05 January 2018

South Korea Summer Day 5 – Seoul City Part 2


Pukul 5 petang, aku keluar semula untuk menyambung perjuangan yang belum selesai. Macam biasa asal lalu dekat Myeongdong food street tu mesti terbeli benda yang tak sepatutnya. Aku beli tteobokki 1000won, padahal memang nak keluar dinner pun sempat lagi membeli jajan.


Ok, aku decide nak ke Itaewon untuk dinner. Aku nak Korean food. Sebab esok dah nak balik dan masa first day dekat Itaewon belum sempat rasa Korean food dekat restoran halal dekat sana. So, naik metro lagi dari Myeongdong ke Itaewon.


Daripada Itaewon station ke kawasan masjid, there are many choices of halal foods/restaurant. Aku pilih EID RESTAURANT. Dia yang paling jauh, kena jalan lagi atas daripada Itaewon Mosque tu. Space dia agak limited dan meja pun tak banyak. Tapi, masa aku sampai tu masih ada meja kosong.


Aku order MEAT BULGOGI SET for 8000won ke 10000won tak ingat.



The meal consist of – 1) Main dish: Daging lembu dimasak grilled bersama cendawan dan ditabur dengan bijan; makan dengan nasi putih. 2) Side dish: Kimchi, ikan bilis goreng sira (manis) dan Caesar salad 3) Sup 4) Air sejuk kosong dan air Ribena sejuk

Bukan nak over but THIS IS THE BEST MEAL EVERRRR! All the hiking from Itaewon station to reach here is worth every sweat! Daging lembu tu kan, (dahla banyak) lembut sangat. Rasa dia nice je, rasa kicap campur black pepper. Ikan bilis sira tu pun sedap, salad pun fresh and should I tell you how much I like kimchi? Sampai bertambah sekali. Nak tambah lagi tapi segan pulak huhu. Sebab kalau nak tambah side dish percuma je takpayah bayar ye.



Habis licin makan maksudnya memang sedap la kan... haha




EID Restaurant - kecik je dan seat pun tak banyak...

Lepas dah makan dengan gembira, aku balik semula ke Itaewon Station.




Lokasi restoran memang sedikit jauh masuk ke dalam...




Itaewon Mosque (masjid terbesar di Korea) Kali ni tak singgah dah sebab aku dah solat jamak dekat hostel tadi...





Restoran halal memang banyak dekat area Itaewon... Cuma kena sediakan duit sahaja. Satu meal lengkap lebih kurang RM30 ke atas lepas convert. Hehehehe. Aku bajet dekat sini makan/minum RM200 untuk 5 hari, sebab aku bukan jenis makan banyak sangat. Sekali sehari dah memadai. Tapi bila sampai sini... terover sampai RM300+ untuk makan sahaja. Tapi, berbaloi sebab makanan dia sedap sedap dan kena dengan selera tekak aku...




Seterusnya... aku ambik tren daripada Itaewon ke Apgujong. 




Apa yang menarik dekat K-STAR ROAD? NOTHING! haha




Cuma dekat sepanjang jalan ni ada #gangnamidol, iaitu patung-patung bagi artis kpop terkenal. Yang minat kpop mungkin lebih tahu... Yang atas ni BIG BANG...




Yang ni SNSD ke ape??? Aku dah lupa...




Butik Gucci...

Deretan kedai-kedai mewah macam Gucci, Cartier, MCM dan sebagainya di sepanjang K-Star Road... Mampu tengok je. Sambil berharap ada artis Kpop baru habis shopping dekat situ, boleh ajak selfie heee

Tapi malangnya tak nampak hidung langsung. - , -




Aku cari bangunan SM ENTERTAIMENT sebab ikut map dekat jalan tu lah tapi tak jumpa. 


Aku sampai ke Myeongdong semula pukul 850 malam. Ni lah peluang terakhir sebelum balik esok. 



Setelah seberapa lama meronda, aku beli dekat outlet Nature Collection sebab banyak sale. Nature Collection ni, dia menjual produk jenama Beyond, Face Shop, Tomaru dan produk dia sendiri. Aku beli foundation Nature Collection (best gila, lembap lembap gituh); Toner & Facial Cleanser Face Shop, Face Shop Green Tea face wipe dan Face Shop Mist. 


Yang ni semua aku bayar pakai credit card sebab melebihi 30000 won maka dapat exempt duty. Lepastu masuk outlet Nature Republic beli soothing gel yang famous tu untuk my mom.




Dalam duk berjalan aku terbeli Banana Pancake dekat stall ni, harga 5000won tapi rasa rugi sebab biasa biasa je, bukan tak sedap tapi its just simple pancake letak Nutella dengan pisang harga 5000 won, overprice sangat, baik aku beli skincare! duhhh. (wah duduk Korea 4 hari dah start jadi skincare enthusiast )




 Waffle Nutella + Aiskrim tapi tak beli pun...


Aku balik hostel makan kejap dekat pantry, lepastu pukul 1000 malam aku keluar balik. Baru teringat aku terlupa beli stoking. Stoking dekat Korea ni lain macam comelnya. Aku beli dekat stall Myeongdong Station exit 6 tau, dekat situ beli 10 dapat 1 free, harga sepasang 10000won. Rambang mata sebab banyak sangat design.  Lepas dah siap shopping baru balik semula ke hostel. 




Senang duduk area Myeongdong, makan senang, shopping senang transport pun senang. Lain kali datang Seoul aku akan stay dekat Step Inn ni lagi ehhh macam dekat je nak datang datang lagi yek?




OK LAH. Esok awal pagi dah nak bergerak ke airport. Last night in Korea. Total perbelanjaan selama 6 hari 5 malam, lebih kurang RM1.5k tak termasuk tiket flight. Jumlah tu skali dengan kos makan & shopping jugak. Sepatutnya boleh kurang lagi tapi sebab banyak sangat makan huhu tak ada baki langsung...


Ok bye~ 

sehingga berjumpa lagi!



02 January 2018

South Korea Summer Day 5 – Seoul City Part 1


Harini aku lewat bersiap. Pukul 9 pagi baru keluar. CONSIDERED VERY LATE. 
Plan harini free & easy around Seoul. Takde rushing rushing.

Destinasi pertama; National Museum of South Korea






Daripada Myeongdong naik metro ke Inchon ye. Terus sampai pintu museum. Yang bestnya, museum entrance is FREE OF CHARGE! Kat Korea ni aku perasan banyak attraction yang free, museums dia kebanyakan free tak macam dekat Jepun semua benda nak berbayar.






Museum dia sangat besar dan luas. Dalam dibahagikan kepada beberapa sections, dan ada 3 tingkat. Aku tak melawat semua pun. Actualy aku bukannya baca pun descriptions dia semua tuh hahahaha kau ingat aku rajin sangat ke?




Aku suka pergi museum sebab nak tengok design, architecture dan dia punya susun atur barang barang dekat dalam... gah ke tak gah.




Most museum mesti ada pasu ingat aku tak perasan ke HAHA. belakang rumah atuk aku dekat kampung ada banyak bijik pasu macamni.




Kawasan sekitar museum ni cantik, sebab ada Mirror Lake. Very worth visiting. Cuma gambar ni nampak gelap sikit sebab lighting kamera tak cantik. 

Daripada Inchon, aku bergerak naik metro ke Hyohyoen untuk ke Namdaemun Market. Nak shopping souvenirs, sebab dengar kata souvenir sini paling murah.




Namdaemun Market is soooo luas, terlalu banyak lorong yang boleh membuatkan kita sesat sebab soooo many shops and gedung, wholesale or retail. Kalau tersilap masuk bahagian wholesale pastu dia tengok kita bawak beg beg plastic dia memang tak layan sebab dia entertain orang beli borong je.





Barang barang Kpop pun banyak tapi too bad I came bila minat Kpop dah layu. So takde la mengusyar apa apa...




Hanbok comel untuk baby dalam RM60 ke atas... Nak beli pun takde anak lagi hewhew




Hasil tangkapan – TSHIRT ILOVE KOREA aku dapat harga 10000won untuk 3 helai, magnet boleh dapat dalam 5000-1000won sepaket, aku ada beli Swarovski brooch, dan mask Nature Republic. Mende entah beli dekat Namdaemun. Padahal dekat Myeongdong masuk keluar outlet tak beli beli jugak. Mask tu aku dapat harga 9500won untuk 10pcs + 10pcs and dapat lagi satu free, soooo cheap kalau dekat Malaysia sekeping mask dah RM5 – RM7 okey!


Aku beberapa kali singgah Tourist Centre (ada 2 kalau tak silap) untuk mintak direction sebab aku pening dengan tempat ni. Baik kita tanya awal, daripada sesat sesat dan membazir masa. Daripada Namdaemun Market, boleh jalan kaki sahaja ke Myeongdong. Dekat je Tak payah susah susah naik metro.







Kemudian singgah Seoul Central Post Office kirim poskad dekat diri sendiri and bestfriend. Poskad beli dekat Dongdaemun tadi murah boleh dapat 1000 won je kot sekeping. 


Lepastu, masuk ke area Myeongdong dan cuba teka aku pergi mana??? hehe this is one of the highlight of my trip… Myeongdong Cat Café! Location tak reti ah nak cakap, pandai pandai lah google ye. Dia dekat tingkat 3 bangunan.








Bayaran masuk 9000won quite expensive tapi included with drinks , korang boleh pilih daripada menu yang ada. Aku sampai dalam pukul 130 petang lebih kurang, masa aku masuk tu takde orang… its just me and the cats YAY! 





Tapi yang takbestnya tak boleh dukung kucing. Boleh petting je (usap usap dia) kalau bernasib baik dan hati kau ikhlas, dia yang akan datang pada kau hahahah.





Contohnya kucing yang ini... besar gila tahu tak. Aku rasa yang paling besar dalam cafe tu... Mula mula aku pergi usya dia macam tengah rehat tapi tak tido, aku usap usap kepala dia sampai dia high lepastu sekejap tu dia bangun duduk atas riba well… feeling macam ratu kucing sekejap hahaha.





Amboi buruknya gaya tidur... Sampai terkangkang...






Cat Café ni best gilaaa nak mampus sebab ada banyak kucing dari baka rare yang kita tak jumpa senang senang dekat belakang rumah. 




This one is so pretty...




And this one too. Lebatnya jambang kau dik...




Sekor sekor kepala besar dahla kepala berbentuk bulatan lepastu tengkuk dia macam tenggelam dalam kegemukan hahahah aku takjub gila tengok.




Jauh termenung, ingat kampung kerrr???




Setiap kucing dipakaikan dengan bandana dekat tengkok, kalau yang ber bandana color merah, pekerja dia dah pesan awal awal, kena hati hati sebab diorang jenis yang ganas sikit suka cakar cakar. 

Kat dalam ni jugak, kita kena pakai selipar khas yang disediakan dan beg dimasukkan dalam plastik untuk kebersihan. Yang bestnya... ada free WIFI ^_^




Kesimpulannya Cat Café ni sangat best kalau boleh aku nak stay sampai ke malam tapi itulah karang tak jadi keje pulak. Awalnya aku berkira kira samada nak pergi Cat Café ataupun Hello Kitty Café. 

Bila ditimbang balik… antara kucing real dengan kucing menipu, kau nak yang mana??? Ofkosla kucing real kan??? HAHA. Ternyata aku telah membuat pilihan yang sangat bijak!.So lepas 2 jam melepak, pukul 4 aku keluar dan balik ke hostel…


Solat dan rehat kejap. 

Kelaparan mula menjengah… (Sentiasa kebuluran)

bersambung...


DISABLE