17 June 2013

Singapore Day 1 : Bugis & The Shophouse Hostel


Assalamualaikum. Hello.


So last week, I went to Singapore for my first solo backpacking trip. Aku nak catatkan kenangan di blog ni sebagai perkongsian & kenangan untuk masa hadapan. Hehe tercapai jugak cita-cita nak backpacking.  But, this is just the beginning ok. ^_^ Agak rushing sebab tiket tren pukul 4 petang baru dapat, itupun tiket tambahan. Lepas tiket dah komfem baru aku bersiap kemas beg. Aku bertolak jam 930 malam dengan tren Senandung Timuran Tumpat-Woodlands. Excited dalam berdebar. Is this for real? Am I going to be back, alive ? Aku MESTI pulang dengan selamat kalau tak malulah dengan parents aku. Bukan senang nak dapatkan permission diorang untuk keluar daripada Malaysia sorang diri. Dahla aku nampak macam perempuan kecik yang lembik dan senang dipijak. Walaupun muka macam tak bermaya tapi ini perempuan hati kental beb. Luls. Normal untuk mana-mana parents pun untuk merasa risau. Tapi aku tahu aku bukan buat benda yang menyalahi agama atau undang2, just nak pergi mengembara melihat tempat orang. So yeah I'm going. Harap2 perjalanan dipermudahkan. Alahai Singapore je pun! 




sikit je yang aku bawak


Pagi besoknya kira-kira 12 tengah hari tren sampai di JB Sentral. Masa ni, kebanyakan penumpang turun kecuali yang nak ke stesen terakhir di Woodlands. Lepastu pegawai imigresen JB akan naik tren untuk check passport penumpang. Lepastu tren meneruskan perjalanan ke Woodlands. Tak sampai 5 menet pun, dahhh sampai Woodlands. Kira seberang JB tu jelah. Suasana dekat stesen Woodlands agak scary. Turun je tren ada ramai pegawai imigresen dok tunggu dengan muka serius. Ada yang bawak anjing besar-besar. Masuk dalam stesen, kena isi kad pelawat lepastu serahkan kad tu & passport dekat kaunter bagi dia cop. Pegawai tu tanya aku, 


Peg: Awak stay rumah sapa dekat sini? 
Aku: Tak. Saya datang sini jalan jalan.
Peg: Ada sedara?
Aku: Takde.
Peg: Ada kawan tunggu dekat sini? 
Aku: Takde. 
Peg: Haaa? Sorang-sorang, tak takut ke? 
Aku senyum je.

Time ni dah cuak sebab banyak lah pulak dia menyoal.

Peg: Dah book hotel? 
Aku: Belum lagi. Nanti saya tengoklah dekat mana-mana. Stay dekat Bugis kot.
Peg: Backpackers? 
Aku: Yes! 


Lepastu scan beg & setel! Nasib baik tak kena tahan dengan imigresen. Yelah, kalau mencurigakan mesti orang imigresen tu tahan. Kan? Haha. Lepastu dari stesen Woodlands aku kena ambik bas ke Woodlands MRT. Tambang dia $1 dan ambik masa dalam 15 minit. Kejap je. Borak dengan sorang aunty ni, dia pun baru turun tren tadi & nak ke Tao Payoh. Jadi gerak sama2 dengan dia lah. Sampai dekat Woodlands MRT, aku beli standard ticket berharga $2.30 ke Bugis. Perjalanan dalam 40 minit. 




Breakfast Nasi Goreng & Teh O Panas atas tren. Sedap nasik goreng dia. Makan siap2 pagi tu takut susah nak makan bila sampai Singapore lagipun bila tukar matawang mesti nak beli apa2 jadi mahal.



Sampai di Bugis MRT, aku keluar ikut exit mana entah, I ends up being inside Bugis Junction mall. Design mall dia lebih kurang macam Pasar Seni dekat KL. Cantik. Aku round dalam tu cari Money Changer nak tukar duit Malaysia ke Dollar Singapore. Round punya round, jumpa satu Money Changer dekat tepi eskalator. Aku tukar dalam RM500, dapat SD205 je. Lol. Satu dollar Singapore bersamaan RM2.50 duit Malaysia. Sedih tak? Sebelum ni aku dah check exchange rates memang lebih kurang amout tu jugak. Boleh hidup ke selama 3 hari 2 malam dengan duit sebanyak tu? Hahaha jangan jadi hamba abdi di negara orang sudahlah ye,




Inside Bugis Junction


Aku round lagi dalam Bugis Junction tu (nak cari pintu keluar sebenarnye tak jumpe) sampai ke Food Court dia. Ramai gila orang tengah makan, sebab kebetulan lunch hour. Mostly Chinese. Takde Melayu pun. Akhirnya aku berjaya keluar tapi taktahu nak tuju ke mana. Blur sangat. Macam, aku kat mana ni? Nak pegi mana ni? Nak balik! Nak balik! Nasib baik aku cepat sedar diri. Haha. Teringat map Bugis yang aku print out daripada internet, aku bawak keluar daripada beg. Sekarang nak kena check in hostel dulu. Penat dol usung beg ke hulu ke hilir.  Actually aku dah list out beberapa hostel dekat Bugis yang menarik. Tapi tak book pun, aku nak usha & walk in je. 






Dalam banyak banyak hostel yang aku dah list out, aku paling berkenan Shophouse The Social Hostel dekat Arab Street. Dekat dengan Sultan Mosque. Pusing punya pusing, dari jauh aku nampak kubah emas Sultan Mosque tu, terus bergerak ke sana dan nampak signboard Arab Street :) Hehehe.




Beautiful Sultan Mosque





Sepanjang Arab Street tu ialah kedai kedai menjual kain lace. Ada peniaga Melayu, Bangla. Cantik tu memang lah cantik kain kain nye. Tapi rege dia? Paling murah aku tengok 80 dollar semeter! Gilak. Kalau tukar duit Malaysia dah dekat RM200, itu baru semeter, nak cukup selai baju kena 4 meter. Tak mampoo ahkak. Mampu tengok jelah. Kikiki.




Dari simpang dekat signboard tu kena jalan dalam 300 meter ke dalam kot. entah. Selain mencuci mata tengok kain, tengok bangunan2 dia. Lawaaa! Bangunan lama yang dijaga rapi. ;)





Almost at the end of the Arab street baru nampak hostel nya. 
Very nice. White & pink themed. 






I asked for the 12 bed female dorm, sadly it has been fully booked. Terpaksa ambik 8 bed female dorm for $34 per night. Actually boleh dapat lagi murah kalau book through AsiaRooms atau Agoda, dalam $28 dah boleh dapat tapi dah aku walk-in jadi kena harga standard lah. Aku decide nak stay dulu semalaman dekat sini, kalau okey boleh extend sampai besok malam. (sambil usha usha hostel lain jugak)


Shophouse The Social Hostel




Ni lah dorm nye. Ada 4 double decker beds. Aku duduk katil bawah.



Lepas bayar $34 and dapat security card , receptionist tu tunjuk dorm aku dekat 3rd floor. Masa aku masuk dorm, ada sorang je, negrow girl tengah tengok movie dekat laptop. Cun woh. Type yang tinggi, slim, dan wangi. Dia tak pandang aku pun daripada aku masuk sampailah aku nak pegi mandi ape semua, so ok aku pun tak tegur lah dia kan. Lagi 6 katil kosong. By the way dorm ni selesa sangat! Tilam dia best, bantal gebu & gebar pun syiok. Dengan ekon lagi. Lepas mandi aku baring baring jap. Penat belum hilang. Rasa takmau keluar, nak tido je atas katil tu. Dalam pukul 430 petang baru aku keluar balik jalan jalan. Sambung di next entry pulak :)



5 comments:

diana said...

Kagum nya...jalan sorang2 je...klu akak takut la...hehe...

Umie Artoqiemie said...

nanti update part 2 plak ye.. aku amat tertarik pada org2 yg travel sensorang ni hehe.

nZaOdonut said...

perghhh...terbaekkk!!

x sabar nak tgk next entry hoho
teringin gak nak try backpackers nih..tp "semangat" lom tinggi lgik hehe

pape pon JAGA DIRI baek2 yep :p

Intan Asmira said...

masa kat hostel ni, ada private locker tak?

kindly visit my blog too!
http://intanasmira.blogspot.com/

sharul said...

Salam, saya bru nak memulakan pengalaman backpackers ni... in shaa Allah Surabaya - Dumai 16hb mac. kalau nk join jom la =D

DISABLE