02 March 2013

Le Tour De Langkawi (LTDL 2013)



Khamis lepas satu bandar Tanah Merah digegarkan (lols) dengan kehadiran pelumba-pelumba siri jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi. Tanah Merah merupakan lokasi penamat perlumbaan yang bermula di Kuala Terengganu. Aku plan dengan Kakza nak pegi KB, tapi bas tak boleh jalan sebab banyak jalan disekat, kena tunggu habis acara dulu baru bas bergerak. 




200m sebelum penamat




Masa ni orang tak ramai lagi dekat tepi tepi tu, ramai budak sekolah je kah kah. Kalau semangat bolehla cop tempat awal awal tapi aku kurang semangat so pegi pekena tomyam siam dulu hehe.




Baru keluar daripada kedai makan, terdengar orang ramai bersorak. Cepat cepat menyelit cari pot cantik. Elok elok je , 5 menet lepastu kot? pelumba pun sampai. 




Aku dengan Kakza tak duduk dekat line penamat, sebab kalau duduk situ kau boleh nampak dia pecut je, lepastu hilang dah. Lagipun situ ramai budak budak sekolah je yang tepuk dinding tu. Haha. 




Kitorang duduk ke depan lagi. 300 meter lepas garisan penamat. Bila dah lepas penamat & diorang dah slowkan basikal, haa baru boleh usha dekat sikit. *wink wink




Baik punya mamat ni orang duduk pegang kamera, dia datang landing depan. Macam muka Joe Jonas zaman muda muda dahulu. Keding je. Haha.




Ai lama pulak duduk depan neh. Ingat ini fesyen show ka?




Lepas habis tu diorang bermandi manda. Bomba yang mandikan. Awal awal dah get ready dengan hos besar. Photographer ade je yang pegi ambik gambar dekat. Siap berbungkus dengan plastik taknak bagi kena air. Kitorang yang duduk jauh ni pun tempias. 





Dekat belakang ni tempat van team pelumba, & kereta yang angkut basikal diorang. Round round kejap, usha mana mana yang boleh dijadikan menantu. Kepada ibu bapa aku.




Arghhh tudung tak jadi! Macam mana nak cari menantu kalau tudung pun dah herot benyot. Atas bas baru aku perasan rupanya anak tudung dekat dalam tu berlipat lipat dekat dahi. Adoi apesal la selebet sangat. 




Masa snap snap dengan Kakza (aku yang macam beria) tiba tiba ada matsaleh keluar dari kereta, dia kemas cooler box besar lepastu dia kasi tumbler yang aku pegang tuh. Hahaha. Dia cakap, "Would you mind if I give you this?" Mula mula aku ingat dia suruh tolong buang. bila tengok eh macam baru n belum pakai lagi tumbler tu hihi. Agaknya dia nampak macam kesian sebab tudung belipat lipat kot, lols.




Tadaaa. Inilah Kakza (mempersembahkan)




Yang ini pelumba Malaysia kot. Taktahu. Silap ah pegi ambik gambar depan dia. Patutnya pegi duduk belakang dia sambil lambai lambai ke kamera. Ish. Tu pun takboleh pikir. 




Lepastu boring dah, yang hensem nye ramai tinggi tinggi pula tu tapi nak dijadikan menantu tak boleh. Berlainan bangsa agama dan negara satu hal, (yang baju hitam tengah duduk tu contohnya) hensem tu hensem dah. tapi makan macam jebon. macam sepuluh hari tak jumpa makanan, isk3. Lepastu naik bas & tunggu van van diorang ni semua blah, baru bas jalan. Pukul 2.30 bertolak, pukul 4 baru sampai KB. Ni semua korang punya pasal! Grrr



No comments:

DISABLE