09 June 2014

Cambodia Day 2 : Old Market


Okey sambung lepas balik daripada Angkor Wat terus check out hotel dan pergi ke city centre untuk check in hotel lain pulak.


Angkor Orchird Central Hotel, Siem Reap



Okay hotel ni kecik saja, 4 tingkat tapi best gilaaa. Lagi best dari hotel semalam. Cost me RM52 per night with free breakfast booked pakai Agoda. Dahla breakfast dia sedap. Lepastu dekat dengan Old Market, Night Market, Angkor Artisan, semua within walking distance je. Sangat recommended. 




Reception. Masa check in aku beli sekali tiket untuk ke Phnom Penh. Aku bajet nak naik bas je tapi ayah aku cadangkan naik van lagi cepat 6 jam berbanding bas 7 jam dan lagi selesa. Harga tiket USD15. 




Tempat makan. Pekerja dia agak ramah la. Katanya boss dia orang Malaysia dan breakfast yang disediakan dekat sini semuanya menu halal.




Bilik simple je. 




Ada balkoni.




Gambar daripada balkoni. Night Market sebelah tu je. 


Dalam pukul 3.15 drebar tuk tuk tadi datang balik dan bawak kitorang ke Muslim Family Kitchen ataupun Restoran Haji Musa untuk lunch. 




Masa ni full house. Sebab ada geng budak budak lawatan sekolah. Aku duk peratiii je diorang ni, kemudian baru perasan rombongan sama yang jumpa dekat Ababa Curry House semalam dan pagi tadi masa buffet breakfast dekat hotel pun jumpa jugak budak budak ni. Student primary school daripada Singapore. Hebak lah school trip sampai ke Cambodia. Padahal baru sekolah rendah tuu. Jumpa jugak satu family Malaysia dan sekumpulan hijabista yang naik flight di KLIA2 sama sama semalam. 




Order Lembu Naik Bukit dish yang agak glamer di kalangan pelancong Malaysia yang pernah datang ke Restoran Haji Musa ni. Dia campurkan daging, telur, dengan sayur sayuran je pun. 




Pekerja restoran datang masak depan kita. Hehe.




Lauk dia sedap, cuma nasik dia melekit macam pulutsikit aku kurang gemar. Total USD13




Lepas makan drebar hantar ke kawasan Old Market. Ayah aku salam salam dengan dia cakap terima kasih apebende semua. Bayar dia total USD20 untuk trip Angkor, hantar ke hotel dan hantar kedai makan tadi. 




Cadbury! Cadbury everywhereee. Pemandangan dalam Old Market. Dia ada bahagian jual sayur, daging, dan ada jugak bahagian jual cenderamata... 




Aku suka Old Market berbanding Night Market. Sebab peniaga dekat Night Market letak harga tinggi lepastu mungkin jugak, masa aku shopping dekat Night Market semalam aku tak berpikir, naif, malas nak tawar, belum tahu limit harga dan sebagainya. Bila dekat Old Market ni rasa macam dah power sikit skill tawar menawar dan boleh pikir rasional apebende yang patut beli, apebende yang tak patut beli. 




Kekacang made in Cambodia.




Rempah ratus dalam packaging comel.




Tuk tuk batman.




Dekat deretan kedai tu aku terjumpa satu kedai yang jual poskad, lalu aku beli sekeping untuk poskan dekat diri sendiri. Harga USD1 untuk poskad dan setem. Orang kedai tu kata dia boleh tolong pos so okey la. Jangan pos ke tempat lain sudahla.




Bahan bahan jualan yang bergantungan.




Kalau dekat Bandung, peniaga panggil "Blanja buk blanja blanja" tapi dekat sini lain pulak cite dia. Bila aku lalu, diorang akan cakap, "Sir, Lady, Buy SomeSing Buy SomeSing..." somesing? OHMYENGLISH! hahahaha




Aku paling berkenan dengan mangkuk tempurung ni. Lawa gila. Beli 2 biji dengan harga USD5 untuk letak atas meja makan sebagai hiasan. 




Banyak cenderamata. Antara nak beli dengan takmau beli. Fridge magnet boleh tawar sampai 3 ketul untuk USD1 kot. 


\

Shawl pun sangat banyak dijual tapi malasla aku nak beli. 




Lukisan pun banyak cantik cantik. Hajat nak beli jugak tapi usya usya hehe mak tak mampooo.




Moto pengangkutan utama dekat sini, kereta jarang jarang. 




Depan Old Market ada jambatan ni. Seberang je ke sebelah sana untuk balik ke hotel. Dekat je. 




Lepas seberang ni akan masuk dalam Night Market. Tapi Night Market yang dalam kedai berbumbung lah, dia ada banyak banyak kedai kecik jual mostly cenderamata jugak. Dekat Siem Reap ni rupanya ada banyak Night Market.




Okey dah sampai hotel. Masa ni baru pukul 6 tapi dah gelap. Malam tu kepala aku berdenyut teruk, maybe sebab berbungkus lama lepastu panas sangat masa jalan jalan dekat Angkor Wat tu. So tak keluar pegi mana mana pun. Telan penadol, tampal kuyok, lepastu tido kumpul tenaga untuk perjalanan ke Phnom Penh besoknya...



1 comment:

saya yang suka travel said...

Saya nak ke cambodia august ni. Mcm nak book jugakla hotel ni.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE