21 June 2016

Western Australia with Daddy Cool



Assalamualaikum…


Cuti sekolah bulan Jun lepas, aku sempat travel ke Western Australia berdua dengan ayah aku. Kiranya ini trip kedua bersama ayah lepas trip Siem Reap 2 tahun lepas. hehe. Alkisahnya 2 months before going (end of March)...




Aku tanya, Pa… Nak gi Australia tak?

Dia jawab, Boleh.

Jawapan dia simple je. Aku pun kompius bapak aku ni betul ke main-main. And the question keep repeating for weeks before I actually bought his ticket. Questions like,

Pa... holiday kita ni macam mana?

Pa… jadi dok nok gi Australia ni?

Pa... mintak cuti dohko?

Pa... sabar ke tak sabar?

and the soo-annoying questions goes on. 

He gives positive respond though,  (that he would go) everytime I asked. 





Bukannya apa. Ayah aku kerja  swasta, jadi nak mintak cuti panjang pun bukan mudah mudah. Kena apply dengan HQ dekat KL ape semua kan. Karang dah beli tiket last last tak jadi, cuti tak approve. Mestila sedih. Aku dah tekad kalau ayah aku tak dapat pegi, aku takkan pegi sorang. Macam, sedih dol kalau kita pergi sorang bila sepatutnya pergi berdua. Tapi Alhamdulillah cuti semua lulus jadi dapatla pergi sama.


Where’s my mummy? Little sis? Oh mak aku tak berapa minat travel jauh jauh ni. Tak kuasa nak berjalan katanya. Adik bongsu aku pulak. Kalau mak aku takde jangan harapla dia nak jalan sama, lagipun tahun ni SPM so duduk rumah study je ok. haha. Adik lelaki aku… mula mula nak pergi. Lepastu cancel. Sebab ada program apa entah dekat U dia. Antara Australia dengan UNIMAS dia sanggup pilih UNIMAS like, OMG. Ayah aku siap offer nak sponser tiket flight lagi. Makan makan semua aku boleh topup.  Tu pun dia boleh kata NO. Memang rezeki aku dengan ayah aku je lah. Tapi, masa kat sana kitorang macam Alahhh kalau diorang ada skali best nya. 






Bagi aku, Australia atau lebih spesifiknya bahagian Western ni sangat sesuai untuk family/group trip. Kenapa ? Sebab nature dia cantik, bandar-bandar yang relaks, sistem pengangkutan dalam bandar yang efisien, friendly people, persekitaran yang selamat (Insya Allah) dan mencari makanan halal pun tak menjadi masalah. 


Kitorang pergi pada bulan June which, the beginning of winter. Hehe. Australia tak ada salji. Winter dia unik sikit. Belah petang sampai ke lewat pagi sejuk gila, suhu boleh turun sampai 8 ‘C. Tapi lepas pukul 10 pagi (makin tengahari) dia jadi warm  dalam 15- 21 ‘C. Kalau dekat Jepun dulu. Masa winter sama je sejuknya pagi ke petang ke. 






Mod pengangkutan pula , daripada keseluruhan 5 hari dekat sana. Kitorang sewa kereta untuk 3 hari dengan kos sewa RM550 (termasuk GPS, full coverage insurance & international license charge) dan kos petrol sebanyak lebih kurang RM180 untuk perjalanan sejauh 1000km. Western Australia ni lagi best kalau driving sendiri. Sebab kebanyakan tempat tempat menarik terletak di luar daripada bandar. 


Kalau setakat nak ronda ronda sekitar Perth tu tak payah sewa kereta, ada FREE Bus & tren yang menghubungkan bandar bandar berdekatan. Tapi Perth tu aku rasa tak ada apa pun. Sehari dua dah boleh cover semua, dah boring dah. Aku suggest buat road travel, baru boleh tengok ladang buah, biri biri, windmills, dan pemandangan padang rumput yang luas seluas luasnya. Memang cantik. 






Antara tempat / lokasi yang sempat lawat dekat Western Australia:

Rottnest Island
Caversham Wildlife Park
Scarborough Beach
Lancelin Sand Dunes
Pinnacles Desert (Nambung National Park)
Bunbury & Busselton
Fremantle
Perth City


Niat aku untuk travel ke Australia ni bukan nak see this see that sangat pun. Lebih kepada nak spend time dengan ayah aku, borak-borak, create memories. Dahla aku kerja jauh (Sarawak) cuti pulaknya kejap kejap je. Kalau balik rumah pun macam tak berapa nak sempat berborak panjang. 


Dekat rumah aku ada satu travel magazine pasal Australia tau, lama dah buku tu daripada aku sekolah rendah lagi entah dari mana ayah aku dapat. Dia nak pegi Australia ke? heh. So that’s why I asked him to Australia. 

Dekat sana. Ayah aku cool layan je perangai aku.

Pa, apa kata kita singgah sini kejap?
-OK Singgah la. Takpayah lama sangat.

(bila ambik gambar)
Pa…. gambar Yu kabur la! Takpun,  Alahhh… gambar senget la Pa
-Meh Pa ambik lagi. Semula. Semula. Duk sana balik. 






Ayah aku ni pun lawak jugak. Dalam kamera/fon aku memang penuh la gambar ayah aku kan. Contohnya kalau singgah tempat cantik tu dia macam,
Ok Yu. Yang ini ambik elok elok Pa nak buat profile pic FB.

Sampai tempat lain pulak…

Ambik sini satu. Pa nak buat profile pic FB.

Haha. Semua nak buat sebagai profile pic.






Bab makan pun ayah aku jenis tak memilih. Aku masak apa dekat sana, dia makan (dan habiskan). Jadi lauk sentiasa habis tak membazir. Lepastu sebagai tanda kerjasama, aku dah masak dia akan basuh pinggan periuk semua hehe.






 I am very thankful for the nice weather, the friendly helpful people we met and that we did not encounter any accident or bad things. I feel safe and relieved having my dad throughout the journey.

Actually it’s not really about Australia. It’s about the moment spent.

Thank you Pa for being my dad.

I pray that Allah grant you the highest place in Jannah for every good things you’ve did.



I love you, Happy Father’s Day.



19 June 2016

Resipi Pizza Cendawan Mudah


Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk Ramadhan yang ke berapa ye?. Yang pastinya Jumaat minggu depan nak balik kampung ok! Haha tak sabarnya.

Btw, petang karang korang masak apa untuk berbuka. Haha aci tak pukul 8 pagi dah tanya masak berbuka?

Aku nak kongsi satu resipi mudah yang korang boleh buat untuk bersahur / moreh. Kot kot la dah bosan makan nasi kan. Kebetulan. Housemate aku tak ada dekat rumah, nak masak nasik lauk bagai tu memang tak la. Makan berdua pun nasik dalam periuk tak pernah habis apatah lagi makan sorang.


Jadi semalam aku buat Roti Pizza Cendawan.

Ni kali kedua aku buat dalam bulan puasa ni. Aku kalau roti roti ni semua memang lebih berselera berbanding makan nasi. 


Okay bahan bahan dia mudah je.

Bawang besar
Daging (kisar)
Tomato (Potong dadu)
Cendawan butang
Sos tomato
Cheddar cheese
Black pepper
Mayones




Mula mula tumis bawang besar, masukkan garam sikit, bila dah naik bau campur daging. 

Daging nak masak baru taruk tomato.




Lepastu sediakan roti. Haritu aku buat pakai Gardenia lagi tebal. Pastu dah habis, mana nak cari Gardenia dekat Sarawak ni kan. Jadi pakai roti biasa biasa je. Rupa pun tak berapa nak kacak. Potong bentuk 3 segi bagi senang nak makan. 

Pastu. Sapu sos tomato atau tomato puree atas roti. Kalau ada Prego lagi best. 




Letak daging tadi dengan cendawan yang dah dipotong. Kalau nak sedap lagi cendawan tu grill dulu tapi malasla pulak aku. So aku potong terus je.




Susun/ Tabur Cheddar Cheese yang dah dipotong. Buh mayones sikit sikit. 

Last sekali masukkan dalam oven yang dah dipanaskan terlebih dahulu. Aku pakai pemanggang ajaib je, takde oven.




Okay dah masak. Kalau keju dah cair tu masakla. 

Sebelum makan baru tambah sos cili dengan black pepper. Siappp! 


Ok bye Selamat Berpuasa :)



P/s Testing post entri dari fon OK tak? 

DISABLE