18 May 2010

Ingatkan Lin Dan tu Ding Dang , Rupanya ...

hari tu masa piala tomas dan piala ubir berlangsung, tibe-tibe semua orang sebok dan menyebokkan diri dengan badminton. tibe-tibe semua orang nak post status dekat facebook yang ada kaitan dengan tomas dan ubir. aku bagaimanapun, tidak turut serta kerana aku memang tidak minat dengan sukan yang mereka panggil badminton itu. sebab masa kecil aku tidak menyertai geng-geng budak tinggi yang main badminton kerana pada masa itu aku, well...... kecil

jadi aku beralih pada sukan yang lebih sesuai dengan ketinggian aku seperti ping pong dan gimnastik. ceh tak ah. 

ramai orang bercakap mengenai lin dan. 
contohnya, "WAH. LIN DAN SANGAT HEBAT" dan "AKU BENCI LIN DAN KERANA AKU HENDAK SOKONG MALAYSIA TAPI LEPAS LIHAT KAU TERUS TERSOKONG KAU" aku tidak ambil pusing dengan semua itu, kerana mendengar namanya sudah mengingatkan aku pada mainan dalam kotak DING DAN yang bewarna ungu, goncang2 sekali pasti jadi curious hendak tahu apa di dalam maka terus mintak mak belikan. balik rumah bukak-bukak, takde pape pun yang best dalam tu selain biskut telur coklat yang separa sedap dengan permainan bodoh. 

sebab aku ingat LIN DAN yang ini sama dengan DING DAN yang itu 
maka AH, LANTAK AH KAU TOMAS. aku dah merajuk dengan sukan badminton. tanak layan kau.

tapi rupenye, LIN DAN yang ini adalah seperti itu:


dan seperti itu juga:


bukan kelihatan bodoh seperti ini:

they even draw the cat (if they called it a cat) squinted!
what on earth they were thinking???

4 comments:

shafiq said...

macam mane pulak boleh sampai mainan Din Dang.. lawak betul la..haha..


My latest entry : Rima Fakih - Wanita Islam Pertama Menjadi Miss USA

hakimfaridzul said...

Piala Uber la!!!

bukan ubir!!!

ekekekekeke

Ariff Shah said...

hahahahahaha. ding dang
ntah hape hape

♥ Syira ♥ said...

@shafiq - dah bace entri latest anda itu. macam haram pakai bikini.


@hakim - yelah2... uber. spelling mistake.


@ariff shah - din dang ialah permainan masa muda yang sangat digemari dan dikenali kanak2 mesia...

DISABLE