24 January 2015

Vietnam Day 8 Tan Son Nhat Airport & Total Expenses




Dah masuk entri Vietnam terakhir. 


Perjalanan ke airport dengan bas mengambil masa 30 minit dan International Terminal ialah perhentian bas yang TERAKHIR. Dia punya Domestic Terminal dan International Terminal terletak di bangunan yang berbeza, agak jauh jugak so jangan tersalah turun nanti jenuh nak berjalan kaki ye.


5pm : Tan Son Nhat International Airport, Ho Chi Minh

Awal lagi. Aku pegi lepak minum kopi ais sambil layan wifi , lepastu edjust backpack lagi suruh nampak kecik. Aku pikir pikir cemane la nak bagi ringan lagi eh? Berdebar jugak sebab dengar banyak cerita pasal airport Ho Chi Minh ne. So aku keluarkan jaket, baju kameja selai, dengan baju tshirt berhoodies. Aku nak buat keje gile pakai lagi 3 lapis baju hahaah padahal sedia ada dah pakai tshirt dengan kemeja. 


Nasib baikla bila masuk toilet tu aku berpikir dengan rasional ... aku rasa macam melampaunye kalau pakai baju sampai 5 lapis hahahaa. Nanti karang dekat imegresen polis tu raba raba eh apesal banyak lapis sangat baju kau ni hahha so aku pakai 4 lapis je. Tshirt berhoodies tu tak pakai. Pukul 7.00 malam baru naik ke Departure Hall. 




Ni je beg aku. Please lepas. Pleaseee...

Mula mula aku pegi Money Changer dalam Departure Hall tu, tukar duit dong yang berbaki, 200.000 dong dapat RM30 je adoi. Takpelah dah lepas makan dekat KLIA2 nanti hahaha.


Dah tukar duit, 7.10 malam aku pegi kaunter Airasia untuk verify document (boarding pass dengan passport) dan timbang check in baggage. Backpack aku 7.7kg. Diorang lepas je, tapi kena masukkan sleeping bag dalam backpack. Sebab 1 Cabin Baggage + 1 Laptop Bag OR 1 Handbag. Diorang kata sleeping bag is not either laptop bag or handbag, takut tak lepas dekat boarding gate nanti. Aku pun pegi lah kerusi dekat tepi... selongkar balik backpack. Gilo sungguh. Sleeping bag masukkan dalam, dan keluarkan bag kamera aku sebagai handbag. 

Tengah duk menyelongkar tu tibe tibe aku terdengar... Miss Nuwul Syahila Mansor bla bla flight AK525 to Kuala Lumpur please proceed to Gate 19 for FAST BOARDING ......

NAMA KENA PANGGIL WEYYY! Terkejut gila aku masa ni rasa nak menggelupur dekat situ jugak haha tak pernah seumur hidup kena panggil nama. Glemer sekejap. Ape lagi mencicit aku berlari masuk ke dalam dengan beg ape semua. 



1) 7.17pm : PASSPORT CHECK

Kaunter imigresen nye banyak, tapi ikut nationality. Dahla lama gila pegawai tu check passport sorang sorang. Cuak dol. Kalau ter tinggal flight lagu mana? Depan line  aku ada 3 orang pakcik aku agak dari Jepun. Semua macam orang bisnes bisnes segakkk haha. Dalam pada cuak tu aku tengokla boarding pass aku. 

Boarding Time  19:35

19:35 tu maknanya... pukul 7.35 malam!!! Laaa macam mana la tadi aku boleh tersilap ingatkan boarding pukul 8:35. HAMSAPPPP!!! Aku bab bab nombor ni lemah sungguh la. Padanla kena panggil nama bagai, aku bajet masuk pukul 7 dah awal gila haha. Lepastu aku mengintai tiket pakcik Jepun yang beratur dekat depan.  Tiket pakcik Jepun tu Thai Airways kot, boarding pukul 815pm. (Masa ni the same guest yang tengah check passport tadi tak siap siap lagi tau). So aku pun cuit dia dan tanya What is your time? sambil tunjukkan masa dekat tiket aku.


 Tapi dia macam takpaham kot, dia angguk angguk je. Dah aku pun tak explain betul betul cuak sangat. Aku macam, alah pakcik ni. Lepastu dia pandang depan. Senyap. Muka dia macam berpikir pikir. Tiba tiba buat muka terkejut. Dia pusing, mintak tiket aku dan tengok balik. Heyy!!! You're very late!!! Terus dia bagitahu pakcik lagi 2 orang dekat depan dan diorang semua bagi line dekat aku hahahaha terharu gila weh! Thankyou Thankyou Lepastu terus giliran aku. Masa aku tengah menunggu check passport diorang bertiga macam bercakap sesama diorang betapa nya aku dah lewat gila sambil tunjuk jam tangan diorang. Haha beriya je. Sebab Jepun kot, diorang kan mementingkan masa....





2) 7:25pm: SECURITY CHECK

Lepas dengan imigresen berlari pergi security check pulak. Nasib baikla tak panjang line dia... Terus letak backpack, letak handbag, letak topi tudung saji dan cross ikut gate tu. Kena raba dengan polis perempuan tu, OK CLEAR. Tapi... bag kamera aku tak lepas. Kena lalu balik ikut scanner tu sampai 2 kali. Lepas kali ketiga, security tu bagitahu kena bukak beg tu sebab ada something. PULAKDAH! 


Aku dahla lambat. Haaaa aku tahu dah... Ni mesti sebab pisau aku tu kan? Kalau nak tahu... bila travel mana mana especially sendirian aku akan bawak stationary knife tu masuk dalam poket. Terus aku meh sini meh meh, ambik beg aku tu lepastu selongkar selongkar, bawak keluar pisau tu daripada satu ruang berzip dan bagi dekat security tu. Hahahaha gile ingat cite rambo ke nak bawak pisau naik flight hah? 

OK, DONE? Aku tanya security. 

Are you late?

Yesss!!! Can I go now?

Security tu angguk. Terus aku berlari macam tak cukup tanah. Flight aku dekat gate 19. Tapi yang sangat bersyukurnya, tak payah berjalan jauh. Dekat je turun eskalator dah sampai. Aku rasa kalau gate 19 dekat KLIA2 sah sah komfem aku miss flight dah. Alhamdulillah selamat semuanya. Flight boarding pukul 740pm, dan seat aku di tengah. Tapi window seat kosong so beralih lah aku ke window seat supaya dapat tengok view dan boleh sandar kepala hehe.






Siapkan jurnal sementara menunggu flight seterusnya ke Kota Bharu. Every related things (maps, entrance tickets, brochure) semua aku tampal dalam jurnal ni. 


TOTAL EXPENSES (8D7N) RM1080

Airasia KL-Hanoi & Ho Chi Minh-KL RM255
AIG Travel Insurance (Basic) RM39 *CLICK HERE
Hostels/Foods/Entrance Tix/Train Tix/Other transport RM700
Hoi An Hotel + HCM dorm (hostel.com via debitcard) RM91


Jumlah ni termasuk semua perbelanjaan. Sebelum bertolak aku tukar RM350 kepada Vietnam Dong dan RM350 lagi kepada US Dollar. Cukup cukup je. Cuma, aku tak masukkan sekali RM200 yang aku tukar last minute dekat Hoi An sebab duit tu pakai untuk beli souvenir semata-mata. Rasanya berbaloi lah jumlah ni dengan apa yang aku experience sepanjang di Vietnam ni. 


Pendapat peribadi aku, kos untuk travel tu takdelah terlalu mahal sampai beribu riban. Kalau saving seratus je pun dari awal tahun, hujung tahun dah cukup untuk pegi travel. Antara nak dengan taknak, antara kepentingan dengan kehendak... Kalau dah minat nak backpacking apa pun jalan hihihi okey terima kasih kerana membaca, maaf kalau tersalah bahasa dan semoga perkongsian yang bermanfaat. 


Bye Bye!



4 comments:

cEro said...

Seronoknya..!!
Tetiba teringin nak belek-belek travel journal tu...hehehe

Saffuan said...

Wah ada travel journal, saya pun ada buat jugak...

Anonymous said...

Ada clearance apa-apa tak dekat airport ho chi minh?

Cik AdiLa said...

bestnyee bce cite2 awak travel..

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE