku terasa lawak lagi, ada manager hotel tu kot datang dekat kitorang yang tengah duduk duduk ni pastu explain pasal polisi hotel semua. Hahaha mane la aku biasa semua tuh aku kan biasa duduk dorm murahan jew!




2 twin bed.




Ada beranda. 




Yang penting ada bath tub hehehe




Lepas rehat dan bersiap (mandi yang paling penting 24 jam tak mandi weyyy!), dalam pukul 5 petang aku dengan ayah aku pun keluar. Hotel ni ada menyediakan free shuttle service ke city centre. Dia hantar dan ambik. Yang takbestnya pasal hotel ni, jauh sikit daripada tempat shopping Night Market semua. 




Salah satu sebab aku book hotel ni ialah swimming pool dia yang besar. Tup tup bila datang tengok, swimming pool dia tengah renovate. Hampehhh :(




Gambar depan pintu hotel dulu. 




Exterior. 




Shuttle yang bawak ke city centre. Dia berhentikan betul betul depan KFC, dekat situ jalan kaki sikit untuk pergi Night Market & Pub Street. 




Kebetulan jumpa kedai makan halal jadi masuklah makan dulu. Aku nye dah lapar sangat sangat sangat sebab last makan masa breakfast dekat airport yang bubur tak sedap tu. Huhu. Nama restoran ni Ababa Curry House Night Market Siem Reap; owner dia mamak orang Malaysia (obviously) lepastu ambik order pun cakap Melayu. 




Aku dengan ayah order 2 keping Paratha. dengan 2 jenis kuah. Satu Spicy Veggie Curry. Lagi satu Chicken Masala kot? Kuah dia kita boleh decide nak pedas ke tak pedas. Apelagi aku mintak spicy la. Veggie Curry tu memang mabeles pedas gile sampai berair bijik mata. Tapi Chicken Masala tak berapa sedap sebab dia rasa masam sikit. Total USD12.




Lepastu berjalan jalan dekat Night Market dia. Meriah dengan pelancong dan tuk tuk. Ada live band, ada orang makan makan, ada kedai mengurut dan sebagainya. Nasib aku jalan dengan ayah aku je kalau trip sorang malam malam macamtu aku duduk lena di hotel je takde maknanya nak keluar pegi tempat market camni waktu malam. Cenderamata pun banyak dijual dekat sini, dan matawang yang digunakan ialah USD. Matawang Riel ada digunakan tapi sebagai baki jelah. Ore Klate panggil wat nyucurrr




Peniaga dekat sini cerdik tau. Dia pandai pusing supaya last last kita beli jugak apa apa dekat kedai dia. Mula mula aku tanya harga backpack patch, USD10 sebiji pastu rasa mahal dia less sampai USD5. Pastu aku pikir balik aku nak buat apa beg macamtuh. Bila aku cancel dia pelawa beli alas meja, pashmina... Pashmina bila masa aku pakai. Last last sebab termakan pujuk rayu aku beli 3 purse handmade cambodian silk dengan harga USD12. Bila dipikir balik mahal gile sebenarnya dan buat apa beli pun aku taktau. Membazir!!!

Dalam perjalanan nak balik tu jumpa sorang driver Tuk Tuk terus nego untuk bawak ke Angkor Wat besoknya. Dia bagi harga USD12 untuk half day dan janji jumpa di depan hotel jam 730 pagi. Ok kot harga tu sebab dekat Wiki Travel pun cakap range harga Tuk Tuk pergi Angor Wat dalam USD12-15. Bolehla. 




Sementara tunggu shuttle datang ambik, berjalan sepanjang deretan kedai ni. Ada masuk kedai handbag. Handbag tu dibuat dari kulit buaya asli. Kulit buaya yang berbentuk badan buaya pun ada bergantungan yang besar, yang kecik... Seram tengok. Banyak pulak stok buaya dekat Cambodia sampai boleh buat handbeg eh. Apak aku tanya sebiji handbag sampai seribu lebih duit Malaysia. 


Dalam pukul 9 malam shuttle tadi datang ambik dekat tempat yang sama. Depan KFC ne. Balik hotel, mandi solat lepastu terus tido. Daripada semalam tido tak sempurna. Kumpul tenaga nak tengok Angkor Wat besok. 




No comments:

DISABLE