25 June 2013

Singapore Day 2 : Bumboat Ride at Clarke Quay


sambungan dari
Singapore Day 2 : Chinatown

Okay aku keluar dalam pukul 5 petang. Lewat la jugak. Aku nak pegi Clark Quay naik Singapore River Cruise (ataupun Bumboat). Tiket dah beli dekat receptionist hostel dengan harga $16; murah sikit berbanding harga asal yang dijual dekat kaunter tiket $18. Bajet keluar petang supaya boleh tengok sunset dekat Marina Bay. Hehehe.




On my way, aku lalu Haji Lane. Snap signboard. 




Lepastu intai intai dari luar je sebab nak cepat kan. Tak masuk jalan ke dalam pun. Sebab I smelled something fishy about this road. Ternampak sorang girl berdiri dekat kaki lima pakai dress sendat tengah isap rokok. Hmmm ? 




Deretan kedai berwarna warni yang comel. Just now I goggled, Haji Lane is a fashion street, everything here looks like a piece of art. Alahhh rugi ler pulak aku tak masuk sekejap! Try usha blog ni ada banyak gambar kat dalam Haji Lane. Even at the ends of this road ada mural art dekat dinding. Aku dah nampak mural tu daripada rooftop hostel aku, tak sangka pulak dekat sini. Nampak macam jauh je.




Okey dah sampai. Dalam 30 minit travel. Sebab dari MRT Bugis nak ke MRT Qlarke Quay kena tukar 3 tren. Keluar passageways daripada Central mall ni belok kiri, jalan sepanjang jambatan tu. 




Haaa dah nampak jeti bot nye, jauhh nun di sana. Macam biasa kena lah menapak! Masa ni kaki aku dah start lenguh. Dari semalam keje menapak je kan. Lepastu dekat MRT station semua orang jalan gila gila punya laju sampai aku terpikir, Ape ni? Ape ni? Apa yang berlaku? Laju laju ni semua nak pegi mana? Sampai aku sendiri pun terikut ikut jalan laju. Bertabahlah kaki ye!




Depan tu MICA Building. Tingkap dia color color, hijau biru kuning merah.




Tu dia jambatan yang aku lalu tadi. Ni belum sampai dekat jeti bot nye, haa boleh bayang tak jauh ke dekat kena menapak? 




Akhirnya sampai jugak dekat jeti Qlarke Quay. Cara sebutan dia ialah; Clarke K. Mula mula aku ingat Clarke Kueh. Nasib baik tak termalu depan orang sebab tersalah sebut. Heh. 







Bangunan dekat sini bercat color pastel.




Nampak tak bumbung warna putih kat tepi sungai tu? Dekat situ tempat orang minum minum. I mean, non-muslim punya minum. Haaa. Bangunan bercat pastel tadi tu ialah bar. Ada yang minum kat dalam. Ada yang minum open air kat bawah bumbung putih tu. Rasa tak syiok jugaklah masa berjalan ke sini aku tengok orang minum je. Tapi takde pape pun. 




Bila orang yang jaga pintu masuk tu bunyikan loceng (tanda dah boleh naik bot) aku terus berlari , berebut nak naik dulu. Sebab aku nak duduk dekat tempat takde bumbung tu. Berebut dengan sapadia taktahu. Bukannya ada orang pun. Perangai jakun laut dari kampung tu nak la bawak tunjuk ke tempat orang ye? Tsk tsk. Buat malu kaum keluarga betul. -_-" Petang tu cuma 7 orang je atas bot, termasuk aku. 




Jumpa dengan ibu & bapak ni dari Jakarta. (amboi tiba tiba jadi anak dia sesuka ati je panggil ibu bapak) Aku rasa sebaya dengan mak & ayah aku. Borak borak la dengan diorang. Diorang datang Singapore berdua je. Bila aku cakap aku dari Kelantan, bapak nya bilang dia pernah ke Kelantan, ada teman di Kota Baru. Aku tolong ambik gambar diorang berdua, bapak tu tolong ambikkan gambar aku pulak. Heheh




Ramainyeee. Kalau gaya macamni ramai, takdenye sempat aku nak berebut rebut. Ni mesti pelancong yang under tour agent, dia book satu boat terus. 










To cut story short, bot ni akan gerak daripada Qlarke Quay, lalu bawah skycrapers tu semua, hingga ke Marina Bay. Boat ride lebih kurang 40 minit. Sangatlah berbaloi. Sebab boleh nampak banyak benda, Marina Bay Sands, Butik LV yang terapung tu, Merlion, Esplanade, Flyers, macam macamlah. So bawaklah kamera best yang ada lens panjang boleh zoom jauh jauh ea.













Lepastu dia pusing balik ke jeti Clarke Quay tadi. Berenti je bot, aku terus turun cepat cepat. Sebelum gelap baik aku tinggalkan tempat tu cepat. 




The lights were on! 



Aku sampai Bugis dalam pukul 730 malam. Solat, lepastu beli Nescafe O Ais dekat Zam Zam (dahaga sangat) terus balik hostel. Simpang dekat hostel aku tu, ada restoran Arabic-themed. Dia beroperasi waktu malam je. Meriah lah dengan lampu lampu semua. Ramai jugak orang duduk sedut shisha dekat situ. Siap ada bonzer. Aku jalan cepat cepat, macam tak best pulak lalu depan orang ramai ramai tengah makan, sedut shisha semua. Time tu kaki aku dah lenguh gila. Tempurung lutut rasa lembikkk je. Nasib baik ada 7E betul2 depan hostel, beli Salonplas. (Lain kali kalau nak backpacking bawak lah siap2 alat perubatan dari rumah ye!). Aku nak tampal Salonplas tu dekat kaki kasi tahan sikit lenguh. Takde sesapa pun dekat dorm masa aku sampai. Leganya nampak katil kesayangan! Time tu rasa panas sangat, terus aku gi rendahkan suhu ekon. Dalam hati aku, hihihihi. Bajet licik lah sangat. Lepas mandi aku tampal Salonplas dekat lutut, betis, dua dua belah kaki bertampal Salonplas je, haha sangat melegakan benda ni! Sempat lagi naik rooftop online sekejap. Baru pukul 9 kot takkan nak tido dah?




Terletak di deretan bangunan kedai depan Sultan Mosque.



Kemudian dalam pukul 10 bila aku balik ke bilik, dah ada occupants baru. 2 orang caucasian, sorang nama Isabel orang Columbia kerja dekat France. Yang lagi sorang dari US kerja dekat Beijing. Jauhnye lahai datang. Diorang friendly, Isabel tu lawa, macam muka pelakon telenovela dan katanya dia dah travel banyak negara. Syiok nye. Aku pun dengan innocent nye cakaplah impian aku nak tengok banyak tempat, ni first time backpacking luar Malaysia. Lepastu ada ayat dia yang buat aku ingat sampai sekarang dia kata, "Its okay your time will come" Tak lama kemudian masuk lagi 2 orang traveller dari Belgium. Pun friendly jugak. Sebelum ni diorang travel dekat Malaysia 2 minggu, lepastu pergi Bali, sekarang baru sampai Singapore. Diorang pun dah travel banyak tempat Europe, US, Egypt semua. Jelos nye akuuu dengar. But they're all in their late 20's. So yeah, my time will come too. Soonnn. 



Pukul 12 baru tido. Aku mimpi tau, mimpi aku tu realistik gile (penat sangat kot? haha!). Aku mimpi, kemeja yang aku gantung dekat katil terjatuh. Lepastu pompuan Belgium katil sebelah bagitahu aku, Hey is that your shirt?!!! Pastu aku pun bangun ler nak kutip kemeja aku tu. Otomatik aku pun terjaga dari tido sampai terduduk. Hahahaha gile tak? Lepastu takboleh tido dah. Bersin 3-4 kali. Hidung soksek soksek. Pukul 4 baru terlelap. Pagi besoknye baru aku tepikir, aku pegi kuatkan ekon. Mesti bersin bersin sebab sejuk. Haa padan muka! Licik sangattt kan. Itu makan diaaa!  



2 comments:

Umie Nadhirah said...

yeah satu hari nanti masanya akan tiba hoho. bahaya doh kau jalan sorang lalu orang ada bonzer2 bagai tu haha. kau cool ^_^

jaja said...

Salam ^^

Baca trip Syira terasa nak repeat Singapore lg sekali. Last year pergi tak jalan mana sgt.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE