13 July 2011

Customer Bengong dekat McD


ada sorang auntie cine ni tau, umur dalam 60 camtu, tapi songeh boleh tahan. dia order Fillet O Fish set (skali ngan coke + fries). order dekat kaunter aku la. lepas 30-40 menet macamtu dia datang kaunter balik marah-marah, cakap Fillet dia tu takde cheese slice. so manager aku pun bagitaula dia, ok kitorang kasi Fillet baru untuk ganti dengan Fillet lama yang takde cheese tu. tapi bila mintak fillet yang lama, auntie tu cakap dia dah makan habis. pastu manager aku bagitau dia balik, takbleh tukar sebab yang lama dah makan. auntie tu pun satu hal, dah tau takde chesee cepat-cepat la gi tukar, yang dia pegi ngap jugak tu apesal??? 

so manager aku cuma boleh kasi cheese je sekeping, sebagai ganti balik cheese dia yang (kononnya) takde tu. pastu tetibe dia marah-marah. dia cakap nak duit dia balik. kalau tidak, dia buat komplen. ek eh, nak cover malu lettew sebab dah makan abes. hahaha. pastu saje nak tinggikan suara membebel depan kaunter yang tengah ramai-ramai orang. macam watde... ade ke patot? dah habis makan perut kenyang baru nak kecoh takde cheese, pastu mintak duit. ai lemak betul. nak makan free ke ape oi? sebab muka dia macam serius bebenau time tu, urat bijik mata semua terkeluar, so manager aku pun kasila balik duit dia, 100% full harga set fillet o fish yang dia beli. customers always right kannn. padahal coke, fries, dengan fillet semua dah abes dia makan. takpelah. aku harap walau di manapun dia berada, semoga dia bergembira selalu .



nilah dia Fillet O Fish. roti dia lembut sesangat. macam nak penyet-penyet je...


ps: elok la sangat kan. 2-3 minggu tak blogging. muncul je tibe-tibe, terus up entri mengumpat orang tua. bagus sangat-sangat.
-___-"



DISABLE