02 January 2014

Java Trip Day 6: Dago FOS & Flying Home



Hari terkahir di Bandung. Beg dah kemas siap siap. Lepas breakfast terus check out, tinggalkan beg dekat reception. Pukul 3 petang karang baru ambik... Sekarang jalan jalan dulu. 



Nilah tempat meja depan mart lepak lepak makan megi. 




Hotel Zodiak waktu siang. 



Naik angkot ke Jalan Dago. Angkot ni dia ada route yang tersendiri , satu route tambang Rp3000. Angkot ni lebih kepada pengangkutan untuk locals yang dah tahu dekat mana dia nak turun. Bila dah sampai dekat destinasi, depa akan jerit Kirikkk terus driver berenti. Kalau datang dengan family memang aku takkan bawak naik bende ni, bukan sebab servis tak bagus ke apa, tapi sebab kita yang tak biasa dengan tempat orang jadi blurr nak turun kat mana. Memang sangat menyusahkan, setiap kali naik nak kena tanya dekat mana nak turun nanti. Silap silap driver terlupa nak bagitahu, lepastu kena tunggu round lagi sekali. Angkot ni dia macam pusing ikut route dia je. 


Kalau datang dengan family mungkin tempah Supir je bawak ronda ronda dengan kereta, senang. Takde sesat birat naik angkot. Tapi sebab datang ni nak kenal tempat dan budaya orang, salah satu cara dia ialah blend with locals, try public transport, diorang so ok je naik angkot pon. 



Nak ke Jalan Dago kena tukar angkot 2 kali. Tu pun turun jauh sikit daripada Jalan Dago sampai jauh kena menapak. Nak stay makin lama dalam tu takut makin jauh pulak dia pegi, jadi turun dan jalan kaki jelah. Kebanyakan driver angkot yang aku jumpa sepanjang duduk dekat Bandung ni sangat friendly dan membantu. Aku kalau boleh taknak diorang tahu aku ni foreigner, kalau boleh nak orang ingat aku ni locals. So try sedaya upaya bercakap  Indon! Haha. Ape guna tengok sinetron selama ni kalau bercakap Indon pun tak reti kan. Kalau boleh taknak terkeluar pon Bahasa Melayu lebih lebih lagi masa dalam angkot. Bukan tak bangga dengan bahasa sendiri, tapi banyak kelebihannya kalau orang ingat kita penduduk tempatan. Takdelah jadi perhatian sangat kan. 




Berjalan mencari Jalan Dago.





Masa ni dah sampai ke Jalan Dago. Sepanjang jalan ni ada banyak Factory Outlets (FO). Nak lah tengok ape yang best sangat dengan factory outlet semorang duk kecoh kecoh tu kan? 




Start dengan Morning Dew dulu. Lepastu masuk dan keluar ke beberapa outlets yang lain. Tapi tak beli pape pun. Last last beli sepasang collar shirt untuk ayah dan atuk aku. Dekat sini macam FO yang tak glemer sangat. Kalau yang glemer orang kata Rumah Mode, Secret dan lain lain tapi ingatlah bahawa aku ni kan pakai angkot sebagai pengangkutan utama tu pun dah sesat sesat. Jadi tak sempat nak mencari FOS lain yang besar besar. 




Dekat Jalan Dago ni ada outlet Kartika Sari . Bangunan dia sebijik je macam banglo. Ada macam macam jenis dan perisa kek dijual tapi aku ambik satu je Brownies Kukus untuk family. RM11 lebih kurang sebijik. 





Kemudian kembali ke city centre. Berhenti solat di Masjid (ape dah lupe nama) dekat Jalan Asia Afrika. Masjid ni sangatlah besar!








Sebelum balik ke Hotel Zodiak untuk ambik beg , singgah dekat Pejabat Pos Bandung untuk kirim poskad kepada diri sendiri . 




Naik Avanza yang disediakan pihak hotel ke airport Bandung. Perjalanan selama 10 minit dan dicas Rp50.000 sahaja. 




Bandara Husein Sastranegara Bandung. 
Airport dia agak besar berbanding airport di Jogja tempoh hari. 


Airport tax (foreigner) Rp 75.000
SEMUA WAJIB BAYAR. NANTI DIA TAMPAL STICKER BUKTI PEMBAYARAN DEKAT BORDING PASS.


Lunch dulu depan airport. Aku order lauk ni nampak sedap tapi manisss! Seksa nak habiskan. 


AWAS!

AirAsia sini strict gila bab berat beg tau. Aku dengan member aku ambik baggage 20kg (kongsi) maksudnya sorang 10 kilo. Kitorang dah edjust comel comel supaya luggage 20kg. Tiba tiba lepas check in luggage semua, kerani Airasia tu suruh timbang sekali hand carry! Time tu handcarry aku ialah backpack aku yang besar tu lah. Dari segi saiz , memang lepas. Tapi bila timbang sampai 9 kilo. Dia tak bagi bawak naik kabin, samada kurangkan berat backpack atau bayar extra and check in skali. Hamsap betul. 


Aku tak expect pulak hand carry kena timbang, selama ni dekat Kuching ke Sibu ke KB ke LCCT ke, takde pun kena timbang, as long as saiz menepati, boleh bawak naik kabin. Oh. Aku lupe sekarang dekat negara orang. Bayar jelah RM100 (kongsi 2 orang) untuk check in backpack aku dan beg kawan aku. Nasib baik ada duit lagi! Tu pun duit Malaysia yang terpaksa ditukar ke Rupiah di saat saat akhir.




Aku nak pegi tukar duit, baru nak keluar daripada bangunan tu baru teringat kitorang punya passport tinggal dekat kaunter. Aku paksa suruh member aku pegi ambik, mana boleh pegang passport suka suka ati macamtu kan. Member aku ambik tapi yang dia punya je, yang aku kerani Airasia tu pegang. Hmm teragak jugak mula-mula. Takpelah nak cepat. Pegi tukar duit , cepat cepat pegi kaunter tu balik. Nak dijadikan cerita masa aku sampai kaunter tu adalah sorang aunty Cina ni. Dia pegang passport merah , dia bagi dekat kerani Airasia tu. Dia cakap, Heyyy THIS IS NOT MY PASSPORT!!! Cepat cepat kerani tu ambik pastu bagi yang lain. Aku 200% sure bahawa passport yang dia tersalah bagi tu ialah passport aku! Nasib baik aunty tu perasan tertukar passport. Kalau tidak... Geram gila. Aku menyesal sebab tak kona balik mula mula tu untuk ambik passport aku, walaupun takde ape ape yang jadi. 


PENGAJARAN NYE, PASSPORT MESTI BERADA DENGAN KITA NO MATTER WHAT HAPPEN, IN WHAT KIND OF SITUATION . Kalau pihak authorities mintak untuk check ke ape sekalipun , tunggu sehingga mereka selesai, ambik balik passport tu. Pengajaran yang sangat berguna untuk masa hadapan. 


Satu lagi peringatan, Fridge Magnet sangat susah nak dapat di Bandung ni. Dekat Pasar Baru ada, tapi huduh gile. Yang smart macam macam design ada dekat kiosk airport harga RM13 seketul. Mahal nak mamposss. Kejadian dekat airport merosakkan mood aku. Fridge magnet mahal, kes hand carry kena timbang, kes passport... Panasss je rasa. 


Kepanasan terubat bila touchdown di LCCT jam 12 tengah malam. Aku lepak tido ayam dekat McD dengan member aku transfer gambar daripada kamera . Lepas Subuh bawak haluan masing masing. Aku naik flight terus ke KB jam 8.20 pagi dan tiba di Kota Bharu jam 9.20 pagi. La familia tengah menunggu bersama sama orang lain yang menunggu family diorang. Feeling keluar daripada arrival hall airport KB macam orang baru balik haji. Hahaha. Sebab masa kecik dulu aku tunggu atuk aku balik haji dekat situ. 




THIS IS KOTA BHARU! 




Jom balik ke rumahhh. 



Indonesia bagi aku cukup menarik dan ekzotik, Isyaallah kalau Tuhan panjangkan umur nak kembali lagi ke sana. Teringin nak trekking Bromo dan melawat Dieng. Kalau nak style backpacking lebih rileks, Jogja sangat sesuai. Tapi kalau nak datang bershopping , datanglah ke Bandung. Trip yang memberi 1001 pengalaman. Pahit dan manis, banyak pengajaran yang aku boleh gunakan bila nak bermusafir di masa hadapan. Kesimpulannya... mengembaralah melihat kepelbagaian manusia di muka bumi ini dan ambiklah manfaat daripadanya! 



2 comments:

affan said...

overall cost pergi sana berapa? wahhhh macam menarik je. thanks for sharing :)

Syahira Mansor said...

@affan
overall cost (makan, transport, flight tix, hotel, attraction) dalam 800-900. selebihnya untuk shopping sendiri-sendiri lah kot.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE