21 May 2010

10 Page Best Dekat Facebook


mari kita lihat antara page-page terhebat di abad ini yang pernah wujud dekat facebook



asal aku blaja math je mesti pening, asal pening je baru aku perasan, aku tengah blaja math rupenye. kesimpulannya aku TAK MUNGKIN satu pelamin dengan MATH. NO WAY.


yang ini, memang kegemaran impian masa silam. setiap kali cikgu (terutamnya cikgu addmath & cikgu yang mengajar subjek susah2) start citer pasal family, cinta silam, rancangan masakan kegemaran blah blah blah i will be quietly saying, "GOOD. GOOD. JUST GO ON WITH YOUR STORY SO THAT WE DON'T HAVE TO FINISH THE TOPICS" lepastu mesti ada geng sekelas yang buat-buat tanya soklan supaya cikgu jadi leka dan teruskan bercerita heh.


8. Barney


ok ini takbleh buat apa-apa, walaupun kau taksuke menyampah rasa nak lempang Barney namun tetap perlu hadapinya sebab aku sangatttt suka bukan suka sekadar di pinggiran tapi suka yang obses. cuma satu aku sedih, Barney tak pernah datang buat show atas ice atau buat sesi bertemu peminat dekat Malaysia. sebab kalau kau datang, pasti aku akan sampaikan mesej ini pada kau:


"hello Barney. i love you soooo much even though your face looks like a psycho serial killer animal, your voice is weird and the way you turn smaller in size at the end of the Barney&Friends show is way too creppy. but i love you, Barney. you are my childhood inspiration. i will always love you and your I-LOVE-YOU song"



this is one i'll recommend to all. 
sebab setiap hari page ni akan update 2-3 kali sehari, menghiburkan kita dengan jenaka (jokes) dan gambar (pictures) yang lawak.




page ni sangat comel. bila comel terus rasa nak buat simbol ;)
masa kecik-kecik dulu, zaman kita-kita semua berhingus, pendek (maksud aku lebih pendek drp sekarang) dan tidak bersalah (innocent) kita akan pergi depan kipas PANASONIC, bukak volume nombor 3 kemudian menyanyi depan kipas. do you still remember what sounds did we made? SUARA ROBOT. sangat cool ah main permainan ni. tapi tak WANGI. sebab bila berdiri depan kipas, orang lain akan dapat bau hingus kita tadi. yek kali sejuta.


aku taktau samada aku sorang atau orang lain juga merasa annoying bila dapat mesej yang tertulis:
K



aku takpaham fungsi page ni ape. nak bandingkan populariti FaraFauzana dengan pisang? aku join sebab aku suka warna pisang, kuning. orang lain? aku taktau ape motif join group ini.


yang ni sangat jelas lagi bersuluh. dekat facebook bukan main add orang tu, add orang ni. tapi dekat luar nak bertegur sape? HARREM. facebook ibarat medium nak stalk gambar-gambar orang untuk buat modal mengumpat. haish.




oh membace title page ini terus buat aku sentap. sebab muka aku slalu jugak la menyempat FB tu. aku pun rase bosan dengan diri aku sendiri sebab asal bukak tenet je mesti nak bukak FB. boring aku. kadang-kadang aku malu jugak, sebab bosan sangat aku post status banyak kali macam la orang nak heran kan. haha. whatever, aku takde twitter. (berpantun) heh.


page yang ni takleh belah betul. aku sangat yakin tukang cipta page ni mesti sengal giler, sebab dia punye info tulis macam ni:

Patrick Starfish ingin menjadikan Malaysia sebagai rumah keduanya. Tetapi undang2 Maritim & Lautan Dalam memerlukan setiap ahli dasar laut yg inginkan dua kewarganegaraan mengumpul 1 juta sokongan daripada rakyat negara yang dipohon.

Sokongan ini akan dimajukan kpd Perdana Menteri Malaysia & Jabatan Pendaftaran Negara utk dipertimbangkan. Kemahiran, keintelektualan & daya kreativiti Patrick amat diperlukan oleh Negara kita. Kehadiran Patrick sbg Public Figure akan meningkatkan nama Malaysia di persada dunia. Patrick juga boleh menyatu dan menghiburkan kanak2 kecil & kanak2 dewasa yg berada di Malaysia.

Alangkah bertuahnya Malaysia. Jadi kawan2, marilah kita sokong Patrick dgn menjadi fan page ini sebelum Patrick mengubah pendirian dan memilih negara Uganda sebagai rumah keduanya.

Sayangi laut bermakna anda menyayangi Patrick Starfish. 

and they even made an imaginery IC for Patrick!

marilah kita menyokong memorandum ini bagi mengenang jasa Patrick menghiburkan kita selama ini.


sertailah page-page ini sekarang,
untuk kebahagiaan masa depan.
(pantun lagi)


18 May 2010

Ingatkan Lin Dan tu Ding Dang , Rupanya ...

hari tu masa piala tomas dan piala ubir berlangsung, tibe-tibe semua orang sebok dan menyebokkan diri dengan badminton. tibe-tibe semua orang nak post status dekat facebook yang ada kaitan dengan tomas dan ubir. aku bagaimanapun, tidak turut serta kerana aku memang tidak minat dengan sukan yang mereka panggil badminton itu. sebab masa kecil aku tidak menyertai geng-geng budak tinggi yang main badminton kerana pada masa itu aku, well...... kecil

jadi aku beralih pada sukan yang lebih sesuai dengan ketinggian aku seperti ping pong dan gimnastik. ceh tak ah. 

ramai orang bercakap mengenai lin dan. 
contohnya, "WAH. LIN DAN SANGAT HEBAT" dan "AKU BENCI LIN DAN KERANA AKU HENDAK SOKONG MALAYSIA TAPI LEPAS LIHAT KAU TERUS TERSOKONG KAU" aku tidak ambil pusing dengan semua itu, kerana mendengar namanya sudah mengingatkan aku pada mainan dalam kotak DING DAN yang bewarna ungu, goncang2 sekali pasti jadi curious hendak tahu apa di dalam maka terus mintak mak belikan. balik rumah bukak-bukak, takde pape pun yang best dalam tu selain biskut telur coklat yang separa sedap dengan permainan bodoh. 

sebab aku ingat LIN DAN yang ini sama dengan DING DAN yang itu 
maka AH, LANTAK AH KAU TOMAS. aku dah merajuk dengan sukan badminton. tanak layan kau.

tapi rupenye, LIN DAN yang ini adalah seperti itu:


dan seperti itu juga:


bukan kelihatan bodoh seperti ini:

they even draw the cat (if they called it a cat) squinted!
what on earth they were thinking???

17 May 2010

Mia Sara = Dora the Explora ?

sekarang ni kalau cakap Amani, mesti semua orang akan ingat pada adik Mia Sara yang comel-comel, putih-putih, cerdik-cerdik yang berlakon dalam Adamaya tu kan, kan? kan?

aku tak layan sangat Adamaya, sebab masa awal-awal dulu aku tak tengok. tapi dekat-dekat nak abes citer ni, ternampak si Amani tuh, terus hari-hari nak tengok. terus mak bebel-bebel "OI DAH MAGHRIB PEGI MANDIIIIIII. DAH-DAHLA MENGADAP TV TUH....!!!" sebenarnye nak tengok Amani je, asal dia cakap je, even sepatah dua mesti aku dengan adik aku jadi histeria kejap, "OMAIGOD OMAIGOD COMELNYE! COMELNYE!"


ok sekarang sape minat adik Amani angkat tangan tinggi-tinggi. 

haaa... tengok! kan aku dah kate... semua minat dengan Amani. ramai betul angkat tangan. habis nampak bulu ketiak kiri-kanan. ish3 tak senonoh betul.

photo credit to: FB fanpage

tibe-tibe semua orang berangan nak dapat anak yang muke comel macam Amani. geng-geng nenek pulak nak dapat cucu macam Amani. yang lelaki, nak dapat makwe muka sebijik macam Amani. -__-!


malah, dekat Facebook siap ade page khas yang tribute untuk Amani. 

(7000++ people like)

dan ini

(100 000++ people like) fuyyoh.


tengok, sekarang Amani ibarat menjadi kesayangan Malaysia. 


Amani sangat comel, kadang-kadang aku rase dia ade iras-iras Dora the Explora. Amani is like the human version of Dora. tapi opkos la Amani lagi comel.





hmmmmm.... 
KORANG RASE SAME TAK?
(berpikir sambil mengosok-gosokkan dagu)


bila besar mesti jadi lawa giler kan?



Manis-Manis Kedah : Part 2

Assalamualaikum semua orang !

Seperti yang dijanjikan. sori lambat seminggu sebab blogger buat hal. -_-!

This will be very, very long entry, with minimal amount of picture. It might be boring for you to read the whole entries, so BEWARE!!! Read at you own risk.

Marilah, saya hendak bercerita mengenai pengalaman menyertai Program Khidmat Masyarakat (PKM) di Kampung Pengkalan Bujang, Bedong Kedah  selama 5 hari. Program ini sangat-sangat bermakna. Bukan semata-mata kerana mendapat baju percuma (which is superduper cool) sebanyak 2 helai, bukan. Tetapi apa yang lebih bermakna ialah kebahagiaan berada di kampung sambil membuat sedikit bakti kepada penduduk, and what matters most is to be gifted with the most perfect adopted family ever. ever.

belakang bontot bas pun belakang bontot lah.
janji layannnn...

Mula-mula memang cuak-cuak jugak le nak join program ni sebab kebanyakan peserta ialah mantan dan MTM yang baru dilantik (Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej). Sapelah aku yang hina-dina ini hendak bergaul dengan orang besar-besar kan. heh. Tapi sebab nama dah kasi awal-awal lagi dan program ni pun macam best maka buatlah muka selamba rok lalu aku pun join juga.

Peserta dibahagikan kepada 4 kampung, iaitu Kg Sg.Baru, Kg. Sg.Gelam, Kg. ApetahAkuDahLupeNamanye dan kampung aku, iaitu KG. SEGANTANG GARAM. Dalam banyak-banyak kampung, kampung aku le yang palinggg jauh daripada tempat berkumpul peserta, iaitu kira-kira 6-7 kilometer gitu. Ada family yang dapat seorang anak angkat, ada yang dapat dua. Nasib baik aku berdua, dengan sorang kakak senior ni, Kak Su namanya. Setiap hari, aku dengan kakak angkat aku akan berulang alik dari rumah ke sekolah naik moto. Sebab aku sangat jakun dan fobia dengan pemanduan motosikal malah tiada lesen pulak tu, maka Kak Su yang bonceng aku dekat belakang. -_- 





suasana budak upm bermotosikal beramai-ramai kelihatan seperti gejala sosial yang sedang berleluasa tanpa ada kawalan daripada pihak berkuasa

Sebelum ni aku memang tak kenal Kak Su walaupun satu kolej. Lepas join program ni pastu serumah dengan dia barulah kenal. Aku anak sulung memanglah dari kecik tak pernah merasa ada kakak. Tibe-tibe dapat kakak yang boleh bawak moto, hebat betul. First day tu kitorang sampai sesat2 tak hingat jalan nak balik rumah, korang taula jalan dekat bendang cane, kiri kanan belakang depan semua sawah je, jadi memang la boleh sesat. Lama-lama lepas 2-3 kali ulang alik nek moto baru hapal jalan. phew! mendapat kak su sebagai kakak angkat ibarat medapat seorang kakak yang betul-betul sebab dia sangat caring. dia layan aku macam adik kecik korang tau. best gilerrrrrr !

sekali tuh aku basuh baju, lepastu tos dalam bilik air, kak su pegi amik semua pastu tolong sidai dekat luar. baik betul. (^_^). masa aku nak kencing buang air kecil pulak, tiba-tiba ada katak kecik, kak su yang datang tolong halau haiwan amfibia itu, HEBAT KAN? korang janganla nak tuduh aku takut katak pulak. kalau setakat amfibia camtuh aku jentik ngan jari kelingking je. dah orang ade kakak kan, mestila nak bermanja-manja dengan kakak suruh kakak melindungi. hehehe. kak su ibarat otomen yang datang menyelamatkan aku di kala kesusahan! CAYALAH! oh, ada lagi. bila kitorang brenti dekat kedai runcit yang ada jual jajan mesti kak su blanja aku neskepi ais, gule etc. hehehe.  tapi aku macam adik yang sangat jahat, sebab aku telah hilangkan pen STABILO kak su yang aku pinjam nak melukis untuk buat mural dekat tadika. cis, memang adik yang tidak bergune kan aku? -_-




kak su kelihatan seperti lady yang ayu sebaliknya aku kelihatan seperti gangster sekolah yang suka memeras ugut budak-budak darjah satu yang tidak berdaya untuk melawan

tiap2 hari peserta akan berkumpul dekat Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir (SK HOT) fuyyoh, nama sekolah takleh belah, HOTTTT gitu. masa hari Selasa yang ada PJ, semua budak-budak akan pakai baju sukan yang ada tulisan HOT besar-besar dekat belakang. hehehe. comel!

aktiviti sepanjang program memang pelbagai, berlandaskan khidmat masyarakat macam cat tadika, gotong royong bersihkan tapak candi, muzium, buat mercu tanda, dan program motivasi untuk budak-budak darjah enam yang nak amik UPSR. masa melukis dan mengecat mural dekat tadika tu best giler, aku paling suke mengecat-ngecat. aku tolong lukiskan Donald Duck, tapi sumpah tak jadi, aku tengok sebijik macam itik bapuk yang slalu pegi gym. sebab mata dia macam kureng sikit, pastu tah cane bahu boleh jadi tinggi giler. -__-!! lepas ada orang-orang lain tolong alter2 sikit baru la nampak cam itik yang normal. untuk program motivasi tu pulak, aku terlibat sekali sebagai fasilitator. tu pun besttt jugak. *tapi nanti citer dekat entri lain kalau panjang umur*. dan ada lawatan pergi Muzium Candi Lembah Bujang, Lawatan IKS, dan lawatan dari rumah ke rumah penduduk kampung untuk pilih penduduk yang layak dapat bantuan.


oke sekarang kita beralih kepada family angkat pula. cerita paling best kenalah letak dekat hujung-hujung sikit, barulah saspen kan.




Majlis penyerahan Anak Angkat

rumah family angkat aku yang dekat Kg Segantang Garam tu, letaknye tepi sawah. belakang rumah ada sawah, luas giler. depan pulak ada parit, so kalau nak pergi rumah kena lalu jambatan kecil yang macam titi. rumah family angkat aku tu mengadap laut korang tau, dekat je dengan jeti tempat bot-bot nelayan berlabuh. memang best ah. kehidupan dengan keluarga angkat aku ni sederhana je, tapi sangat bahagia.

ayah angkat kitorang keje nelayan, mak pulak tak keje tapi pagi-pagi dia akan berniaga dekat warung. jadi awal pagi aku dengan Kak Su akan singgah warung dulu untuk sarapan before pergi berkumpul dekat sekolah. mak aku punyelah baik, dia mesti akan bekalkan kitorang dengan mihun goreng dan kuih untuk bawak, sampai semua orang nak jeles2 tanya “EH APESAL KITORANG TAKDE BEKAL PUN?”. malah tiap-tiap hari mak masak lauk-pauk kampung yang biasa-biasa tapi sangat sedap. ikan bakar, sambal tumis ikan bilis, sayur goreng, semuaaa sedap. lepastu buah-buahan memang banyak, starfruit(dah lama tak makan), mempelam, air kelapa... ada satu hari tu mak masak laksa kedah, peh sedap giler. first time aku rasa laksa kedah. air teh pun sedap jugak, sebab mak buat pakai daun teh yang kering, bukan serbuk teh atau teh uncang biasa. memang besttttt.... cuma slack sikit, time ada banyak lauk-pauk sedap aku menderita ulcer pulak. bukan satu bukan dua, tapi tiga penjuru, kau! dekat belah kiri, kanan, dengan lidah sekali. memang seksa ah nak kunyah makan.

mak n ayah sangat-sangat mesra dengan kitorang. tak kekok la kalau nak cakap atau cerita apa-apa. even masa last day tuh, mak kasi macam-macam dekat kitorang untuk bawak balik rumah. ikan bilis, sambal bilis, kerepek pelbagai jenis. baik betul mak....




masa last day tu memang dikhaskan untuk kitorang spend time dengan family angkat, mak dengan kakak bawak kitorang berdua jalan-jalan pergi air terjun. seronok mandi-manda sambil makan-makan atas batu. pastu singgah dekat rumah mentua kakak, dekat situ sawah padi dier, MASYAALLAH superb giler. memang stok untuk buat berlakon scene lagu Hindustan punye. cantekkk!!!!



selain dapat mak angkat, ayah angkat, dan kakak-kakak angkat, aku jugak dapat adik angkat tau. oh bersyukur giler dapat family angkat yang ada anak kecil. adik angkat aku ni, FATIHAH nama dia. COMEL GILERRR ! ^^

homel tak? homel tak?

aku panggil dier adik je, adik ni memang manja dan ceria anak bongsu la katakan, lepastu suka main pipi tembam aku cubit-cubit pastu siap cakap “SYOKKNYE PIPI AKAK” -____-!! and another thing which makes me so proud of her is, masa MALAM KEBUDAYAAN tu adik angkat aku buat persembahan nasyid secara solo depan penduduk kampung & peserta-peserta program semua. memang comel giler ah. cayalah adik akak ! ^^

jumaat malam masa nak bertolak balik memang kitorang berdua (aku dan kak su) dahs ebak dah. sedih betul nak tinggalkan family angkat. dalam hati kate, “tanak balik. tanak balik. nak main ngan adik lagi, nak rasa masakan mak lagi, nak jejalan nek moto lagi” sampai terlupa pulak family dekat Kelantan. heh. anyway, pengalaman selama 5 hari dengan family angkat dekat Kampung Lembah Bujang memang sangat besttt bak kata peserta-peserta program lain. semua dok sebok upload ngan tagging2 gambar dah sekarang dekat fb. banyak belajar benda baru, belajar cara hidup orang utara, belajar untuk menghargai orang, berkhidmat untuk masyarakat etc. etc. cakap kedah pun dah pass eh. dah boleh kawen ngan orang kedah... tu diaaaa.... :p






mak, ayah, akak, kak su n adik, thank you for everything.
thank you for every wonderful moments I’ve shared with you.

semoga ukhwah kita akan terus terjalin sampai bila-bila.
sayanggg semua!


terima kasih dan tahniah juga kepada badan organisasi pelaksana yang telah menjadikan program ini sangat-sangat berjaya. *ayat macam salah, ah lantak*
taun depan boleh organize lagi. congrats2!

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE