18 January 2012

Genting Highlands with Le Brother



ini cerita basi sebenarnya. pergi 2 minggu lepas masa cuti study week dengan adik aku. wawa kemain. orang lain sibuk menelaah pelajaran, kau pulak boleh pergi bersukaria. kalau tidak lulus periksa, adik aku sila bertanggungjawab!  beriya dia nak gi Genting, aku pulak mengajak "marilah, marilah kalau kau hendak rasa kesejukan, marilah pegi Genting masa aku study week nanti sebab aku dah takde kelas masa tu" so adik aku yang baru lepas abes SPM pun marilah. 



kitorang bertolak dari kl sentral; beli tiket RM47 yang cover return bus ticket, return skyway ticket and outdoor pass ticket. bolehla sekali sekala nak terai tu. kalau banyak kala maunya kopak poket tak gitu? masa tu cuti sekolah lagi kot, after krismas kalau tak silap aku. so ramai orang jugakla especially orang india. aku rasa bukan india malaysia tapi india tanah besar, hindustan yang yang macam dalam tv tu ha. agak ramai jugakla orangnya. menunggu nak naik kereta kabel pun dah sejam, tahu? yang aku pergi masa besday dulu hari senin, takpayah beratur pun.








ni dibuatnye tali kabel putus ke ape, baru betul final destination






corousel! 






bergambar dekat London bus ialah wajib!






posing tu takpayah nak bajet next top model sangatla woi






okay ini sangat kecewa, beratur setengah jam untuk naik Flying Coaster lagi sikitttt kitorang punya turn, last-last game ditutup sebab masalah cuaca. tiba-tiba kabus jadi tebal gila, lepastu macam gerimis. katanya, bahaya kalau game tu dibukak time kabus-kabus camtu. katenye lah. 






tengok, kabus tebal gila. tak nampak apemende pon. kitorang jalan merepek-repek taktahu jalan sebab tak nampak apa-apa dekat depan tsks. 






sesat-sesat tu sempat lagi ambik gambar bajet kpop (?) kahkah harapkan takde orang nampak je sebab kabus tebal sangat, kalau tidak... maunye loya diorang-diorang sume...





jalan punya jalan, terjumpa tunnel yang macam seram, macam scena dalam filem saiko tiba-tiba ada pembunuh upahan keluar daripada cahaya dekat depan pegang parang. 






last picture sebelum balik. dinding ne comel! 



lepastu, turun dari skyway kabel tu ada kedai jual asam & candies yang ada tester, kitorang round2 sambil kunyah2 tester je. semua benda pun nak test rasa, sotong yang mahal tu aku test sampai 2 kali. test la sangat kan, padahal cube genggam sebesar mungkin tester tu dalam tangan. belinya takde la sampai 10 ringgit pun. kah3. 


dalam banyak-banyak game, kitorang berjaya naik 2-3 je sebab ambik masa lama nak beratur tunggu turn. kesimpulannya perjalanan kena rancang bebenar supaya time yang kau pegi tu bukan time pelancong dengan bebudak sekolah tengah bersepah okay? bye-bye!





2 comments:

blog-tips-kurus said...

RM47? berbaloi la dgn return bus tu. tapi kalau cuaca tak menentu, tak dapek claim ke? hoho!

Anonymous said...

http://matkerek.blogspot.com/2011/11/kereta-kabel-genting-terhempas.html?spref=fb

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE