16 February 2015

Trans Borneo 3 Bandar Seri Begawan




Sekitar jam 2.30 petang aku keluar daripada bilik hostel. 
Apa yang menarik di ibu negeri Brunei ni ya?

Day 2, Tuesday 16 September 2014
Bandar Seri Begawan




Lokasi pertama ialah Tamu Kianggeh

Tamu Kianggeh ialah pasar yang menjual pelbagai barangan tempatan macam buah, sayur, makanan, kuih muih dan cenderahati. Malangnya masa aku masuk kebanyakan peniaga sedang berkemas nak tutup kedai dah. Kalau nak melawat, sebelah pagi lebih sesuai.




Daripada Tamu Kianggeh tu aku berjalan kaki ke tempat bas ekspres turunkan aku tengah hari tadi. Di situ ada beberapa pelantar kecil atas air , dan ada banyak bot kecik yang korang boleh naik untuk ke Kampung Ayer. Bot dikenali sebagai water taxi dan merupakan pengangkutan utama untuk ke Kampung Ayer.




Mula mula aku ingat kena tunggu bot penuh, rupanya kalau sorang pun dia bawak je ke sana. Tambang cuma $0.50 sahaja. 


Kampung Ayer, Bandar Seri Begawan


Kampung Ayer ialah perkampungan yang dibina di atas Sungai Brunei. Mengikut wikipedia, kampung ini merupakan kampung atas air terbesar di dunia dengan 42 kampung dan 30,000 penduduk.




Galeri Kebudayaan & Pelancongan Kampung Ayer


Pakcik bot suggest aku supaya turun dekat galeri ni. Aku tak ambik gambar di dalam, rasanya macam no camera allowed inside. Tapi menarikla jugak, dalam nya ada pameran, gambar, dan sejarah Kampung Ayer. Lepastu boleh naik ke menara peninjau galeri ni. Boleh tengok pemandangan 360 darjah daripada sini. 


Yang paling best, bila aku tulis nama dekat guestbook aku diberi sebijik badge I Love Brunei , for free! Hehehe jimat duit takpayah beli souvenir dah. Terima kasih :)




Kampung Ayer dihubungkan oleh walkaways macamni. Daripada galeri aku berjalan masuk ke kawasan perumahan pulak.




Rumah rumah di sini dikekalkan binaannya, kebanyakan diperbuat daripada kayu tapi ada je perumahan batu/simen yang baru dibina. Dekat area galeri tadi.




Walkaways kayu yang menghubungkan rumah-rumah di sini. 


Kampung Ayer sebenarnya mengingatkan aku pada Kampung Hulu Laut di Kabong, Sarawak iaitu tempat aku mengajar. Lebih kurang macamni lah perkampungan dia ada laluan kayu ape semua, petang petang aku siap main basikal lagi atas laluan kayu tu. Cumanya, dekat Kabong perkampungan dia di tepi laut tapi yang aku lawati ni betul betul di atas sungai. Suatu pengalaman yang agak berbeza. Kalau ada masa aku share gambar dan story ya. 




Sepanjang explore Kampung Ayer ni, sunyi je. Jarang nampak penduduk. Agaknya panas panas macamni diorang berehat dalam rumah kot?




Di sini lah penduduk menjalankan aktiviti seharian. Kalau perkampungan biasa kita lihat motosikal atau kereta di depan rumah, dekat sini pulak boleh tengok bot di bawah rumah. Pehh. 




Tengah berjalan tu aku terserempak dengan seorang nenek, rasanya sebaya dengan nenek aku di kampung. Dia pelawa duduk untuk berehat dekat beranda rumah dia. So aku dudukla situ sembang sembang sekejap. Bila dia tahu aku travel sorang sorang dari Sarawak, haa terus kena bebel bahaya lah ramai orang hisap dadah la ape semua hahaha. Caring sangat nenek ni. Just like my own grandma hihi. 


Yang aku perasan, slang bahasa Melayu Brunei tak sama langsung dengan slang Sarawak atau Sabah. Mula mula aku ingatkan lebih kurang je tapi sebenarnya memang completely different. Diorang ada slang yang tersendiri. Kadang kadang ada perkataan yang aku blurr eh ape tuuu?




Lepas setengah jam berborak, aku bersalam dengan nenek tu. Sebelum berpisah dia berkali kali pesan supaya aku berhati hati. Baik!




Sebab penempatan ni besar sangat, they have their own sekolah atas air, surau, kedai makan, balai polis, balai bomba, dan sebagainya. Cuma aku tak sempat nak menjelajah ke sekolah dia sebab panas dan jauh sangat. Kalau boleh tengok best jugak ye macam mana la sekolah yang dibina di atas air! Takpelah mungkin lain kali kalau ada kesempatan.




Dalam pukul 3.20 petang azan Asar berkumandang. Aku nampak surau tak jauh daripada tempat aku berdiri. 




Kemudian aku ambik water taxi dan turun dekat dock betul betul depan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mall. Water taxi ni, kalau time dia bergerak pun kita boleh tahan (angkat tangan) dan dia akan berhenti. Yang aku naik ni, tengah2 laju bergerak, aku lambai dan dia boleh brek mengejut. Peh. Seriau tengok. Kali ni pun aku naik sorang, tambang tetap sama $0.50. 




Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mall


Bangunan ni sangat besar, dalam ada lot lot kedai tapi yang peliknya jarang jumpa budak budak remaja. I mean, kalau di negara kita (atau tempat tempat lain) biasanya yang ramai menyesakkan mall ialah golongan remaja. Tapi dekat sini jarang sangat. Dan tak ramai orang pun. Mungkin, sebab hari bekerja. 


Aku berjalan cari restoran yang bersesuaian dan paling penting dan cari yang ada FREE WIFI. Makanan halal memang tak ada masalah langsung dekat sini. Cuma... nak cari FREE WIFI sangat sangat payah! Masuk KFC takde, masuk restoran yang macam fancy fancy... pun takdek wifi! Penat dah keluar masuk kedai tanya wifi tapi semua takde. Aaaa aku dah menggelupur takdapat online. Teruk betul aku ni. Last last aku pikir, ah nasibla. 





Akhirnya masuk fastfood Jollibee (ada translation Lebah Gembira hehe) dan aku order set spagetti dengan coke ni cuma $3.50 boleh tahan la. Rasa macam nak beli je sekotak lagi ermm ermm..


Pukul 4.00 petang aku keluar daripada Yayasan dan berjalan ke Masjid Omar Ali Saifuddin. Masjid ni sangat besar, daripada jauh dah boleh nampak kubahnya yang bersalut warna emas.




Masjid Omar Ali Saifuddin




Masjid ni dikelilingi oleh tasik buatan. Rasa rasa macam berbentuk bulatan, entahla sebab luas sangat. Aku berjalan mengelilingi pagar untuk masuk melalui pintu pagar di sebelah kiri masjid. Aku tak berhenti klik pada shutter, setiap sudut sepanjang aku berjalan tu aku snap gambar. Takde orang pun dekat luar ni sunyi je. 




Jambatan yang menghubungkan kepada masjid




Masjid ni terkenal dengan kubah yang bersalut emas. Dulu masa budak budak aku ingatkan kubah yang besar tu. Rupanya bukan. If you can see the small thing at the tip of the big kubah, thats it. Yang itulah yang bersalut emas nye.




Malangnye... aku uzur masa dekat Brunei so tak dapatlah nak masuk solat dekat dalam masjid. Sekadar intai intai dekat luar je.




Besar gila dan cantik. Bila travel aku paling terhibur bila dapat lihat dan hayati seni bina yang unik. 


Dekat Terengganu banyak masjid besar dan cantik kan? Masa tengah tulis entri ni tiba tiba aku terpikir nak buat roadtrip drive dari Jerteh travel melalui bandar Besut hingga ke Kuala Terengganu, dan sambung ke Marang Dungun dan berakhir di Cukai.


Sepanjang perjalanan tu nanti aku akan singgah dan rekodkan masjid-masjid yang ada. Sebab kan, selalu kalau aku travel dengan family dari Kelantan ke Kuala Terengganu mesti banyak gila masjid yang kitorang jumpa sepanjang perjalanan. Setiap 1 hingga 2 km mesti ada masjid atau at least surau. Kebanyakannya pulak mempunyai seni bina yang cantik. Takpe, kalau ada peluang nanti boleh buat roadtrip ni hehehe. (cc: Kak Aza)




Kira kira pukul 5.30 petang, aku berjalan balik ke hotel. Dalam perjalanan pulang ternampak...


jeng jeng jeng... Gloria Jean's Coffees! Dan lebih best bila aku masuk dalam tanya ada wifi tak? Dia kata ada! Hahaha bersyukurnyaaaa ape lagi terus order Caramelatte (entahla aku tak pernah minum kopi mahal mahal sebenarnya, sekadar nak wifi je). Kebetulan hari Selasa diorang ada discount 30% for ladies (eh? ladies kah aku haha) so harga segelas kopi cuma $4.05. hehe. Aku melepak online dekat situ sampai pukul 7 baru aku balik ke hotel. 


Besok aku akan tinggalkan Bandar Seri Begawan yang serba mahal ni dan balik ke negara Malaysia. Besok aku akan cross ke Labuan menggunakan feri yay! 


......bersambung


No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE