23 June 2013

Singapore Day 2 : Singapore Art Museum & Esplanade


sambungan dari

Dari Chinatown aku pegi ke Bras Basah. Nak masuk Singapore Art Museum. Yang ini takpayah jalan jauh, keluar dari passage way terus nampak muzium tu. Tiket masuk $10, tapi kalau tunjukkan student card boleh dapat half price $5 je. Aku pun tunjuk ler student card UPM aku walaupun dah tak valid. Dia tengok sekali imbas je then dia kata okey. Bolehlah. Kakaka. Tiket ni boleh pakai untuk Singapore Art Museum & SAM@8Q Museum. Satu tiket untuk 2 muzium lah kiranya. 




The front view of Singapore Art Museum



Lepastu aku gerak lagi. Daripada Bras Basah aku gerak ke Esplanade. Sebab dia satu line, takpayah tukar tren banyak kali. Dekat Esplanade ni lah bapak segala kepenatan. Sebab berjalan jauh gila! Taktahu berapa banyak kilometer aku dah jalan. Rasa macam masuk merentas desa. Haaa nak sangat backpacking kan. Sekarang rasalah. Ini makan dia! Hahaha




Sorry bukan nak ambik gambar amoi tu. Tapi, nak tunjuk eskalator paling tinggi yang aku pernah naik. Actually escalators are almost EVERYWHERE. Short escalators, high escalators, flat escalators. Berapa banyak tenaga eskalator daaa...




Aku cari pintu keluar tak jumpe! Stress nyeee. Ikut terus lorong ni rupa rupanya sampai ke lobby dalam Esplanade, pintu masuk hall dah. Esplanade ni tempat stage performance. Ala2 Istana Budaya,  Dewan Filharmonik KLCC. Kemudian bila aku patah balik, baru jumpa jalan yang lurus. Dapat jugak keluar daripada bangunan ni. 



Berjaya keluar nampak langit yesss! 





Takde orang pun kat sini.

Aku jalan lagi sampai waterfront Esplanade tu. Duduk rehat kejap dekat bawah pokok sambil tengok pemandangan Marina Bay Sands dari kejauhan. Ramai jugak orang jogging tengah hari buta macamni. Mostly matsaleh la. Peliknyaaa. Jadah apa jogging time matahari atas kepala? 




Marina Bay Sands! 

Time ni aku pelik. Pelik sebab kelabuuu je view. Balik dorm malam tu, aku online baru tahu rupanya Singapore dilanda jerebu! Patutla kelabu semacam je view. Hari Jumaat tu belum teruk lagi, baru nak start.  




 Kat sini view lawa, sebab boleh nampak Marina Bay Sands dengan skyline Singapore. 




Mula-mula aku ingat nak jalan ke depan lagi, cross Helix Bridge ke Marina Bay lepastu naik MRT dekat Marina Bay. Tapi rasa tak larat dah. Aku risau nanti tak jumpa jalan yang soheh lepastu terpaksa patah balik. Wow, jauh tu nak patah balik. Jadi aku naik MRT dekat Esplanade tadi je, kemudian balik hostel simpan dulu barang barang yang beli tadi, rehat, kumpul tenaga. 





Ondaway nak ke MRT, aku masuk dalam Esplanade mall. Lol ada mall rupanya dalam ni tapi tak banyak kedai sangat, dan kebanyakannya jual peralatan muzik. And they have lovely decorations ;)




Okey dah sampai Bugis. Bersyukurnya. Ni lorong nak ke Sultan Mosque. Kat depan tu Arab Street. Belok kiri, hostel yang aku tinggal. Masa ni nak dekat pukul 4 dah, aku pegi solat Zohor & jamak Asar terus.



Lepastu cross jalan pegi makan dekat Zam Zam Alakazam lagi. Ha macam takde tempat lain dah nak makan.




Tu dia Singapore Zam Zam. Yang alakazam tu aku tambah je hihi. Macam biasa order Roti Telur dengan Teh Ais dengan harga $3. Lepas makan, terus balik dorm. Nak rehat! Aku dah rinduuu katil. 




Ternampak lorong ni. Ada grafitti cun punya. 



Masuk dorm, aku perasan ada orang baru masuk. Chinese girl. Friendly je (finally ade lah dorm mate yang friendly). Mula mula tu speaking dengan dia, poyo gila. Rupanya dia dari Malaysia jugak, keje KL datang nak tengok konsert artis Taiwan apedia tah. Terus bercakap menggunakan Bahasa Malaysia. Semangat kenegaraan sangat. Satuuuu Malaysia! Hahaha. Lepas borak borak aku mandi, guling guling atas katil hilangkan penat sambil main mesej dengan mak aku. Malas nak keluar rasa nak lepak atas katil je, tapi tak tido pun. Dalam pukul 5 barulah aku keluar balik. Nak naik river cruise! 



Bersambung... 


2 comments:

Umie Nadhirah said...

la orang m'sia jugak. haha

Syahira Mansor said...

@umie

haah orang malaysia jugak rupenye adoi kemain je kan.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE