09 February 2013

An Evening Bus Ride


Assalamualaikum. Hai. 


Harini aku ada undangan majlis perkahwinan, tapi since Kancil yang aku biasa pakai ulang alik ada problem takboleh nak start, aku terpaksa suruh ayah hantarkan aku ke Machang dari Tanah Merah. Dekat sana aku jumpa Kakza lepastu baru gerak sama-sama ke rumah pengantin. 






Balik daripada rumah pengantin, aku mintak Kakza berentikan aku dekat bus stop. Nak suruh ayah datang ambik memang takboleh sebab mak ayah aku dah pergi Wakaf Bharu, undangan perkahwinan jugak. Ai biasela cuti cuti ni ramai pulak orang nak menikah. Lepastu Kakza ada pelawa nak hantar aku balik Tanah Merah, tapi er tak payahla. Menyusahkan dia je lagipun takut jalan jammed. 



Sebelum pegi bus stop aku masuk Pasar Besar Machang sekejap. Sebab tak pernah masuk walaupun selalu je datang Machang. Nak usha usha apa yang ada. Barang yang dijual tak banyak beza dengan barang dekat Pasar yang aku biasa masuk dekat Kelantan ni (Tanah Merah, Pasir Mas, Rantau Panjang etc.) Aku sangat suka pasar pasar macamni sebab barang dia murah, cantik, makanan pun sedap-sedap, ada macam macam makanan tradisional yang susah nak cari kat tempat lain dan sayur-sayuran yang fresh. Round punya round, aku terjumpa satu kedai ni, agak luas jugak la. Kedai ni menjual barang-barang jahitan dan kraftangan. Syok gila. Daripada labuci, manik bling bling untuk tampal/jahit dekat baju, renda yang lawa-lawa, semua ada. Dan lebih best lagi harga dekat kedai ni sangatlah murah. Mula mula aku ingat nak beli lepastu fikir balik, ah nantilah bawak contoh kain dulu. Takut dah beli, last last color tak matching. Lain kalilah. Bukannya jauh pun. Harap harap kedai tu tak lari la ye :p






Inilah dia stesen bas Machang. Very koboi you know, haha. Time aku sampai tak ramai orang pun. Adelah menunggu dalam setengah jam sebelum bas ke Tanah Merah sampai. Tambang tiket RM2.60. (mahal jugak) Inilah first time aku naik bas City Liner dari Machang ke Tanah Merah. hehe jakon jakon. 






Aku suka naik bas, keretapi, sebab aku suka tengok pemandangan. Sambil tu boleh berkhayal, layan lagu dekat mp3. Syok wohhh. Pernah tak dengar orang kata, kalau kita nak kenal budaya/masyarakat sesuatu tempat tu, naiklah public transport dia. Bas ke, keretapi ke. Sebab bas dan keretapi akan lalu kawasan yang agak terceruk, semua tempat dia keliling. Macam macam jenis orang, tempat, yang kau boleh tengok. Betul tak? Okeylah. Sebenarnya aku tipu je. Takde sape sape yang kata pun tapi aku yang reka sendiri. hehe Kau rasa betul tak?






Kemudian dekat dekat nak sampai aku suruh pakcik drebar bas tu berenti betul betul depan rumah aku. Rindu naik bas sebab dah lama tak naik. Dulu masa belajar selalu jugak naik bas UPM, naik bas Rapid, bas masa study trip, bas pegi jenjalan merayap... Hmm tak sabar nak go through new adventurous journey dengan all sorts of public transport. Aaaaa excitednya! Semoga dipermudahkan dan semoga tak clash dengan aku punya jadual interview. OK bye bye semoga berjumpa lagi di lain entri.



No comments:

DISABLE