07 February 2015

Trans Borneo 2 Miri - Brunei



Sambungan dari:



Day 2, Tuesday 16 September 2014
Miri - Brunei


Yahuuu dah sampai di stesen bas Miri selepas perjalanan yang sangat panjang...


Humble je stesen bas dia. Turun daripada bas, aku menjadi terpinga pinga. Azan Subuh kedengaran sayup sayup tapi dekat situ tak ada surau. Aku nampak tempat duduk tidak berbumbung di depan kedai menjual jajan yang terletak jauh sikit daripada tempat bas berhenti. So aku jalan kaki ke sana. Malas nak serabut dengan orang.


Tiba tiba... lelaki India Mumbai 2 orang yang duduk depan aku dalam bas tu , kalau korang masih ingat cerita aku dalam entri lepas... tiba tiba diorang datang dan duduk bertentangan dengan aku. Ai menyibuk betui. Lelaki pertama tanya macam macam soalan yang menguji minda dan kesabaran. Lepastu dia minta Facebook (amboi) tapi aku kata tak ada. Tup tup sekejap lepastu aku pegi scroll timeline FB depan dia hahaha OPPS!




Mereka datang tanpa diundang dari arah sana.... 


 Tak lama lepastu member aku datang ambik. Member aku ni Cikgu Kabong jugak, dia memang asal daripada Miri. Kitorang pegi makan dekat sebuah restoran, borak borak dan dalam pukul 7.30 pagi member aku hantar aku balik ke stesen bas. Aku akan teruskan perjalanan ke Brunei pulak. 

Miri sekadar persinggahan... mungkin lain kali kalau panjang umur boleh menerokainya.




Pukul 7.30 pagi di Stesen Bas Miri.


Oh ye, Hari ni 16 September. Selamat Hari Malaysia!!!




Kaunter tiket bas ada banyak, tapi yang menjual tiket direct dari Miri ke Bandar Seri Begawan cuma ada satu, iaitu kaunter bas Bintang Jaya yang terletak paling hujung di sebelah kanan.

Tapi ingat, kita bukan naik bas Bintang Jaya, mereka cuma agen jual tiket je. Bas yang kita akan naik ialah PHLS Express. Tambang RM50 dan kerani di kaunter akan mintak passport sebelum tiket dikeluarkan. 




PHLS Express 
Miri - Bandar Seri Begawan , RM50


Kekerapan bas dari Miri ke Brunei cuma 2 kali sehari iaitu,
pukul 8.15 pagi dan 3.30 petang

Jadi aku beli tiket pukul 8.15 pagi . Bas dia ON TIME. 
Jangan ter miss bas sudahla.

Sebelum naik bas aku ternampak lelaki lelaki India Mumbai tadi masih duduk di tempat yang sama. Tak tahu diorang tunggu sape. Dan mereka ternampak aku naik bas...




Begini lah keadaan dalam bas. Aku duduk di belakang supaya senang hendak selfie har har. Sebenarnya bas tak penuh pun.


Tiba-tiba perkara yang sangat menyayat hati telah berlaku, salah seorang daripada India tu rupa rupanya datang dekat bas bila dia ternampak aku tadi. Dia berdiri dekat bawah sambil lambai lambai ke aku dalam bas. Terharu sungguh hahahaha. 

Sejak bila kita jadi bestfriend ni? Belum declare bestfriend lagi masalahnya ni. Boleh jadi aku sahabat pertama yang mereka kenali sahaya tiba di Malaysia. Dahtu pulak aku melayan mereka dengan teruk sekali... nak add Facebook tak kasi, tanya soalan jawab acuh tak acuh, bila diorang datang duduk dekat aku tarik muka patbelas...... Berdosakah aku? huhuhuhu (kesat air mata).


Whatever.

NEXTTTT!




Penumpang akan diberi Arrival Card oleh konduktor bas untuk diisi. 


Mula mula bas berhenti di Sg Tujuh Checkpoint untuk check dan cop passport keluar daripada Malaysia. Tak lama lepas tu sampai di Kuala Belait Checkpoint untuk check dan cop passport masuk ke negara Brunei. Masa menjejakkan kaki ke dalam bangunan imigresen ni. Aku terhidu bau minyak atar yang sangat kuat lalu diri ini terasa seperti hendak menari tarian padang pasir.....




Beratur dia punya panjang macam nak ambik duit BRIM.




Seterusnya ialah pemeriksaan beg dan untuk perhatian, pemeriksaan adalah secara manual. Ya, manual. Maksudnya pegawai imigresen akan bukak dan selongkar beg kita depan depan tu jugak. Nasib baik aku sorokkan benda benda pelik yang aku bawa di bahagian yang lebih tersembunyi kalau tidak... ermm.




Akhirnya sampai juga ke Brunei. Excited aku nak tahu apa yang menarik dekat Brunei ni ya? Brunei kan negara pertama di dunia yang melaksanakan undang-undang Islam. Lebih menarik, tulisan jawi masih diguna pakai di sini. Semua signboard pejabat kerajaan, swasta dan bangunan kedai mempunyai traslation dalam tulisan jawi. So cute. 


Pukul 12 tengah hari, bas berhenti di tengah tengah Bandar Seri Begawan (dekat waterfront). Cuaca sangatlah panas. Malam ni aku akan stay dekat Pusat Belia. Pusat Belia ni kiranya tempat penginapan paling murah yang ada di Bandar Seri Begawan, iaitu $10 sahaja. Dia macam asrama dan di bawah seliaan kerajaan.


Aku berjalan lebih kurang 15 minit dari tempat aku turun bas tadi ke Pusat Belia. Sebenarnya bas tadi dah lalu dekat Pusat Belia, so aku takde masalah nak mencari balik bangunan dia. Tapi masa berjalan tu malu gila. Aku sorang je kot jalan kaki tepi kaki lima, dahla bawak backpack besar tengah tengah panas macamtuh. Traffic light nye pulak banyak, bila lampu merah kereta semua berhenti lepastu driver driver dalam kereta mewah tu semua macam pandang keji je... ape bende kah yang sedang bergerak dengan beg besar itu??? hahahaha




Bangunan Pusat Belia yang besar dan mudah dilihat. Kaki lima di sebelah kanan. 


Akhirnya aku sampai dekat Pusat Belia. Masuk dalam cari kaunter. Buat muka paling manis.

Assalamualaikum. Saya nak tanya, boleh tempah dorm lagi kah? 

Oh bahagian asrama bukan dekat sini. Pergi sebelah sana ya?

OK. 

Assalamualaikum. Boleh tempah dorm lagi? Untuk satu malam. 

Oh. Maaf. Minggu ni hingga minggu depan kita tutup asrama untuk pelawat luar. Asrama ada pakai untuk peserta program. 

HAH??? NO!!!!!!

Alamak.  Aku takde backup hotel lain langsung. Memang bajet nak stay dekat Pusat Belia je. Skali Dorm di reserved untuk peserta program pulakdah. Nak stay hotel takde duit. Mahal kot! Dahla aku belum tukar duit Brunei. OMG.


Takkan nak terus ke Labuan hari ni ? Eh. Tak boleh. Takkan takmau explore Brunei. Alang alang dah sampai. Rugi. Lagipun daripada semalam naik bas bontot dah kejung seperti batu bata, takkan nak sambung travel lagi? Baju taknak tukar? Taknak mandi? Taknak tidur elok, selesa, rehat sikit? Takboleh. Nanti sakit, susah. Macam mana pun, kena stay di Brunei jugak malam ni. 


Nak google cari hotel tak dapat sebab line Celcom aku dah disabled. Automatik jadi line telco Brunei, memang data plan disabled terus. Ah sudah. Tapi takpe, jangan panik dulu, kekalkan pedoman diri. Aku jalan kaki balik semula ke tempat aku turun bas tadi, dekat Kianggeh Market. Dekat situ aku ternampak satu resthouse yang macam murah. K.H. SOON Budget Stay. Lokasi dia depan The Brunei Hotel, tingkat atas. So aku naik dan tanya dekat kaunter. Ada bilik kosong tak? Alhamdulillah ada, tapi the cheapest room was $35 waaaa mahalnyaaa! Itu pun bilik air dekat luar and NO WIFI. Adui.


Life is not fair huhuhu tapi aku terpaksa ambik, karang takde tempat tidur pulak. Huhuhuhu




Aku tukar duit di sebuah money changer. Money changer ni letaknya di bangunan yang bertentangan dengan KHS tu. Cer teka dapat berapa dollar??? $78.40 dollar Brunei je wey! Aaaaaaa menangis lagi sekali...


Dengan duit tersebut aku bayar harga bilik $35 dan beli air botol oren $1.20. Air oren tu best, yang aku minum dekat Indon dulu. Dekat Malaysia belum ada jual lagi. Lepastu bila kira-kira, duit dollar aku tinggal $42.20 je. Bolehkah aku survive di Brunei sehingga hari esok berbekalkan duit sebanyak ini? Semoga aku tidak mati kebuluran.....




Inilah biliknya. Ada dua katil single, meja buruk, rak buruk dan aircond. Oldschool sangat bilik hostel ni. Layan jela. Aku berehat mandi sekejap, lepas Zohor nanti aku keluar mencari benda yang menarik di Bandar Seri Begawan ni.

...bersambung


3 comments:

cEro said...

Aku pernah sampai Brunei dulu...
Very humbling bila most of nama jalan dan nama bangunan dan nama kedai semuanya dlm jawi.
Dan katanya tingkat bangunan paling tinggi hanyalah 8 sbb tak boleh bina bangunan lagi tinggi dr menara masjid yg ada dkat atas bukit.
Fakta tu aku kurang pasti sahihnya, malas nak google...hehhee

Budak Letrik said...

Cerita ni macam cerita abang dulu.

Nak tidoq kat Pusat Belia tapi ada program.

Last-last menapak tido dekat KH Soon Hotel ni jugak.

Lari bajet terus !

Ridzuan said...

menarik.. 4hb april nanti sy dan kakak ke miri dari johor senai airport.. dah booked hotel di Miri.. Brunei dan Labuan via Agoda.. skrg tgh mencari info land n sea transport kat sana.. hrp ada yg dpt bantu..

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE