10 June 2014

Cambodia Day 3 : Road to Phnom Penh


Aku dengan ayah aku bersiap awal, kemas beg dan terus check out jam 7.30 pagi daripada Angkor Orchid Central Hotel. Sementara menunggu van ke Phnom Penh datang jemput, kitorang bersarapan dulu dekat sini. Sarapan memang disediakan tapi secara ala carte berdasarkan pilihan menu yang disediakan.




Aku mintak tomato omelette dengan toast. Dalam omelette tu ada fresh tomatoes pastu makan pulak dengan sos tomato. Simple je tapi sedap. Tengah syok makan tiba tiba van datang terusla bergegas naik van dengan roti yang berlipat di tangan. 




Daripada hotel, van tu berhenti dekat pejabat dia untuk ambil penumpang lain. Bertolak tepat jam 8 pagi. Ada 13 orang penumpang dalam tu , semua locals kecuali aku dengan ayah aku. 




Memulakan perjalanan ke Phnom Penh...




Perjalanan ke Phnom Penh mengambil masa selama 6 jam. Kalau dengan bas 7 jam. Drebar ni bawak van laju gila. Dengan keadaan jalan dia tak berturap, lobang sini sana, hazab neraka jugakla. Melambung lambung je kejenye dalam van takboleh nak tido langsung. Itu naik van, aku takboleh bayang macam mana keadaannye kalau naik bas. huhuhuh




Pemandangan di sepanjang perjalanan.




Dalam 2 jam setengah perjalanan, van berhenti di sebuah restoran dekat Kampong Thom. Pekan ni mengingatkan aku kepada pekan Rantau Panjang di Kelantan. Koboi style!




Inilah dia restoran nye dan tu van yang aku naik. Penumpang lain semua gi makan dalam tu, restoran special special jugak aku tengok dari gaya dia tapi aku dengan ayah aku tumpang toilet jelah. Nak makan tak berani hehe lagipun kenyang lagi. 




Plate van Phnom Penh.




Atas dahi aku warna putih tu bukan anak tudung tapi kuyok haha. Daripada semalam kepala aku berdenyut pagi tu macam dah kurang sikit. Tapi aku tempek jugak kuyok besar besar dekat dahi bagi mengelakkan denyutan berulang.




Dekat sini okey la sikit jalan dia ada tar. Tapi still berabuk.




Pastu tepi restoran tu ada gerai makan kecik kecik. Ada pompuan meniaga cengkerik goreng neh. Makan dengan cili. Aku mintak ambik gambar , pastu dia pelawa sekor ke aku. Herherher mintak maaf la kak tak tergamak nak makan eksotik sangat. 




Perjalanan diteruskan dan sepanjang nya boleh nampak rumah rumah macam ni. Kecik dan tinggi. Takde rumah yang rendah semua dibina tinggi mungkin untuk elak daripada masuk air masa musim banjir. Rumah rumah ni dekat tepi tepi jalan highway tu je. Aku duk perati memang tak ada langsung jalan atau lorong daripada jalan highway. Mungkin, penempatan kat tepi tepi jalan ni je. 




Sejam sebelum sampai Phnom Penh singgah lagi dekat sebuah stesen minyak. Nampak tak jalan dia macam mana? Tak berturap dan berdebu merah! Huhuhuhu stesen minyak pun takde tar apebende. Pokok pokok kat tepi jalan memang kelabu asap je semua kena selangkup dengan debu. 




Haaa macamni lah yang aku cakap tadi. Takde lorong ataupun jalan untuk pergi ke tengah tengah tu. Aku pun rasa heran sangat macam mana diorang nak ke tengah padang tu kalau dah takde jalan, even lorong kecik pun takde. Main redah je kah?




Akhirnya sampai di Phnom Penh. Van berhenti dekat pejabat cawangan Phnom Penh. Dari situ, naik tuk tuk ke hotel dengan harga USD3. Nilah drebar tuk tuk nye. Drebar tuk tuk ni terus memujuk untuk ambik service tuk tuk dia bagi esok hari. Mula mula aku dengan ayah macam taknak ambik dulu tapi dia beriya so oklah set dengan dia je lah. Lepas tawar menawar, janji dengan dia USD22 untuk pergi Tuol Sleng Genocide Museum, Russian Market, Killing Field lepastu terus bawa kitorang ke Airport untuk balik. 



The Frangipani Fine Arts Hotel, Street 178, Phnom Penh 


Bergambar depan pintu masuk hotel. Kalau nak cari sendiri agak susah sebab papan tanda kecik je, lepastu reception dia kena masuk ke dalam lorong ni boleh tahan tersembunyi tersembunyi. Harapkan drebar tuk tuk tahu je. 




Junior Twin Suite

Bilik ni aku booked dengan harga RM119 per night melalui Booking.com. Dari segi keselesaan, aku paling suka hotel ni sebab bilik dia luas gila, katil besar (3 orang pun muat sebenarnya) cuma tak ada beranda. Katil pun cantik rasa nak angkut bawak balik rumah hehe.




Hahaha luas gila. Kalau dekat Malaysia aku rasa kan. Bilik hotel macam ni memang tak dapat harga RM119. Kurang kurang pon RM300++. 




Bilik air cantik. Bathtub panjang dan lebar tapi yang tak best nye jeng jeng jeng. Toilet takdok paip. Huhuhuhu. Pandai pandai la ambik air untuk beristinjak ye, 

Lepas solat dan bersiap ala kadar (tukar tudung tapi pakai baju sama wakaka) aku dengan ayah keluar berjalan sekitar kawasan hotel. Hotel ni dekat je dengan National Museum, Royal Palace dan kawasan waterfront Sungai Mekong. Jalan kaki je.




Fine Arts University, Phnom Penh




Hotel Frangipani yang aku duduk ni terletak di Street 178; juga dikenali sebagai Art Street sebab menempatkan galeri-galeri seni yang menjual lukisan dan di sinilah juga terletak Cambodia Fine Arts University. 




National Museum of Cambodia 

Tak masuk pun dalam muzium ni sebab dah pukul 4.30 petang dan muzium ditutup jam 5 petang. So ambik gambar depan pintu pagar jelah hehe.




Berjalan ikut kawasan belakang Royal Palace.




Royal Palace

Cantik seni bina Royal Palaca ni. Raja diorang duduk sini. Tapi bagi pelancong yang nak melawat, istana ni dibuka waktu pagi jam 8 hingga 11 sahaja. 




Ambik gambar sudahla. Besok pagi memang tak sempat dah nak masuk. Ramai orang dekat sini terutamanya penduduk tempatan. Dia macam dataran lepastu ada orang meniaga kacang lah ada burung merpati lah orang jual belon lah.




Tiba tiba ada budak ni datang nak meniaga makanan untuk burung merpati tu. Untuk menukar topik, aku bagi gula gula 2 bijik buat ambik hati sebab taknak beli makanan burung dia. Dia ambik. Lepastu aku nak berangkat, dia duk pujuk pujuk lagi suruh beli. 




Tukar topik lagi ajak dia bergambar, suruh buat peace. Pandai pulak hahaha. 




Apebende entah ni dekat seberang jalan. Gaya gaya astaka. 




Waterfront Sungai Mekong

Dekat waterfront ni ada orang tempatan bersenam, ada bendera setiap negara asia (tak silap aku). Duduk rehat dekat sini kejap sambil melihat gelagat penduduk Phnom Penh.




Banyak lagi temple dan muzium dekat sana tapi tengok dari jauh je malas nak pegi dekat. Traffic gila, nak melintas jalan pun susah. Nampak tak sami naik moto tu bertiga? Haha dekat sini aku tak paham, baik lelaki maupun perempuan memang selamba je naik moto sampai 3 orang seperti dunia ini tidak ada masalah langsung.




Jalan dia. Moto dengan tuk tuk penuh!




Dekat nak gelap dah, berjalan kaki balik ke hotel. Itupun sempat lah nak sesat birat. Hadoila. Sesat sebab berjalan kaki nak cari restoran halal tapi tak jumpa, last last nak balik ke hotel tu dah tak tau ke mana mana dah. Jalan punya jalan. Nasib baik la jumpa. Itupun sebab ada signboard Road 178. 


Malam tu masak megi dengan minum air kopi je dalam bilik haha. Lepas berdiskusi secara serius dengan ayah aku, kitorang decide untuk twist sikit plan hari terakhir besok di Cambodia. Besok ke bagitahu drebar tuk tuk. 




No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE