05 January 2018

South Korea Summer Day 5 – Seoul City Part 2


Pukul 5 petang, aku keluar semula untuk menyambung perjuangan yang belum selesai. Macam biasa asal lalu dekat Myeongdong food street tu mesti terbeli benda yang tak sepatutnya. Aku beli tteobokki 1000won, padahal memang nak keluar dinner pun sempat lagi membeli jajan.


Ok, aku decide nak ke Itaewon untuk dinner. Aku nak Korean food. Sebab esok dah nak balik dan masa first day dekat Itaewon belum sempat rasa Korean food dekat restoran halal dekat sana. So, naik metro lagi dari Myeongdong ke Itaewon.


Daripada Itaewon station ke kawasan masjid, there are many choices of halal foods/restaurant. Aku pilih EID RESTAURANT. Dia yang paling jauh, kena jalan lagi atas daripada Itaewon Mosque tu. Space dia agak limited dan meja pun tak banyak. Tapi, masa aku sampai tu masih ada meja kosong.


Aku order MEAT BULGOGI SET for 8000won ke 10000won tak ingat.



The meal consist of – 1) Main dish: Daging lembu dimasak grilled bersama cendawan dan ditabur dengan bijan; makan dengan nasi putih. 2) Side dish: Kimchi, ikan bilis goreng sira (manis) dan Caesar salad 3) Sup 4) Air sejuk kosong dan air Ribena sejuk

Bukan nak over but THIS IS THE BEST MEAL EVERRRR! All the hiking from Itaewon station to reach here is worth every sweat! Daging lembu tu kan, (dahla banyak) lembut sangat. Rasa dia nice je, rasa kicap campur black pepper. Ikan bilis sira tu pun sedap, salad pun fresh and should I tell you how much I like kimchi? Sampai bertambah sekali. Nak tambah lagi tapi segan pulak huhu. Sebab kalau nak tambah side dish percuma je takpayah bayar ye.



Habis licin makan maksudnya memang sedap la kan... haha




EID Restaurant - kecik je dan seat pun tak banyak...

Lepas dah makan dengan gembira, aku balik semula ke Itaewon Station.




Lokasi restoran memang sedikit jauh masuk ke dalam...




Itaewon Mosque (masjid terbesar di Korea) Kali ni tak singgah dah sebab aku dah solat jamak dekat hostel tadi...





Restoran halal memang banyak dekat area Itaewon... Cuma kena sediakan duit sahaja. Satu meal lengkap lebih kurang RM30 ke atas lepas convert. Hehehehe. Aku bajet dekat sini makan/minum RM200 untuk 5 hari, sebab aku bukan jenis makan banyak sangat. Sekali sehari dah memadai. Tapi bila sampai sini... terover sampai RM300+ untuk makan sahaja. Tapi, berbaloi sebab makanan dia sedap sedap dan kena dengan selera tekak aku...




Seterusnya... aku ambik tren daripada Itaewon ke Apgujong. 




Apa yang menarik dekat K-STAR ROAD? NOTHING! haha




Cuma dekat sepanjang jalan ni ada #gangnamidol, iaitu patung-patung bagi artis kpop terkenal. Yang minat kpop mungkin lebih tahu... Yang atas ni BIG BANG...




Yang ni SNSD ke ape??? Aku dah lupa...




Butik Gucci...

Deretan kedai-kedai mewah macam Gucci, Cartier, MCM dan sebagainya di sepanjang K-Star Road... Mampu tengok je. Sambil berharap ada artis Kpop baru habis shopping dekat situ, boleh ajak selfie heee

Tapi malangnya tak nampak hidung langsung. - , -




Aku cari bangunan SM ENTERTAIMENT sebab ikut map dekat jalan tu lah tapi tak jumpa. 


Aku sampai ke Myeongdong semula pukul 850 malam. Ni lah peluang terakhir sebelum balik esok. 



Setelah seberapa lama meronda, aku beli dekat outlet Nature Collection sebab banyak sale. Nature Collection ni, dia menjual produk jenama Beyond, Face Shop, Tomaru dan produk dia sendiri. Aku beli foundation Nature Collection (best gila, lembap lembap gituh); Toner & Facial Cleanser Face Shop, Face Shop Green Tea face wipe dan Face Shop Mist. 


Yang ni semua aku bayar pakai credit card sebab melebihi 30000 won maka dapat exempt duty. Lepastu masuk outlet Nature Republic beli soothing gel yang famous tu untuk my mom.




Dalam duk berjalan aku terbeli Banana Pancake dekat stall ni, harga 5000won tapi rasa rugi sebab biasa biasa je, bukan tak sedap tapi its just simple pancake letak Nutella dengan pisang harga 5000 won, overprice sangat, baik aku beli skincare! duhhh. (wah duduk Korea 4 hari dah start jadi skincare enthusiast )




 Waffle Nutella + Aiskrim tapi tak beli pun...


Aku balik hostel makan kejap dekat pantry, lepastu pukul 1000 malam aku keluar balik. Baru teringat aku terlupa beli stoking. Stoking dekat Korea ni lain macam comelnya. Aku beli dekat stall Myeongdong Station exit 6 tau, dekat situ beli 10 dapat 1 free, harga sepasang 10000won. Rambang mata sebab banyak sangat design.  Lepas dah siap shopping baru balik semula ke hostel. 




Senang duduk area Myeongdong, makan senang, shopping senang transport pun senang. Lain kali datang Seoul aku akan stay dekat Step Inn ni lagi ehhh macam dekat je nak datang datang lagi yek?




OK LAH. Esok awal pagi dah nak bergerak ke airport. Last night in Korea. Total perbelanjaan selama 6 hari 5 malam, lebih kurang RM1.5k tak termasuk tiket flight. Jumlah tu skali dengan kos makan & shopping jugak. Sepatutnya boleh kurang lagi tapi sebab banyak sangat makan huhu tak ada baki langsung...


Ok bye~ 

sehingga berjumpa lagi!



3 comments:

· 티카 런던 · said...

Wah best pegi Itaewon! The worse part about my korea trip is, peginya kemain lama tapi Itaewon langsung tak singgah. Terkilan betul.

Wah okay lah 6d5n dlm RM1.5k. Mine is RM2k for 2 weeks. Sebab makan semua masak sendiri, surprisingly bahan basah dekat pasar dorang tersangatlah murah!

Raydah said...

hi i followed u here #1375. do visit n follow my new blog.

reading this makes me miss korea. huwaaaaa

Rahsia Melancong said...

Salam owner blog Itik Kejam.
Mohon update blog list puan dengan blog Rahsia Melancong. Saya sudah masukkan blog puan dalam blog list saya di Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.

DISABLE