07 September 2009

Dahtu Kalau Aku Sira, Kau Sape?

penjahat amatur yang merasa bersalah.
-an amatur mafia who felt guilty

bagaimana boleh saya katakan?
saya tidak tahu.


beginilah.
biar saya jelaskan situasi saya. melalui analogi. iaitu
penceritaan.
biar saya bercerita. menggunakan watak si Sira, oke?


Ada seorang budak kecil. Sira namanya. budak ini sangat suka makan donat. Hari-hari Sira akan mencari donat. Pada bulan Ramadhan, Sira akan menjadikan donat sebagai juadah berbuka. Nak taknak, donat mesti ada dalam menu. Apatah lagi bulan yang bukan Ramadhan. Pagi petang siang malam Sira akan mencari donat untuk dijadikan hidangan. Kesimpulannya di sini, Sira sangat menggemari kuih donat.








Suatu hari, penat Sira mencari donat di merata-rata tempat. Tapi kasihan, tidak ditemui donat yang diidam-idamkannya. Semua kedai dan gerai telah kehabisan donat. Sedih betul hati si budak Sira. SIRA TAK BOLEH HIDUP TANPA DONAT!!! no donat no life!

Dalam perjalanan pulang ke rumah dengan wajah yang kepenyekan & kemuraman, si Sira telah melalui sebuah rumah banglo yang cantik. Tuan punya rumah itu ialah seorang yang baik hati dan rajin bekerja. Dia akan keluar rumah pada awal pagi dan pulang ke rumahnya pada lewat malam. Oleh itu pada kebanyakan masa rumah banglonya akan dibiarkan kosong. Semasa melalui rumah banglo itu tadi, Sira ternampak sesuatu melalui tingkap dapur yang terbuka. Ada kira-kira
30++ biji kuih donat diletakkan di dalam pinggan yang besar di atas meja. Donat-donat itu kelihatan sangat sedap. Sira tahu, Tuan Rumah akan membuang donat-donat tersebut apabila pulang bekerja pada waktu malam. Kesemua donat-donat akan menjadi basi pada waktu malam dan oleh itu terpaksa dibuang.

Sira menjadi
sangat terdesak untuk mendapatkan sebiji dua donat daripada dapur Tuan Rumah. Malangnya, kesemua pintu dan tingkapnya berkunci. Pikir punya pikir, akhirnya Sira mendapat idea yang cerdik. Dia pernah melihat penjahat di dalam TV menggunakan pin untuk membuka pintu yang terkunci. Lalu dicubanya membuka pintu yang terkunci menggunakan pin tadi. Sira belum pernah membuat kerja berani mati sebegini (iaitu memecah masuk ke dalam rumah orang). Ini adalah kali pertama. Oleh itu Sira tidaklah menaruh harapan yang tinggi bahawa pintu rumah itu akan terbuka. as I said, she’s just trying an error.
Magik seribu kali magik, pintu itu tiba-tiba terbuka. Sira merasa takut dan panik, tapi memikirkan donat yang memanggil-manggil di atas meja, Sira menggagahkan diri untuk masuk. si budak Sira mengambil (a.k.a mencuri) sebiji dua donat lalu memakannya dengan laju. Merasa puas hati, Sira cepat-cepat meninggalkan banglo itu dan mengunci pintu seperti sediakala.

Apa yang bermain di fikiran Sira ialah:

  1. Sira bimbang dia akan kembali memecah masuk ke banglo tersebut untuk mendapatkan donat pada masa-masa terdesak yang lain.
  2. Sira bimbang dia akan menjadikan amalan mengambil donat orang lain tanpa izin sebagai tabiat; walaupun pada akhirnya donat itu akan dibuang begitu sahaja oleh si Tuan Rumah.
  3. Sira bimbang Tuan Rumah menyedari bahawa sebiji dua daripada donat beliau telah hilang.
  4. Sira bimbang suatu hari, Tuan Rumah tidak pergi bekerja sebaliknya ada di rumah dan Sira akhirnya tertangkap semasa sedang mengambil donat di dapur.
  5. Sekiranya tertangkap, Sira yakin bahawa Tuan Rumah tidak kisah pun dengan donat yang diambil olehnya, tetapi beliau akan marah dan kecewa kerana Sira sanggup memecah masuk ke dalam rumahnya.
  6. Sebenarnya, Sira sangat takut akan melukai hati si Tuan Rumah. Sira sangat berharap bahawa Tuan Rumah tidak akan mengira bilangan donat yang tinggal pada saat beliau ingin membuang donat-donat yang telah basi tersebut.
  7. Sira berharap, Tuan Rumah tidak akan mengesyaki perbuatan jahatnya.
  8. Sebenarnya, Tuan Rumah itu sangat baik hati. Sira boleh saja meminta sebiji dua donat daripada Tuan Rumah pada awal pagi, iaitu sebelum donat-donat menjadi basi. Kemungkinan besar beliau akan memberinya sebagai sedekah, tetapi Sira terlalu takut untuk bertanya. Donat-donat itu adalah hak mutlak Tuan Rumah dan untuk meminta-minta adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar. Oleh itu, Sira terpaksa mengambil secara senyap-senyap dan berharap bahawa si Tuan Rumah tidak akan menyedari perbuatan jahatnya.

Catatan tambahan: Tapi pada kebanyakan hari, bekalan donat di kedai-kedai adalah mencukupi. Oleh itu si budak Sira tidak perlu memecah masuk ke dalam rumah banglo tersebut untuk mendapatkan donat si Tuan Rumah. Sira boleh beli sahaja di kedai. 

Oke. Habis cerita.
PEH! Penatnya menaip...


Patutkah Sira dipersalahkan?


atau nak biarkan saja dia mengambil donat milik Tuan Rumah itu? lagipun Tuan Rumah asyik buang je...kan membazir tu?!!
selagi tak tertangkap......
berani buat berani la tanggung.
kalo esok-esok masuk lokap jangan salahkan orang lain pulak.
Anda rasa, bagaimana?
Anyone who’s reading, please give your respond!


if I am Sira, who would you be? the donut? the TUAN RUMAH? or the pin?


ps:
sedapnye Big Apple. terpaksa tunggu 16hb nanti.
tapi tidak mengapa. saya masih boleh bersabar lagi.



1 comment:

nga911 said...

wow.you certainly can write a lot..

DISABLE