09 March 2013

Ciri Ciri Kem Kepimpinan



Seminggu dua ni penatnya aku rasa. Penat sebab keadaan kesihatan tak berapa nak mengizinkan. Kepala selalu berdenyut denyut, suhu badan naik turun, selsema. Puncanya sebab cuaca sekarang panas, lepastu aku kurang tido ditambah pulak perangai diri sendiri yang kurang minum air kosong. Biasanya aku minum 2 gelas air je sehari. Itupun air manis dan berais. Air kosong takde langsung. Sangat tak sihat kan. Takpayah pegi jumpa doktor pun takpe aku tau dah nanti dia nak kata ape. So baik duduk rumah makan apa2 ubat yang patut & rest je. Hew hew. 



Harini aku baru balik daripada Kem Kepimpinan Pengawas selama 2 hari 1 malam di sekolah aku berkhidmat. Peserta nya seramai 71 orang. Boleh tahan ramai jugaklah kan, dibahagi kepada 7 kumpulan. Aku jadi fasi untuk kumpulan 5. Yang menariknya, dekat sekolah ni selain cikgu cikgu, kakitangan (kerani, tukang cuci) pun turut serta bergotong royong memasak untuk budak budak. Masak masak semua buat sama sama, takde katering pun.  Memang terbaiklah lah. Macam family :) 




This is the only picture taken, taudak sebab apa? Tiba2 bateri kamera kelaut, padahal aku dah charged awal2. Geram gila. Dasar troll punya kamera. Dengan kumpulan aku tak sempat ambik gambar apa. Yang ini pun gambar testing je. Tsks sedih :(



Hari Jumaat disebelah paginya ada orientasi, menyiapkan bendera kumpulan, ceramah kepimpinan, lepastu game yang kena ikat mata lepastu jalan jalan pegang tali tu. (ramai yang terlanggar pokok lols). Sebelah malamnya ada BBQ, bakar ayam. Lepastu persembahan kumpulan. Pukul 12 masuk tidur, dalam pukul 130 pagi kejutkan diorang balik untuk aktiviti Burung Hantu. Tutup mata lagi skali, bawak jalan jalan ke tempat rahsia, lepastu asingkan budak budak ni sorang sorang. 2 orang budak perempuan disorok , bila selesai aktiviti, diorang kira ahli kumpulan rupa rupanya tak cukup 2 orang terpaksalah pergi cari balik sampai jumpa. Yang sebenarnya aku dengan cikgu ganti sorang lagi tu yang sorok kan budak tu dalam bilik sains, hihi. Yang sorang tu sampai menangis sebab takut. lololol lagi. 



Hari Sabtu (hari kedua, terakhir) ada Slot Asertif. Patutnya ada cikgu ni yang akan handle. Tapi, maybe dia tak dapat datang so our PK Hem letakkan aku sebagai backup since aku grad kaunseling kononnya! Aku rileks je bajet diri ini cuma backup takpayah standby apa apa. Skali... cikgu tu betul betul tak datang. Masa aku tengah basuh bekas bekas semua, PK Hem datang dekat aku and suruh aku get ready untuk handle slot tu. Wawawa cuak weh. Game ikat belon kawan di kaki, lepastu pijak sebanyak mungkin belon tapi pada masa yang sama jaga belon di kaki sendiri(belon kawan). Its all about amanah, pegangan diri and all. Penggulungan nye dibuat oleh PK Hem , kalau aku memang merepek lah. Aku suka dengar PK Hem tu cakap. Macam, tertib dan hemah sangat. Best & tak boring lah. First time nampak dia aku dah ada very good impression, wow i want to be like her. Cantik and ada kredibiliti yang sangat tinggi. Cara dia cakap pun profesional je. 



Overall aku rasa ok je kot handle slot tu. Boleh improve aku punya skil pengendalian aktiviti. Memang nak sangat sangat lah diberi peluang macamni walaupun cuak sikit. Sebab aku ni takde banyak pengalaman bercakap di hadapan orang. Hewhew. Baru nak gembira. Awas! Jangan gembira dulu. Lepas habis program, aku dimintak jadi MC untuk majlis penutup. Nama je kos kaunseling tapi tak pernah pun jadi MC, ni first time. haha layan jelah. Dah takde teks, merepek repek ayat aku. Tapi yang paling buduhnya... masa aku nak umumkan pemenang setiap kumpulan tu, aku letak mic atas rostrum. Skali... mic tu berguling guling turun lepas tu melambung jatuh ke lantai. Bedegang bunyi (sebab mic tak off) Woi maluuuu gilaaaa! Hahahahaha. Kutip lah aku mic tu, dan buat muka selamba je. Nasib baik budak budak ni tak gelak, haha. Guru besar pun dekat situ je tunggu nak sampaikan hadiah. Wuwuwu malu gilaaaa! Maafkan daku di atas ke- loklaq -tan aku ittew. 



No comments:

DISABLE