13 June 2009

Adik Aku (Kreng Keng Keng)

HOME-MADE RODA IMPIAN




Game ni Sapikah ajar aku. kalo nak main kena ada bantal empat segi ngan tikar buluh. karpet takleh pakai ea...




ni contoh tikar buluh jenis berjalur





cara permainan, player berada dalam keadaan meniarap di atas tikar buluh. bahagian perut mesti dilapik dengan bantal. kemudian, gunakan tangan untuk menggerakkan badan. dalam keadaan meniarap tersebut, putarkan badan mengikut sudut 360 darjah. tahap kelajuan anda berpusing bergantung kepada sejauh mana anda menggerakkan tangan anda. hasilnya, anda akan berpusing seperti Roda Impian.





TERIMA KASIH kepada si Sapikah yg bersetuju membuat DEMO spesel utk korang semua: (semua gambar adalah versi ori. TIADA sebarang editing, ye!)


bersedia sebelum permainan bermula (nak pakai tikar berbunga pun boleh

pusingan penuh 360 darjah

TIPS: sambil berpusing anda boleh menyebut: ‘WANG BESAR! WANG BESAR!’ tidak dapat dibuktikan kesahihannya, tapi Sapikah kate boleh tambah kelajuan.





WO-HO!!! ni da masuk kelajuan maksimum da nih. da takde rupa orang aku tengok. speeding giler. REMPIT! (kawan2 kat umah jangan tiru, ye!)
faedah2 yang diperolehi daripada permainan ini spt boleh mengempiskan perut dan juga salah satu senaman yang baik untuk tangan. permainan ni hanya boleh dimainkan oleh kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja. kalo orang dewasa (contohnya 19tahun) try permainan ni, komfem akan mengalami simptom2 seperti pening kepala, kekejangan perut dan kebengongan sementara. aku tau la sebab aku da try. HAHA.

SELAMAT MENCUBA! ~


PS: SI SAPIK tu da balik asrama smule. xde da orang nak layan lawak bodoh aku kat umah pasni. HUHU. boring ai boring. tapi bagus gak dia pegi. xde la nak menyusahkan idop aku kan. buat sakit ati je dak tu. syuh. syuh. brambus.

1 comment:

Teratai Wangi said...

Hehe.. bgs tul adik ko..:)

DISABLE