18 December 2017

South Korea Summer Day 1 – Itaewon & Hanbok Experience


Anyeong Haseyo!


Kali ini kita bersiaran daripada South Korea (Summer Edition). Dah lama dah aku pegi tapi baru ada kesempatan nak post dekat blog disebabkan oleh kesibukan dunia hehe.


Trip kali ni special sikit sebab aku bawak trolley luggage. No backpack yang besar gabak tu. Lama dah tak pakai backpack tu sebenarnya. Aku book tiket flight daripada tahun lepas, tak ingat bila tapi memang murah ar. Lama gila duk peram tiket. ehe.


Aku pergi end of summer , pergi pun sekejap je 5 hari. So, banyak attractions yang aku skip, terutama nature attractions.  Itu next time kita pergi okey, masa spring ke autumn ke kalau ada duit. Kali ni aku fokus pada foods & culture. Relax relax je...


TIPS!

Kalau korang nak pergi Korea self-planning, korang jangan lupa dapatkan freebies daripada Korea Tourism Organisation (KTO) tau. Bukak website diorang baca terms & conditions, register apa semua nanti boleh collect freebies yang berupa T-Money (kad utk bas, metro dan sebagainya dengan nilai tersedia 2000W), coupon book (lotsss of discounted coupon utk KTX train & attractions), maps and halal food guides. Boleh collect dekat KTO office atau dekat KTX showroom NU SENTRAL. Rujuk website KTO k, ada lagi tak freebies tu.




Just a few hours before departure one of my committed blog reader (LOLS!) came. Sempat gi minum minum teh. Lepastu masa nak masuk departure hall aku suruh dia ambikkan gambar (bila lagi… alang alang ada orang datang kan hahaha) tapi gelap lah pulak gambarnya. HMMMMMPHHH. 


Flight AIRASIA X pukul 0100AM daripada KLIA2 dan sampai Incheon Airport esoknya pukul 0830AM. 6 JAM SETENGAH DALAM FLIGHT OK, THE LONGEST FLIGHT I EVER HAD. Nasib baik duduk sebelah budak perempuan 10 tahun. Takdelah rengas dan sempit sangat... Budak tu pulak baik je behave tak macam kes masa trip China dulu hahahah. Plus, our seat is at the last row, so boleh undur kerusi ke tahap yang maksimum. Kau tahu tak masa booking dulu aku tak sengaja pegi order meals… saja testing testing. Rupanya, order tu masuk dalam system dan selagi tak buat payment aku tak boleh nak check in huhuhu 


Padahal flight tengah malam kot, nak makan bendenya. Worry not, makanan tu tak akan dihidangkan tengah tengah malam right after departure. Dalam long flights, stewardess akan menghidang/ menjual meals 2 kali. First, one hour after departure around 200AM. Second, 3 hours before departure around 530AM. So, aku minta untuk collect meal pukul 530AM nanti je. Macam biasa, NASI LEMAK PAK NASSER je. Aku tambah Vietnamese Iced Coffee, RM6 per cup tapi sedap weh, kopi dia sangat pekat.


Hello Korea!



Sampai dah. Eksaited ker??? Biasa biasa je hehe.




Daripada Incheon Airport, aku ambik AREX Railroad Train to Seoul Station. AREX ada dua jenis, satu Express Train (faster, more expensive 8000W) and the other is All Stop Train (slightly slower, cost much cheaper 4150W) and of course I choose the cheaper train since aku pun tak rushing sangat.




Sampai Seoul Station, aku terus pergi kaunter KTX untuk beli tiket tren ke Busan esok (dan tiket tiket tren lain yang diperlukan). Lepas dah setel, terus ambik metro daripada Seoul Station ke Itaewon untuk check in hostel. Kebanyakan tempat dihubungkan dengan metro. Tak payah susah susah beli kad T-MONEY dah, boleh terus pakai kad yang diberi KTO secara percuma tu. Thanksss taw!


**********

Malam pertama di Korea, aku stay dekat Itaewon Inn. Kenapa stay dekat sini? Sebab murah dan aku memang nak explore area Itaewon pun, dekat sini senang dapat halal foods. Tapi hostel ni ada pro & cons dia. 

Itaewon Inn
4-bed female dorm, RM56/night (booking.com)

Hostel Review:
Pro – Murah dan sangat dekat dengan Itaewon subway exit.

Cons – Shower dekat luar bilik. Tuala, selimut & bedsheet dia walaupun tak berbau busuk (luls) tapi macam worn out. Color dah luntur dan macam buruk. Aku geli geli nak tidur… terpaksa lapik bantal pakai tuala sendiri yang aku bawak. Tapi nasibla hostel murah kan.




Satu lagi walaupun dekat Itaewon ni ada masjid yang terbesar di Korea dan ada banyak restoran halal, Itaewon juga merupakan ‘party zone’ yang menempatkan pubs and clubs. Turn out, masa aku check in female dorm tu, 2 of my other roommates is sleeping at mid-noon. Aku pun dalam hati, 
“ni pesen tidur siang ni mesti malam berjaga…”  

And memang betul pun. Malam tu dekat pukul 10 diorang keluar dengan miniskirt seksi nak mamposss. Ehhhh sibuk pulak aku, suka hati diorang la kan hahah. Maaf bergosip dekat blog. 




OK. Lepas check in (dapat check in awal), mandi dan tukar baju… aku keluar dan singgah makan dulu dekat Mr. Kebab. Apa apa, perut kena jaga k. Aku order Chicken Kebab (6900W) and Lemonade (2500W). Chicken Kebab dia sedap dan tak besar sangat. 




Restoran tak besar pun, meja tak banyak but I love the ambience rasa macam dekat Turkiye hehe.


Dah kenyang ambik metro dari station Itaewon ke Anguk untuk melawat
1) Bukchon Hanok Village




Satu WISHLIST aku dekat Korea ialah, aku nak pakai hanbok yang merupakan Korean Traditional Dress. Ini adalah WISHLIST WAJIBUL GHUNNAH ok. Kalau tak dapat, tak boleh balik! hehe




Dekat Anguk ada banyak servis sewa hanbok, tapi aku pilih Hanboknam, somewhere in Bukchon Hanok Village (susah juga nak jumpa location dia sampai sesat sesat huhu). Kenapa Hanboknam? sebab ada discounted voucher from KTO freebies.  Aku ambik pakej sewa 1 JAM SETENGAH for 6000WON (harga asal 12000WON). 


Pilihan hanbok pun ada banyak jugak for female and male too, tapi kalau yang kentot kentot macam aku ni… terpaksa ambik saiz budak hahahah. Unni dekat kedai Hanboknam tu sooo sweet tau, dia pilihkan untuk aku skirt pink and baju biru turquoise (ME LOVEEEE) lepastu dia pakaikan piece by piece - mula mula kena pakai girdle kembang, lepastu skirt, dan last skali baru sarung baju dia. 




Baju traditional orang ni, bukan boleh buat kira. Skirt dia tu kan, ada tali yang kita kena gantung dekat bahu. Pastu baru sarung baju. Kalau tak berhati hati, boleh terselak sehingga menampakkan ketiak and bahagian tepi badan kita HAHAHA so untuk keselamatan (bagi yang 1st time pakai dan menggelabah macam aku ni) pakailah baju alas di dalam. Aku tak bukak pun baju tshirt & jeans yang aku pakai. Tak confident. Takut skirt hanbok terpijak ke terlucut ke hape karang tak pasal pasal show free dekat Korea… hahahahah. k bye. 


Haritu aku memang keluar pakai tshirt yang tak terlalu tebal sangat, so ok je pakai berlapis dengan hanbok, takdelah panas dan tak nampak macam kembang sangat kan? hehe. Kalau nak aksesori beg tangan ke ape , boleh je ambik mana mana yang ada dekat situ. Oh, kalau korang free hair boleh suruh dia dandan rambut korang cantik cantik. 




Dah siap pakai hanbok, pergilah keluar berjalan jalan dengan keyakinan dan perasaan yang perasan Korean Princess cun. Jangan lupa bawak cameraman... hahaha masa ni lah gunanya cameraman. Posing je sampai pengsan. Bia lah orang nak keji ke apa, janji kau jangan melampaui batas.




Masa aku posing posing tu ada sorang pakcik, dia berjalan elok elok tapi bila nampak aku duk melompat melompat posing, dia berhenti siap duduk dekat tepi sambil tengok dan gelakkan aku. Beriya gila dia gelak, mende tah pakcik ni hahahahhah. Dia cakap, Yippudou! Yippudou! sambIL gelak gelak. Tua dah dalam 60s kot. Lantak ler. Yippudou tu maksudnya bagus kot, kalau tak silap. Nasib pujian, kalau makian… hmmm...




Dah puas meronda dan bergambar pelbagai pesen… aku hantar balik hanbok. Sayang rasa nak hantar sebab hanbok ni comel dan menutup aurat, tak ketat. Bila lagi entah boleh pakai. Lepastu balik semula ke Itaewon. 


Destinasi seterusnya… 2) Itaewon Mosque



Aku pening sebenarnya dengan direction pergi mosque tu. Nasib baik ada Travel Centre dekat Itaewon Station, aku masuk situ kejap, ambik map dan tanya direction daripada officer. Senang je rupanya, kalau tak tanya tadi komfem sesat!

“Simple act of thinking/rationalizing before doing something will save you a lot of time later…”

On da way tu sempat masuk G24 MART beli kopi O ais, 1500WON. Kalau kat Jepun, popular dengan Family Mart. Kat sini ada G24 MART. Sepanjang dekat Korea aku masuk beli air dekat sini berapa kali entah. Sepanjang masa nak beli air lah, jajan lah. Duit aku banyak habis ke makanan je huhuhu. 



Lepas berjalan lebih kurang 20 minit daripada Itaewon Station, aku sampai Itaewon Mosque. Jalan dekat sini berbukit bukit, boleh tahan mengah nya. Masa tu pukul 600 petang. Aku belum solat Zohor dan Asar. Memang niat nak jamak ta'khir pun. Boleh terus tunggu Maghrib. Maghrib dalam pukul 710 tak silap aku.

Sempat berborak dengan seorang akak Malaysian ni. Veterinar doctor datang Korea untuk conference. Perghhh mantap siot. 



Niat mula mula nak makan Korean foods dekat restoran halal yang berlambak dekat situ. Tapi macam kenyang je lagi... Cuma aku sempat beli Banana Milk yang femes tu. Sebotol 1300WON. Nampak macam kecik dalam gambar tapi sebenarnya sebotol dia tu 250ML. Mende tah hype sangat, bagi aku biasa je mula mula sedap lepastu dia jadi MUAKKK nak muntah.





Jalan berbukit di dekat area Masjid...




Ni aiskrim Turki depan Mr. Kebab. Yang dia lambung lambung aiskrim tu haha aku ada ambik video. 




Itaewon on Saturday night is so lively, ramai anak muda dan anak tua in fashionable clothes keluar berparti. Aku macam tak berkenan sangat  ambience macamtu. Balik hostel terus ah. 




Dalam perjalanan tu… sesak sesak, aku terlanggar anjing. ANJING BEB. Tapi anjing bertuan lah, ramai ramai tu aku jalan tengok ke depan, tak perasan pulak ada anjing dekat kaki. Dahla besar, sama tinggi dengan paha aku. Berbulu lebat macam bulu wool, mata pun tak nampak dekat mana. Patutla langgar orang. Ishhh. Nasib baik dia tak menyalak. Tapi kepala dia kena beg kamera aku huhuhu T_T


Sampai hostel, aku mandi, kemas kemas luggage dan terus tido. Esok awal pagi nak check out, naik tren pergi Busan...


Harap tak ada zombieee!


bersambung...

3 comments:

LdyNisa said...

solo trip ke?? hm korea macam best

DrCat said...

veterinary doctor malaysia datang korea? hehehe macam kawan sy je tu..ada beberapa orang yang pergi Korea untuk hadir seminar masa tu

namszircon said...

Yeayyy finally akak gi korea!!!. Mmg tunggu je blog ni di update. Hekhek. Btw yippudae tu maksudnya cantik, beautiful. :) next trip nak ikut boleh tak? Hahahaha. Kidding. Kk nk sambung bca. :)

DISABLE