30 March 2010

Takde Jodoh Dengan Payung

hari ni aku beli payung baru. sebab aku nyer payung lama dah hilang atas bus. masuk kali ni dah berapa banyak dah payung aku hilang. harta kekayaan aku habis dengan beli payung jeh. J^%$*NX SXGHTYFGHSNVC !!!

korang tau tak, sebelum ni segala macam jenis pesen payung aku ada. semua hilang. semua nak tertinggal-tinggal atas bas. tensen aku.




First time aku masuk UPM dulu cuaca sangat panas. Jadi bagi mengelakkan kulit aku dapat tanning secara percuma maka aku pun pergilah ke kedai membeli payung. sangatlah innocent muka aku memilih payung yang berharga RM12 dengan harapan payung tersebut dapat diguna sampai habis semester lapan. tup-tup kau, sekejap pakai besi dia dah kendur sana-sini. asal hujan nak bukak payung je, mesti terpeley-ot besi dia. Aku rase macam aku bawak besi buruk je kan. so buang la payung nih. Kasi tukar sama payung baru......


PEEEWIETTTTT !!!!


kedua payung Watson, kaler striking pink. FULAMAK GIRLISH GILER rase bila pakai payung tuh. rase macam kelasi kapal bulan (Sailormoon) jeh bawak payung watson yang kaler girlish-girlish. bila nampak bulan pun macam nak bertukar jadi kelasi dah ha. tapi malang sejuta kali malang, aku LETAK MANE AKU PUN DAH LUPE. SKALI DAH HILANG.








lepastu payung kotak-kotak. PUN TAK TAHAN LAMA. pakai baru sebulan dah tinggal dalam bas. Macam sial la kan bawak payung naik bas. GERAM AKU. AKU TAKTAU DAH NAK CEKIK SAPE. sebab, bukan kawan aku pun yang tolong pegang payung tuh pastu tinggalkan atas bas. TAPI AKU SENDIRI. (=__="") maka at the end nak tanak aku kena cekik diri sendiri jugak la.



oke ni payung no 4. aku dah hangin giler dah sebab banyak sangat dah memori aku hilang payung kan. so nak beli yang mahal-mahal takdek pitih dah. so aku beli yang harga RM8 je. Tu pun dah habis bodek dah makcik Cina yang jual payung tuh aku cakap camni "WAAHHH.... LAWA LA AUNTY NIH. MUKE ADE IRAS AMBER CHIA SUPERMODEL DALAM TV TU AH. AUNTY NI KAKAK DIE KE??" pecaya la cakap aku, terus dia kasi diskaun baekkkk punye. payung harga RM14 terus dapat RM8. haha.


tapi sial lagi owh, beli dengan cara yang tidak sihat yakni membodek makcik penjual dengan kata-kata manis berwajah seperti AMBER CHIA walaupun hakikatnya macam AMBER CHAN jiran sebelah rumah, maka dah jadi tak berapa halal mintak diskaun melampau haha memandai je. pasai tu ah cepat rosak. pakai kejap dah tingtong sane sini.


DAH TAKDEK PAYUNG.


aku ingatkan tanak ganti dah payung. tapi cuaca hot-hot la pulak. kalau jalan sikit tengah panas mesti berpeluh ketiak. pastu bila kawan-kawan seperjuangan tengok, terus gelak-gelakkan. bukan takat panas je, kalau hujan pun berpeluh jugak. (euw yek. yek geli geli) jadi sebab nak elak dari digelak sakan oleh kawan-kawan maka terpaksa la beli payung baru. haish.




okey next payung is kaler kelabu belah atas, belah bawah kotak-kotak hijau dengan merah ala-ala scottish gitu. OK LA. RM8 jugak tapi aku tak bodek-bodek ok! lama jugak la aku pakai payung nih. dekat satu sem. seronok giler. sekali 2-3 hari lepas aku pegi tinggal dalam bas. AKUTENSENGILERNIHKOPAHAMTAK?????!!! cuma satu je aku bleh cakap,


"hanya doaku mengiringi pemergianku pemergianmu"



BAIKLAH. AKU MACAM DAH SURRENDER TANAK BELI PAYUNG. MACAM TAKDE JODOH ASEK BADLUCK JE NGAN PAYUNG TAKDE ONG BETUL KAN. ASEK PERABIH DUIT AKU JE KAN.

tapi tadi,

AKU JALAN-JALAN DEKAT KEDAI. PASTU JUMPE PAYUNG KALER KUNING COMEL BETUL TERUS AKU TAK PIKIR MASAK-MASAK. terus aku bedal beli je dengan pikiran mentah-mentah.


tengok, payung kuning diakui comel di seluruh dunia.


walaupun kaler kuning kelihatan seperti penyakit demam kuning tapi aku paling suka kuning. tapi katakan tidak kepada budaya kuning yg semakin menular dalam masyarakat ! *tetibe*



oke bye-bye. aku hendak pergi buat susu enfagrow123 untuk payung kuning aku ! aku mau tatang payung baru seperti menatang minyak penuh. setitik minyak ibarat setitik peluh petani bak kata iklan beras Jalaludin Hasam. lepas kasi minum susu aku nak pakaikan payung aku dengan pampers Huggies pastu pakaikan bedak bayi sikit. pasti payung aku akan jadi sangat comel esok pagi !!!!


09 March 2010

Sagat Kepala ?


ape nih? gaya kau nih sebijik macam style aku bila tengok Roda Impian depan TV.



sorry to say la. aku dah bosan tengok gambar ni. gambar rempit kategori couple paling glemer kot. sejak aku kecik lagi. asal ade kem motivasi UPSR, PMR, SPM walhal dekat U sekalipun mesti nak tunjuk gambar diorang tengah wat aksi sarkis yang kalo pergi audition London Royal Circus pasti akan di accept bekerja tanpa banyak soal. aku pun tak sure diorang idop lagi ke dah arwah. sebab kalo tak salah aku dah lama sangat diorang wat keje stunt lagak ngeri camnih. memang sah-sah muda-muda dah tempah batu nesan.





korang jangan main camnih. nanti biol palotak. sebab ubun-ubun haus.




sial giler gambar nih. ape kes tibe-tibe nak edit letak warga emas yang innocent dekat situ? ingat lawok sangat ke hah. "yang muda disayangi, yang tua dihormati" takkan tu pun taktau weh?



oh. yang ini rempit versi smart. photographer pakai kamera DSLR kot.





oh yang ni tak best. gambar tak elok, kabur cam hampeh. mesti pakai kamera hampeh gak nih. :P



nih pulak pelakon extra lam RODA-RODA KUALA KUMPUR. adik aku suke giler lagu tema dia, siap record dekat tv pastu buat jadi ringtone lagik. kahkah.




dalam ramai-ramai aku paling respek yang nih sebab mengamalkan penunggangan berhemah. tengok, mereka merempit setempat saje. enjin tidak perlu hidupkan pun ! malah walaupun kaki tidak cecah tanah tapi masih boleh bersukaria di atas pelana dengan gembira. ceh.







hot lah diorang.

07 March 2010

Seminar & Pameran Kaunseling Pelbagai Budaya



entri telah di-remove bagi mengelakkan kekeliruan informasi. 




kalau nak buat assignment pasal Kaunseling Pelbagai Budaya, jangan search dekat blog-blog, maklumat tak tepat. contohnya blog ni, merepek je keje. janganla melayan sangat.





study jangan tensyen-tensyen!



ok, bye~







DISABLE