13 June 2014

Cambodia Day 4 : Killing Field & Flying Home


Perjalanan ke Killing Field daripada hotel agak lama sebab Killing Field ni terletak 15km daripada pusat bandar. Untuk pengetahuan, tahanan semasa pemerintahan Pol Pot dibunuh beramai ramai di Killing Field. Sebenarnya, Killing Field ni kubur peringatan je, cuma sebab sejarah nya yang tragis jadi tempat tumpuan pelancong. 



Dalam Phnom Penh jalan raya dia masih lagi ok. 




Lalu depan Kedutaan Besar Malaysia and suddenly I get excited. 



Tak berapa lama, jalan dah jadi tak berapa elok, dan mula lah berdebu. Buddy drebar tuk tuk ni baik hati dia berhenti kedai tepi jalan dan belikan mask untuk aku dan ayah aku. Berdebu abes sampai nak bukak mata pun payah.




Budak budak yang baru balik sekolah




Haaa gile merah tak jalan dia? Aku tak pasti la ni jalan short cut ke jalan utama nak ke Killing Field tu. Sebabnya, jalan utama pun macam ni jugak rupenye. 




Abes redah kampung kampung orang.




Akhirnya sampai dekat Killing Field ataupun, Cheung Ek Genocide Centre. Bayaran masuk adalah USD6 untuk seorang, dan kita akan diberi headphone beserta satu alat elektronik bernombor. Nanti kita dengar la apebende cerita daripada headphone tu, boleh pilih nak bahasa apa. Bahasa Melayu pun ada. Pekerja yang jaga headphone tu tanya, nak bahasa Melayu ke? Ayah aku ambik BM tapi aku ambik English oram putis la katekan. Haha tidok lah. Aku takut BM dia macam yang translate dalam cd cetak rompak tu haha jadi baik ambik English je. Tapi rasanya ayah aku kata BM dia standard je. Bahasa baku. 




Bangunan tinggi tu ialah tugu peringatan , di dalamnya ada tengkorak mangsa yang dijumpai. 




Jarak yang lebih dekat. Scary. Hm. Scary apebende pun tak tahu padahal dalam kepala aku pun ada tengkorak macam tu. Well, everybody did. 




Dalam ni ada banyak checkpoint. Setiap checkpoint bernombor, 1 hingga 20. Bila kita sampai dekat checkpoint 1 contohnya, ha kita tekan la nombor 1 dekat alat yang dia bagi tu nanti dengar la apebende cerita nya. Meremang bulu roma weh seram dan menyayat hati. 




Ini kubur besar besaran , tahanan tahanan tu dimasukkan ramai ramai sekaligus dalam ni ada yang belum mati pun. 




Gelang gelang yang digantung pada buluh. 




Katanya, bila musim hujan kesan kesan tulang dan gigi mangsa boleh dilihat dekat tanah tu. Aku intai intai takde nampak pulak. Tapi dekat bahagian satu lagi, memang ada nampak dan banyak gila huhuhuhu sampai risau takut terpijak. 




Jalan keliling di bahagian belakang ni sambil dengar cerita dekat headphone. Kena je feel dia dengan suasana masa ni, sebelah kiri ialah tasik dan tiba tiba hujan turun rintik rintik. Huhuhu lari berteduh bawah pondok yang disediakan. 




Pemandangan daripada pondok. 




Lepastu redah je hujan sebab tak berapa nak lebat pun. Takut tak tengok pokok ni? Macam pokok tempat langsuir bergentanyangan, kan. Dulu, speaker digantung dekat pokok ni dan lagu lagu Kemboja dimainkan dengan kuat bagi menutup bunyi rintihan dan jeritan mangsa yang dibunuh. Dalam headphone tu ada dimainkan lagu tu, seram gila weh memang boleh bayang la rintihan ketakutan mangsa tu semua. Dekat kiri kanan pokok tu ialah kubur jugak, dia tak bagi pijak tapi dekat laluan dia tu penuh tulang putih putih yang timbul ke permukaan tanah. 




Dekat sebelah kerusi kayu ni pun ada jugak tulang tulang dekat tanah. 




Masuk dalam muzium mini ni, ada banyak info pasal sejarah pemerintahan Pol Pol. 




Nampak tak tengkorak dalam tu? Aku dengan ayah aku masuk sampai ke dalam tu tapi tak ambik gambar dekat takut kena sampuk haha bahaya bahaya. 




Okay last pic nak balik dah, bagi aku Killing Field ni kalau ada banyak masa mungkin boleh dengar betul betul apa yang diceritakan dekat headphone tu. Sebab aku banyak skip skip jugak hahahaha.




Dan bermulalah real adventures menggunakan jalan raya Kemboja menuju ke airport. 




The amount of debu is unbearable. Huhuhu 2 hari lepas sampai rumah, aku start selsema, batuk, demam. Complete set rasanya sebab banyak sangat sedut debu masa dekat Kemboja. Saya tak kuaddd!




Ni jalan dia. Nampak tak? Dia pakai simen bukan tar. Yang tengah tengah tu taktahu kenapa rendah, mungkin nak tanam pokok ke ape taktahulah. Tapi bila tuk tuk nak elak lori ke ape, lepastu terjatuh ke bawah tu memang bergolek la dalam tuk tuk hahaha. 




Ni roundabout konon kononnya. Yang peliknya kan, kenderaan macam tuk tuk, motosikal, datang dari pelbagai arah bukan membulat bulat pun ikut roundabout tu haha. 




Ha nampak tak diorang tengah buat jalan baru tu? Dan jalan tu adalah jalan simen bukan tar. Dekat sini tiba tiba ada eksiden lori pulak. Jem sekejap. 




Jalan nak dekat dekat sampai airport memang cantik, smooth dah. 




Akhirnya dah sampai Phnom Penh Airport. Boleh tahan besar dan cantik airport dia. Settle kan urusan check in, lepastu pegi makan dengan ayah aku. Dengar cite dekat sini ada restoran halal. 




Po' 24 Halal Restaurant. Lokasi dia dekat Arrival Hall. 




Ambik Kuey Tiow Sup Daging ne. Portion besar dan sedap gila sebab sup dia cukup rasa, tambah sambal lada pulak peh memang berbaloi baloi dahla semalam tak makan elok , breakfast tadi pun makan roti je. Total 2 mangkuk  dengan air, USD15 (termasuk tax). 




Flight lewat setengah jam. Whatever. Bye bye Cambodia!




Perjalanan yang singkat aku rasa, tapi penuh pengajaran dan debu-debu keinsafan. Hahaha

Budget kasar /per person ;
(tak termasuk souvenirs ke cambodian silk ke ape ok)

Airasia flight (return) RM300
Hotel x 3 nights RM150
Entrance Angkor Wat USD20
Tuk tuk Siem Reap USD10
Tuk tuk Phnom Penh USD15
Van Siem Reap - Phnom Penh USD15
Makan (3 kali) USD6 + USD7 + USD7.5

Total RM450 + USD80.50



12 June 2014

Cambodia Day 4 : S21 Tuol Sleng Genocide Museum & Russian Market


Hari terakhir di Cambodia. Aktiviti hari ni agak packed , aku nak gunakan sepenuhnya masa yang masih berbaki di sini. Flight balik ke Kuala Lumpur pada jam 4.40 petang jadi masih ada separuh hari untuk meneroka Phnom Penh.




Dekorasi di ruang makan hotel Frangipani Fine Arts yang cantik, perabot dia bermotifkan kayu rotan . Dekat sebelah ada kolam, ada ikan koi, lepastu dikelilingi pokok memang feeling feeling dalam taman sangat . 




Hiasan di ruang santai, buku buku bacaan pun ada.




Breakfast disediakan ala carte, kita pilih nak menu yang mana. Aku dan ayah aku ambik scrambled egg dengan toast. Ingatkan telur kosong je, rupanya dalam telur tu ada sayur, ada kentang, pastu ada cebisan hotdog yang dah dipotong nipis. Erkkk. Terus teringat hotdog Cadbury yang bergantungan dekat Old Market Siem Reap. Geli tengkuk ahkak. Pastu ayah aku tanya waiter, daging apemende dalam tu. Ada bubuh pork ke, waiter tu pegi panggil tukang masak, tanya. Tukang masak kata takde pork (bacon) cuma ada ham (daging ayam turkey) je. Nasib baik... Tapi kitorang tak makan pun, sebab kalau ayam still daging dan taktahu sembelihan macam mana kan. Ayah aku kata nasib baik bukan babi kalau tak habisla hahaha. 




Bila kita orang nak beredar, waiter tu nampak telur tak sentuh langsung pastu dia datang explain lagi sekali dia kata memang takde bacon. Adoi payah pulak nak explain. Dia kata kalau nak, diorang boleh masakkan yang baru. Erkkk. Tapi takpelah kitorang tolak cakap thankyou thankyou je, lagipun dah lewat dah nak keluar. 




Serpraisss! 

Hahaha keluar daripada hotel, drebar tuk tuk dah menunggu tapi yang magiknya bukan drebar yang kitorang janji semalam tapi drebar lain. Dia suruh panggil dia Buddy, katanya drebar semalam tu kawan dia, tak dapat datang sebab ada hal keluarga jadi dia gantikan kawan dia tu. Ayah aku soal siasat la serba sedikit kot kot salah orang ke kan, naya lah kalau tiba tiba drebar yang kitorang janji semalam tu datang pastu kitorang takde. Dan bila disoal selidik (heh) ternyata Buddy ni boleh dipercayai. 


Terus bagitahu Buddy nak tukar plan. Daripada hotel singgah ambik gambar dekat Independence Monument, lepastu ke Tuol Sleng Genocide Museum, Russian Market, balik hotel untuk kemas beg dan check out, ke Killing Field dan akhir sekali dia hantar ke airport. Bila tukar plan harga pun bertukar jugaklah daripada USD22 ayah aku mintak USD25 dan Buddy ni kata ok. 


Bukan nak kata lah kan, tapi setakat 3 orang drebar tuk tuk yang aku jumpa dekat Cambodia ni, semuanya jujur dan boleh dipercayai. Alhamdulillah takde yang menipu ke apa. Dan setiapkali nak naik diorang pesan suruh jaga elok elok beg, kamera takut kena ragut. Macam drebar dekat Siem Reap, dia siap bagitahu dekat mana jual air murah , dekat mana jual mahal apebende semua tips kira okey la. Dan dalam ramai ramai, Buddy ni paling friendly dan banyak sembang. Hihi. Buddy! Takkan terpisah!




Perjalanan ke Independence Monument. Actually, semalam aku study peta Phnom Penh dan rupanya monument tu terletak di tengah tengah jalan nak ke Tuol Sleng Museum. So... why not singgah kejap?




Binaan dia cantik,  ada pengaruh Perancis. Dulu Kemboja dijajah oleh French, so kebanyakan bangunan dia yang lama lama ada pengaruh senibina French. Buddy berentikan tuk tuk betul betul di seberang jalan mengadap Independence Monument ni. 




Di sebelah ni pulak gambar Raja Cambodia. Masa aku tengah menaip ni aku tengah sakit senggugut sebenarnye adoila. Tapi takpe. 


S21 Tuol Sleng Genocide Museum (Entrance USD2 + guide USD6)


Ok dah sampai, tak lama pun perjalanan. S21 ni merupakan tempat tahanan Kemboja dulu diseksa oleh pemerintah Pol Pot, sebelum dibawa ke Killing Field untuk dibunuh. Semasa Pol Pot memerintah Kemboja selama 3 tahun, seramai 3 juta rakyat Kemboja telah dibunuh di seluruh negara. 




Dulu nya, bangunan ni adalah bangunan sekolah tetapi kemudian dijadikan tempat menyeksa tahanan yang sebenarnya tak bersalah pun. Pol Pot ni pemerintah yang kejam dan cilake sangat sebab kekdah dia menyeksa tahanan dia tu memang tak masuk akal dan takde perikemanusiaan langsung. Alah malas la aku nak bercerita pasal Pol Pot, kalau nak tahu sejarah dia buat onar dengan orang Kemboja, Google lah sendiri ye. Memang pengetahuan am yang menarik kisahnye. 




Peraturan peraturan kepada tahanan di penjara ni. 




Ni nama dia hmm aku dah lupa. Dia adalah guide kitorang. Sebenarnya taknak ambik guide pun takpe tapi better ada guide lah kot sebab boleh dapat extra info. (Rugi aku tak mencatat masa di bercerita tu). 

Macam dalam gambar atas tu, nampak tak ada palang tu. Masa bangunan ni berfungsi sebagai sekolah, palang tu tempat budak main panjat tali untuk subjek PJ. Tapi bila bangunan ni dijadikan penjara, palang tu digunakan untuk menggantung tahanan. Tahanan akan diikat di pergelangan tangan, lepastu ditarik naik atas sampai tulang bahu diorang patah. Lepastu diorang akan diturunkan dan kepala diorang akan diselam dalam (apebende eh balang ke?) berisi air. Yang dekat bawah tu. Lepastu aktiviti tersebut diulang ulang lagi. Tak ke seksa. 




Ni antara gambar pengikut Pol Pot (kategori lelaki) yang kerjanya menyeksa tahanan tahanan dekat sini secara kejam. Kalau ditengok, semua macam budak tak cukup umur dan muka macam tak bersalah kan. Sebab Pol Pot ni ambik budak budak dan remaja supaya senang di brain wash untuk ikut ape bende yang dia suruh.




Haaa ni pulak pengikut kategori perempuan. Sepesen je stail rambut hahahaha. Aku gelak sebab masa aku sekolah rendah dulu macamni la pesen rambut aku. 




Selfie dengan tahanan S21. Erkkk. Tahu tak kenapa Pol Pot ambik gambar setiap tahanan? Sebab dia nak tunjukkan kepada orang di luar bahawa tiada seorang pun boleh lari daripada cengkaman dia (peh ayat). Dan tahanan yang dibawa ke sini terdiri daripada golongan cerdik pandai (profesor, guru, dan lain lain) sebab Pol Pot takmau ada orang cerdik dalam Kemboja ni, senang la dia nak bermaharajalela nak perbodohkan orang dah yang tak sekolah je yang tinggal. Rakyat biasa dan orang daripada negara luar pun ada yang menjadi tahanan dan dibunuh dekat sini. Salah seorang nya wartawan negara Australia ke (tak pasti). Hmmm tak pasal pasal. 




Dalam muzium ni jugak ada banyak lukisan lukisan yang menggambarkan kekejaman penyeksaan Pol Pot. Bukan lukisan khayalan tapi betul betul berlaku. Sebab Pol Pot bawa pelukis untuk lukis keadaan semasa dia menyeksa tahanan untuk beri pengajaran pada orang lain. Contohnya yang ini, kuku tahanan di cabut satu persatu menggunakan spanar. Yang perempuan pulak, dibogelkan lepastu tetek kena ketip dengan playar (adoila) lepastu diletakkan kala jengking dan lipan atas badan mereka. Huhuhuhu gile tak? Ada lukisan tapi tak berapa nak jelas sebab reflection cermin. 




Lepastu kami dibawa ke blok tengah , yang mana struktur blok ini dipelihara sebagaimana keadaan asal nya. Di luar blok ni ada dawai dawai yang dahulunya mengalirkan arus elektrik. Tujuannya nak elakkan tahanan daripada lari keluar. Ada jugak tahanan yang cuba untuk terjun daripada tingkat atas bangunan untuk bunuh diri sebab tak tahan dengan penyeksaan dekat sini. Menurut guide, sepanjang 3 tahun tu cuma 7 orang berjaya lolos daripada penjara ni. Itupun kena tangkap masuk dalam ni balik. Adei. 




Haa ni sel dia, satu sel tu menempatkan seorang tahanan. Pastu kan... aku perasan dekat lantai dalam sel tu ada tompok tompok merah. Ada besar ada kecik. Aku tanya ler guide, tu darah betul ke darah gimik je? Dia kata tu semua darah betul. Darah 32 tahun dahulu masih melekat dekat lantai.... Huhuhuhuhu seram weyyy. Apesal ler takde orang pegi mop lantai tuh hah?!!




Tak berapa nak jelas sebab reflection cermin tapi bolehla. Nampak tak penyeksaan diorang? Tahanan tak ditembak sebab harga peluru mahal pada masa tu, takmau bazirkan peluru jadi dia seksa lah mereka dengan pelbagai kaedah yang zalim. 




Ni lukisan yang menggambarkan keadaan di Killing Field pulak, di mana bayi diambil daripada ibu mereka dan dibunuh dengan cara di hayunkan pada batang pokok. Kejam sungguh kan. Depan depan mak dia pulak tu. Kenapa Pol Pot arahkan dengan bayi bayi sekali bunuh walaupun mereka tak berdosa? Sebab, dia takmau bayi tu bagi masalah pada dia apabila besar nanti. Masalah tu maksudnya balas dendam ke ape ke.




Memang banyak la guide ni bercerita. Dia ni umur 25 tahun dan baru grad universiti. Aku ada tanya, malam malam ada tak penduduk dekat sekitar tempat ni dengar suara ke nampak kelibat ke hahahaha soalan bajet bajet wartawan mastika aje. Katanya dia pun tak pasti sebab dia tak pernah nampak pulak LOL tapi penjaga tempat tu kata , ada dengar suara suara. Huhuhuhuhhuhuhu....




Aku dan ayah aku meronda dekat sini dalam sejam, tapi sekadar tingkat bawah jelah tak naik atas pon. Memang berbaloi baloi ambik guide sebab banyak cerita kita boleh faham, dan boleh tanya soalan pulak tu. Kalau takde guide memang round round bangunan tengok gambar tapi tak faham ape. Cuma yang ruginya sebab aku tak catat point point yang dia cerita tu. Kau tahu la memori aku ni macam mana. Hmmph. Esok lusa balik sekolah mesti lupa dah. 



Kedai menjual kain di sepanjang jalan menuju ke Russian Market. Tahu tak, Kemboja terkenal dengan sutera banyak lah kedai yang menjual kain sutera dekat sini dengan harga yang murah. 




Inilah dia Russian Market ataupun Toul Tom Poung Market. Kata drebar tuk tuk semalam, barangan dekat sini lagi murah berbanding Central Market. Aku teringin nak pergi Central Market sebab seni bina dia cantik, besar pulaktu tapi dah masuk dalam ni semua bende dah beli lepastu penat mengangkut barang tak sempat singgah Central Market dah. Dekat Central Market nak tengok makanan ekzotik tu sume je, hehe katak goreng lipas cengkerik belalang hehe. 




Ni dalam kedai kain. Ok la aku rasa harga dekat sini. Sebab aku sampai awal lagi diorang baru bukak bisnes kot, jadi dapat harga murah kononnya harga good luck apebende entah. Contohnya, T Shirt Hard Rock ciplak dan lain lain Tshirt bewarna aku dapat USD2 sehelai, kain lembut, bukan kain keras macam tshirt I LOVE CAMBODIA tu. Ape lagi eh. Fridge magnet boleh dapat 5 ketul dengan harga USD2. Dan alas meja panjang yang ada sulam corak Angkor Wat boleh dapat dengan harga USD10 untuk 3 helai. Murah wey, dekat Siem Reap sehelai dah USD5. Lepastu aku beli cap stail stail Abercrombie harga USD5 habis tawar dah. Memang berkenan ngan topi tu haha balik dua tiga hari aku duk pakai topi tu ke hulu ke hilir dalam rumah hahahaha motip la sangat. Mak aku cakap anak kemboja mana laaaa ayah aku bawak balik. Hahahaa




Perjalanan balik ke hotel. 




Selain daripada orang naik motosikal bertiga, macam macam bende pelik yang boleh tengok dekat jalan Phnom Penh ni. Aku teringat guide tadi bagitahu, masa pemerintahan Pol Pol seluruh bandar Phnom Penh dikosongkan (penduduk Kemboja berpindah randah keluar daripada bandar, ada yang lari ke negara jiran). Jadi mungkin disebabkan peperangan ni negara Kemboja mengambil masa untuk membangun.




Lalu depan sekolah menengah. 


Sampai balik di hotel dalam pukul 11 pagi, kemas bag, mandi, check out pukul 1145 pagi dan terus jumpa Buddy yang dah menunggu dekat luar hotel. Sekarang nak ke Killing Field pulak. Lokasi Killing Field ni luar daripada bandar Phnom Penh kira kira 15km dan sama laluan dengan airport, jadi lepas habis melawat Killing Field nanti terus Buddy hantar pegi airport. Hai tak sabarnye nak balik dah rindu Malaysia neee! Hehehe (nyanyi lagu Keranamu Malaysia)




Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE