20 March 2013

Menipu dengan Wajah Sebenar



Dalam banyak banyak game yang membazirkan masa, yang menjadi feveret aku ialah game makeover & dressup. Selama ni aku main makeover/dressup pakai game katun je tsk. Aku main didigames.com and Azalea Dress Up Dolls, Azalea ni paling best lah sebab boleh mengasah kreativiti kita dengan mencipta princess dolls sendiri. kah kah kreativiti you say? Tapi tadi... aku terbaca dekat blog Green Apple , pasal website untuk buat real punya makeover, kita upload gambar (gambar betul jangan upload gambar spongebob pulak ) lepastu apply makeup kepada nya sesuka ati. Terus aku terai sebab nak bazirkan masa petang yang senggang. 




Website nye ialah, 

kalau berani boleh la klik dijamin bukan link keluar muka hantu punya heheheh





Before & After
nak buat macamni dalam kehidupan seharian? memang tak la. harommm nak jadi.nak menggaris eyeliner pun dah terketar ketar tangan aku, haha.






Before & After
yang ini fe-feeling kulit muka cerah sekata. pakai foundation paling light. pui.





Kalau sekadar nak memperabihkan masa tu bolehla layan ye, kwang kwang kwang. Nak bubuh wig pun boleh atas tudung tu, tapi takpayahla tunjuk dekat sini sebab dah ghrupe macam bapuk siam. Blog ni tak boleh macam dulu merepek sakan tak ingat dunia, kena profesional okayyy. Ingat, kau tu dah 23 not 13 *self reminder* Luls. 





Besok last day persekolahan sebelum cuti seminggu. Waaaa excited melebih aku mengalahkan murid buat countdown hari hari nak cuti sekolah. Nak rileks, berurut sikit sebanyak, apply toner dekat muka lepastu tidooo! Sambil sambil tu nak siapkan powerpoint untuk murid murid aku ni jugak ha. Lain sikit mengajar kalau ada powerpoint best, susah woo nak tarik perhatian murid prasekolah, budak kecik. Skali dia dah main berambat keliling kelas. Ah habis. Habissss! Jadi , kena cari bahan untuk elakkan diorang daripada hilang tumpuan. Mari pikir bersama ;)




09 March 2013

Ciri Ciri Kem Kepimpinan



Seminggu dua ni penatnya aku rasa. Penat sebab keadaan kesihatan tak berapa nak mengizinkan. Kepala selalu berdenyut denyut, suhu badan naik turun, selsema. Puncanya sebab cuaca sekarang panas, lepastu aku kurang tido ditambah pulak perangai diri sendiri yang kurang minum air kosong. Biasanya aku minum 2 gelas air je sehari. Itupun air manis dan berais. Air kosong takde langsung. Sangat tak sihat kan. Takpayah pegi jumpa doktor pun takpe aku tau dah nanti dia nak kata ape. So baik duduk rumah makan apa2 ubat yang patut & rest je. Hew hew. 



Harini aku baru balik daripada Kem Kepimpinan Pengawas selama 2 hari 1 malam di sekolah aku berkhidmat. Peserta nya seramai 71 orang. Boleh tahan ramai jugaklah kan, dibahagi kepada 7 kumpulan. Aku jadi fasi untuk kumpulan 5. Yang menariknya, dekat sekolah ni selain cikgu cikgu, kakitangan (kerani, tukang cuci) pun turut serta bergotong royong memasak untuk budak budak. Masak masak semua buat sama sama, takde katering pun.  Memang terbaiklah lah. Macam family :) 




This is the only picture taken, taudak sebab apa? Tiba2 bateri kamera kelaut, padahal aku dah charged awal2. Geram gila. Dasar troll punya kamera. Dengan kumpulan aku tak sempat ambik gambar apa. Yang ini pun gambar testing je. Tsks sedih :(



Hari Jumaat disebelah paginya ada orientasi, menyiapkan bendera kumpulan, ceramah kepimpinan, lepastu game yang kena ikat mata lepastu jalan jalan pegang tali tu. (ramai yang terlanggar pokok lols). Sebelah malamnya ada BBQ, bakar ayam. Lepastu persembahan kumpulan. Pukul 12 masuk tidur, dalam pukul 130 pagi kejutkan diorang balik untuk aktiviti Burung Hantu. Tutup mata lagi skali, bawak jalan jalan ke tempat rahsia, lepastu asingkan budak budak ni sorang sorang. 2 orang budak perempuan disorok , bila selesai aktiviti, diorang kira ahli kumpulan rupa rupanya tak cukup 2 orang terpaksalah pergi cari balik sampai jumpa. Yang sebenarnya aku dengan cikgu ganti sorang lagi tu yang sorok kan budak tu dalam bilik sains, hihi. Yang sorang tu sampai menangis sebab takut. lololol lagi. 



Hari Sabtu (hari kedua, terakhir) ada Slot Asertif. Patutnya ada cikgu ni yang akan handle. Tapi, maybe dia tak dapat datang so our PK Hem letakkan aku sebagai backup since aku grad kaunseling kononnya! Aku rileks je bajet diri ini cuma backup takpayah standby apa apa. Skali... cikgu tu betul betul tak datang. Masa aku tengah basuh bekas bekas semua, PK Hem datang dekat aku and suruh aku get ready untuk handle slot tu. Wawawa cuak weh. Game ikat belon kawan di kaki, lepastu pijak sebanyak mungkin belon tapi pada masa yang sama jaga belon di kaki sendiri(belon kawan). Its all about amanah, pegangan diri and all. Penggulungan nye dibuat oleh PK Hem , kalau aku memang merepek lah. Aku suka dengar PK Hem tu cakap. Macam, tertib dan hemah sangat. Best & tak boring lah. First time nampak dia aku dah ada very good impression, wow i want to be like her. Cantik and ada kredibiliti yang sangat tinggi. Cara dia cakap pun profesional je. 



Overall aku rasa ok je kot handle slot tu. Boleh improve aku punya skil pengendalian aktiviti. Memang nak sangat sangat lah diberi peluang macamni walaupun cuak sikit. Sebab aku ni takde banyak pengalaman bercakap di hadapan orang. Hewhew. Baru nak gembira. Awas! Jangan gembira dulu. Lepas habis program, aku dimintak jadi MC untuk majlis penutup. Nama je kos kaunseling tapi tak pernah pun jadi MC, ni first time. haha layan jelah. Dah takde teks, merepek repek ayat aku. Tapi yang paling buduhnya... masa aku nak umumkan pemenang setiap kumpulan tu, aku letak mic atas rostrum. Skali... mic tu berguling guling turun lepas tu melambung jatuh ke lantai. Bedegang bunyi (sebab mic tak off) Woi maluuuu gilaaaa! Hahahahaha. Kutip lah aku mic tu, dan buat muka selamba je. Nasib baik budak budak ni tak gelak, haha. Guru besar pun dekat situ je tunggu nak sampaikan hadiah. Wuwuwu malu gilaaaa! Maafkan daku di atas ke- loklaq -tan aku ittew. 



05 March 2013

Cikgu Prasekolah Pulakdah!



Assalamualaikum Semua!


Harini hari ketiga aku di SK Ulu Kusial sebagai Cikgu Pra Sekolah. Sekolah ini jauh jugakla daripada rumah aku, dalam 25 minit macamtu dengan kereta. Sekolah luar bandar. Bolehla practice kot kot lepasni kena hantar posting dekat sekolah pedalaman ke kan. Hehe. First impression ; physically sekolah ni cantik. Bangunan nya berlatarbelakangkan bukit;  memang betul betul depan bukit. Even berdekatan sekolah ada kawasan rekreasi air terjun Lata Hujan. Bangunan sekolah 2 blok je, ada banyak lukisan mural, tampal tampal dekat dinding... Aku perasan ada lukisan mural air terjun dekat satu dinding ni. Lepastu dekat bawahnya ada kolam ikan koi. Seolah olah lukisan air terjun tu  mengalir ke dalam kolam. Mampak macam 3D sangat. Cantik. Nanti kalau ada masa aku ambik gambar ye, 





First day; aku tak mengajar pun. Aku tengok akak PPM (Pembantu Pengurusan Murid) yang handle budak budak. Aku blur gila kot, macam, apebende yang aku nak ajar, sebab tak tahu dia punya syllabus. Aku memang takde pengalaman langsung kot nak deal dengan budak-budak kecik. Seperti yang kita sedia maklum umur prasekolah (5-6tahun) sangat sangat crucial dalam tumbesaran kanak-kanak, mentally, socially & emotionally. Masa inilah diorang nak belajar berkawan, kenal huruf, membaca, kenal nombor, yang paling penting sekali... masa umur inilah nilai nilai murni perlu diterapkan. Aku takut aku merosakkan mereka, tak bagi didikan akhlak yang sepatutnya. Itu yang paling aku takut. Aku ni kau tahulah, memang tak ada sifat mak mak langsung. LOLS. I mean, aku bukan tak suka budak, sukaaa sangat but not as motherly love. Its more like, sisterly or kawan-kawan-kinda love. Paham tak?






Dealing with small kids, the art of membebel is very important. Bebelan kasih sayang orang kata, sebab budak budak kecik ni mesti selalu diingatkan, mesti selalu dipesan. This thing works like this and that thing works like that etc. Mesti selalu dingatkan benda yang boleh dan takboleh buat. It's like indoctrination, but in positive way. Penerapan nilai nilai murni. Benda yang kita ajar semasa umur beginilah yang budak budak akan ingat dan ikut sampai besar. So that explains why I'm so scared if I screwed them. Akak pembantu tu banyak sangat tolong, walaupun dia muda lagi tapi dia ada that motherly love. Aura ibu kot , hehe.  Boleh membebel and talk about disciplines and at the same time, penyayang pada kanak-kanak. Aku ni tunggu jadi mak dulu kot baru nak ada sifat mak-mak. Ada jugak terdetik perasaan bimbang dalam hati aku, boleh ke aku mengajar diorang sampai 3 bulan ni, luarannya nampak macam keje mudah ajar ABC 123 hakikatnya rasa berat sangat amanah nye. Tapi sebagai bakal kaunselor, bakal cikgu sekolah, takkan lah nak mudah putus asa. Aku akan cuba sedaya upaya cabar kemampuan diri; dan anggap tempoh 3 bulan ni sebagai training mendisiplinkan budak-budak dan diri sendiri jugak. Target by the end of my job budak budak at least dapat membaca suku kata. Insyaallah... Berkhidmat untuk mengajar budak budak ni kerana Allah. Aminnn. Harap harap dipermudahkan.






First day macam yang aku cakap, kaku gila sebab taktahu nak ajar apa, blur. Second day (semalam) lepas buat research & dapat modul mengajar, improve lah sikit kot. Sikit. Pra sekolah ni, dia ada morning routine. Pagi pagi cikgu kena check kuku, baca ABC beramai ramai, mengira 1-10. Bagitahu peraturan, lepastu ulang dan ulang hari hari. Ada script dia. Kalau cikgu tu kreatif sikit, boleh tambah menyanyi menyanyi ke... Nak makan, nak balik pun sama ada routine/script. Haa.






Harini (third day) banyak gila benda random yang berlaku. Betul betul first time experience lah. Ada budak terkencing dalam kelas. Itu satu hal. Hal kedua, time makan. Ada sorang budak ni. Nakal sikitlaaa. Lepas makan, dia bawak pinggan pegi sink. Tunggang langgang pinggan nye sampai sisa mihun & ayam terjatuh kat lantai. Lepastu aku suruhla dia kutip, tapi dia buat tak dengar. Suruh lagi, dia geleng geleng. Lepastu suara aku dah tinggi sikit. Aku cakap, KUTIP!!! Skali budak tu menangis! Burst into tears. LOLS. Garang sangat ke? Lagi satu, masa aktiviti dekat meja, aku duduk sebelah sorang budak ni. Tembam tembam sikit. Aku tanya dia, mana nama awak? (dia tak tulis nama dekat kertas) terus dia tulis, lepastu tunjuk kertas dia dekat aku. cikgu, ni... Kau tahu dia tulis nama dia macam mana?


B d Db  b 

LOLOLOL. Terus tergelak. Comel gila ok. Nama apedia yang awak tulis ni ...? Hahaha bajet bajet pandai je tulis nama sendiri ye?


Itulah. Baru 3 hari tapinye dah macam macam. Gembira, tapi stress sikit. Stress takut aku tak mampu berikan yang terbaik untuk budak budak tu. Aku kena lebih gigih. Research, prepare bahan mengajar, etc. Nasib baik akak pembantu tu sangat sangat banyak menolong. I want to learn everything from her. Malu jugak sebab takde pengalaman, tapi takpelah first timer kan. Kenalah buang perasaan malu, learn, & improve. Kalau tak belajar & tak improve itu baru patut rasa malu. Ok so thats all. Banyak pulak masa aku menaip kan. Dahla. Lain kali pulak. Wish me luck ya, byeee! :)


*all pictures are credited to Lomography galleries




02 March 2013

Le Tour De Langkawi (LTDL 2013)



Khamis lepas satu bandar Tanah Merah digegarkan (lols) dengan kehadiran pelumba-pelumba siri jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi. Tanah Merah merupakan lokasi penamat perlumbaan yang bermula di Kuala Terengganu. Aku plan dengan Kakza nak pegi KB, tapi bas tak boleh jalan sebab banyak jalan disekat, kena tunggu habis acara dulu baru bas bergerak. 




200m sebelum penamat




Masa ni orang tak ramai lagi dekat tepi tepi tu, ramai budak sekolah je kah kah. Kalau semangat bolehla cop tempat awal awal tapi aku kurang semangat so pegi pekena tomyam siam dulu hehe.




Baru keluar daripada kedai makan, terdengar orang ramai bersorak. Cepat cepat menyelit cari pot cantik. Elok elok je , 5 menet lepastu kot? pelumba pun sampai. 




Aku dengan Kakza tak duduk dekat line penamat, sebab kalau duduk situ kau boleh nampak dia pecut je, lepastu hilang dah. Lagipun situ ramai budak budak sekolah je yang tepuk dinding tu. Haha. 




Kitorang duduk ke depan lagi. 300 meter lepas garisan penamat. Bila dah lepas penamat & diorang dah slowkan basikal, haa baru boleh usha dekat sikit. *wink wink




Baik punya mamat ni orang duduk pegang kamera, dia datang landing depan. Macam muka Joe Jonas zaman muda muda dahulu. Keding je. Haha.




Ai lama pulak duduk depan neh. Ingat ini fesyen show ka?




Lepas habis tu diorang bermandi manda. Bomba yang mandikan. Awal awal dah get ready dengan hos besar. Photographer ade je yang pegi ambik gambar dekat. Siap berbungkus dengan plastik taknak bagi kena air. Kitorang yang duduk jauh ni pun tempias. 





Dekat belakang ni tempat van team pelumba, & kereta yang angkut basikal diorang. Round round kejap, usha mana mana yang boleh dijadikan menantu. Kepada ibu bapa aku.




Arghhh tudung tak jadi! Macam mana nak cari menantu kalau tudung pun dah herot benyot. Atas bas baru aku perasan rupanya anak tudung dekat dalam tu berlipat lipat dekat dahi. Adoi apesal la selebet sangat. 




Masa snap snap dengan Kakza (aku yang macam beria) tiba tiba ada matsaleh keluar dari kereta, dia kemas cooler box besar lepastu dia kasi tumbler yang aku pegang tuh. Hahaha. Dia cakap, "Would you mind if I give you this?" Mula mula aku ingat dia suruh tolong buang. bila tengok eh macam baru n belum pakai lagi tumbler tu hihi. Agaknya dia nampak macam kesian sebab tudung belipat lipat kot, lols.




Tadaaa. Inilah Kakza (mempersembahkan)




Yang ini pelumba Malaysia kot. Taktahu. Silap ah pegi ambik gambar depan dia. Patutnya pegi duduk belakang dia sambil lambai lambai ke kamera. Ish. Tu pun takboleh pikir. 




Lepastu boring dah, yang hensem nye ramai tinggi tinggi pula tu tapi nak dijadikan menantu tak boleh. Berlainan bangsa agama dan negara satu hal, (yang baju hitam tengah duduk tu contohnya) hensem tu hensem dah. tapi makan macam jebon. macam sepuluh hari tak jumpa makanan, isk3. Lepastu naik bas & tunggu van van diorang ni semua blah, baru bas jalan. Pukul 2.30 bertolak, pukul 4 baru sampai KB. Ni semua korang punya pasal! Grrr



Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE