16 December 2013

Java Trip Day 2: Borobudur & Prambanan UNESCO Site



Pagi esoknya jam 5.00 pagi pakcik Supir dah menunggu di depan Merbabu Hotel. Walaupun macam awal gila tapi cuaca dah agak cerah. Dekat sini Subuh awal. Ada lagi 2 orang newlyweds couple (local) campur aku dengan sorang lagi , terus ke van untuk memulakan perjalanan ke Borobudur. 



Borobudur Temple ni merupakan candi penganut agama Buddha terbesar di dunia yang siap pada tahun 825 masihi. Ia merupakan salah satu daripada warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO. Senibina yang berdiri sejak 1200 tahun dulu. Tu yang excited lebih nak pegi tengok. Tambahan pulak aku berminat dengan senibina dan struktur yang ada unsur unsur sejarah. 




Borobudur terletak di Magelang dan ambik masa kira-kira sejam lebih untuk sampai. Sebenarnya kan, nak naik public transport dari Malioboro tu pun boleh aku dah survey kaedah kaedah dia. Tapi beza harga dalam Rp10.000 - 20.000 je. So naik van dengan supir jelah. Cuma yang tak best dengan supir ni, masa untuk explore tempat tu agak singkat 2 jam setengah je. Aku rasa macam tak cukup. Tak taula orang lain kan. 


Cara ke Candi Borobudur Menggunakan Public Transport: 
(daripada Malioboro Street)

1) Ambil Trans Jogja bus Route 2A/2B to Jombor Bus Terminal (Rp3000)
2) Change to another bus to Borobudur Bus Terminal (Rp20.000/way)
3) Bas akan berhenti depan kompleks Borobudur
sumber: Yogyakarta Travel Guide 



Dalam perjalanan, ada lah 2-3 kali hujan turun. Langit mendung. Tak nampak matahari. Lalu satu area, kering. Lalu area lain, hujan pulak. Time tu aku dah dirudung kesedihan. Alahhh. Kalau hujan macam mana nak panjat Borobudur tu? Confirm licin. Macam mana nak snap gambar? :(( Semorang macam senyap je atas van. Hahaha. 




Inilah van yang kitorang naik. Selesa sebab 4 orang penumpang je kan. Akhirnya sampai jugak. Surprisingly, cuaca dekat Borobudur agak baik. Walaupun mendung tapi tak hujan. Sampai dalam pukul 6.45 pagi , gate bukak pukul 7 pagi jadi belum boleh masuk. 


Baru turun van terus ada penjaja serbu . Siap bagitahu nama dia Rudi. Dia jual fridge magnet Borobudur dengan miniature stupa Borobudur. Fridge magnet tu macam menarik. Tapi sebab di macam mendesak mendesak aku jadi menyampah. Hmm nanti lah Rudi oi. 




Dekat Borobudur ada dua pintu masuk , satu untuk local dan lagi satu untuk international visitors. Harga untuk international ni berganda ganda lagi mahal daripada local. Tapi bayar jelah dah nak sangat tengok kan. 


International Visitors: Rp 180.000
(complimentary mineral water & coffee)

sebelum masuk dalam , kena pakai kain batik dulu. Lilit dekat pinggang tu ha. 




Okey lepastu menapak la ke dalam tu untuk sampai je tapak candi. Kawasan dia luas. 






Pemandangan daripada atas




Ada maklumat pasal pembangunan semula Borobudur selepas letusan Gunung Merapi tahun 2006. Struktur Borobudur ni dilitupi dengan debu daripada letusan Gunung Merapi setebal satu inci. Berkepuk kepuk la gamaknye macam tepung gomak Borobudur masa tu. 




Ini lorong di tingkat yang lebih rendah. Dinding dia tinggi, and beautifully crafted . Penuh ukiran. Tak tahu lah motip ape lukisan lukisan tersebut. Sebelum panjat Borobudur ni ada orang offer nak jadi guide (berbayar la kot, takkan free free) tapi aku malas. Sebab kalau ada orang nak mengekor ni takde kebebasan sangat nak explore. Takpelah balik ni je lah baru aku google sendiri. 




Contoh crafted walls. Ada macam macam pesen dan gaya. 




Nak mengintai bawah tak sampai sebab dinding dia tinggi :(




Panjat lagi sampai atas. 




Tangga yang dipanjat tadi.




Okay now here we are. View cantik. Sepatutnya boleh nampak Gunung Merapi dekat depan tapi sebab cuaca mendung , langit berawan jadi tak nampak apa-apa. 




Pandangan sisi. Lower level tu empat segi, kemudian Middle level bentuk bulat, dan terdiri daripada stupa berbentuk loceng yang mengelilingi main dome yang berada paling tinggi. 




Lepastu kalau pusing belah mana pun sama je rupanya sebab dia berbentuk bulat kan. Dalam telangkup loceng ni ada patung Buddha. 




Tiba tiba ada satu yang hilang telangkup dia. Nampak ler patung Buddha dekat dalam tu. Mana pergi telangkup loceng tu taktaula. Sape yang berani pegi bukak. Misteri Nusantara sangat. 




Yang ni dari kanan kot. Borobudur ni dikelilingi bukit dan gunung ganang di sebelah depan, kanan dan belakang. 




View di sebelah kanan Borobudur. Tak sure gunung apa kat belakang tu.




Ada sorang omputih ni kan , aku nampak dia duduk mengendap mengendap dalam tu. Haha. Lepastu dia jolok tangan dia masuk dalam. Cari ape taktahu la. Seram aku tengok. Skali keluar senduk ke kapak ke (if you know what i mean) baru dia tahu erti penyesalan.




Macam ni jelah gambar yang aku mampu ambik.




Hmm tak berapa puas hati dengan kualiti gambar. Rasa macam buruk la, senget la. Photographer tak bertauliah lepastu kamera aku pulak. Hmmph macam hamsap je.




Okey ini pandangan dekat belakang. Nak turun bawah dah. 




Ada patung yang headless. Boleh jadi dicuri masa zaman dahulu kala. 




More carvings. Corak dia lain-lain.




Pandangan dari sisi. 




Nampak sorang budak ni duduk main pasir. Tapi janga main-main dengan dia sebab dia pakai cheongsam stail stail Chun Li. Dekat Jogja pun ade Chun Li? lololol 




Lepas turun tu baru ter baca sign board kaedah kaedah nak tengok Borobudur ni. Patutnya daripada bawah, keliling satu satu tingkat, naik, keliling kemudian naik lagi sampai atas. Dah macam buat tawaf! Hahaha. Agaknya dengan cara tersebut kita boleh get the most of this structure. Boleh explore semua carvings tu dan menikmati pemandangan daripada pelbagai arah. 


Malangnya masa tak berapa nak cukup. Sobs. And better datang pagi , sebab cuaca belum panas. Kalau panas sangat pun tak best jugak nak jalan jalan ambik gambar atas tu kan. 




Nampak tak Chun Li dekat depan tu dengan ayah dia? Hahaha. Chun Li sangattt kan. 

Dekat tepi tepi ni ada orang meniaga. Diorang baru nak bukak kedai kot. Time ni dah keluar daripada candi dan batik yang dipakai pun dah dipulangkan. Kau tau tak. Keluar keluar tu terus kena serbu dengan penjaja jual souvenir kiri kanan belakang depan, dalam 6-7 orang jugakla. Feeling feeling artis kejap peminat serbu nak mintak sign. Haha. 

Si Rudi tadi pun ada join skali. Buat taktahu je. Tapi menyesal pulak tak beli fridge magnet dengan si Rudi sebab lepastu, susah gile nak cari fridge magnet Jogja!




Masuk jalan lain, keluar jalan lain. Yang cerdik nya kerajaan Indonesia ni, dia buat kawasan kedai-kedai sepanjang pintu keluar daripada Borobudur ni. Nak tak nak pelancong memang kena mengadap peniaga-peniaga ni smeua. Dengan cara macam ni ramai penduduk yang boleh buat pendapatan. 




Banyak lagi kedai tutup. Sebab awal pagi lagi kot. Pukul 9.30 pagi rasanya.




Ada satu dua kedai je yang bukak. Asal lalu je terus jerit jerit panggil suruh beli. 
Mari Buk. Blanja Blanja Bukk! Haha. Nampak tak akak tu panggil aku?




Tour agent tu bagi kupon breakfast. This costs Rp10.000. LOL sangat. Kopi, roti bakar, dengan buah buahan. Aku makan roti dengan kopi je. Buah aku tak sentuh pun. 





Lepastu bergerak Prambanan pulak. Ambik masa dalam sejam setengah jugak la daripada Borobudur. Daripada 4 penumpang, bertambah jadi 6 orang. Semorang tertidur. Aku duk belakang layan pemandangan. 


*************************

Okey. Dari Borobudur akan ambil masa sejam lebih untuk sampai ke Prambanan. Kalau Borobudur candi bagi penganut agama Buddha, Prambanan pula ialah candi bagi penganut agama Hindu.



Pemandangan sawah padi sepanjang jalan ke Prambanan. Jalan dia nipis nipis je. Aku dah pelik. Takkan nak pegi attraction bertaraf dunia jalan kampung macam ni je ? Aku syak pakcik supir tu pakai short cut. 




Sampai di Prambanan dalam 1040 pagi , pakcik supir kata nanti datang balik ke van dalam pukul 1215 tengah hari. Dalam 2 jam je masa yang diberi. Sempat kerrr? Bagi yang takmau terlalu restrict dan nak lebih bebas explore , boleh naik public transport ke Candi Prambanan ni. 

Cara ke Candi Prambanan Menggunakan Public Transport: 
(daripada Malioboro Street)

1. Naik bas Route 1A di Halte Malioboro 1 ke Halte Prambanan (Rp3000/way).
2. Jalan kaki je seberang jalan untuk masuk ke Prambanan Compound Site. 
sumber: Yogyakarta Travel Guide 


International Visitors: Rp 162.000
(complimentary mineral water & coffee)




The view of Prambanan




Depan pagar. 




Sama jugak macam dekat Borobudur , kena lilit kain batik dekat pinggang. Tapi dekat Prambanan ni kain batik dia warna putih.  The trick is , kalau korang duduk dekat mana mana takdela kotor seluar, sebab lapik dengan kain tu kan. Hehehe. 




How did the batik looks on me? Okey tak? Kakak dekat pintu masuk tu yang tolong pakaikan. Dan dekat sini pun, pintu masuk bagi local dan foreigner adalah berbeza sebab harga tiket masuk pun berbeza. Foreigner kan kaya raya! Harusla cas mahal. Zzzz. 




Ada jugak sekeping gambar cover album. He he he. Trimas kepada fotographer!




Cantik kawasan nye. 




Dekat bawah ni ada runtuhan runtuhan batu. Part of the temple. Aku tak pasti dari awal macamni , or its because of 2010's earthquake. 




Di bahagian atas. Prambanan siap dibina pada 800+ masihi. Lebih kurang usia Borobudur jugaklah.




The biggest temple of all, Siva Temple. Kalau dilihat dengan mata kasar, ukiran Candi Prambanan lagi halus berbanding Candi Borobudur.  Dia main susun je ke macam mana ye batu bata tu semua? Kagum dengan architecture dia. Masih lagi berdiri selepas 1200 tahun. 




Nak masuk dalam Siva Temple ni boleh , tapi kena beratur. Jumlah yang masuk ke dalam tu ada limit dalam 50 orang pada satu satu masa. Lepastu kena pakai topi keselamatan. Dekat papan tanda bagitahu , struktur ni relatively stable. Aku tak masuk pun sebab malas nak beratur .




Candi Prambanan menerima kesan yang agak besar jugak masa gempa bumi Jogja tahun 2010. Tu lah , aku tengok dia punya susun macam tu je. Kalau gempa goyang goyang sure jatuh berterabur. Contoh struktur kat atas ni, jambul (pinnacle) dia tercabut masa gempa bumi tu. 




The unsurvived jambul :( 

Jambul struktur ni jatuh betul betul kat sebelah , dan tempat tu dipagar kemudian diletakkan tugu 'Saksi Bisu' untuk memperingati peristiwa tersebut. Cuba bayangkan pada hari yang hening pelancong duduk melawat tiba-tiba gempa lepastu kena timpa dengan benda ni . Nauzubillah scary nye. 




Aku takde bakat dalam fotografi. Main tangkap je gambar secara membuta tuli. Semua gambar yang aku tangkap macam buruk... Bila tengok balik album  I was like , ni je gambar yang aku ambik? I should take moreee! Kau bukan datang hari hari.




Dari sudut yang berbeza.




Lepastu ada muzium, tapi tak masuk sebab dah lewat. Lagipun nak makan lagi. 




Ada kebun rusa. 




Keluar je pintu pagar , ada barisan warung makan. Menu & harga sama  tapi nama kedai je lain-lain. Nampak tak orang yang berdiri dekat depan tu? Diorang semua akan panggil kita supaya datang ke warung diorang. Kira tukang promote ah. Mari buk, mari. Mari. Dahla serentak mem-promote nye. For a moment you'll go crazy. Apebende ni semua??

Sapa-sapa yang rasa macam kurang kasih sayang bolehla datang sini. Haha. Komfirm akan rasa macam manusia yang paling disayangi dalam dunia. Yelah dah semorang duk panggil panggil macamtu. Dilimpahi dengan kasih sayang sangattt. Haha.




Pada mata aku , benda ni unik. Jadi aku bukak beg , bawak keluar kamera nak snap gambar. Diorang yang duduk bising memanggil tadi , tiba tiba jadi senyap. Lol awkward nya! Tapi aku snap je. Haha. 




Lepastu masuk warung hujung yang paling kiri. Sebab ada sinar keikhlasan di wajah makcik yang memanggil ittew. 




Order Bakso Daging dengan Soda Gembira (air soda + sirap + susu). Murah je ni tak ingat dah berapa harga.




On da way cari pintu keluar ada gerai jual jual jugak. Kebanyakannya dibuka. Dan macam biasalah , bila kita lalu mesti semua nak panggil panggil. Baju ala-ala kimono tergantung tu cuma Rp45.000




Barangan kraftangan




Ada sape sape nak beli lesung batu ?


Rasa berbaloi dapat melawat dua UNESCO site harini. Dan cuaca pun menyebelahi. Nice nice je. Kalau tanya antara Borobudur dengan Prambanan mana lagi best , aku lagi suka Borobudur sebab dia tinggi dan dikelilingi gunung ganang. Tapi Prambanan pun ada kelebihan tersendiri. Sebenarnya ada 2 ketul binaan yang aku tak sempat usha dalam kawasan Prambanan sebab kesuntukan masa. Lagipun , jarak dia jauh. Penat nak menapak. Basikal ada disediakan untuk disewa. Syoknya kalau boleh mengayuh dalam ni tapi itulah. Masaaaa! Jeles sangat dengan aku. 


Okey tamat eksplorasi di Candi Prambanan. Pakcik supir hantar balik hotel. Dalam pukul 1.30 petang sampai Jogja balik. 



1 comment:

Anonymous said...

Ada kepercayaan setempat, bila mampu jolok dan menyentuh tangan patung Budha didalam. Maka harapan akan terkabul... Ya, tentu harus punya tangan yang panjang hahaha.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE